Thursday 21 June 2012

Allah penyelesai segala masalah

Para pembaca yang dimuliakan oleh Allah s.w.t, terdapat dua jalan untuk menyelesaikan masalah.


(i) Jalan penyelesaian masalah melalui asbab. Mereka yakin harta memberi kejayaan, pangkat memberi kejayaan, kuasa memberi kejayaan. Apabila manusia yakin pada asbab selesaikan masalah mereka maka mereka akan jauh dari yakin pada kudrat Allah, jauh yakin pada perintah Allah dan jauh yakin pada cara Rasulullah s.a.w.
Mereka yang bergantung kepada asbab telah mensyirikkan Allah.


(ii) Jalan penyelesaian masalah terus kepada Allah tanpa asbab. Mereka tidak yakin harta memberi kejayaan, pangkat memberi kejayaan, kuasa memberi kejayaan. Apabila manusia yakin dengan kudrat Allah, yakin dengan perintah Allah dan yakin dengan cara Rasulullah s.a.w maka mereka beroleh kejayaan dan segala hajat Allah akan tunaikan.


Kesimpulannya,Allah hendakkan kita daripada berusaha atas kejar asbab kepada berusaha atas dapatkan Allah. Untuk dapatkan Allah, Allah beri kita kalimah 'Laa ilaha ilallah'. Allah yang jadikan asbab atau makhluk. Allah pelihara kita jika kita tidak berhajat kepada makhluk dengan kita berusaha menunaikan perintah Allah mengikut cara Rasulullah s.a.w. Dengan cara sebegini, kita akan dapat manfaat terus dari kudrat Allah. Siapa dapat Allah, dia dapat segala-galanya. Siapa dapat makhluk, dia tak dapat segala-galanya.


Insyallah, mulai hari ini kita buat keputusan untuk membebaskan diri kita menjadi hamba kepada makhluk (wang ringgit, pangkat dan kuasa) kepada menjadi hamba Allah (Allah akan tunaikan segala hajat kita).

Wednesday 20 June 2012

Mencari Hidayat

Apakah hidayat? Hidayat adalah nur dalam hati. Sepertimana cahaya matahari, cahaya lampu, cahaya bulan dan cahaya daripada mata atau pandangan manusia, dia akan nampak segala kebaikan dan keburukan.


Dengan cahaya atau nur dalam hati, manusia akan tahu yang mana baik dan yang mana buruk atau salah. Dengan melakukan amalan yang macamana Allah akan redha dan amalan yang macamana Allah akan murka. Dengan amalan ini akan memberi kesan kepada rezeki, kepada kehidupan.


Dengan nur hidayat, manusia akan nampak kesan setiap perbuatan manusia. Dalam a-Quran ada menyebutkan, kalau kamu mahu hidayat, kamu datang kepada 3 asas:


(i) Iman bil ghaib. Apa yang kamu nampak dengan mata seperti bumi itu besar, matahari besar, bulan besar, lautan yang begitu hebat, timbunan emas, perak, semua yang kita nampak, semua itu adalah tipu daya.


Hakikatnya ialah perkara yang kamu tidak nampak. Nabi s.a.w. telah beritahu kepada kita berulang-ulang kali. "Wahai manusia jika kamu mahu kejayaan, mahu jalan yang benar, kalau kamu mahu hidayat, tahu membezakan baik dan buruk, apa kebaikan jika kamu amanah, apa ruginya jika kamu khianat, apa manfaat jika kamu tunaikan hak. Kalau kamu ikut jalan ini kamu akan berjaya."


Semua mahkluk dalam genggaman Allah, segala-galanya Allah yang buat atau cipta. Kita perlu yakin dengan Allah walaupun kita tidak nampak Allah. Walaupun kita tidak nampak malaikat, azab kubur, nabi-nabi, rasul-rasul tetapi kita yakin itu semua adalah benar. Syurga itu benar, neraka itu benar, pahala benar, dosa benar, hari kiamat benar.


Untuk mendapatkan yakin ini kita perlu cakap lagi dan lagi tentang perkara-perkara ghaib ini, tentang kebesaran Allah, tentang sifat-sifat Allah sehingga ia meresap dalam hati kita sehingga kita betul-betul yakin dengan perkara-perkara ini melebihi daripada apa yang kita yakin dengan perkara yang kita lihat.


Selain itu, untuk mantapkan yakin, hati kita kena bersih daripada maksiat. Bila hati kita busuk, kita tak kenal yang mana baik dan buruk, kehidupan kita berlawanan dengan syariat, sentiasa mengikut nafsu, tidak dapat menerima firman Allah s.w.t. dan sabdaan Rasulullah s.a.w.


Sahabat r.a. apabila melakukan kesilapan segera memohon keampunan daripada Allah, mereka sentiasa istighfar. Jika kita ada masalah, kita perbanyakkan istighfar, Allah akan selesaikan masalah kita.


Sahabat r.a. sentiasa jaga iman dengan selalu mendakwahkan kalimah Laa ilaha ilallah dan hidup mengikuat syariat Rasulullah s.a.w. Kita perlu sebarkan kalimah ini keseluruh alam. Iman akan menjadi mantap dengan membuat kerja Rasulullah s.a.w., bergerak di jalan Allah s.w.t., pergi dari rumah ke rumah, pintu ke pintu, kampung ke kampung, bandar ke bandar, bergerak keseluruh dunia bercakap tentang iman.


Bila iman datang dalam diri, Allah akan wujudkan kasih sayang, Allah akan turunkan bantuan.


(ii) Selepas iman, perintah Allah yang utama ialah sembahyang. Bagaimana dalam sembahyang kita taat perintah Allah begitu juga di luar sembahyang, 24 jam kita taat perintah Allah.


(iii) Selepas iman dan amal ialah akhirat. Untuk kita ke syurga asasnya ialah iman dan amal. Iman dibina dan amal kehidupan cara Rasulullah s.a.w., maka kehidupan akhirat kita terbina.


Sahabat r.a. setiap yang mereka lakukan adalah untuk membina akhirat mereka. Sahabat telah amalkan keseluruhan kehidupan Rasulullah s.a.w., ibadat Nabi, fikir Nabi dan kemudian disebarkan keseluruh alam. Mereka jadikan perkara itu tanggungjawab mereka. Iman dan amal menuju ke akhirat.


Kesimpulan, setiap orang perlu bina iman, setiap orang perlu bina amal dan bawakan kedua-dua perkara ini kepada kehidupan akhirat, barulah dapat hidayat. Allah beri kita iman, kita perlu selamatkan iman dengan kita sebarkan kepada orang lain. Hidupkan masjid atau surau dengan 5 amalan masjid. Semua kita perlu bina akhirat kita dengan sebarkan kepada orang lain. Dimana-mana kita pergi kita buat dakwah.



Mengenal Allah s.w.t.

Assalamualaikum...alhamdulillah, Allah s.w.t ciptakan alam ini. Allah s.w.t. ciptakan langit dan bumi. Allah s.w.t ciptakan siang dan malam. Allah s.w.t. cipta 7 lapis langit dan 7 lapis bumi dalam masa 6 hari. Allah s.w.t. ciptakan air pada bumi. Allah s.w.t. ciptakan tumbuhan pada bumi. Langit, bumi, dan apa semua makhluk tunduk pada perintah Allah s.w.t.


Allah s.w.t. ciptakan segala-galanya. Allah s.w.t. yang genggamkan segala langit dan bumi. Yang melakukan segala-galanya ialah Allah s.w.t. Allah s.w.t. turunkan air dari langit. Allah s.w.t. tumbuhkan tumbuhan dari bumi. Allah s.w.t. ciptakan kita. Allah s.w.t. yang ciptakan api. Allah s.w.t. adalah zat yang maha hebat. Allah s.w.t. jadikan suami dan isteri. Siapa yang ciptakan langit? Siapa yang ciptakan bumi? Allah s.w.t. yang ciptakan langit dan bumi.


Apakah terjadi kalau Allah s.w.t. jadikan siang tetap untuk selama-lamanya tanpa malam. Siapakah yang dapat menukar siang kepada malam? Yang lakukan segala-galanya ialah Allah s.w.t. Barangsiapa yang terima Allah s.w.t. dia akan selamat dunia dan akhirat. Barangsiapa yang tidak terima Allah s.w.t. dia tidak akan selamat dunia dan akhirat.


Untuk mengenal Allah s.w.t.,adalah fardhu paling besar kepada semua manusia. Ketahuilah oleh kamu bahawa tiada tuhan melainkan Allah s.w.t. Allah s.w.t perintahkan kepada nabi dan rasul untuk kenal Allah s.w.t. Allah s.w.t. tidak mengantuk, tidak tidur. Allah s.w.t. yang memiliki kehidupan dan kematian. Allah s.w.t. yang maha esa. Allah s.w.t. maha serba cukup. Allah s.w.t. tidak diperanak dan memperanakan. Allah s.w.t. tiada setanding dan tiada sama dengan makhluk. Allah s.w.t. maha mengetahui samada di langit dan bumi. Tiada satu perkara yang tersembunyi dari pengetahuan Allah s.w.t. Allah s.w.t. berdiri sendiri, Allah s.w.t. yang awal, Allah s.w.t yang akhir, Allah s.w.t. maha kaya, Allah s.w.t. maha besar. Semua nama-nama Allah s.w.t. maha sempurna dan maha agung. Kita kena yakin Allah s.w.t. adalah Rab kita dan kita kena serahkan diri kita kepada Allah s.w.t.


Carilah Allah s.w.t, dapat Allah s.w.t dan kejar Allah s.w.t. Jangan kejar ringgit. Usaha dapatkan Allah s.w.t, insyallah kita akan dapat Allah s.w.t, kalau kita dapat Allah s.w.t, kita dapat segala-galanya. Jalan untuk dapatkan Allah s.w.t hanyalah jalan Muhammadurasulullah. Jika kita kasihkan Allah s.w.t hanya kita ikut cara kehidupan Rasulullah s.a.w. Untuk buka pintu syurga ialah ikut apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Monday 11 June 2012

AMALAN DAN ADAB-ADAB KETIKA KELUAR KE JALAN ALLAH S.W.T.

Jemaah Tabligh bukannya jemaah, organisasi samada berdaftar atau tidak berdaftar, persatuan dan sebagainya yang cenderung kepada satu bahagian atau kumpulan. Jemaah Tabligh ialah satu amalan yang menyebabkan Allah s.w.t. mengiktiraf kita sebagai umat terbaik. Amalan yang perlu di usahakan oleh setiap orang Islam untuk mengamalkan keseluruhan amalan Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan serta mengajak orang Islam lain untuk bersama-sama mengamalkannya sehinggakan amalan Rasulullah s.a.w. menjadi umum atau kebiasaan dikalangan masyarakat Islam serta tidak langsung menjadi identity sebagai seorang Islam.


Tujuan saya menulis kitab ini adalah menerangkan amalan apa yang perlu di amalkan ketika keluar ke jalan Allah s.w.t. Jika kita mengamalkan apa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ketika keluar ke jalan Allah s.w.t. maka usaha Tabligh akan berjaya. Namun, jika kita asyik menumpukan usaha ke arah kebendaan (memperolehi keduniaan ketika berdakwah seperti harta benda, mendapat nama baik dan pengaruh) dan mengumpul serta mengkaji adab-adab dan usul-usul dakwah dalam bentuk teori yang tiada amalinya maka usaha Tabligh tidak akan berjaya.


Usaha Tabligh akan berjaya jika kita tumpukan usaha ke atas zikir dan ilmu. Ilmu sangat perlu untuk zikir dan zikir sangat perlu kepada ilmu. Tanpa zikir ilmu hanyalah merupakan kegelapan dan tanpa ilmu, zikir hanyalah tipu daya semata-mata dan usaha Tabligh tanpa kedua-duanya akan menuju kepada kebendaan.


Ilmu yang sebenarnya ialah apa yang diamalkan dan disebarkan oleh Nabi s.a.w. pada kita. Maksud ilmu ialah pada saat dan ketika itu, saya tahu apa Allah s.w.t. mahu daripada saya mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Dapat menyempurnakan tuntutan Allah s.w.t. pada masa itu dengan kesedaran Allah s.w.t. ada dalam ingatan pada masa itu dan apa yang saya buat sekarang ini buat kerana Allah s.w.t. mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. maka inilah intipati daripada ilmu dan zikir. Yakni hukum-hakam dan perintah Allah s.w.t. dibuat dengan kesedaran padaNya.


Ilmu itu perintah Allah s.w.t. mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. dan zikir itu kesedaran tentang Allah s.w.t. Maksud zikir ialah kita ada ingatan pada Allah s.w.t. Sekiranya kita berzikir dalam kelalaian iaitu lupa kepada Allah s.w.t. jadi macamana kita kata bahawa kita sedang berzikir. . Segala perintah-perintah Allah s.w.t. ialah zikir. Perintah Allah s.w.t. itu zikir. Sembahyang itu zikir, puasa itu zikir, haji itu zikir, ilmu itu zikir dan semua itu zikir. Baginda s.a.w. beritahu setiap orang yang taat dia zikir. Taat disini bermakna ia ikut perintah Allah s.w.t. dan orang yang taat perintah Allah s.w.t. kerana dia ingat pada Allah s.w.t. jadi orang yang langgar perintah Allah s.w.t. kerana dia lupa pada Allah s.w.t.


Perintah Allah s.w.t. ada hubungnya dengan iman dan ihtisab. Maksudnya, seseorang itu menurut perintah Allah s.w.t. dengan penuh keimanan kepada Allah Maha Agung, Maha Kaya, Maha Terpuji, dan Maha Mengetahui dan penuh keyakinan akan ganjaran dan balasan daripadaNya.


Perihal iman ialah setiap anggota seorang manusia itu mempunyai fungsi untuk bekerja. Mata bertugas untuk melihat maka ia mesti melakukannya. Ia tidak boleh digunakan untuk mendengar. Dengan cara yang sama, hati bertindak balas terhadap keadaan keliling dan otak mentafsirkan apa yang dirasai oleh hati. Otak atau fikiran dikuasai oleh hati dan perasaan akan terwujud di hati melalui suasana atau keadaan daripada luar dan pemberian bentuk terhadapnya dinamakan pengetahuan atau ilmu. Fikiran akan membentuk suatu arca yang sebenar, yakni memiliki pengetahuan hanya apabila jawapan hati adalah tepat dan ini tidak dapat diperolehi melalui kitab-kitab. Ia hanya dapat di hasilkan melalui amalan.


Para sahabat Rasulullah s.a.w yang mulia, kecuali segelintir kumpulan Ahli Suffah mempunyai keluarga dan pekerjaan yang perlu mereka jagai. Mereka terdiri daripada peniaga-peniaga, petani dan ahli-ahli pertukangan yang juga mempunyai kerisauan dan masalah. Tidak ada madrasah-madrasah Arab yang mengajar ketauhidan sebagaimana yang dimaklumi di zaman moden ini yang telah di wujudkan di Madinah dan kalaupun mungkin ada, mereka tidaklah menghabiskan masa sehingga 8 ke 10 tahun di dalamnya. Tetapi tiap-tiap daripada mereka tidak alpa tentang pentingnya pendidikan iman dan setiap mereka mempunyai ilmu yang seperlunya mengenai iman.


Bagaimana mereka belajar? Dengan bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan duduk bersama-sama dengan mereka yang tahu dan bergaul rapat dengan orang–orang yang beriman sambil memerhatikan tindak tanduk serta menyertai mereka di dalam sesuatu perjalanan dan jihad. Bertanya daripada mereka tentang kedudukan agama yang sebenar apabila timbul sesuatu perkara.
Ini menekankan betapa pentingnya amalan dalam agama yang perlu disemai dikalangan orang Islam. Amalan itu sendiri sebenarnya tidak ada apa-apa nilai. Nilai akan terhasil akibat daripada perkaitan Allah melalui ketaatan terhadap perintah-perintahNya. Nilai yang sebenar daripada amalan bergantung kepada sejauh mana pengawalan dibuat atas sebab yang menyebabkan perkaitan ini dan ia akan berkadar dengan kerelaan hati dan kekuatan yakin yang melaluinya amalan-amalan itu dilakukan.

Menyambut kedatangan orang berdakwah

Abu Dawud meriwayatkan Said bin Yazid,”Ketika Nabi pulang dari perang Tabuk semua orang menyambutnya bersama anak-anak kecil diperbatasan kota Madinah.”

Pulang dari jihad

Abdullah Ibnu Amar r.a. menceritakan: Rasulullah s.a.w. berkata: Pulang dari jihad (perjalanan) sama seperti pergi berjihad. (Abu Dawud)


Nota: Ganjarannya adalah serupa dengan orang yang Jihad (di jalan Allah), sekali lagi diberikan selepas sekembalinya pulang dari jalan Allah ke tempat tinggalnya, dengan syarat dia mempunyai niat yang sebaik sahaja kepentingan telah terlaksana yang membuatkan dia telah kembali, ataupun apabila ada panggilan keluar ke jalan Allah, dia akan pergi kerana Allah dengan segera (Mazahir Al-Haq)


Abdullah Ibnu Umar r.a. menceritakan: Rasulullah s.a.w. apabila pulang dari jihad, haji atau umrah apabila melalui tempat yang tinggi sedikit daripada tanah mendatar, baginda mengucapkan Allahu Akbar (Allah Maha Besar) sebanyak tiga kali dan selepas itu:
“Tiada yang layak di sembah melainkan Allah, Yang tiada mempunyai setara, yang berkuasa atas segala sesuatu, kepadaNyalah segala pujian diberikan dan Yang Maha Kuasa, kita kembali, bertaubat, menyembah, sujud dan memuji-muji Tuhan kita (Maha Memperkenankan). Allah telah membuktikan janjiNya, membantu hambaNya dan mengalahkan semua musuh dengan kuasaNya semata-mata.” (Abu Dawud)


Ka’ab Ibnu Malik r.a. menulis: Rasulullah s.a.w. biasanya pulang dari satu perjalanan pada waktu solat Dhuha (solat sebelum tengahari). Apabila baginda sampai, baginda akan terus ke masjid, menunaikan dua rakaat solat dan duduk di situ buat beberapa ketika. (Muslim)


Jabir Ibnu Abdullah r.a. menulis: Apabila kami pulang daripada satu perjalanan dan tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku: Pergilah ke masjid dan tunaikanlah dua rakaat solat. (Bukhari)


Jabir r.a. menulis: Rasulullah s.a.w. berkata: Waktu terbaik untuk seseorang pulang kepda keluarganya dari satu perjalanan adalah pada permulaan waktu malam (ini adalah sekiranya ahli keluarga mengetahui akan kepulangan ataupun perjalanan itu berjarak dekat). (Abu Dawud)


Jabir Ibnu Abdullah r.a. menulis: Rasulullah s.a.w. berkata: Jika seseorang daripada kamu pergi dari rumah untuk masa yang panjang (dalam perjalanan yang mengambil masa yang lama), dia tidak harus pulang ke rumah pada waktu malam (tanpa makluman). (Muslim)


Nota: Haditsh ini menyatakan adalah kurang sesuai untuk kembali ke rumah secara tiba-tiba setelah satu perjalanan yang lama kerana ahli-ahli keluarganya tidak akan bersedia secara mental untuk menyambut kepulangannya pada waktu malam. Walaubagaiamanpun, jika mereka telah dimaklumkan, maka tidak ada bahayanya untuk pulang pada waktu malam.

Penilaian kepada setiap ahli jemaah apa yang telah dipelajarinya sewaktu berdakwah

Syihab Ibnu ‘Abbad rahmatullahi alaihi menulis:” Satu rombongan puak ‘Abad Al-Qais pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. Saya mendengar salah seorang daripada mereka menceritakan tentang perjalanan mereka. Orang itu berkata:”Apabila kami tiba kepada Rasulullah s.a.w., kaum muslimin bergembira akan kedatangan kami. Apabila kami tiba di majlis Rasulullah s.a.w., orang ramai memberi ruang kepada kami dan kami pun duduk.
Rasulullah s.a.w. mengalu-alukan kedatangan kami dan berdoa untuk kami. Kemudian sambil melihat kepada kami rasulullah s.a.w. bertanya:”Siapakah ketua kamu?. Siapakah pemimpin kamu?. Kami menunjuk ke arah Mundhir Ibnu ‘Aid. Rasulullah s.a.w. berkata;”Asakah ini Ashaj?”. Adakah lelaki yang mempunyai tanda luka itu ketua kamu?”. Kami mengiyakannya (Ashaj merupakan seorang yang mempunyai tanda luka di kepala atau mukanya). Dia mendapat kesan luka di mukanya akibat cangkukan keldai. Inilah hari pertama dia dipanggil Ashaj. Apabila teman-temannya pulang, dia menetap, mengikat haiwan tunggangan mereka dan menguruskan barang-barang mereka. Kemudian dia mengeluarkan begnya dan menukar pakaian yang digunakan semasa perjalanan itu, memakai pakaian yang bersih dan datang menemui Rasulullah s.a.w.
Ketika itu, Nabi s.a.w. sedang mengerak-gerakkan dan meregangkan kakinya. Apabila Ashaj r.a. datang dekat dengannya, orang ramai memberi ruang kepadanya dan menyuruhnya duduk berdekatan. Rasulullah s.a.w. mengangkat kakinya, berdiri dan berkata:Wahai Ashaj! Mari ke sini. Beliau datang dan duduk di kanan Rasulullah s.a.w. yang mengalu-alukannya, melayannya dengan penuh kasih dan menanyakan tentang daerahnya serta turut menyebut tentang setiap tujuan di Hajar seperti Safa, Mushqar dan sebagainya. Ashaj r.a. berkata: Wahai Rasulullah! Haruskah ibu bapaku mengorbankan nyawa untukmu? Tuan tahu nama-nama Bandar kami lebih dari kami.
Rasulullah s.a.w. berkata: Daku tahu kawasan kamu dan daku pernah ke sana. Kemudian Nabi s.a.w. mengalihkan perhaitnanya kepada golongan Ansar dan berkata;Wahai Ansar! Layanilah saudara-saudaramu dengan kehormatan kerana mereka adalah muslim sepertimu. Warna rambut dan kulit mereka menyerupai kamu. Mereka menyertai Islam atas kehendak mereka sendiri. Mereka tidak pernah dipaksa ataupun disebabkan harta kekayaan mereka dirampas dan mereka memeluk Islam untuk mendapatkannya kembali. Sebaliknya, sesetengah orang yang tidak menerima Islam (berperang dengan kita), telah dibunuh. (rombongan itu tinggal bersama-sama golongan Ansar). Kemudian pada waktu pagi, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: Bagaimana kamu mendapati saudara-saudara kamu melayan kamu?.
Mereka menjawab: Mereka merupakan saudara-saudara yang baik. Mereka memberikan kami tempat tidur yang empuk, makanan yang lazat dan mengajar kami kitab Allah Tabaraka Wata’ala dan sunnah Rasulullah s.a.w., pada waktu pagi dan petang. Rasulullah s.a.w. amat menyukainya dan merasa sungguh senang hati. Kemudian baginda memberikan perhatian kepada setiap seorang daripada kami. Kami memberitahunya apa yang telah kami pelajari dan telah diajar. Ada yang di ajar tentang tahiyat, surah Al-fatihah, satu surah, ada yang dua surah dan sesetengahnya banyak sunnah. (Musnad Ahmad)

Doa tengah malam

Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib,”Di hari Badar tidak ada yang berkenderaan kecuali Mikdad bin aswad dan tidak ada seorang pun yang tidak tidur kecuali Nabi s.a.w. yang bersolat dibawah pohon pokok sampai pagi.”
Ibnu Mardawaiyah dan Said bin Mansur meriwayatkan dari Ali,”Di hari peperangan Badar ketika malam hari Nabi menghidupkan malam itu dengan solat dan berdoa,”Ya Allah, jika pasukan ini (Islam) Engkau kalahkan pasti tak ada seorangpun yang akan menyembah-Mu.”

Aisyah r.a. melaporkan bahawa pernah sekali Rasulullah s.a.w. bergembira, beliau berkata: Ya Rasulullah! Berdoalah buat saya dari Allah. Rasulullah s.a.w. berdoa:
“Ya Allah! Ampunilah Aisyah segala dosa yang lalu dan akan datang, dan segala dosa yang dilakukan sunyi diri atau terbuka”. Apabila mendengar ini, daku ketawa kegembiraan yang amat sangat hingga kepalaku mencecah ke riba. Rasulullah s.a.w. pun bersabda: Adakah kamu amat gembira dengan doa daku untukmu? Daku menjawab: Mengapakah daku tidak harus bergembira dengan doamu untukku! Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Allah! Daku bermohon doa ini bagi Ummatku dalam setiap solat. (Bazzar dan Majma’uz Zawaaid)

Jaga malam di jalan Allah s.w.t.

Thabrany meriwayatkan dari Abu Athiyal,”Ketika Nabi sedang duduk ada satu jemaah yang dibawa hadapan beliau. Nabi bertanya,”Adakah salah seorang dari kamu yang pernah melihat orang ini beramal baik.” Jawab seorang hadir,”Ya, aku pernah bersama orang ini berjaga malam fisabilillah.” Nabi bangkit untuk menyembahyangkan mayat itu bersama seluruh sahabat. Ketika mayat itu telah dimasukkan kedalam liang kubur beliau ikut menutupi kuburnya dengan tangan beliau sendiri. Kemudian Nabi berpidato,”Sebahagian temanmu menyangka kamu adalah termasuk penduduk mereka, tapi aku bersaksi bahawa kamu adalah ahli syurga. Setelah itu beliau berkata kepada Umar bin Khattab,”Jangan kamu tanya seseorang itu dari amalannya, tapi tanya dari fitrahnya.”
Uthman Ibnu Affan r.a. melaporkan: Daku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Berdiri semalaman berjaga keselamatan (sekuriti) dijalan Allah, adalah lebih baik dari seribu malam yang Allah s.w.t. disembah dengan berdiri (sepanjang) malam dan berpuasa sepanjang hari. (Musnad Ahmad)

Adab tidur

Abu Thalabah Al Khushani r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. berkhemah di sesuatu tempat, para sahabat biasanya akan berkhemah bertaburan di lereng dan lembah. Rasulullah s.a.w. bersabda: Bertebarannya kamu di lereng dan lembah hanyalah daripada syaitan (ia hanya mahukan supaya kamu berpisah di antara satu sama lain). Selepas itu, apabila Rasulullah s.a.w. berkhemah, para sahabat akan berkhemah berdekatan bersama sehinggakan, di katakan, jika sehelai kain dibentangkan ke atas mereka, ia akan menutupi mereka semua. (Abu Daud).

Antara adab tidur ialah:-
1. Hendaklah sediakkan celak dan pakaikan tiga kali di mata kanan dan tiga kali disebelah kiri bagi diri sendiri dan anak-anak.(Misykat)

2. Bentangkan tempat tidur sendiri.(Misykat)

3. Mengibaskan tempat tidur sebelum tidur.(Misykat)

4. Sebelum tidur bacalah Bismillah sekali dan surah al-Ikhlas kemudian surah al-Falaq dan surah an-Nas dan kemudian hembuskan ke tapak tangan dengan menyapukan tiga kali ke seluruh badan bermula daripada kepala dan berakhir pada ibu jari.(Tirmizi)

5. Gunakan bantal untuk meletakkan kepala ke atasnya. (Muslim)

6. Rasulullah s.a.w. melarang tidur bertiarap. (Tirmizi)

7. Tidur disebelah kanan menghadap kearah kiblat. (Bukhary)

8. Hendaklah tidur dengan tangan kanan dibawah kepala dan dengan kedua lutut dibengkokkan. (Bukhary)

9. Bacalah doa ini apabila berbaring:
“Dengan nama Allah daku letakkan sisiku dan dengan bantuanMu daku akan bangkit. Jika kamu genggam nyawaku maka ampunkan daku dan jika kau hantarkan ia kembali maka peliharalah ia sebagaimana Kau pelihara hamba-hamba Mu yang soleh.” (Misykat)
dan juga bacalah doa ini:”Ya Allah, dengan namaMu daku mati dan hidup.” (Misykat)

10. Bacalah istighfar ini tiga kali:
“Daku mohon keampunan dari Allah yang tiada yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Hidup,yang Maha Berdiri sendiri dan daku bertaubat kepadaMu.” (Tirmizi)

11. Bacalah Surah al-Waqiah sebelum tidur dapat menghindarkan seseorang daripada kelaparan dan kepapaan. (At Targhib)

12. Tidurrlah dalam keadaan berwuduk. (At Targhib)

13. Bacalah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakhbar 34 kali dan Laa ilaha ilallah sekali sebelum tidur. (Misykat)

14. Tidur dengan niat untuk bangun Tahjud. (Nasaa’i)

15. Jika seseorang mengalami mimpi yang baik dan ingin untuk menyampaikan kepada seseorang, maka hendaklah ia menyampaikan kepada seseorang yang berilmu dan berakhlak mulia supaya ia ditafsirkan dengan betul. Segala mimpi buruk, hendaklah dibaca:
“A’uzubillahi minasyaitan nirajim”
Sekali dan ludahkan atau tiupkan kesebelah kiri tiga kali (isyarat ludah juga boleh dibuat). Hendaklah tukar posisi tempat tidur dan janganlah beritahu kepada sesiapa pundan Insyallah, tiada mudharat akan menimpa orang itu. (Bukhary dan Muslim)

16. Apabila bangun dari tidur hendaklah membaca doa ini:”Segala pujian bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas kami mati dan kepadanya kami akan dibangkitkan (pada hari kiamat).” (Syamail Tirmizi)

17. Bersiwak apabila bangun dari tidur. (Abu Daud)

Penerangan Usaha Atas Iman

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Kasim bin Muhammad,”Musanah bin Harisah berpidato dihadapan pasukan kaum muslimin,”Hai kaum muslimin, janganlah kamu khuatir untuk berperang, sesungguhnya kami telah dapat menguasai beberapa daerah Persia dengan mendapatkan berbagai macam harta rampasan, semoga kamu kelak akan dapat mengalahkan mereka juga.”

Umar berpidato,”Sesungguhnya Hijaz bukanlah tempat untuk yang banyak hartanya dan Hijaz tidak dapat mencukupi keperluan rakyatnya. Bilakah kaum Muhajirin itu akan memetik buah yang dijanjikan oleh Allah? Kerana itu berangkatlah kamu menuju tempat yang dijanjikan oleh Allah untuk diwariskan keapda kamu dalam firmannya,”Sesungguhnya Allah akan mengunggulkan Islam dari segala agama.” Ketahuilah bahawa Allah pasti akan memenangkan agamanya dan akan menolong pada hambanya yang membela agamya, manakah hamba Allah yang dijanjikan oleh Allah untuk menjadi pewaris bumi Allah itu?”

Orang yang pertama menyambut ajakan Umar itu Abu Ubaidah Ibnul Jarrah kemudian diikuti oleh Salit bin Qois dan Saad.
Setelah ada beberapa orang yang bersepakat untuk berjuang maka ada seorang yang berkata kepada Umar,”Pilihlah salah seorang dari Muhajirin dan Ansar yang pertama masuk Islam untuk menjadi pimpinan.”

Jawab Umar,”Tidak aku tidak akan memilih dari mereka, kerana sesungguhnya Allah akan memuliakan pada siapa yang dapat menyambut panggilannya untuk berjihad. Adapun jika kamu enggan untuk menyambut panggilan Allah pasti Allah tidak akan memilih kamu, kerana itu aku akan memilih pimpinan dari orang yang pertama kali menyambut panggilan berjihad.”

Kemudian Umar memanggil kepada Abu Ubaidah, Salit bin Qois dan Saad, sambil berkata kepada Salit dan Saad,”Jika kamu berdua tadinya menjawab pertama kali pasti kalian akan aku pilih jadi pemimpin namun Abu Ubaidah menyambut lebih dahulu ajakan ini sehingga aku pilih dia sebagai pemimpin pasukan.”

Setelah itu Umar berkata kepada Abu Ubaidah,”Hendaknya kamu selalu bermusyawarah dengan para sahabat Nabi dan jangan kamu memutuskan sesuatu itu sebelum kamu pertimbangkan masak-masak, kerana hal itu adalah urusan perang.
Sesungguhnya perang itu tidak cocok kecuali bagi orang yang panjang fikirannya yang akan tahu waktu yang baik.”

Bayan adalah majlis penerangan utnuk menerangkan maksud dan kepentingan usaha Tabligh. Bayan biasanya berkisar kepada enam sifat yang utama yang perlu diusahakan.
1) Keyakinan yang padu kepada kekuasaan Allah s.w.t. keyakinan yang teguh kepada sunah Rasulullah s.a.w. sebagai sumber kejayaan hakiki.
2) Memperbaiki solat supaya menjadi solat yang berkesan untuk memohon pertolongan daripada Allah s.w.t. Solat di usahakan supaya mirip kepada solat Rasulullah s.a.w.
3) Ilmu dan zikir: kedua-duanya saling kait mengait. Sebagai alat untuk mengingat kepada Allah. Jalan penghampiran kepada Allah.
4) Ikramul Muslimin: menghormati dan menjaga hak-hak orang Islam.
5) Ikhlas niat: menjaga dan berusaha supaya niat membuat sesuatu itu semata-mata kerana Allah. Sebarang penyimpangan perlulah diperbaiki semula.
6) Dakwah dan Tabligh: suatu usaha perlu dinuat untuk menerapkan kepentingan usaha dakwah dan Tabligh di kalangan umat yang menjadi teras sebagai umat terbaik.

Di akhir bayan tasykil dilakukan untuk mengeluarkan orang ramai meluangkan masa untuk keluar ke jalan Allah.
Bayan perlu diletakkan tasykil dihadapan atau bayan perlu di sertai ajak orang Islam untuk islahkan iman dan amal mereka. Menurut Maulana Ilyas, memberi syarahan atau menulis kitab tidaklah cukup bahkan akan menimbulkan mudarat tanpa meletakkan sesuatu usaha kukuh dan juga satu contoh hidup yang dapat di pegang. Menurut Maulana Ilyas, “Sehinggalah terdapat suatu contoh diletakkan dihadapan manusia, maka syarahan-syarahan ynag dibuat daripada mimbar tidak akan membangkitkan mereka untuk bertindak. Jikalau usaha tidak menuruti apa yang disyarahkan, orang tidak akan menganggap bahawa syarahan tersebut sebagai bersungguh-sungguh.” Maksudnya, setiap daripada syarahan (teori) yang telah di perjelaskan maka ia mestilah di sertai dengan amalan (praktikal) supaya orang Islam akan terkesan bahawa sesuatu amalan yang telah disyarahkan sebenarnya mudah untuk diamalkan.

Bayan diadakan bertujuan untuk mendorong orang Islam untuk mengambil bahagian dalam kerja dakwah dan tabligh. Menurut Maulana Ilyas, bayan mestilah pendek dan tepat kepada maksud. Keadaan ahli bayan mestilah sama sepertimana pernah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika memberi bayan (diriwayatkan apabila Rasululllah s.a.w. memberikan khtubah nampak daripada keadaannya bahawa beliau sedang memberi amaran bahawa musuh sedang mara dan serangan hamper meletus). Maulana Ilyas tidak menyukai bayan yang dihiasi dengan cerita-cerita atau ayat-ayat. Beliau kurang senang jika seorang mula bayan dengan gaya pidato ataupun terasa terbawa-bawa dengan kepetahannya dan memberitahunya secara pendek supaya kembali ke tajuk asal atau berhenti bayan.

Maulana Ilyas berkata:”Lunas yang terpenting di dalam usaha kita ialah tatkala memberikan ceramah umum, gaya bercakap hendaklah tegas tetapi tatkala perbualan biasa tunjukkanlah kelembutan yang paling tinggi. Seboleh-bolehnya pilihlah sesuatu perbicaraan yang umum untuk memperbaiki orang ramai supaya kesilapan atau perkara yang kurang disenangi di lihat ada pada sahabat atau rakan sejawat dapat diperbetul dengan bayan umum. Ini adalah cara Rasulullah s.a.w. walaupun baginda mahu memberi amaran kepada orang-orang yang rapat kepadanya, baginda akan bercakap secara umum, umpamanya:”Keadaan setengah orang ialah ….”JIkalau perlu untuk bercakap secara perseorangan, di samping menggunakan sikap yang lemah lembut dan kasih saying, hendaklah berjaga-jaga supaya teguran yang langsung tidak digunakan kerana cara yang sedemikikan selalunya membangkitkan sifat egonya dan mulalah dia mempertahankan dirinya dan berlakulah hujah-menghujah. Maka ketika ini biarkan sahaja dibangkitkan, tetapi berilah amaran pada masa dan suasana yang sesuai.”

Pemberi semangat kepada pejuang untuk berjihad

Di medan pertempuran Badar, Rasulullah s.a.w. sedang duduk berehat didalam sebuah khemah. Dalam pada itu, baginda telah mencurahkan kata-kata semangat perjuangan kepada para sahabat baginda yang turut serta:
“Wahai para sahabatku, bangunlah dan berlumba-lumbalah diantara kamu untuk menduduki syurga yang sama luasnya di antara langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang muttaqin.”
Umair bin al-Hammam r.a. setelah mendengar kata-kata semangat dari Rasulullah s.a.w. itu, maka beliau pun segera bangun lalu berseru:
“Bakh! Bakh! (Betapakah indahnya).”
Lantas Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Umair apa yang dimaksudkan dengan seruannya itu. Beliau menjawab:
“Ya Rasulullah, aku ingin menjadi salah seorang dari mereka yang disediakan baginya syurga itu.”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tetaplah kamu dengan jaminanku,hai Umair, bahwa kamu termasuk salah seorang dari mereka.”
Kemudian, Umair mengeluarkan segugus buah kurma dari dalam begnya lalu memakannya. Tatkala beliau sedang makan, dengan tiba-tiba beliau berkata:
“Untuk menunggu sehingga aku dapat menghabiskan buah-buah kurma ini tentulah memakan masa yang lama juga. Tidak, aku tidak harus berbuat demikian.”
Selepas sahaja beliau menghabiskan kata-katanya itu, beliau pun terus mencampakkan buah-buah kurmanya itu ke tanah. Dengan sebilah pedang terhunus di dalam genggamannya, beliau terus mara ke medan pertemuran dan berjuang dengan penuh semangat sehingga akhirnya beliau gugur syahid.

Penerangan kepentingan dakwah

Aisyah r.aahu berkata: “Ada sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah dan aku agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda tidak bercakap kepada sesiapapun, dan setelah berwuduk, baginda masuk ke masjid. Aku cuba mendengar dari belakang dinding apa yang baginda sabdakan, baginda duduk diatas mimbar dan setelah memuji Allah s.w.t., baginda berkuthbah:
“Hai manusia! Allah telah memerintahkan kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa apabila kamu berdoa kepada-Nya, Dia tidak akan mendengar doamu itu; kamu akan memohon keperluanmu kepada-Nya tetapi Dia tidak akan memberikannya; kamu memohon akan bantuan-Nya terhadap musuh-musuhmu, tetapi Dia tidak akan membantumu.”
Setelah berkuthbah, baginda pun turun dari mimbar.” (Ibnu Majah dan Ibnu Hibban – Targhib)

Doa setelah selesai berdakwah

Tabrany meriwayatkan bahawa Abdullah bin Ja’far r.a. berkata, setelah wafatnya Abu Thalib, Nabi s.a.w. pergi ke Thaif untuk berdakwah dengan jalan kaki. Ajakan Nabi kepada mereka ditolak dan Nabi kembali. Ketika sampai di suatu pohon. Beliau bersolat dan berdoa,”Ya Allah, aku adukan kepadamu akan kelemahanku dan perlakuan orang banyak kepadaku, sesungguhnya Engkau adalah Dzat Yang Maha Pengasih. Ya Allah, akan Engkau serahkan kepada siapakah aku ini? Adakah Engkau akan serahkan aku kepada musuhku dan kepada orang dekat yang kamu kuasakan atas diriku? Ya Allah, bila Engkau tidak marah kepadaku pasti tidak akan aku risaukan keadaan ini, tapi afiat-Mu lebih luas bagiku. Ya Allah aku berlindungan dengan kemuliaan wajah-Mu yang dapat menerangi kegelapan dan yang dapat menyelesaikan segala urusan dunia dan akhirat dari turunnya kemurkaan-Mu kepadaku. Aku rela pada-Mu dan aku harap Engkau rela kepadaku, tidak ada daya kekuatan kecuali hanya pada-Mu.” (Kitab Haisamy Jilid 6 hlmn35)

Doa sebelum berjihad

Ahmad meriwayatkan dari Umar,”Di hari peperangan Badar, ketika Nabi melihat jumlah tenteranya hanya tiga ratus orang lebih maka beliau menghadap kiblat untuk berdoa,”Ya Allah, penuhilah janji-Mu, ya Allah, jika pasukan Islam ini Engkau kalahkan pasti engkau tak akan disembah lagi oleh penduduk bumi, setelah hari ini.”
Nabi terus berdoa sampai kain selendang beliau sambil berkata,’Ya, Rasulullah telah cukup Engkau dalam berdoa ini dan Allah pasti akan memberikan pertolongannya.
Disaat itu Allah menurunkan wahyu-Nya yang berbunyi,”Ya tasta gitsuuna rabbaku fastajaaba lakum, Anmil mumidukum bial fin minal malaikati murdifini.”

Zikirullah ketika berjihad

Baihaqy meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib,”Di hari perang Badar, ketika peperangan sedang berkecamuk aku maju ketengah medan, kemudian aku kembali ke tempat Nabi untuk melihat beliau. Waktu aku lihat, aku berjumpa beliau sedang bermunajad lama dalam sujudnya sambil berkata,’Ya Hayyu Ya Qayum2x.”
Kemudian aku kembali lagi ke tengah medan dan aku berperang. Setelah itu aku kembali lagi ke tempat Nabi untuk melihatnya namun aku berjumpa dengan beliau sedang bersujud dan munajad. Setelah itu aku kembali ke tengah medan dan kemudian aku kembali lagi ke tempat beliau, aku dapatkan beliau tetap bersujud dan bermunajad sampai Allah memberikan kemenangan padanya.

Berzikir ketika berjalan untuk berdakwah

Al-Imam An-Nawawi telah berkata sebagaimana didalam Al-Azkar, kami telah meriwayatkan didalam kitab Ibnu Sinni dan Dala’il An-Nabuwah oleh Al-Baihaqi daripada Abu Umamah Al-Bahily r.a. katanya; Ya Muhammad! Saksikanlah jenazah Mu’awiyyah Bin Mu’awiyyah Al-Muzanni, maka Rasulullah s.a.w. telah keluar dan turunlah Jibrail bersama segerombolan malaikat berjumlah tujuh puluh dan Jibrail meletakkan sayap kanannya di atas gunung-ganang maka gunung-ganangpun tunduk, kemudian beliau meletakkan sayap kirinya di atas bumi maka bumipun tunduk seingga beliau dapat melihat Mekah dan Madinah. Maka Rasulullah s.a.w., Jibrail dan para malaikat as.s. berselawat (berdoa) ke atas Mua’wiyyah, setelah selesai Rasulullah s.a.w. pun bersabda; Ya Jibrail! Apakah yang menyebabkan Mua’wiyyah sampai kepada kedudukkan ini?. Jawab Jibrail a.s; Dengan bacaannya, Qulhuwallahu ahad (Surah Al-Ikhlas) semasa beliau berdiri (bangun), menaikki kenderaan dan berjalan.

Berjalan dalam satu barisan dan bergerak sama

Sebuah hadisth daripada Abu Ayyub al-AnAnsari, katanya: Kami berbaris pada hari peperangan Badar, lalu ada di antara kami seorang yang bergerak maju kehadapan mendahului barisan peperangan. Rasulullah s.a.w. melihatnya dan berseru: Bersamaku, bersamaku.
Jabir bin Abdullah r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. biasanya akan berjalan dibelakang semasa perjalanan (disebabkan tawadhu’, bagi membantu dan mengambil berat akan orang lain); dan merangsang supaya binatang tunggangan yang lemah akan tetap bergerak. barangsiapa yang berjalan kaki, baginda akan mengambilnya untuk memboncengnya dibelakangnya, dan sentiasa berdoa untuk mereka semua (yang berada didalam kafilah). (Abu Daud).

Amir jemaah

Rasulullah s.a.w. telah menyatakan bahawa jika lebih daripada tiga orang bermusafir di dalam satu kumpulan, maka salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik menjadi Amir (ketua). (Abu Daud)

Ra’bah atau Penunjuk jalan untuk berdakwah

Ahmad meriwayatkan bahawa Ibnu Saad diceritai oleh ayahnya, pernah Rasulullah dan Abu Bakar datang kepada kami dan ketika itu Abu Bakar mempunyai anak wanita yang disusukan dirumah kami. Ketika itu Nabi ingin memperpendek perjalanan ke Madinah. Jalan ini sukar, memerlukan penunjuk jalan, dan disini ada dua orang penunjuk jalan yang bernama Muhanan. Kalau engkau mahu memakai mereka berdua, maka kami akan memanggil mereka. Setelah mereka berjumpa dengan Nabi maka salah satu dari mereka berkata,”Tampaknya orang ini seperti orang Yaman.” Kemudian Nabi mengajak mereka untuk masuk Islam dan mereka menerimanya dengan senang hati. Kemudian Nabi bertanya,”Siapakah nama kamu berdua?” Jawab mereka,”Kami bernama Muhanan.” Kata Nabi,”Aku beri nama kamu Mukraman.” Kemudian Nabi s.a.w. menyuruh mereka untuk menunjukkan jalan ke Madinah.

Hak-hak jalan

Abu Said Al-Khudri r.a. melaporkan Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; Jauhkanlah duduk ditepi jalan. Para sahabat r.a. bersabda; Wahai Rasulullah! Adakah perlu bagi kami untuk duduk dijalanan, oleh kerana kami mengadakan pertemuan disana dan berbual di antara satu sama lain. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; Jika kamu mesti duduk di sana, maka tunaikanlah hak ditempat sedemikian. Para sahabat r.a. bertanya; Wahai Rasulullah! Apakah hak jalanan?. Baginda menjawab; Tundukkanlah pandangan kamu, mengalihkan benda berbahaya (atau menahan diri daripada menganggu orang lain), menjawab salam, amar bil ma’ruf wa nahi anil munkar (menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran). (Buhkari)

Para sahabat r.a. bermaksud bahawa tidak mungkin bagi mereka untuk mengelakkan diri mereka dari duduk ditepi-tepi jalan, oleh kerana mereka tidak mempunyai tempat lain yang mana mereka dapat mengadakan perjumpaan. Jadi, apabila sebahaian daripada mereka berkumpul, mereka akan duduk ditepi jalan; berbincang di antara mereka akan perkara keduniaan dan agama mereka dan bertanya khabar sesama mereka. Jika seseorang jatuh sakit, mereka akan menasihatkan rawatan; jika terdapat rasa tidak puas hati di anatara mereka,maka mereka akan selesaikan disana. (Mazahirul Hak)

Menurut Abul Khairy Al-Latifi Al-Binori melalui karyanya “Fadhilat dan Adab Amalan Ziarah saudara SeIslam”, tujuan menundukkan pandangan adalah untuk memelihara diri dari tercampak ke dalam fitnah dari wanita-wanita yang lalu-lalang, dan juga disebabkan orang-orang yang selain mereka. Demikian juga untuk mengelakkan dari mengganggu mereka, juga menyelamatkan diri daripada perbuatan mengumpat ataupun mencela mereka yang lalu lalang.Menjawab salam adalah untuk memuliakan pengguna jalan tersebut.
Manakala mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran pula adalah untuk menggunakan anggota badan untuk mematuhi perkara yang disyariatkan oleh agama dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang.

Dakwah melalui ajak ke masjid

Sulaiman bin Abi Hathmah adalah seorang yang disegani di zaman permulaan Islam. Beliau telah dilahirkan semasa hayat Rasulullah s.a.w. tetapi beliau telalu muda di masa itu untuk dapat mendengar hadisth-hadisth dari Rasulullah s.aw. Di masa Saidina Umar r.a. menjadi khalifah, beliau ditugaskan menjaga pasar. Pada suatu hari, Saidina Umar r.a. mendapatinya tidak ada di waktu solat Subuh. Saidina Umar r.a. pergi ke rumahnya serta bertanya kepada ibunya mengapa Sulaiaman tidak datang bersolat Subuh. Ibunya menjawab bahawa beliau solat nafil sepanjang-panjang malam dan rasa mengatuk telah menguasai dirinya pada waktu Subuh. Lantas Saidina Umar r.a. berkata: “Aku lebih suka berjemaah dalam solat Subuhku daripada solat nafil sepanjang malam.”

Anas r.a. menceritakan: Rasulullah s.a.w. berkata: Jadikan sesuatu itu mudah dan senang untuk orang lain. Jangan menjadikan sesuatu itu berat kepada orang lain. Khabarkan berita gembira kepada mereka dan jangan menimbulkan sebarang pertentangan. (Bukhari).
Nota: Galakkan orang lain dengan menyampaikan berita gembira dan kebaikan atas amalan-amalan kebajikan yang telah dilaksanakan; dan jangan menakutkan mereka disebabkan dosa mereka sehingga mereka berasa putus asa dengan rahmat dari Allah, dan seterusnya dijaukan dari agama. (Muntakhab Hadisth)

Dakwah melalui cakap kebesaran Allah

Ibnu Abbas r.a. pernah berkata: “Saya pernah menunggang kenderaan dibelakang Nabi s.a.w., maka baginda bersabda: “Wahai budak! Aku akan ajarkan kepadamu beberapa perkara. Ingatlah Allah nescaya Dia akan memeliharamu; junjungilah perintah Allah nescaya Dia bersama-sama dengamu; apabila engkau hendak memohon sesuatu, maka bermohonlah kepada Allah, dan apabila engkau hendak meminta pertolongan, maka pintalah kepada Allah. Ketahuilah bahawa sekiranya sekalian umat manusia berkumpul untuk mendatangkan sesuatu manfaat kepadamu, maka mereka tidak akan dapat memberikan sesuatu manfaat kepadamu melainkan sekadar apa yang telah ditentukan oleh Allah untukmu. Demikian pula sekiranya mereka berkumpul untuk mendatanglan sesuatu mudharat kepadamu, maka mereka tidak akan dapat memberikan sesuatu mudharat kepadamu melainkan sekadar apa yang telah ditentukan oleh Allah untukmu.”

Dakwah melalui Sebarkan kelebihan kalimah syahadah

Rasulullah s.a.w. memberikan kasutnya kepada Abu Hurairah serta bersabda:
“Ambillah kasut ini sebagai satu tanda dan isytiharkanlah dikalangan orang-orang Islam bahawa barangsiapa mengucapkan La ilaaha illallah Muhammadur Rasulullah dengan ihklas maka dia pasti masuk syurga.”
Umar r.a. bertemu dengan seseorang di tengah jalan dan bertanya ke mana dia hendak pergi. Dia memberitahukannya sabda Rasulullah s.a.w. itu, Umar r.a. marah kerana dia tidak setuju dengan cadangan itu pada mula-mula dia memeluk agama Islam, maka kerana itu dia memukul utusan itu pada dadanya, lalu orang itu pun tersungkur. Tidak ada seorang pun yang membantah terhadap Umar r.a. dan tidak pula dikafirkan kerana berlainan pendapat.

Dakwah melalui Sebarkan salam

Daripada Thufail Bin Ubay Bin Ka’ab sesungguhnya beliau telah di datangi oleh Abdullah Bin Umar r.a. dan telah keluar bersama-samanya ke pasar pada waktu pagi. Berkata Thufail: Apabila kami berjalan ke pasar Abdullah Bin Umar tidaklah melwati barangapa juapun samada orang yang menjual lelongan, orang-orang yang sedang berjual beli, orang miskin dan walaupun sesiapa sahaja melainkan ia mengucapkan salam kepadanya. Maka pada suatu hari dia telah berjumpa dengan Abdullah Bin Umar dan beliau telah meminta aku menyertainya ke pasar, sedangkan aku tidak berjual beli, tidak juga bertanya tentang harga barang serta tidak berkeinginan untuk membelinuya dan engkau tidak menyertai majlis yang diadakan di pasar (duduk-duduk di sana atau menjalankan urusan di sana). Aku telah berkata kepadanya: Duduklah kamu bersama kami disini berbual-bual. Maka Abdullah bin Umar pun berkata kepadaku: “Wahai si perut besar (kebetulan Thufail agak boyot) sesungguhnya kita pergi ke sana (pasar) semata-mata untuk mengucapkan salam, kita mengucapkan salam kepada sesiapa sahja yang kita temui. (Imam Malik dari Al MUwatta – Beliau mengganggapnya hadisth sahih).

Hak jiran

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di sebuah kampung, maka Allah s.w.t. telah mengutuskan malaikat untuk melindunginya disepanjang jalan. Malaikat bertanya; Ke manakah tujuanmu?. Jawab lelaki tersebut; Aku ingin menziarahi suadaraku di kampong ini. Malaikatpun bertanya; Adakah terdapat suatu nikmat yang engkau hendak perolehi dari saudaramu?. Jawab lelaki itu; Tidak Melainkan aku mengasihinya kerana Allah semata-mata. Malaikatpun berkata; Sesungguhnya aku utusan Allah yang telah dihantar kepada kamu bahawa Allah s.w.t. mengasihimu sebagaimana kamu kasih kepada saudaramu. (Diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya)

Al-Qurtubi telah berkata bahawa maksud; Melainkan aku mengasihinya kerana Allah, adalah adapun ziarah yang dilakukannya bukanlah untuk suatu maksud dari maksud-maksud duniawi. Maksud kasih-sayang Allah s.w.t. adalah kehendaknya ke atas hambanya dengan kebaikkan, taufik untuknya dan berlemah lembut terhadapnya. Di dalam hadisth menunjukkan besarnya kelebihan berkasih sayang kerana Allah s.w.t, ziarah menziarahi kerananya dan ia merupakan daripada amalan-amalan besar dari segi kemuliaannya. Begitu juga ia sebaai taqarrub kepada Allah s.w.t. lantaran ia lahir dari pengengkangan seseorang itu ke atas hawa nafsunya (rasa ego, bangga diri dan memandan rendah kepada orang lain). Kasih sayang Allah s.w.t. ke atas hambanya yang sedemikian itu adalah daripada kehendaknya sepertimana firmannya di dalam Surah Al-An’am ayat ke 125 maksudnya; Barangsiapa yang Allah mengkehendaki akan memberikannya petunjuk nescaya dia akan melapangkan dadanya untuk memeluk agama Islam.

Begitu juga apabila Allah s.w.t. mengasihi seseorang hamba, ia akan mengilhamkan taubat dan istighfar kepadanya dan oleh yang demikian si hamba tidak akan berterusan membuat dosa. Ini adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Imran ayat ke-133 yang bermaksud; Dan bersegeralah kamu kepada Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.

Menurut Abul Khairy Al-Latifi Al-Binori melalui karyanya “Fadhilat dan Adab Amalan Ziarah saudara SeIslam”, ummumnya kebanyakkan orang Islam tidak lagi mempunyai keghairahan terhadap agama. Kegiatan kehidupan harian telah menjadikan mereka sibuk dan lalai dari tanggungjawab agama yang terletak di atas bahu-bahu mereka. Kebesaran kehidupan akhirat seolah-olah telah lama terpadam didalam sanubari mereka. Oleh yang demikian ziarah yang dilakukan kepada mereka adalah semata-mata atas dasar ini; iaitu ingat memperingati di antara satu sama lain tentang agama.

Hati-hati yang kosong daripada berkeghairahan kepada agama menyebabkan mereka tidak dapat memberikan penghargaan yang sewajarnya terhadap agama tersebut. Semangat inilah yang perlu diwujudkan di dalam hati sanubari mereka. Ziarah kepada mereka dipanggil ziarah umumiah; ataupun ziarah umum. Ziarah dilakukan dikalangan semua orang tanpa mengira kedudukkannya didalam masyarakat, rupa dan bangsa asalkan mereka beragama Islam.

Menziarahi mereka dengan maksud menghubungkan silaturahim dan berpesan-pesan dan ingat mengingati dengan agama di antara satu sama lain.

Membaca al-Quran

Muaz Al Juhanni r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang membaca seribu ayat (Al-Quran) dijalan Allah; Allah s.w.t. akan mengiranya sebagai dikalangan Nabi-nabi, Sidiqiin, Syuhadaa’ dan Salihiin. (Mustadrak Hakim).

Antara kelebihan membaca al-Quran:
1. Usman r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar al-Quran dan mengajarkanya.”

2. Ibnu Masud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah akan diberikan satu ‘hasanah’ (rahmat) dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh kali ganda ganjaran pahalanya. Aku tidak berkata bahawa alif, lam, mim sebagai satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.”

3. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan:
“Walaupun demikian, hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air.” Bila seorang bertanya:”Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersinar kembali?”. Rasulullah s.a.w. bersabda,”Selalulah ingatkan mati dan membaca al-Quran.”

Solat

Muaz r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya, ganjaran menunaikan solat, puasa dan zikir, dilipat kali gandakan dijalan Allah sebanyak tujuh ratus kali (pahala) mengatasi membelanjakan harta dijalan Allah. (Abu Daud).

Memperdengarkan sabdaan Rasulullah s.a.w. setelah selesai solat berjemaah

Para sahabat r.a. melaporkan bahwa Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan Khalid bin Al-Walid r.a. ke Yaman untuk mengajak mereka kepada Islam. Daku termasuk di dalam kumpulan yang menyertai Khalid. Kami tinggal di sana selama enam bulan. Khalid terus mendakwahkan mereka tetapi mereka tidak menerima Islam. Maka, Rasulullah s.a.w. mengutuskan Ali Ibnu Abu Thalib r.a. dan memintanya supaya menghantarkan Khalid kembali. Dan para sahabatnya yang menyertainya yang mahu tinggal beserta kamu, bolehlah tinggal. Bara r.a. berkata: Daku adalah antara orang yang tinggal bersama Ali r.a. Apabila kami sampai ke tahap paling hampir kepada penduduk Yaman, mereka datang menghadap kami. Pertama sekali, Ali r.a. telah maju dan mengimami solat. Kemudian, beliau membariskan kami di dalam satu baris dan kemudian maju ke hadapan dan membaca kepada mereka surat Rasulullah s.a.w. Mendengarkan isi kandungan surat itu, keseluruhan kaum Hamadan menerima Islam dan Ali r.a. menulis sepucuk surat kepada Rasulullah s.a.w. tentang berita gembira itu. Tatkala membaca surat itu, Rasulullah s.a.w. (menunjukkan rasa syukur) terus bersujud. Apabila bangkit dari sujud, baginda berdoa bagi kaum Hamadan: Selamat ke atas Hamadan, selamat ke atas Hamadan. (Bukhari, Baihaqi dan Bidaayah Wa Nihayah)

Muzakarah Sunnah

Dikeluarkan oleh Al-Baihaqy dari Ibnu Abbas r.a. marfuu’, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata,”Siapa yang berpegang kepada sunnahku di zaman kerosakkan umatku maka baginya ganjaran 100 orang yang mati syahid.”

Juga diriwayatkan oleh At-Thabrany dari Abu Hurairah r.a. hanya dikatakan,”Baginya ganjaran seorang yang mati syahid.”

Dikeluarkan oleh At-Thabrany dari Abu Na’iim di Hilyah dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w.,”Orang yang berpegang kepada sunnahku disaat rosaknya umatku, baginya ganjaran seperti ganjaran seorang yang mati syahid.”

Dan dikeluarkan oleh Al-Hakim dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. mengatakan,”Orang yang berpegang kepada sunnahku di saat perselisihan umatku adalah seperti seorang yang memegang bara api.”

Dikeluarkan oleh Muslim dari Anas r.a. marfuu’, Rasulullah s.a.w. berkata,”Siapa yang benci akan sunnahku maka bukanlah golonganku.”

Juga dikeluarkan oleh Ibnu Asaakir dari Ibnu Umar r.a. dengan sedikit tambahan pada awalnya:”Siapa yang mengambil akan sunnahku maka ia termasuk golonganku.”

Dikeluarkan oleh Ad-Daraquthny dari Aisyah r.a. marfuu’ Rasulullah s.a.w. berkata,”Siapa yang menghidupkan akan sunnahku adalah ia bersamaku didalam syurga.”

Ta’leem

Iman adalah sesuatu yang hidup dan berdaya bergerak sedangkan kitab-kitab adalah beku atau mati dan tidak mempunyai perasaan dan nyawa dan untuk memperolehi sesuatu yang hidup daripada sesuatu yang mati adalah sesuatu yang bertentangan dengan hukum tabii. Maulana Ilyas berkata: “Setiap anggota seorang manusia itu mempunyai fungsi untuk bekerja. Mata bertugas untuk melihat maka ia mesti melakukannya. Ia tidak boleh digunakan untuk mendengar. Dengan cara yang sama, hati bertindak balas terhadap keadaan keliling dan otak mentafsirkan apa yang dirasai oleh hati. Otak atau fikiran dikuasai oleh hati dan perasaan akan terwujud di hati melalui suasana atau keadaan daripada luar dan pemberian bentuk terhadapnya dinamakan pengetahuan atau ilmu. Fikiran akan membentuk suatu arca yang sebenar, yakni memiliki pengetahuan hanya apabila jawapan hati adalah tepat dan ini tidak dapat diperolehi melalui kitab-kitab. Ia hanya dapat di hasilkan melalui amalan. Daku tidak mengatakan bahawa madrasah perlu ditutup. Madrasah adalah untuk menyempurnakan pendidikkan tetapi madrasah-madrasah tidak sesuai untuk peringkat asas.”
Setiap orang Islam mestilah memperolehi sekadar pengetahuan Islam yang asas disamping usaha di dalam kerja-kerja duniawi. Para sahabat yang mulia, kecuali segelintir kumpulan Ahli Suffah mempunyai keluarga dan pekerjaan yang perlu mereka jagai. Mereka terdiri daripada peniaga-peniaga, petani dan ahli-ahli pertukangan yang juga mempunyai kerisauan dan masalah. Tidak ada madrasah-madrasah Arab yang mengajar ketauhidan sabagaimana yang dimaklumi di zaman moden ini yang telah di wujudkan di Madinah dan kalaupun mungkin ada, mereka tidaklah menghabiskan masa sehingga 8 ke 10 tahun di dalamnya. Tetapi tiap-tiap daripada mereka tidak alpa tentang pentingnya pendidikan iman dan setiap mereka mempunyai ilmu yang seperlunya mengenai iman. Bagaimana mereka belajar? Dengan bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan duduk bersama-sama dengan mereka yang tahu dan bergaul rapat dengan orang–orang yang beriman sambil memerhatikan tindak tanduk serta menyertai mereka di dalam sesuatu perjalanan dan jihad. Bertanya daripada mereka tentang kedudukan agama yang sebenar apabila timbul sesuatu perkara.

Majlis Ta’leem dalam gerakan dakwah perlu ada:-
1. Halaqah Fadhilat Amal – Targib wa Tarhib

2. Halaqah Fiqh
Adam bin Abi Iyas meriwayatkan dari Al-Ahwas bin Hakim,”Umar bin Khattab mengirim surat kepada semua ketua pasukan Islam, yang isinya,”Ajarkan kepada mereka ilmu agama, mungkin saja sebahagian kamu mengerjakan barang yang batil padahal dia berpendapat bahawa hal itu adalah yang benar, dan meninggalkan yang hak padahal dia tahu bahawa hal itu adalah batil.”
Halaqah Fiqh wajib di ajar oleh ustaz yang berpendidikan agama. Ustaz wajib menyertai jemaah dakwah. Kemajuan pendidikan ialah berkongsi pengetahuan dengan orang yang telah memilikinya. Di dalam kata-kata Maulana Ilyas: “Ketahuilah bahawa seorang ulamak tidak akan dapat maju di dalam pembelajarannya sehinggalah dia menyampaikan apa yang telah di pelajarinya kepada mereka yang terlebih rendah taraf pengetahuannya daripadanya., khasnya ke atas mereka yang hampir mencecah sempadan Mulhid (tidak bertuhan).”

Maulana Ilyas berkata:”Rakan-rakan seusaha di dalam Tabligh hendaklah pergi kepada tiga peringkat orang dengan tiga maksud berlainan. Kepada ulamak dan orang-orang yang soleh, pemergian mereka adalah dengan bermaksud memperolehi ilmu iman dan memanfaatkan daripada majlis mereka, kepada mereka yang terlebih rendah daripada diri mereka, pemergian mereka adalah untuk mencapai kesempurnaan iman menerusi penyemaian nur dan pembelajaran agama. Dan kepada yang bakinya adalah tujuan menyerapkan berbagai-bagai kelebihan yang terdapat kepada mereka.

Maulana Ilyas berkata:”Syarat terpenting bagi pendidikan agama ialah seseorang itu hendaklah lihat ke dalam dirinya sendiri dan memahami kesilapan-kesilapan dan kekurangan terhadap amalannya. Sebaliknya jika dia menggunakan ilmu dan pemahamannya untuk memeriksa amalan-amalan orang lain dan mengira=gira kesilapan mereka maka ini adalah ujub terhadap ilmunya yang sangat-sangat berbahaya kepada alim ulamak dan orang yang mahir di dalam bidang agama.

Ustaz hendaklah mengajar agama tanpa sebarang kepentingan dunia.

3. Halaqah Kisah Para Sahabat
Abu Nuaim telah meriwayatkan dari sahabat Abdillah bin Umar r.a. berkata:”Barangsiapa yang ingin meniru sesuatu perbuatan (sunnah) maka taatilah para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. sebab mereka itu adalah sebaik-baiknya umat, paling baik hatinya, paling dalam ilmunya dan paling ringan amalannya. Mereka itu adalah suatu kaum yang telah dipilih oleh Allah untuk menjadi sahabat Nabi s.a.w. dan mereka menyiarkan agamanya (menolong), kerana itulah contohlah akhlak dan perbuatan mereka dan mereka itu adalah umat yang selalu mendapatkan petunjuk Allah, demi Allah yang memiliki Ka’bah.”
Dikeluarkan oleh Raziin dari Umar r.a. marfuu’: Berkata Rasulullah s.a.w.,”Aku tanyakan kepada Tuhanku tentang perselisihan sahabat-sahabatku sepeninggalanku, maka Allah mewahyukan kepadaku:”Hai Muhammah, sungguh sahabat-sahabatmu itu bagi saya adalah seperti bintang-bintang dilangit, ada yang lebih sinarnya dari yang lain, tetapi tetap masing-masing mempunyai sinar, maka barangsiapa yang mengambil sesuatu dari para sahabat-sahabatmu itu dalam perbezaan pendapat mereka, maka tetap Aku pandang atas petunjuk-Ku.” Dan berkata Rasulullah s.a.w.,”Sahabat-sahabatku itu adalah seperti bintang-bintang, siapa saja yang ikuti diantara mereka, bererti mendapat petunjuk.”

4. Halaqah Tajwid Al-Quran
Syihab Ibnu ‘Abbad rahmatullahi alaihi menulis:” Satu rombongan puak ‘Abad Al-Qais pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. Saya mendengar salah seorang daripada mereka menceritakan tentang perjalanan mereka. Orang itu berkata:”Apabila kami tiba kepada Rasulullah s.a.w., kaum muslimin bergembira akan kedatangan kami. Apabila kami tiba di majlis Rasulullah s.a.w., orang ramai memberi ruang kepada kami dan kami pun duduk. Rasulullah s.a.w. mengalu-alukan kedatangan kami dan berdoa untuk kami. Kemudian sambil melihat kepada kami Rasulullah s.a.w. bertanya: “Siapakah ketua kamu?. Siapakah pemimpin kamu?. Kami menunjuk ke arah Mundhir Ibnu ‘Aid. Rasulullah s.a.w. berkata;”Asakah ini Ashaj?”. Adakah lelaki yang mempunyai tanda luka itu ketua kamu?”. Kami mengiyakannya (Ashaj merupakan seorang yang mempunyai tanda luka di kepala atau mukanya). Dia mendapat kesan luka di mukanya akibat cangkukan keldai. Inilah hari pertama dia dipanggil Ashaj. Apabila teman-temannya pulang, dia menetap, mengikat haiwan tunggangan mereka dan menguruskan barang-barang mereka. Kemudian dia mengeluarkan begnya dan menukar pakaian yang digunakan semasa perjalanan itu, memakai pakaian yang bersih dan datang menemui Rasulullah s.a.w. Ketika itu, Nabi s.a.w. sedang mengerak-gerakkan dan meregangkan kakinya. Apabila Ashaj r.a. datang dekat dengannya, orang ramai memberi ruang kepadanya dan menyuruhnya duduk berdekatan. Rasulullah s.a.w. mengangkat kakinya, berdiri dan berkata:Wahai Ashaj! Mari ke sini. Beliau datang dan duduk di kanan Rasulullah s.a.w. yang mengalu-alukannya, melayannya dengan penuh kasih dan menanyakan tentang daerahnya serta turut menyebut tentang setiap tujuan di Hajar seperti Safa, Mushqar dan sebagainya. Ashaj r.a. berkata: Wahai Rasulullah! Haruskah ibu bapaku mengorbankan nyawa untukmu? Tuan tahu nama-nama Bandar kami lebih dari kami. Rasulullah s.a.w. berkata: Daku tahu kawasan kamu dan daku pernah ke sana. Kemudian Nabi s.a.w. mengalihkan perhaitnanya kepada golongan Ansar dan berkata;Wahai Ansar! Layanilah saudara-saudaramu dengan kehormatan kerana mereka adalah muslim sepertimu. Warna rambut dan kulit mereka menyerupai kamu. Mereka menyertai Islam atas kehendak mereka sendiri. Mereka tidak pernah dipaksa ataupun disebabkan harta kekayaan mereka dirampas dan mereka memeluk Islam untuk mendapatkannya kembali. Sebaliknya, sesetengah orang yang tidak menerima Islam (berperang dengan kita), telah dibunuh. (rombongan itu tinggal bersama-sama golongan Ansar). Kemudian pada waktu pagi, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: Bagaimana kamu mendapati saudara-saudara kamu melayan kamu?. Mereka menjawab: Mereka merupakan saudara-saudara yang baik. Mereka memberikan kami tempat tidur yang empuk, makanan yang lazat dan mengajar kami kitab Allah Tabaraka Wata’ala dan sunnah Rasulullah s.a.w. pada waktu pagi dan petang. Rasulullah s.a.w. amat menyukainya dan merasa sungguh senang hati. Kemudian baginda memberikan perhatian kepada setiap seorang daripada kami. Kami memberitahunya apa yang telah kami pelajari dan telah diajar. Ada yang di ajar tentang tahiyat, surah Al-fatihah, satu surah, ada yang dua surah dan sesetengahnya banyak sunnah. (Musnad Ahmad)

Juru Khidmat

Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik,”Pernah kami dalam suatu perjalanan dengan Nabi sebahagian dari kami ada yang berpuasa sedangkan sebahagian kami tidak berpuasa. Ketika ditengah perjalanan kami turun ditempat yang teduh kerana hari sangat panas sekali. Orang yang mempunyai kain banyak dapat berlindung dengan kainnya, sedangkan orang yang kainnya terbatas maka dia cukup berteduh dengan tangannya. Disaat itu, orang yang berpuasa tidak dapat bangun sedikitpun, sedangkan orang yang tidak puasa bekerja mendirikan khemah dan memberi minum pada orang dan kenderaan. Nabi bersabda,”Orang yang tidak berpuasa itu memborong pahala banyak.”

Hmar r.a., hamba Ummi Salamah r.a. melaporkan: Kami bersama Rasulullah s.a.w. di dalam satu ekspedisi: (Kami melalui satu lembah atau sebatang sungai) daku mula membantu orang ramai menyeberangi sungai atau lembah. Melihatkan ini, Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu telah menjadi Safinah (Kapal layar) pada hari ini. (Isabah)

Sahl Ibnu Saad r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: semasa di dalam perjalanan Amir berkhidmat kepada jemaah. Dia yang cemerlang di dalam perkhidmatan kepada sahabat-sahabatnya akan tidak di atasi oleh sesiapa, di atas perkiraan sesuatu amalan, kecuali kesyahidan. Ini bermakna bahawa amalan terbesar adalah syahid dan selepas itu ialah berkhdimat kepada para sahabat. (Baihaqi)

BAB MESYUARAT SEMASA BERDAKWAH

Ali r.a. melaporkan bahawa beliau bertanya: Wahai Rasulullah! Jika kami menemui perkara yang tidak mempunyai sesuatu perintah tertentu daripada tuan, untuk melakukannya atau pun tidak, apakah yang tuan katakan berkenaan kami ini? Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila berlaku perkara itu, mintalah pandangan (bermesyuarat) dengan mereka yang mempunyai fahaman yang baik terhadap agama dan ahli ibadat yang kuat, dan janganlah membuat keputusan di atas pendapat seorang individu. (Tabrani dan Majmuaz Zawaaid)

Ibnu Abbas r.a. melaporkan: Apabila ayat ini diturunkan:
”Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan”, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. dan RasulNya tidak perlu bermesyuarat, walaubagaimanapun, Allah telah menjadikannya sebagai satu sumber rahmat bagi umat ini. Maka, barangsiapa dari umat ini yang bermesyuarat, ia tetap berada di jalan yang benar, dan orang yang tidka bermesyuarat sentiasa di dalam tertekan. (Baihaqi)

Abu Bakar r.a. pernah berkata kepada ‘Amru Ibnul-‘As:”Aku telah melantikmu menjadi ketua dalam pasukan tentera ini, berangkatlah engkau ke Palestin dan hubungilah Abu Ubaidah dengan suratmu dan bantulah dia bila-bila dikehendaki. Jangan engkau putuskan sesuatu perkara kecuali setelah diadakan mesyuarat dengannya. Hendaklah engkau takut kepada Allah samada dalam waktu terang atau rahsia. Malulah kepada Allah dalam khalwat-khalwatmu kerana ia melihat apa yang engkau lakukan. Engkau sendiri mengetahui bahawa aku telah mengutamakan engkau dari yang lain yang lebih lama dan lebih mulia darimu. Oleh itu hendaklah engkau bekerja seperti orang-orang yang bekerja untuk akhirat dan segala amalanmu itu hendaklah engkau tujukan semata-mata kerana Allah. Dalam keberangkatanmu nanti hendaklah engkau turut jalan ilya’ sampai ke Palestin. Janganlah engkau cuai terhadap tugas yang kuberikan kepadamu ini, dan hendaknya jangan sekali-kali engkau berkata: Abu Bakar telah meletakkan aku di hadapan musuh, padahal aku tidak berdaya. Ketahuilah wahai ‘Amru, di sampingmu sekarang ada orang-orang Muhajirin dan Ansar, pejuang-pejuang dalam peperangan Badar dahulu. Hendaknya engkau arif tentang hak mereka dan janganlah engkau berleluasa dengan kuasa yang diserahkan kepadamu ini. Janganlah engkau terpengaruh dengan tipu daya syaitan nanti engkau berkata: Bahawa aku telah di lantik oleh Abu Bakar kerana itu akulah orang yang mulia sekali. Jagalah dirimu dari tipu daya, hawa nafsu dan hendaklah engkau jadikan dirimu sebagai seorang dari tentera-tenteramu juga dan bermesyuaratlah dengan mereka.
Abu Hurairah r.a. melaporkan: Daku tidak melihat sesiapa yang melaksanakan mesyuarat dengan sahabat-sahabatnya, sebanyak yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. (Tirmizi).

Antara adab mesyuarat seperti berikut:-
1. Semua keputusan penting yang seseorang hendak lakukan hendaklah dicapai melalui pertimbangan berhati-hati dan perbincangan mesra dengan mereka yang rapat dan bersesuaian. Ini dirujuk sebagai mesyuarat dan dapat diamalkan bagi semua perkara domestic, perniagaan, agama dan lain-lain.

2. Mesyuarat adalah perintah Allah dan amalan Nabi s.a.w. Jadi ia merupakan salah satu daripada amalan yang utama kehidupan seorang muslim dan menjanjikan keberkatan, pahala dan kejayaan yang besar.

3. Walaubagaiamanapu adalah penting untuk mengikuti jejak langkah Nabi s.a.w. dengan mengamalkan mesyuarat dan memerhatikan adab yang mudah di ajar olehnya.

4. Pertama hendaklah dilantik seorang amir mesyuarat dan bacalah doa.

5. Amir kemudian akan menyebut perkara yang akan dibincangkan dan akan meminta pendapat orang lain yang hadir.

6. Hanya mereka yang diminta untuk memberikan pendapat dibenarkan untuk bercakap. Orang lain tidak berhak untuk bercakap serentak ataupun untuk menyampuk dalam apa cara sekalipun.
7. Amir boleh meminta pandangan setiap orang mengikut giliran atau beliau meminta pandangan daripada beberapa orang sahaja.

8. Orang yang diminta pendapat hendaklah berhati-hati. Ia hendaklah sedar jelas dan hendaklah ikhlas seikhlasnya. Perkara-perkara peribadi tidaklah memberi kesan kepada pemikirannya. Ia hendaklah mempertimbangkan perkara yang dibincangkan dan kemudian menyebutkan apa sahaja yang Allah letakkan di dalam hatinya.

9. Jika pendapat sseseorang kebetulan berlainan daripada orang lain, janganlah hendaknya dia membuat kenyataan yang tidak adil atau menghina seseorang. Tetapi hendaklah ia menyatakan ideanya sendiri secara ringkas mungkin dengan satu atau dua alas an untuk menyokong cadangannya.

10. Jika seseorang tidak ditanya pendapatnya oleh amir (walaupun orang lain telah memberikan pandangan mereka) janganlah ia tersinggung. Sepatutnya ia hendaklah gembira untuk menyedari bahawa Allah Maha Mengetahui dan jika Dia mengkehendaki Dia boleh memindahkan fikiran sesiapapun kedalam hati amir.

11. Jika seseorang ingin menyatakan pendapat dia hendaklah meminta kebenaran daripada amir.

12. Amir akhirnya akan membuat keputusan ini dilakukan menurut petunjuk yang diletakkan dalam hatinya.

13. Adalah penting untuk menytedari bahawa dalam Islam kita bergantungan penuh kepada Allah setiap masa. Jadi keputusan Amir tidak perlu bergantungan kepada majority atau minority. Sebenarnya, boleh saja Amir membuat keputusan yang benar-benar berlainan bergantung bagaimana Allah memberi petunjuk kepadanya.

14. Apabila sahaja keputusan telah dibuat semua orang diwajibkan untuk mengikuti sepenuhnya keputusan mesyuarat itu. Jika kerana sesuatu sebab yang tertentu sesuatu keputusan gagal untuk menghasilkan kesan yang diharapkan maka tiada seorangpun boleh mengadu hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui perkara yang sebenarnya.

15. Jika cadangan seseorang tidak diikuti janganlah sesekali ia mengadu walaupun kemudian kelihatan seolah-olah pendapatnya yan benar. (Sebenarnyna, semasa memberi cadangan iahendaklah berharap bahawa cadangannya tidak diterima kerana takut keputusan yang salah jika cadangannya diterima).

16. Mesyuarat itu hendaklah diakhiri dengan doa dan janganlah ada mesyuarat kecil selepas itu untuk mengkritik setuju atau tidak setuju apa yang telah diilhamkan.

BAB KEPENTINGAN MUHAJIRIN DAN ANSAR DALAM PENGEMBANGAN ISLAM

Abu Nuaim meriwayatkan dari Anas bin Malik,”Pernah Abu Talha Al Anshary mengunjungi Nabi yang sedang sakit keras, dalam kesempatan ini. Nabi berkata,”Sampaikan salamku pada kaummu (Ansar), sesungguhnya mereka termasuk orang yang paling baik dan paling sabar.”

Solat tahiyatul masjid setelah sampai di masjid

Bukhary juga meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah,”Aku pernah pergi bersama Nabi. Setelah kami sampai di Madinah, beliau menyuruhku untuk masuk masjid dan bersolat 2 rakaat sebelum duduk.

BAB KEPENTINGAN MASJID

Bukhary meriwayatkan dari Urwah bin Zubair, katanya, dengan Zubair bin Awwam ditengah perjalanan. Zubair memberi Nabi sebuah pakaian jubah putih beserta Abu Bakar. Ketika kaum muslimin di Kota Madinah mendengarkan keberangkatan Nabi dari Kota Mekah maka mereka tiap hari menunggu kedatangan beliau dihujung kota sampai siang hari. Pada suatu hari, seorang Yahudi itu berteriak memanggil semua penduduk Kota Madinah mengkhabarkan akan kedatangan Muhammad yang mereka nantikan itu. Seluruh penduduk Kota Madinah keluar menyambut kedatangan Nabi. Nabi sampai di Quba’ tepat pada hari Isnin bulan Rabiul dan beliau singgah dirumah seorang dari suku Amru bin Auf.
Ketika Nabi sampai, maka Abu Bakar berdiri dan menaungi Nabi dengan kain serbannya agar diketahui bahawa orang yang duduk itu adalah Nabi. Dirumah suku Amru bin Auf itu Nabi sempat tinggal selama beberapa hari dan beliau mendirikan masjid Quba’. Kemudian Nabi melanjutkan perjalanan sampai masuk tengah Kota Madinah.
Setiap disilakan untuk singgah ditempat salah satu suku Ansar beliau selalu menolaknya dengan halus sampai untanya berhenti pada kebun milik dua orang anak yatim. Ketika unta beliau berhenti langsung beliau turun dari untanya dan berkata,:Disinilah tempat yang akan kubangunkan masjid. Milik siapakah tanah itu?
Jawab mereka,”Tanah itu adalah milik dua orang anak yatim.’
Tanya Nabi,”Bolehkah aku beli tanah itu? Jawab mereka,”Tanah itu kami berikan padamu,ya Rasulullah.” Namun, Nabi membayar harga tanah itu dan segera beliau menyuruh untuk membangunkan masjid. Dalam pembangunan masjid itu, Nabi juga ikut bekerja mengangkat batu dan tanah.

Antara kelebihan pergi ke masjid, Allah s.w.t. akan bertanya pada hari Hisab, dimanakah jiran-jiranNya?. Para malaikat akan bertanya siapakah jiran-jiranNya itu dan Allah s.w.t. akan menjawab bahawa mereka itu ialah orang-orang yang selalu pergi ke masjid.

Dalam sebuah hadisth disebutkan bahawa di antara semua tempat di dunia ini, masjidlah yang paling disukai Allah s.w.t. dan pasar pula yang amat dibenciNya.

Dalam sebuah hadisth lagi, masjid dipenggil Taman Syurga.

Abu Said r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Aku bersaksi dengan iman orang yang selalu ke masjid,” dan kemudian baginda membaca ayat al-Quran berikut:
“Hanyalah orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat.” (Surah at-Taubah: ayat 18)

Pengumuman tentang kedatangan jemaah kepada penduduk kampung

Ahmad meriwayatkan dari Anas bin Malik,”Aku mendatangi anak-anak yang berteriak, berusaha mencari dimanakah tempat kedatangan Nabi Muhammad. Ketika Nabi datang bersama Abu Bakar, kami sedang menunggu kedatangan beliau, namun kami tidak tahu yang manakah beliau. Nabi dan Abu Bakar menyuruh sesorang desa mengumumkan pada penduduk Madinah tentang kedatangan beliau. Seluruh penduduk kota Madinah bergerak keluar dari rumahnya untuk menyambut kedatangan Nabi. Mereka mempersilakan Nabi dan Abu Bakar untuk masuk kota Madinah dengan aman sejahtera. Seluruh kaum wanita datang menyambut beliau dan kata Anas,”Sesungguhnya tak pernah aku lihat keramaian ini di Madinah melebihi dengan keramaian di waktu Nabi datang dan Nabi wafat.”

Berdoa melihat bandar atau kampung

Baihaqy meriwayatkan dari abangnya Abi Marwan Al-Aslami,”Pernah ketika kami ikut keluar bersama Nabi s.a.w. ke Khaibar ketika sampai dekat Khaibar Nabi memerintahkan semua sahabatnya untuk berhenti.
Setelah semua sahabat berhenti, maka Nabi berdoa,”Ya Allah Tuhan Tujuh pahala langit dan bumi, jaga tuhan dan segala syaitan. Aku mohon daripada-Mu kebaikan kota ini dan kebaikan penduduknya apa yang ada didalamnya. Dan aku berlindung dari kejahatan kota ini, kejahatan penduduknya dan kejahatan apa sahaja yang ada didalamnya. Kemudian beliau bersabda,” Majulah kalian dengan membaca Bismillah.”

Khaulah Binti Hakim As Sulamiyyah r.a. melaporkan: Daku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang memasuki sesuatu kediaman, mengucapkan: “Daku berlindung kepada Allah dan kalimah yang sempurna (bermanfaat dan menyembuhkan) daripada kejahatan yang Dia telah ciptakan”. Maka tiada kejahatan akan menimpanya, hingga ia beredar dari tempat yang ia tinggal itu. (Muslim)

Adab perjalanan

Nukman Bin Basyir r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Bersama jemaah adalah rahmat dan pecah belah daripada jemaah adalah azab. (Musnad Ahmad, Bazzar dan Tabrani)

Abdullah Ibnu Umar r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika manusia tahu kerugian (agama dan duniawi), apa yang daku tahu berkenaan berjalan sendirian, tiadalah seorang pengembara akan berani berjalan sendirian pada malam hari. (Bukhari)

Anas r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila bermusafir, berjalanlah dalam beberapa bahagian malam kerana bumi dilipatkan pada waktu malam. (Bukhari)

Nota: Ini bermakna bahawa apabila kamu keluar di dalam suatu perjalanan, janganlah hadkan hanya pada siang hari sahaja tetapi berjalanlah juga pada waktu malam hari kerana tidak banyak langkah sebagaimana pada siang hari dan perjalanan menjadi mudah. Inilah maksud bumi dilipatkan pada waktu malam. (Mazahirul Hak)

Abdullah Ibnu Amr Ibnu As r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Musafir berseorangan adalah syaitan dan sepasang musafir ialah sepasang syaitan tetapi tiga orang musafir adalah satu jemaah (kumpulan). (Tirmizi)

Nota: Seorang penunggang bermakna seorang musafir. Ini bermakna bahawa seorang yang berjalan jauh bersendirian atau dua orang dengan mudahnya diperdayakan oleh syaitan. Untuk menjelaskan ini seorang yang bermusafir bersendirian atau berduaan disebutkan sebagai syaitan. Jadi, dinasihatkan sekurang-kurangnya tiga orang bermusafir di dalam sesuatu perjalanan; supaya mereka dapat juga solat berjemaah dan saling Bantu membantu. (Mazahirul Haq)

Abu Said Al Khudri r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila tiga orang berada di dalam perjalanan, mereka hendaklah melantik salah seorang daripada mereka sebagai Amir. (Abu Daud)

Ali Bin Rabiah rah. Melaporkan: Daku berada bersama Ali r.a. semasa seekor haiwan tunggangan di bawa baginya untuk ditunggangi. Apabila beliau meletakkan kakinya di atas peletak kaki, beliau berkata; Bismillah (Dengan nama Allah). Apabila beliau duduk di atas belakangnya belaiu membaca: Alhamdulillah (segala pujian bagi Allah). Kemudian membaca:
“Maha suci Allah yang telah menundukkan bagi kami tunggangan ini sedangkan kami tidak mempunyai kekuatan untuk mengawalnya, dan sesungguhnya kepada tuhan kami akan kembali”. Beliau kemudian mengucapkan: Alhamdulillah tiga kali, dan tiga kali Allahu Akbar. Kemudian beliau membaca…..
Maha suci Allah sesungguhnya daku menzalimi diriku maka ampunilah daku, tiada yang mengampunkan dosa melainkanMu”. Kemudian Ali r.a. tersenyum. Beliau ditanya: Mengapa tuan tersenyum? Beliau berkata: Daku melihat Rasulullah s.a.w. membaca doa yang daku telah laukan dan kemudian tersenyum. Daku bertanya Rasulullah s.a.w.: Apakah yang menyebabkan tuan tersenyum. Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab: Tuhanmu Rabb Subhanahu Wataala amat gembira (redha) dengan hambaNya, apabila ia mengucapkan: Ampunkanlah dosaku; oleh kerana hamba menyedari bahawa tiada yang mengampuni dosa melainkanNya. (Abu Daud)

Abdullah Bin Umar r.a. melaporkan: Apabila Rasulullah s.a.w. menaiki untanya bagi bergerak kelaur di dalam perjalanan, baginda membaca Allahu Akbar (Allah Maha Besar) tiga kali dan kemudian membaca:
“Maha Suci Dia yang telah tundukkan ini bagi kami, kerana kami tidak mempunyai kekuatan (untuk mengawalnya) dan kepada tuhan kami tempat kami kembali. Ya Allah! Kami mengharapkan kurniaan dan kebaikkan daripadaMu di dalam perjalanan ini dan amalan yang menyenangiMu. Ya Allah! Permudahkanlah perjalanan kami ini dan pendekkanlah jaraknya bagi kami. Ya Allah! Engkaulah teman kami di dalam perjalanan ini yang menjaga keluarga dan harta semasa ketiadaan kami. Ya Allah! Daku berlindung kepadaMu daripada kepayahan perjalannan, menyaksikan dan mengalami perkara yang tidak diingini dan menemui perubahan yang tidak di ingini dalam harta dan keluarga semasa kepulangan kami”. Dan apabila baginda dari perjalanan, baginda akan mengucapkan perkataan yang sama dan membuat tambahan ini:
“Kami kembali, bertaubat, beribadat dan memuji Tuhan Kami.” (Muslim)

Abdullah Ibnu Mas’ud r.a. melaporkan: Pada hari Badar, keadaan kami adalah sebegitu hinggakan seekor unta hanya bagi tiga orang dan kami menaikinya mengikut giliran. Abu Lubabah dan Ali r.a. berkongsi unta bersama Rasulullah s.a.w. Apabila tiba giliran Rasulullah s.a.w. untuk turun, Abu Lubabah dan Ali r.a. berkata: Kami akan berjalan bagi pihak tuan (dan bolehlah tuan meneruskan menaiki unta itu), pada itu Rasulullah s.a.w. menjawab: Kamu berdua tidaklah lebih kuat daripada daku dan daku tidaklah kurang memerlukan pahala (ganjaran) daripada Allah daripada kamu. (Syarhus Sunnah lil Baghawi)

Jabir bin Abdullah r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. biasanya akan berjalan dibelakang semasa perjalanan (disebabkan tawadhu’, bagi membantu dan mengambil berat akan orang lain); dan merangsang supaya binatang tunggangan yang lemah akan tetap bergerak. barangsiapa yang berjalan kaki, baginda akan mengambilnya untuk memboncengnya dibelakangnya, dan sentiasa berdoa untuk mereka semua (yang berada didalam kafilah). (Abu Daud).

Sakhr Al Ghamidi r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ya Allah! Berkatilah umatku pada pagi hari mereka! Apabila Rasulullah s.a.w. menghantar satu ekspedisi, besar atau kecil, baginda akan menhantar mereka pada pagi hari. Sakhr r.a. adalah seorang pedagang dan biasanya beliau menjual barangannya pada permulaan hari melalui pekerja-pekerjanya maka beliau menjadi kaya dan mempunyai banyak harta. (Abu Daud)
Mut’im Ibnu Miqdam r.a. menceritakan: Rasulullah s.a.w. berkata: Apabila seseorang itu dalam keadaan musafir, pertolongan sebaiknya untuk ahli keluarga yang ditinggalkan adalah sembahyang dua rakaat yang dikerjakannya berhampiran dengan mereka. (Jami’us Saghir)

Bukhary meriwayatkan dari Abu Musa Ali Asy’akry,”Ketika Nabi menuju Khaibar para sahabatnya melewati lembah mereka selalu bertakbir dan bertahlil dengan suara yang keras sekali.
Nabi memperingatkan mereka,”Kasihanilah dirimu, sesungguhnya kamu itu tidak berseru kepada Zat yang tuli dan jauh, tetapi kamu berseru kepada Zat yang dengan kamu (ALLAH).
Ketika itu akan berjalan dibelakang kenderaan Nabi dan aku berkata,”Lahaulah walaa quwata illa billah.”
Nabi bertanya kepadaku,”Mahukah kamu aku tunjukkan suatu kalimat yang merupakan tanaman disyurga?”
Jawabku,”Ya, Rasulullah kalimah apakah yang hendak engkau ajarkan itu?”
Nabi menjawab,”iaitu kalimah Laa haula walaa quwata illa billahi.”

Bukhary meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah, “Kami jika menaiki bukit kami bertakbir dan jika menuruni bukit kami bertasbih kepada Allah.”

Antara adab perjalanan adalah seperti berikut:-
1. Rasulullah s.a.w. menyukai memulakan perjalanan pada hari Khamis. (Bukhary)

2. Disukai untuk memulakan perjalanan pada awal pagi, Rasulullah s.a.w. berdoa sebelum perjalanan. (Termizi)

3. Rasulullah s.a.w. telah menyatakan bahawa jika lebih daripada tiga orang bermusafir di dalam satu kumpulan, maka salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik menjadi Amir (ketua). (Abu Daud)

4. Sebelum keluar melakukan perjalanan, hendaklah bertemu dengan teman-teman dan saudara-mara dan berdoalah bagi mereka dengan menggunakan doa-doa ini:
“Daku tinggalkan kepada Allah agama kamu, amanah kamu dan penutup amalan kamu.”

5. Apabila meninggalkan rumah, pada memulakan perjalanan hendaklah baca doa berikut:
“Dengan nama Allah, daku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan kepada Allah.”

6. Apabila berada di atas kenderaan, bacalah Bismillah dan apabila duduk, bacalah Alhamdulillah kemudian itu bacalah doa berikut:

7. Selepas itu bacalah yang berikut tiga kali:
Alhamdulillah (3X), Allahu Akhbar (3X) dan Laa ilaha ilallah (3X)

8. Kemudian baca istighfar ini:
“Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku telah menzalimi diriku, maka ampunkan daku. Bahkan tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau.” (Mishkaat)

9. Apabila mendaki tempat yang tinggi, hendaklah baca:
“Allahu Akhbar”

10. Apabila turun dari tempat yang tinggi, bacalah:
“Subhanallah”

11. Apabila terjatuh atau terlibat dalam kemalangan bacalah:
“Bismillah”

12. Apabila belayar diatas kapal, bot, kayak atau kenderaaan yang terapung diatas air, bacalah:
“Dengan nama Allah ia belayar dan berlabuh. sesungguhnya Tuhanku pasti Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”

13. Sudah menjadi tabiat Rasulullah s.a.w. apabila baginda kembali dari sesuatu perjalanan baginda biasanyanya lakukannya pada masa Dhuha. Pertama baginda akan ke masjid, tunaikan dua rakaat solat Nafilah dan duduk didalam masid bertemu orang ramai buat seketika sebelum kembali ke rumah. (Bukhary)

14. Mereka yang mempunyai banyak bekalan semasa didalam perjalanan hendaklah memikirkan keperluan orang lain yang berada didalam kekurangan. (Muslim)

Berdoa sebelum keluar berdakwah

Abu Nuaim meriwayatkan dari Ibrahim bin Saad, “Telah kudengar bahawa ketika Nabi keluar hendak berhijrah ke Madinah beliau berdoa,”Ya Allah tolonglah aku dalam menghadapi segala musibah didunia dan apa yang terjadi disiang hari ataupun malam hari. Ya Allah temanilah aku dalam perjalananku dan jagalah keluargaku berkatilah apa yang kamu berikan kepadaku. Tundukkan diriku kepadamu,tunjukkan aku pada kelakuan yang baik, kepada-Mu cintakan aku dan janganlah Engkau serahkan aku kepada manusia. Engkaulah tuhan orang yang lemah. Aku berlindung dengan wajahMu yamg mulia. Yang Engkau terangi langit dan bumi dari segala kegelapan Engkau atur segala urusan orang-orang terdahulu dari kemurkaan-Mu. Aku berlindung pada-Mu dari sebutnya nikmat-Mu dan tarunannya muka-Mu. Kepada-Mu aku kembali, tidak ada daya dan kekuatan selain daripada-Mu.”

Menghantar jemaah yang hendak berdakwah

Al-Hakim meriwayatkan dari Ibnu Abbas,”Biasanya Nabi jika hendak melepaskan pasukan Islam, baginda s.a.w. menghantar mereka sampai ke Baqi’. Kemudian beliau berpesan kepada mereka dan mendoakan,” Berangkatlah kamu dengan nama Allah dan semoga Allah menolongmu.”
Diceritakan oleh Al-Hakim meriwayatkan dari Muhammad bin Kaab Al-Kurazi,”Pernah Abdullah bin Wazid dipanggil untuk suatu jamuan. Ketika beliau hadir beliau berkata, “Biasanya Nabi jika hendak melepaskan suatu pasukan beliau berdoa kepada mereka, “Aku titipkan agama kamu, amanat kamu dan perbuatan kamu kepada Allah.”

BAB PESANAN SEBELUM BERDAKWAH

Diriwayatkan daripada Sulaiman bin Buraidah daripada bapanya, katanya: Rasulullah s.a.w. apabila baginda memerintahkan kepada seseorang pemimpin atau amir pasukan perang, samada besar atau kecil, baginda akan berwasiat khusus kepada pemimpin itu supaya: Bertakwa kepada Allah dan berbuat baik kepada kaum muslimin (mujahid) yang bersamanya. Kemudian baginda bersabda: Keluarlah berperang dengan nama Allah dan di jalan Allah. Perangilah mereka yang tidak beriman dengan Allah. Berperangilah, namun jangan berlebih-lebihan (melampau), janganlah kamu memotong-motong tubuh manusia dan jangan kamu membunuh kanak-kanak. Sekiranya kamu menemui atau menghadapi kaum kafir atau musuh engkau dari kalangan kafir musyrik, serulah kamu terhadap mereka dengan tiga pekara: Sekiranya mereka itu menerima dan menyambut, terimalah mereka dan lindungilah mereka, iaitu:Pertama: Serukan kearah Islam atau ajaklah mereka memeluk Islam. Sekiranya mereka itu menerima Islam, terimalah mereka itu, kemudian ajaklah mereka itu berpindah ke negeri orang yang berhijrah atau berpindah dari Negara kafir ke Negara Islam. Sekiranya mereka itu enggan berpindah dari Negara kafir, nyatakanlah atau khabarkanlah kepada mereka, bahawa pada umumnya mereka itu akan jadi seperti orang-orang Badwi yang Islam, yang akan berlaku terhadap mereka apa yang berlaku terhadap kaum muslimin umumnya, dan mereka tidak ada habuan daripada harta rampasan perang dan al-Fai, melainkan mereka itu menyertai berperang bersama-sama orang-orang Islam. Kedua: Sekiranya mereka enggan memeluk Islam, mintalah daripada mereka itu jizyah, dan jika mereka menyahut dan bersetuju membayar jizyah, terimalah kamu daripadanya dan lindungilah mereka. Ketiga: Sekiranya mereka enggan memeluk Islam dan enggan membayar jizyah, hendaklah kamu minta bantuan Allah dan pertolongan Allah untuk mengalahkan mereka dan perangilah mereka.
Apabila engkau telah mengepung penghuni kubu atau benteng, lalu mereka ingin engkau jadikan mereka ahli zimmah Allah dan zimmah rasul-Nya (orang yang mendapat jamianan Allah dan Rasul-Nya), janganlah engkau jadikan mereka sebagai zimmah Allah dan zimmah nabi-Nya, tetapi jadikanlah mereka itu sebagai zimmahmu dan zimmah kawan-kawanmu(perlindungan darimu). Kerana kamu menjadikan atau mengawasi zimmahmu dan zimmah kawan-kawanmu lebih mudah daripada kamu mengawasi zimmatullah dan zimmah rasul-Nya. Jika kamu mengepung penghuni kubu atau benteng dan mereka inginkan supaya engkau menempatkan mereka itu pada hukum Allah, Jangan engkau tempatkan mereka itu pada hukum Allah, tetapi tempatkan mereka pada hukummu. Sebab engkau tidak mengetahui apakah dalam urusan itu engkau akan tepat melaksanakan hukum Allah atau sebaliknya.”ng merupakan ahli kitab. Ajaklah mereka untuk bersaksi:”Tiada tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh Allah”. Jika mereka menerima kalimah ini, beritahu mereka Allah telah mewajibkan ke atas mereka lima waktu solat siang dan malam. Jika mereka menerimanya juga, maka beritahu mereka Allah telah mewajibkan zakat bagi mereka, yang harus di ambil daripada yang kaya dan diserahkan kepada yang miskin. Jika mereka menerima ini juga, maka elakkan daripada mengambil harta mereka yang terbaik (ambillah harta mereka yang bermutu sederhana). Lindungilah dirimu dari laknat (doa) orang yang dizalimi kerana tiada penghalang di antara sumpah (doa) mereka yang di zalimi dan Allah. (Bukhari)

Abdul Rahman Bin Aidh r.a. melaporkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. menghantar satu ekspedisi, baginda akan menasihati mereka: Binalah persahabatan dengan orang ramai, wujudkan kemesraan dengan mereka dan layanilah mereka dengan baik. Janganlah menyerangi mereka hingga kamu telah mengajak mereka kepada Islam. Jika kamu Islamkan mereka, hidup di atas bumi ini di dalam rumah-rumah batu dan di bina semua Bandar-bandar dan kampung-kampung, dan bawalah mereka semua kepadaku sebagai Muslim; ini adalah lebih daku sukai daripada kamu membunuh lelaki-lelaki dan membawa wanita-wanita mereka kepadaku (menjadikan anak-anak gadis atau perempuan sebagai hamba). (Matalibul Aliyah, Isabah)

Ibnu Abbas r.a. melaporkan: Semasa mengutuskan Muaz Bin Jabal r.a. ke Yaman, Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu akan pergi kepada satu kaum yang merupakan ahli kitab. Ajaklah mereka untuk bersaksi: “Tiada tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh Allah”. Jika mereka menerima kalimah ini, beritahu mereka Allah telah mewajibkan ke atas mereka lima waktu solat siang dan malam. Jika mereka menerimanya juga, maka beritahu mereka Allah telah mewajibkan zakat bagi mereka, yang harus di ambil daripada yang kaya dan diserahkan kepada yang miskin. Jika mereka menerima ini juga, maka elaklah daripada mengambil harta mereka yang terbaik (ambillah harta mereka yang bermutu sederhana). Lindungilah dirimu dari laknat (doa) orang yang dizalimi kerana tiada penghalang di antara sumpah (doa) mereka yang dizalimi dengan Allah. (Bukhari)

Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa seorang bertanya: Wahai Rasulullah! Seorang lelaki ingin pergi berjihad di jalan Allah mahukan kebaikan duniawi. Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada ganjaran baginya. Orang ramai menganggap ini sebagai sesuatu mustahak dan meminta orang itu supaya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. sekali lagi, kerana mungkin orang itu tidak dapat menerangkan tujuannya dengan tepat. Orang ini sekali lagi pun bertanya: Wahai Rasulullah! Seorang ingin berjihad di jalan Allah inginkan beberapa kebaikan duniawi. Rasulullah s.a.w. bersabda: Dia tidak akan mendapat sebarang pahala. Orang ramai inginkan supaya ia mengulangi soalannya. Maka ia pun mengulangi soalan itu buat kali ke tiga. Rasulullah s.a.w. pun menjawab sebanyak tiga kali: Tiada pahala baginya. (Abu Daud)

Pada kurun ke-19, para ulama telah mengariskan beberapa pesanan sebelum berdakwah yang amat besesuaian dengan keadaan masa kini. Pesanan tersebut dimulai dengan 4 perkara yang perlu diperbanyakkan ketika berdakwah iaitu:-
1. Memperbanyakkan dakwah.
i. Dakwah ijtima’e. Dakwah ini wajib dihadiri oleh semua ahli jemaah Tabligh yang terlibat. Dakwah ini adalah majlis bayan seperti bayan kepentingan usaha, bayan maghrib dan bayan subuh.
ii. Dakwah umumi. Dakwah ini juga wajib dihadiri oleh ahli jemaah Tabligh yang terlibat. Dakwah ini adalah amalan ziarah yang memerlukan ramai orang untuk melaksanakannya.
iii. Dakwah khususi. Dakwah ini adalah digalakkan untuk ahli jemaah Tabligh melibatkan diri. Dakwah ini akan menziarahi orang Islam yang khusus untuk diziarahi.
iv. Dakwah usuli. Dakwah ini adalah menziarahi orang Islam yang berkeinginan untuk menyertai jemaah ini selama 3 hari, 40 hari atau 4 bulan demi memperbaiki iman dan amal sendiri.
v. Dakwah infradi. Dakwah ini dilakukan secara individu untuk belajar cerita tentang kebesaran Allah s.w.t. kepada orang lain.

2. Memperbanyakkan Ta’leem.
i. Ta’leem kitabi. Taleem kitabi adalah sebuah majils mendengar kelebihan-kelebihan amal dari kitab Fadilat Amal seperti al-Quran, solat, zikir, tabligh, kemunduran umat & penyelesaiannya dan kisah para sahabat.
ii. Halaqah tadjwaid al-Quran. Ini merupakan sebuah halaqah untuk memperbetulkan tadjwid al-Quran. Biasanya memperbetuli bacaan dalam surah al-Fatihah dan 10 surah terakhir dalamAl-Quran.
iii. Muzakarah 6 perkara. Perbincangan tentang beberapa sifat para sahabat yang dikenali sebagai 6 perkara. Antara sifat-sifat para sahabat ialah yakin akan kalimah Laa ilaha ilallah muhammadur rasulullah, solat khusyuk dan khuduk, ilmu dan zikir, ikram muslimin, ikhlas niat dan dakwah & tabligh.
iv. Muzakarah adab. Perbincangan tentang sunnah Rasulullah s.a.w. seperti adab makan & minum, adab tandas, adab masjid, adab ziarah dan sebagainya.

3. Memperbanyakkan Ibadat.
i. Solat. Ahli jemaah Tabligh hendaklah menunaikan solat berjemaah. Selain itu, ahli jemaah Tabligh hendaklah memperbanyakkan solat-solat sunat seperti solat hajat, solat taubat dan sebagainya.
ii. Al-Quran. Ahli jemaah Tabligh hendaklah sedaya upaya untuk mengkhatamkan al-Quran.
iii. Zikir. Ahli jemaah Tabligh hendaklah memperbanyakkan zikir khususnya pada waktu selepas Subuh dan selepas Asar.

4. Memperbanyakkan Khidmat.
i. Khidmat kepada amir. Ahli jemaah Tabligh hendaklah mentaati segala perintah amir selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Manakala Amir hendaklah menjaga kebajikan ahli jemaah Tabligh dan jangan terlalu banyak menyusahkan mereka jika mereka tidak mampu melaksanakan tugas yang diperintah. Hak taat kepada pemimpin.
ii. Khidmat kepada jemaah. Ahli jemaah Tabligh hendaklah selalu menolong ahli jemaah yang lain jika mereka memerlukan pertolongan. Sahl Ibnu Saad r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Semasa didalam perjalanan Amir berkhidmat kepada jemaah. Dia yang cemerlang didalam perkhidmatan kepada sahabat-sahabatnya akan tidak diatasi oleh sesiapa, diatas perkiraan sesuatu amalan, kecuali kesyahidan. Ini bermakna bahawa amalan terbesar adalah syahid dan selepas ini ialah berkhidmat kepada para sahabat. (Baihaqi). Hak memuliakan orang Islam
iii. Khidmat kepada diri sendiri. Ahli jemaah Tabligh hendaklah juga menjaga kebersihan diri sendiri seperti mandi, memakai pakaian yang bersih dan berbau wangi.

Selepas itu, 4 pekara yang perlu dikurangkan ketika berdakwah iaitu:-
1. Masa makan dan minum. Ahli jemaah Tabligh janganlah terlalu lama ketika makan dan minum seperti makan sambil berbual kosong dengan kawan-kawan. Hak masa
2. Masa rehat. Ahli jemaah Tabligh janganlah terlalu banyak berehat seperti tidur. Hak masa
3. Masa keluar masjid. Ahli jemaah Tabligh janganlah terlalu banyak keluar dari masjid seperti mengambil angin tanpa izin dari amir jemaah. Hak masa
4. Bercakap sia-sia. Ahli jemaah Tabligh janganlah terlalu banyak bercakap sia-sia seperti bergurau senda dan sebagainya. Hak lidah

Kemudian, 4 pekara yang perlu ditinggalkan ketika berdakwah iaitu:-
1. Jangan mengharap kepada makhluk. Ahli jemaah Tabligh janganlah mengharap pada mahkluk untuk mendapatkan sesuatu seperti salah seorang dari ahli jemaah ingin meminta buah rambutan daripada tuan rumah pokok rambutan. Sebaliknya ahli jemaah Tabligh hendaklah meminta kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan barang tersebut.
2. Jangan memakai barang orang lain tanpa izin. Ahli jemaah Tabligh janganlah memakai barang orang tanpa izin dari tuan punya barang kerana ia boleh menimbulkan konflik dan perpecahan seperti memakai selipar tanpa izin dari tuan punya selipar.
3. Jangan membazir. Ahli jemaah Tabligh janganlah suka membazir kerana ia adalah perbuatan syaitan seperti membazir air ketika berwuduk, memasang lampu masjid dan kipas angin yang terlalu banyak dan makanan yang berlebihan.
4. Jangan sentuh pekara khilafiah. Ahli jemaah Tabligh janganlah sentuh cabang-cabang hukum hakam Islam yang melibatkan perselisihan 4 mazhab. Selain itu, jangan sentuh politik, pangkat, harta kekayaan dan pekara-pekara yang bersangkut paut dengan keduniaan.

BAB KORBAN HARTA UNTUK BERDAKWAH

Ibnu Asakir meriwayatkan bahawa,” Ketika Nabi hendak berangkat ke medan peperangan Tabuk beliau mengutuskan beberapa orang utusan ke pelbagai penjuru Jazirah Arabia untuk menganjurkan suku kabilah Arab yang telah masuk Islam untuk berjuang melawan tentera Romawi. Dalam kesempatan itu Nabi mengutuskan Buraida bin Hasib untuk mengajak kaumnya berperang. Abu Wahkid Al Laisy diutus pada kaumnya dan Abu Ja’ad Ad Dhamry diutuskan kepada kaum Juhainah, Nuaim bin Mas’ud diutus kepada suku Aryja’, Amru bin Idaah diutus pada kaumnya bani Kaab. Abbas bin Mardas diutus pada kaumnya Banu Salim dan lainnya.
Semuanya ditugaskan oleh Nabi untuk menganjurkan kaumnya agar ikut berperang bersama beliau. Nabi juga menganjurkan semua orang untuk membantu pembiayaan tentera yang akan berangkat ke medan perjuangan. Abu Bakar adalah orang yang pertama kali datang dengan membawa seluruh kekayaanya sebesar 4 ribu dirham. Nabi bertanya padanya,”Apakah kamu tinggalkan untuk keluargamu sebahagian dari hartamu ini?”Jawab Abu Bakar,”Aku tinggalkan buat mereka hanya Allah dan Rasul-Nya.” Umar datang dengan membawa separuh dari hartanya.
Nabi bertanya,”Apakah ada kamu tinggalkan untuk keluargamu?”
Jawab Umar,”Aku tinggalkan buat keluargaku separuh dari hartaku.” Ketika Umar mendengar apa yang dilakukan oleh Abu Bakar beliau berkata,”Setiap aku berlumba dalam kebaikan dengan Abu Bakar pasti beliau menang.” Abbas bin Abdulllah Mutalib Ubaidilah datang dengan membawa hartanya yang banyak dan Abdurahman bin Auf datang dengan membawa dua ratus ons emas. Saad bin Ubadah juga datang membawa wang yang banyak. Ashim bin Ady juga datang dengan membawa sembilan puluh peti kurma dan Usman bin Affan datang dengan membawa perbekalan sepertiga dari seluruh keperluan tentera itu. Sehingga Nabi berkata,”Setelah hari ini Usman tidak akan kena mudharat sedikitpun.” Semua orang juga ikut berkorban sampai sebahagian kaum wanita juga mengorbankan sebahagian perhiasan mereka. Sedangkan yang tidak mampu, kalau tidak mempunyai kenderaan dia harus bergantian dengan yang punya kenderaan. Kata Ummi Sinan Aslamy,”Aku lihat hamparan kain yang dihamparkan dihadapan Nabi itu penuh dengan berbagai macam kekayaan dan perhiasan semuanya digunakan untuk pembiayaan peperangan. Pada saat itu udara sangat panas sekali sehingga banyak orang yang tidak senang untuk ikut dalam peperangan kerana mereka lebih suka tinggal dikebunnya untuk panen.
Sebelum Nabi berangkat beliau menitipkan pimpinan kota Madinah kepada Muhammad bin Maslamah ataupun seorang yang bernama Siba’ bin Afrat Al Ghifary.
Sebahagian orang ada yang tidak ikut dan mereka berkeyakinan bahawa hal itu akan tertutup selamanya jika tidak ada wahyu turun.
Nabi menyuruh semua tenteranya untuk memakai selipar kerana perjalanan itu amat jauh sekali.
Abdullah bin Bay dan golongannya kaum Munafiqin tidak ikutbersama Nabi dan mereka berkata, “Muhammad mengira dia kan menang melawan tentera Romawi padahal tenteranya sangat sedikit sekali dan perbekalannya amat terbatas. Apakah dia kira bahawa berperang dengan mereka itu suatu hal yang remeh?”
Kata Abdullah bin Ubay, “Demi Allah, aku bayangkan esok tenteranya akan diikat jadi satu dengan Muhammad.”
Ketika Nabi sampai di Tsaniatul Wada’ beliau membagi panji-panji kepada pemuka kaum Muslimin.
Abu Bakar diberikan panji Muhajirin, dan Zubair juga memegang panji kaum Muhajirin. Sedangkan bendera kaum Aus dipegang oleh Usaid bin Hudhair dan kaum Khazraj panjinya dipegang oleh Abu Dujanah atau Khubab Ibnul Muzzir.
Jumlah pasukan Islam yang ikut bersama Nabi ketika itu sebanyak 30,000 orang dan pasukan berkuda sebanyak 10,000 orang. Dan setiap kabilah diperintahkan oleh Nabi untuk membawa panjinya masing-masing. (Ibnu Asakir Jilid 1 Halaman 110)

Khuraim Ibnu Fatik r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang berbelanja dijalan Allah, akan diutuskan baginya tujuh ratus kali ganda didalam buku amalannya. (Tirmizi).

Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menyumbangkan sepasangan sesuatu (sebagai contoh dua kuda, dua pakaian, dua dirham, dua hamba, dll.) di jalan Allah, ia akan dijemput oleh penjaga (malaikat) syurga untuk memasukinya. Setiap penjaga akan mempersilakannya masuk melalui pintunya: Wahai sekian, sekian! Masuklah melalui pintu ini. Pada itu, Abu Bakar r.a. berkata: Wahai Rasulullah! Maka orang tersebut tidak akan mendapat ketakutan atau kesedihan. Rasulullah s.a.w. bersabda: Daku mempunyai harapan yang penuh bahawa kamu akan menjadi salah seorang daripada mereka (yang akan dipersilakan masuk melalui setiap pintu). (Bukhari)

Thauban r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Dinar yang paling cemerlang ialah yang dibelanjakan oleh seseorang ke atas ahli keluarganya, dan dinar yang dibelanjakan ke atas kudanya di jalan Allah dan dinar yang dibelanjakan ke atas rakan seusahanya dijalan Allah. (Dinar ialah nama wang emas). (Ibnu Hibban)

Abu Said Al Khudri r.a. melaporkan: Semasa kami berada di dalam perjalanan dengan Rasulullah s.a.w., seorang datang menunggang seekor haiwan tunggangan dan mula berpusing ke kanan dan ke kiri (menyatakan keperluannya, supaya hajatnya dapat tercapai). Pada masa itu, Rasulullah s.a.w. pun bersabda: Barangsiapa yang mempunyai tunggangan yang lebih hendaklah memberikan kepada mereka yang tiada. Dan barangsiapa yang mempunyai bekalan yang lebih, melebihi keperluannya, hendaklah memberikan kepada mereka yang tiada. Periwayat berkata bahawa Rasulullah s.a.w. menyatakan berbagai jenis barang milik hingga para sahabat mula berfikir (kerana motivasi oleh Rasulullah s.a.w.) bahawa tiada seorang pun mempunyai hak bagi barangan yang lebih (tetapi mereka yang tidak mempunyai barangan itu berhak mendapatkannya). (Muslim)