Thursday 24 April 2014

Punca hidup kita masih tidak berjaya di dunia dan akhirat walaupun kita telah beramal

Apakah punca hidup kita sentiasa dilanda kemurungan, kesedihan dan tekanan akibat daripada pelbagai masalah dunia seperti masalah alam pekerjaan, masalah kewangan, masalah rumahtangga dan sebagainya. Sedangkan kita sentiasa melakukan amal ibadat dengan mengerjakan perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan larangannya serta ikut sunnah Rasulullah s.a.w. Mengapa masih kita bersedih, berduka cita dan murung?.
Pada pandangan saya, walapun kita melaksanakan amal ibadat namun kita masih gagal meraih pertolongan atau bantuan daripada Allah s.w.t. disebabkan oleh dua (2) punca utama:
(1) Kita masih tidak yakin Allah s.w.t. menyelesaikan masalah kita walaupun kita melaksanakan amal ibadat.
Maksudnya ialah kita telah menyelesaikan masalah hidup kita melalui amal kerana ada janji-janji atau nusrah (pertolongan) dari Allah s.w.t. Namun, setelah kita mengerjakan amalan tersebut, tawajuh dan tawakal kita tidak 100% kepada Allah s.w.t. Hati kita masih bergantung 99% kepada makhluk untuk menyelesaikan masalah kita dan 1% bergantung harap pada Allah s.w.t. Berdasarkan tabiat buruk kita seperti ini, adakah Allah s.w.t. mahu menyelesaikan masalah kita walaupun kita telah mengerjakan sesuatu amalan agama. Insya Allah, Allah s.w.t. tidak mahu menolong kita kerana hati kita masih terlalu kuat bergantung harap kepada makhluk daripada Allah s.w.t.
Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah sebelum tidur insya Allah maka Allah s.w.t. tidak akan membiarkannya kebuluran pada esok hari. Selepas itu, kita begitu takjub dengan ganjaran dari amalan tersebut dan membaca surah al-Waqiah sebelum tidur pada setiap malam. Pada keesokan harinya, kita mendapati duit dalam kantung poket kita cuma ada RM100. Perancangan kita mahu menggunakan duit untuk membeli makanan dengan kos sejumlah RM80 untuk tujuan simpanan makanan selama 3 hari dan bakinya kita berikan kepada ibu kita. Pada masa yang sama, ibu kita mahu minta duit kepada kita sebanyak RM50. Jadi, kita telah yakin bahawa kalau kita berikan RM50 kepada ibu kita (biasanya RM20 telah kita berikan kepada ibu) maka kita tidak dapat membeli makanan untuk simpanan dalam tempoh 3 hari. Dalam hati kita, kita akan mengalami kebuluran mungkin pada hari ke-2 atau hari ke-3. Kita bertegas cuma memberikan RM20 kepada ibu kita kerana kita khuatir akan mengalami masalah kebuluran. Hati kita masih yakin pada duit menyelesaikan masalah kebuluran kita dan bukannya Allah s.w.t. Tuan-tuan fikir sendiri, adakah Allah s.w.t. akan menyelesaikan masalah kebuluran kita walapun kita selalu membaca surah al-Waqiah setiap malam sebelum tidur. Insya Allah, sudah pasti Allah s.w.t. tidak akan menyelesaikan masalah kebuluran kita kerana dalam hati kita masih 99% yakin pada duit menyelesaikan masalah kebuluran kita dan bukannya Allah s.w.t.
(2) Kita sudah merasa mengamalkan agama dalam kehidupan kita seharian walaupun kita mengerjakannya hanya sedikit sahaja. 
Maksudnya ialah kita sering beranggapan bahawa kita sudah amalkan agama dalam kehidupan. Namun kita hanya amalkan agama cuma setakat kita amal sahaja. Sedangkan amalan agama adalah seluruh lapangan atau bahagian dalam kehidupan. Kita tahu ilmu tentang sunnah masuk tandas tetapi kita tak amalkan keseluruhan sunnah masuk tandas. Kita cuma amalkan sedikit sahaja seperti doa masuk tandas dan pakai penutup kepala. Kita masih tidak amalkan sunnah masuk tandas yang lain seperti memakai selipar, masuk kaki kiri, keluar kaki kanan, doa keluar tandas dan sebagainya. Adakah kita masih mengaku amalkan agama yang sempurna dalam kehidupan kita?. Sudah tentu belum kerana kita cuma melaksanakan amal agama setakat mana kita amalkan. Adakah kehidupan kita masih mirip kehidupan Rasulullah s.a.w.? Sudah pasti terlalu jauh sekali. Kita yakin dan sedar bahwa apabila kita mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. dari bangun tidur hingga mahu tidur maka insya Allah kita akan berjaya di dunia dan akhirat. Dan kita juga yakin dan sedar bahwa apabila kita mengamalkan cara kehidupan Nasrani dan Yahudi maka insya Allah kita gagal di dunia dan akhirat. Malangnya pada hari ini kita telah amalkan cara kehidupan Nasrani dan Yahudi lebih-lebih banyak lagi daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Adakah Allah s.w.t. akan membantu kehidupan kita berjaya didunia dan akhirat?. Insya Allah, sudah pasti tidak.
Cara untuk menyelesaikan 2 punca kepada masalah kehidupan kita ini hanyalah melalui jalan dakwah. Dakwah ilallah (menyeru manusia kepada Allah s.w.t.) satu-satunya cara untuk membentuk keyakinan kepada amalan agama dan secara langsung akan memudahkan kita untuk beramal. Insya Allah. Oleh itu, syarat dakwah tidak lain tidak bukan ialah memerlukan perngorbanan, mujahadah dan susah payah untuk memperbaiki amalan agama kita. Insya Allah, pasti Allah s.w.t. akan turunkan hidayat kepada kita dan orang lain untuk amalkan agama dengan sempurna.
Kesimpulannya, kita hendaklah sediakan diri kita dan orang lain dengan korbankan harta serta lapangkan masa untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah azamm....

Monday 21 April 2014

Tujuan saya mewujudkan Blog Muzakarah Iman dan Amal

Nama saya Mohammad Khairul Azmi Bin Kamil. Saya seorang yang berpendidikan dari UiTM dalam jurusan Pengurusan Perniagaan. Hobi saya suka menulis pelbagai topik yang ingin saya beritahu kepada dunia. Saya suka berkongsi maklumat. Sebab itulah saya suka memberitahu pelbagai idea saya kepada pembaca blog. Saya sukakan respon daripada pembaca blog.
Nama blog saya Muzakarah Iman dan Amal. Maksudnya perbincangan dan perkongsian pendapat, idea atau maklumat berkaitan dengan iman dan amal. Mengapa iman dan amal? 
Iman dan amal membantu kita untuk berjaya di dunia dan akhirat. Allah s.w.t. berjanji akan membantu hambanya yang ada iman dan amal. Selain daripada iman dan amal tiada janji daripada Allah s.w.t.
Iman adalah percaya dengan yakin perkara yang di firman Allah s.w.t. dan sabdaan Rasulullah s.a.w. walapun kita tak nampak perkara tersebut seperti janji-janji Allah s.w.t. dalam amal, syurga, neraka, malaikat dan sebagainya. Amal adalah sesuatu amalan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. yang akan memberi manfaat kepada orang yang beramal. Setiap amal ada janji-janji dan ganjaran daripada Allah s.w.t.
Iman tanpa amal tidak berguna. Begitu juga amal tanpa iman tidak berguna. 
Contoh iman tanpa amal. 
Seseorang itu yakin Allah s.w.t. tidak akan membiarkan dia kebuluran pada esok hari melalui perantaraan amal dengan membaca surah al-Waqiah sebelum tidur. Namun, dia tidak membaca surah al-Waqiah sebelum tidur.   Adakah Allah s.w.t. akan membantu tidak akan membiarkan orang tersebut kebuluran pada esok pagi?. Sudah tentu Allah s.w.t. tidak akan bantu. Tamsilan seperti seorang pekerja yakin majikannya akan membayar gaji kepadanya namun dia tidak bekerja. Duduk dalam pejabat saja tanpa buat sebarang kerja. Adakah majikannya akan membayar gaji kepada pekerja tersebut?. Sudah tentu majikannya tidak akan membayar gaji kepada pekerja yang malas.
Contoh amal tanpa iman. 
Seseorang itu membaca surah al-Waqiah sebelum tidur namun dia masih kurang yakin dengan faedah yang dia akan perolehi melalui amalan tersebut. Dia masih mempunyai keyakinan yang terlalu tinggi terhadap nilai duit. Hati dia sedar bahawa jika dia ada duit maka dia dapat hidup tanpa kebuluran. Hati dia masih yakin nilai tinggi yang ada pada duit dan kurang yakin dengan kudrat Allah s.w.t. untuk memberi manfaat kepadanya yang diperolehi melalui bacaan surah al-Waqiah. Ertinya dia yakin duit dan tak yakin Allah s.w.t. Tapi dia mengerjakan amalan tersebut. Adakah Allah s.w.t. akan membantu orang tersebut tanpa kebuluran pada esok pagi?. Sudah tentu Allah s.w.t. tidak akan membantu dia. Tamsilan seperti majikan telah menawarkan kepada seorang pekerja sesuatu pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Pekerja tersebut bersetuju dan melaksanakan pekerjaan tersebut namun dia masih kurang yakin dengan kemampuan majikannnya untuk membayar gajinya. Dalam hati dia ingin mencari sesuatu pekerjaan yang menjamin pendapatan lumayan. Dia telah melakukan pekerjaan yang lain untuk mendapatkan pendapatan yang terjamin. Majikan dia berasa kecil hati dan merajuk dengan tindakan pekerja tersebut kerana kurang yakin dengan kemampuannya untuk membayar gaji malah pekerja tersebut telah melakukan pekerjaan yang lain dengan anggapan pendapatan terjamin. Adakah kamu rasa majikan tersebut akan membayar gaji kepada pekerja tersebut setelah terkecil hati dan merajuk apabila mendapat tahu bahawa pekerja tersebut meragui kemampuannya untuk membayar gaji?. Sudah tentu majikan tersebut tidak akan membayar gaji kepada pekerja tersebut. 
Untuk usaha atas iman dan amal hanya melalui mujahadah, susah payah dan pengorbanan dengan sediakan diri dan orang lain, korbankan harta dan lapangkan masa untuk baiki atau islah iman dan amal (Usaha untuk mengamalkan kesempurnaan agama dalam kehidupan 24 jam) selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah...azam....

Sunday 20 April 2014

Basirah Kerja Dakwah Maksud Hidup






Terjemahan: katakanlah (wahai Muhammad): "inilah jalanku; aku dan dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata; (dan aku menegaskan:) maha suci Allah (daripada segala i'tiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." [Surah Yusuf, ayat ke-108] 

 (Katakanlah (wahai Muhammad) "inilah jalanku..." )
Tafsiran: katakanlah wahai Muhammad kepada manusia “inilah jalanku dalam dakwahku kepada Tuhanku supaya Dia diimani dan hanya Dia yang disembah." Sabil: sunnah dan manhaj.

 (Aku menyeru kepada Allah di atas 'bashirah')Tafsiran: aku menyeru kepada agama Allah berdasarkan hujah yang terang dan jelas; serta ilmu dan pengetahuan yang cukup berkenaan apa yang kusampaikan ini.

 (Aku dan dan orang-orang yang menurutku)Tafsiran: iaitu orang-orang yang beriman semuanya; kami semuanya menyeru kepada Allah di atas bashirah.

 (Maha suci Allah (daripada segala i'tiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain)
Tafsiran: dan sebutlah wahai Muhammad “maha suci Allah” untuk menyucikan Ia daripada mempunyai sekutu atau anak; dan "aku bukanlah daripada kalangan orang-orang musyrik", iaitu orang-orang yang menyembah selain daripada Allah itu.

Tafsiran ayat 108: Surah Yusuf
 Imam Ibnu Katsir menaafsirkan ayat di atas, katanya : iaitu thoriq (jalan)/ cara dan perilaku, iaitu dakwah/seruan kepada persaksian bahawasanya tidak ada Ilah yang berhak disembah kecuali Allah dan tidak ada baginya suatupun sekutu. Dakwah/seruan kepada Allah dengan berdasarkan bashirah (ilmu), keyakinan, dan bukti (burhan). Dan semuanya itu adalah dengan cara mengikutinya (petunjuk Muhammad), iaitu seruan yang dibawakan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam di atas bashirah, keyakinan dan pembuktian (burhan) dari segi syari'e dan juga aqal. (Tafsir al-Quranil 'Azhim 4/422 -Maktabah Syamilah)
  
1. Tafsir Al-Qur’anul majid An-Nuur
      Qul haa-dzihii sabiilii ad’uu ilallaahi ‘alaa ba-shiiratin ana wa manittaba’anii artinya “ Katakanlah : “Inilah jalanku, aku menyeru kamu kepada Allah, sedangkan aku dalam keterangan yang nyata. Demikian pula orang-orang yang mengikutinya.”
Katakanlah hai Muhammad kepad kaummu:” Dakwah yang aku sampaikan kepadamu dan jalan yang aku lalui adalah jalanku dan sunnahku. Aku mengajak kamu kepada agama Allah. Tidak ada maksud ku kecuali mencari ridha allah, melaksanakan kewajibanku, dan mengikuti perintah-Nya. Aku berada dlam keterangan yang nyata dari perbuatanku. Demikian pula orang-orang yang mengikuti aku. Yang menyampaikan dakwahku, dan berjalan di ats jalanku hingga hari kiamat.”
      Wa Subhaanallaahi artinya “ Dan Maha Suci Allah.
Aku mengakui kesucian Allah dan aku mengagungkan-Nya. Tidak ada bagi-Nya sekutu dan tidak ada sesuatu yang patut disembah selain Allah.
      Wa maa ana minal musyrikiin artinaya” Dan aku bukanlah dari orang yang mempersekutukan Allah.
Aku, kata Muhammad, melepaskan diri dari segala ahli syirik. Aku tidak masuk ke dalam golongan mereka (kaum musyrik) dan mereka pun tidak masuk ke dalam golonganku.
Menurut pandangan ibn Abbas, yang dimaksud dengan ‘orang-orang yang mengikutiku” adalah para sahabat Muhammad. Merekalah umat yang utama. Mereka telah dipilih oleh Allah untuk menyertai Muhammad dan menegakkan agama Allah. Oleh karena itu hendaklah kita mengakui keutamaan mereka, mengikuti jejak mereka, serta menelaani sifat-sifatnya dan akhlaknya. Mereka berada di ats jalan yang lurus.[1]

2. Tafsir Al-Maraghi
    Dalam ayat-ayat terdahulu Allah menerangkan, bahwa kebanyakan manusia tidak memikirkan tanda-tanda di langit dan di bumi, yang menunjukkan bahwa Allah adalah Esan dan hanya kepada-Nya-lah segala urusan dikembalikan . dalam ayat ini Allah mmerintahkan kepada Rasul supaya memberitahukan kepada manusia, bahwa jalan yang ditempuhnya adalah dakwah untuk mentauhidkan Allah dan ikhlas beribadah kepada-Nya semua. Dakwah itu dia lakukan pula oleh orang-orang yang mengikutinya ,berdasarkan hujjah dan keterangan yang nyata.
      Qul haa-dzihii sabiilii ad’uu ilallaahi ‘alaa ba-shiiratin ana wa manittaba’anii artinya “ Katakanlah : “Inilah jalanku, aku menyeru kamu kepada Allah, sedangkan aku dalam keterangan yang nyata. Demikian pula orang-orang yang mengikutinya.”
Katakanlah hai Rasul, “Dakwah yang aku serukan dan jalan yang aku tempuh ini, yakni mentuhidkan Allah dan ikhlas beribadah kepada-Nya semata, tanpa patung dan berhala, adalah sunnah dan jalanku. Aku meyakinin apa yang aku serukan, dan aku mempunyai hujjah atas apa yang aku katakan. Demikian pula dakwah ini diserukan oleh orang-orang yang mengikuti, mengimani, dan membenarkan aku.
Ayat ini serupa dengan firman Allah Ta’ala (QS. An Nahl : 125) :
äí÷Š$# 4n<Î) È@Î6y y7În/u ÏpyJõ3Ïtø:$$Î/ ÏpsàÏãöqyJø9$#ur ÏpuZ|¡ptø:$# (
Artinya : Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan Hikmah dan pelajaran yang baik.

      Wa Subhaanallaahi artinya “ Dan Maha Suci Allah.
Dan aku mensucikan Allah serta mengagungkan Allah daripada Dia mempunyai sekutu di dalam-Nya, atau daripada di sana ada sembahan lain selain Dia. Allah Maha Tinggi dari hal yang demikian dengan ketinggian yang setingi-tingginya.
Ayat ini serupa dengan firman Allah Ta’ala (QS. Al-Israa: 44) :
ßxÎm6|¡è@ ã&s! ßNºuq»uK¡¡9$# ßìö7¡¡9$# ÞÚöF{$#ur `tBur £`ÍkŽÏù 4 bÎ)ur `ÏiB >äóÓx« žwÎ) ßxÎm7|¡ç ¾ÍnÏ÷Kpt¿2 `Å3»s9ur žw tbqßgs)øÿs? öNßgysÎ6ó¡n@ 3 ¼çm¯RÎ) tb%x. $¸JŠÎ=ym #Yqàÿxî ÇÍÍÈ

Artinya : Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.

Wa maa ana minal musyrikiin artinaya” Dan aku bukanlah dari orang yang mempersekutukan Allah.
Aku melepaskan diri dari orang-orang yang menyekutukan Dia aku tidak termasuk golongan mereka dan mereka tidak termasuk golongan ku..
Islam Berdasarkan atas Hujjah, Tidak ada Taqliq
      Dalam firman-Nya ‘alaa basiirah (dengan hujjah yang nyata) terdapat isyarat bahwa agama yang lurus ini tidak menuntut kepatuhan secara buta terhadap berbagai pandangan dan keyakinan yang digariskannya dengan menceritakannya saja. Akan tetapi, ia adalah agama yang didasarkan atas hujjah dan keterangan. Ia telah menyajikan beberapa pandangan para penentang , dan berulang-ulang membantahnya dengan hujjah yang nyata. Ia berbicara tentang akal dan menghidupkan pikiran. Ia juga menyedikana tatanan semesta alam beserta kerapian dan kekokohan yang ada kepada akal, dan memintanya supaya memperhatikan semua itu, sehingga akal sampai pada keyakinan terhadpa kebenaran yang diakui dan diserukan.
      Dalam menafsirkan firman Allah “wamanittaba’ani” (dan orang-orang yang mengikutiku)Al-bagawi juga menukil dari Ibnu Abas yang sama seperti tafsir di atas.[2]

 3. Tafsir Al-Mishbah
      Qul haa-dzihii sabiilii ad’uu ilallaahi ‘alaa ba-shiiratin ana wa manittaba’anii artinya “ Katakanlah : “Inilah jalanku, aku menyeru kamu kepada Allah, sedangkan aku dalam keterangan yang nyata. Demikian pula orang-orang yang mengikutinya.”
      Wa Subhaanallaahi artinya “ Dan Maha Suci Allah.
      Wa maa ana minal musyrikiin artinaya” Dan aku bukanlah dari orang yang mempersekutukan Allah.
Setelah mengerjakan keadaan sebagian besar manusia yang enggan menerima kebenaran, dan menjelaskan pula bahwa jalankebenaran adalah mengesakan Allah Ta’ala secara penuh,yang telah dibuktikan oleh sekian banyak ayat dan tanda-tanda, maka kinai Rasulullah shalallahu ‘aalaihi wassalam diikutiku perintahkan:katakanlah, wahai Muhammad,” Inilah jalan agamaku yang ku sampaikan melalui al-Qur-an dan Sunnah. Aku dan orang-orang yang menngikutiku yakni yang beriman dan benar sertameneladani aku- kamisemua –mengajak seluruh manusia kapan dan di mana pun kepada Allah dengan bashirah yakni hujjah yang nyata dalam bentuk bukti-bukti rasional dan emosional. Maha Suci Allah, yakni aku menyucikan-Nya dengan menetapkan segala sifat kesempurnaanbagi-Nya dan menghindarkan segala sifat kekurangan bahkan kesempurnaa yang tidak sesuai dengan-Nya, dan aku- walau seandainya hanya aku sendiri – sedikit pun tidak termasuk dalam kelompok orang-orang yang musyrik.”
      Kata (ittab’ani) terambil dari kata (tabi’a),yakni upaya dari seseorang untuk meneladani orang lain dalam langkah dan arah yang ditujunya. Penyebutan diri Nabi Muhammad terlebih dahulu kemudian pengikut beliau dalam firman Allah “ anawa manittaba’ani” aku dan orang-orang yang mengikutiku mengisyyang harus diikuti dalam melaksanakan dakwah aratkan bahwa Rasul adalah patron yang harus diikuti dalam melaksanakan dakwah , sekaligus mengisyaratkan perbedaan tindkat dan kualitas penyampaian dakwahitu. Tidak dapat disangkal bahwa rasul mencampaipuncak dalam berdakwah dan memenuhi sepenuhnya tuntunan Allah Ta’ala dalam menyampaikan semua ajaran. Beliau tidak  meninggalkan satu ayat pun, dan beliau menjelaskan maknanya secaraamat sempurna sambil memberi keteladanan sebaik mungkin. Tentu saja yang berdakwah diharapkan agar pengikut-pengikut beliau hendaknya memiliki pula sifat-sifat yang dicangkup oleh kata ‘ittaba’ani’itu serta serupa – walau tentu tidak mungkin sama dangan Rasul yang dakwahnya ‘alaa bashiirah’ yakni atas dasar bukti-bukti yang jelas serta disertai dengan keikhlasan penuh. Namun demikian, kita sadar bahwa walaupun seseorang muslim pengikut Nabi telah berusaha sekuat tenanga dan kemampuan, namun pasti ia tidak akan mungkin mencapai peringkat dan kualitas apalagi wewenang rasul dalam berdakwah dan menjelaskan ajaran Ilahi. Karen itu, maka yang dituntut bahwa setiap ajakan hendaknya dari setiap muslim adalah berdakwah sebatas kemampuan, walau hanya satu ayat sesuai dengan sabda beliau:”Sampaikanlah dari ajaranku walau hanya satu ayat.”  
      Kata (subhaana) terambil dari kata (sabaha) yang pada mulanya berarti menjauh. Seseorang yang berenang dilukiskan dengan menggunkan akar kata yang sama yakni (sabbaah),dengan berenang iamenjauh dari posisinya semula. “Bertasbih” dalam pengertian agama berarti “menjuahkan’ segala sifat kekurangan dan kejelekan dari Allah Ta’ala.” Dengan mengucapkan “Subhaa Allah” , si pengucap mengakui nbahwa tidak ada sifat atau perbuatan Tuhan yang kurang sempurna , atau tercela, tiddak ada ketetapan-Nya yang tidak adil, baik terhadap si pengucap.
      Kata “subhanaa” di sini mengisyaratkan bahwa setiap ajakan menuju Allah hendaknyua disertai dengan Tasbih, yaitu penyucian Allah Ta’ala dari segala sesuatu yang tidak wajar bagi-Nya.[3]

4. Tafsir Fi Zhilalil Qur-an (Sayyid Quthub)
      108.Katakanlah: “inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dan hujjah nyata,Maha suci Allah, dan tiada termasuk orang-orang yan musyrik.”
“Katakanlah, ‘Inilah jalan (agama)ku.....”’ jalan itu satu dan lurus, tidak bengkok sedikit pun, tidak ada keraguan dan syubhat pun. “aku dan orang-orang yang mengikuti mengajak(kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata,...”
      Kami berada dalam hidayah dan cahaya Allah. Kami sangat mengenal jalan kami. Kami berjalan diatas dengan penuh kesadaran, pengetahuan, dan pengenalan. Kami sama sekali tidak sesat, kemudian mencari-cari petunjuk jalan dan menerka-nerka. Jalan kami adalah jalan yang menyakinkan, terang, dan beercahaya. Mahasuci Allah dari apa-apa yang tidak layak dengan keagungan-Nya. Membedakan diri dari orang-orang musyirik yang menyekutukan Allah. “....Mahasuci Allah dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.”(yusuf: 108)
      Aku tidak termasuk orang-orang musyrik, baik kemusyikan yang jelas maupun yang tersembunyi.
      Inilah jalanku. Barang siapa yang tidak mau ikut, silakan ikut. Barangsiapa yang tidak mau, (maka aku pun tidak ambil pusing) karena aku tetap berjalan dijalanku yang lurus.
      Para dai yang mendakwahkan jalan menuju Allah harus memiliki karakteristik ini. Mereka harus memaklumatkan bahwa mereka suatu umat yang berbeda dengan orag-orang yang tidak menyakini akidah mereka dan tidak berjalan di jalur mereka harus membedakan diri dan tidak bercampur aduk!

      Tidak cukup hanya mendakwahkan para pemeluk ideologi lain agar pindah memeluk Islam. Namun mereka tetap berbaur dan mencair dalam masyarakat jahiliyah. Dakwah seperti itu tidak bermanfaat apa-apa dan tidk bernilai. Sesungguhnya harus dimaklumatkan kepada mereka sejak pertama bahwaumat Islam bukanlah masyarakat jahiliyah. Mereka (umat Islam) memiliki karakteristik khusus dengan kondisi masyarakat khusus. Sumbernya adalah kepemimpinan Islamiah. Mereka harus membedakan diri dari masyarakat jahiliyah, dan juga membedakan kepemimpinan mereka dari kepemimpinan jahiliyah.

      Sesungguhnya bercampur baur dan mencairnya mereka dalam masyarakat jahiliyah dan tetapnya mereka dalam naungan kepemimpinan jahiliyah, pasti menghilangkan setiap kekuasaan yang dibawa oleh akidah Islamiah mereka, setiap pengaruh yang mungkin diciptakan oleh dakwah mereka, dan setiap daya tarik yang dimiliki oleh dakwah yang baru mereka
.
      Hakikat ini tidak hanya cocok pada sasaran dakwah nabi di tengah-tengah kaum musyrikin. Sesunguhnya sasarannya tertuju terhadap setiap jahiliyah yang mendominasi kehidupan manusia. Jahiliyah abad kedua puluh tidak berbeda sama sekali dari jahiliyah-jahiliyah lainnya sepanjang sejarah, baik dalam norma-normanya yang mendasar maupun isyarat-isyarat yang dominan.

      Orang-orang yang menyangka akan berhasil memetik suatu hasil dengan cara bercampur baur dengan masyarakat itu dan dari celah kondisi-kondisi itu berkenaan dengan dakwah Islamiyah...tidak menyadari tabiat akidah Islamiyah yang sebenarnya dan tidak tahu cara bagaimana mengetuj pintu-pintu hati.

5. Tafsir Jalalain
      108. (Katakanlah) kepada mereka ("Inilah jalanku) pengertian jalan di sini dijelaskan oleh firman berikutnya; yaitu: (aku mengajak kepada) agama (Allah dengan hujah yang nyata) hujah yang jelas lagi gamblang (yaitu aku dan orang-orang yang mengikutiku) orang-orang yang beriman kepadaku. Lafal man diathafkan kepada lafal ana yang berkedudukan menjadi mubtada daripada khabar yang disebutkan sebelumnya (Maha Suci Allah) kalimat ini dimaksud mensucikan Allah daripada semua jenis sekutu (dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.") kalimat ini termasuk ke dalam rangkaian keterangan daripada lafal sabiilii di atas.

6. Tafsir Muyyasar
      108. katakanlah: “inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dan hujjah nyata,Maha suci Allah, dan tiada termasuk orang-orang yan musyrik.”

      Katakan wahai Nabi kepada Manusia:” inilah manhaj dan jalan agamaku. Aku mengajak kalian untuk menyembah Allah swt semata ikhlas melakukan ketaatan kepada-Nya, dan mengesahkan-Nya berdasarkan pengetauan yang teguh, hidayah, keyakinan, bukti yang kuat, dan dalil yang terang. Aku dan orang yang  berjalan di atas jalanku dan mengetahuiku, serta menyucikan Allah swt dari segala sekutu dan tandingan, dan segala sesuatu yang tidak pantas ada pada-Nya. Aku tidak menyekutukan-Nya dan tidak pula mengingkari nama dan sifat-Nya”

      Oleh karena itu, karakteristik dakwah beliau saw dan orang yang mengikuti beliau adalah ikhlas beribadah kepada Allah swt, memulai dakwah dengan menauhidkan-Nya, tidak menyekutukan-Nya, menyucikan-Nya dari segala hal yang tidak pantas disematkan kepada Zat-Nya, belajar dan mengamalkan ilmunya, serta sabar terhadap gaangguan manusia. Barangsiapa memiliki karakteristik seperti ini, sungguh ia telah mencapai kemuliaan dan kedudukan tinggi.[4]


7. Tafsir Ibnu Katsir
    108. katakanlah: “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.”
Tafsirnya:
      Allah swt. Beriman kapada Rasul-Nya yang diutus kepada umat manusia dan umat jiin, ialah Muhammad sa. Menyuruhnya agar memberitahu kepada seluruh umat manusia, bahwa jaln agamanya, ialah mengajak orang beriman bahwa tiada Tuhan selain Allah Maha Esa dan tidak bersekutu. Dia dan orang-orang yang mengikutinya mengajak ke jalan itu dengan hujjah yang nyata dan keyakinan yang tidak diguncangkan oleh syak dan keraguan sedikit pun.[5]
 
Cuba kita renungi kata-kata Maulana Saad Al-kandahlawi:
 "Dakwah adalah satu kerja dan dia tidak ada kena mengena dengan peribadi seseorang tetapi dakwah ialah usaha suci murni Nabi s.a.w. yang kita semua kena buat. Berulang-ulang kali kita mendengar bayan tentang kepentingan usaha agama adalah bertujuan untuk mewujudkan asas-asas yang setiap orang buat usaha dakwah harus ada dalam kehidupan mereka. Satu orang yang buat usaha ini harus sedar kenapa dia buat usaha ini. Adakah semua orang lain buat maka kita pun ikut buat juga?. Kita buat usaha ini kerana Allah s.w.t. Allah s.w.t. perintahkan pada baginda Rasulullah s.a.w. supaya beritahu agama pada semua orang. Dengan basirah yang ada pada Nabi s.a.w. iaitu panggil manusia pada iman. Begitu juga basirah yang sama yang ada pada pengikutnya, kita kena panggil manusia pada iman. Bila kita dapat basirah ini, barulah kita dapat buat usaha dengan istiqamah. Dan sekiranya kita tak ada basirah tentang kefahaman yang sebenar dalam usaha ini lama kelamaan kita akan jadi boring untuk buat usaha ini. Oleh itu kita kena fikir apakah maksud dalam satu-satu perkara yang kita nak usahakan. Maksud kita buat usaha dan dakwah manusia pada agama Allah s.w.t. ialah kita kena ubahkan pemikiran kita terhadap pendirian dan semangat kita. Usaha yang kita buat ini bukan untuk islahkan orang lain tapi untuk islahkan diri sendiri untuk membetulkan iman dan yakin kita. Orang yang dapat hidayat melalui kita , itu natijah daripada usaha yang kita buat tetapi itu bukan maksud kita. Maksud kita yang sebenarnya ialah diri kita dapat di perbaiki."
Kesimpulannya ialah dakwah adalah fardhu ain ke atas diri kita dengan menyediakan diri kita dan orang lain, korbankan harta dan lapangkan masa untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah....azam....






Wednesday 16 April 2014

Bagaimana cara kita menggunakan diri kita dan harta kita pada tempat yang hak atau sepatutnya?

Keimanan kita akan bertambah kuat jika diri kita dan harta kita digunakan pada tempat yang sepatutnya. Sebenarnya Allah s.w.t. telah membeli diri dan harta kita dengan syurga. Jadi, apakah sebenarnya yang perlu kita buat pada diri kita dan harta kita. Ada 3 cara untuk menggunakannya:-
(1) Diri kita dan harta kita gunakan untuk keperluan agama lebih daripada keperluan dunia kita sendiri. Maksudnya kita sanggup mengadai nyawa kita semata-mata untuk mempertahankan, mengamalkan dan menyebarkan agama Allah s.w.t. Selain itu, kita sanggup membelanjakan harta kita untuk agama Allah s.w.t. lebih daripada kita belanjakan untuk keperluan dunia kita.

(2) Diri kita dan harta kita gunakan untuk menunaikan hak saudara kita melebihi kita memenuhi hak kita sendiri. Maksudnya kita sanggup mengetepikan atau menafikan hak kita yang sepatutnya kita dapat semata-mata untuk memenuhi hak saudara kita yang lain walapun kita diancam kepapaan, kematian dan sebagainya. Selain itu, kita sentiasa memandang baik saudara kita walapun dia cuma ada 1 sifat yang baik yang sedikit jika dibandingkan 99 keburukan yang ada pada dia dan kita sentiasa memandang keburukan dalam diri kita walaupun kita cuma ada 1 sifat yang buruk dan tidak memandang malah menafikan kebaikan yang ada pada kita walapun kita ada 99 kebaikan.

(3) Diri dan harta kita gunakan untuk dikorbankan ke jalan Allah s.w.t. Kita hendaklah gunakan diri kita dan harta kita pada tertib yang telah ditetapkan oleh eldest kita. Insya Allah, jika kita amalkan cara sedemikian maka sifat-sifat yang baik akan wujud dalam diri. Selain itu, kita hendaklah disiplinkan diri kita dan harta kita untuk memenuhi keperluan usaha maqami dan biruni.
Insya Allah, kita sama-sama berusaha untuk sediakan diri kita dan orang lain untuk korbankan harta serta melapangkan masa keluar ke jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah..azam...

Monday 14 April 2014

Pengertian Dakwah & Tabligh dan Iman

Maksud dakwah dan tabligh menurut Kitab Muntakhab Hadisth karangan Maulana Yusuf Alkandahlawi rah. mengatakan kita hendaklah berusaha menghidupkan usaha agama dengan cara Rasulullah s.a.w. diseluruh alam untuk membetulkan keyakinan dan amalan kita sendiri dan untuk membawa seluruh umat kepada keyakinan dan amalan yang betul. Dakwah Laa ilaha iallah ialah dakwah fardhu ain ke atas setiap orang beriman. Laa ilaha ilallah adalah kalimah iman. Menurut hadisth diriwayatkan oleh Hadzrat Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Iman mempunyai 70 lebih cabang. Antara cabang iman itu, yang paling afdhal mengucapkan kalimah Laa ilaha ilallah. Cabang iman yang paling rendah ialah mengalihkan sesuatu yang menyakiti dari jalan. Sementara sifat malu ialah satu cabang (yang penting) daripada iman."(Muslim)
Iman satu-satunya perkara penting yang wajib ada pada setiap orang beriman. Tanpa iman, apabila mati, cium bau syurga pun tak dapat. Apakah maksud iman?. Maksud iman menurut Kitab Muntakhab Hadisth karangan Maulana Yusuf Alkandahlawi rah. mengatakan makna iman dari segi bahasa ialah menerima dengan penuh yakin penyampaian seseorang yang tertentu kerana kepercayaan terhadapnya. Sementara dalam istilah agama pula makna iman ialah menerima dengan yakin perkhabaran Rasulullah s.a.w. tanpa melihat dengan mata sendiri semata-mata kerana mempercayai baginda s.a.w.
“Wahai orang yang beriman; berimanlah kamu kepada Allah, Rasul-Nya (Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam ), kitab yang diturunkan kepada Rasul-Nya dan kitab yang telah diturunkan sebelumnya. Barangsiapa kafir (tidak beriman) kepada Allah, malaikat-Nya. kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat, maka sesungguhnya orang itu sangat jauh tersesat.” (QS. An Nisaa’ (4): 136
Allah s.w.t. telah perintahkan orang yang beriman supaya berusaha untuk memperbaiki iman sehingga seluruh kehidupan kita mengamalkan agama dengan sempurna. Begitu juga dengan Rasulullah s.a.w. telah perintahkan para sahabat untuk memperbaharui iman sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Hadzrat Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hendaklah kamu selalu memperbaharui iman kamu." Para Sahabat r.a. bertanya,"Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami?". Baginda s.a.w. bersabda,"Perbanyakkan ucapan Laa ilaha ilallah".(Musnad Ahmad, Tobarani: Targhib)
Insya Allah kita azam untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. dengan sediakan diri dan orang lain, korbankan harta dan lapangkan masa selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah....azam..

Peringatan Diri Yang Lalai

Langit yang membiru keputihan menghiasi pandangan di atas bumi. Langit yang membiru turut dihiasi sekawan burung yeng berterbangan. Langit yang membiru melindungi daripada cahaya ultra ungu yang memberbahayakan kesihatan manusia. Langit yang membiru menaungi bumi. Langit yang membiru di temani dengan segumpulan awan yang berarak. Langit yang membiru menjadi terang kerana cahaya matahari yang kuat memancar. Langit yang membiru bersama kawannya iaitu awan banyak memberi manfaat kepada manusia. Siapakah yang menciptakan langit?. Allah s.w.t. yang menciptakannya. Adakah kita melihat sebarang kecacatan, kerosakan atau keretakan pada langit? Jawapannya tiada sebarang kecacatan, kerosakan atau keretakan pada langit.
Adakah kita mampu mencipta langit? Jawapannya sudah tentu tidak mampu menciptakan langit. Adakah kita masih berbangga dan bersikap sombong kerana kita mempunyai akal yang cerdas dan teknologi yang hebat? Alangkah celakanya kita masih bersikap sedemikian sedangkan akal kita dijadikan oleh Allah s.w.t. dan teknologi yang hebat kita tak mampu mencipta langit.
Adakah kita merasa cukup kagum dengan kehebatan kita? Pasti kita tak terlawan dengan kehebatan Allah s.w.t. yang menciptakan sebelah biji mata. Kita yang dijadikan oleh Allah. Kita adalah hamba Allah. Kita tidak dapat berbuat sesuka hati kita tanpa perintah Allah. Kita cuma sekadar mengernyit mata pun dengan perintah Allah s.w.t. Mata kita tak dapat mengernyit tanpa izin daripada Allah s.w.t. Masihkah kita sombong dan berbangga diri dengan sanggup melawan perintah Allah s.w.t. dan mengerjakan larangan Allah s.w.t.?
Tak usah menyangka diri hebat di dunia ini sedangkan maut sentiasa mengejar kita. Walaupun kita tinggal dalam sebuah kota yang lengkap dengan keselamatan pasti tak akan terlepas daripada maut. Siapakah kita mahu menyombongkan diri?
Kematian pasti datang menjemput kita samada kita dalam keadaan bersedia atau tak bersedia, suka atau tidak suka.
Kematian..
Suatu yang pasti berlaku..
Pada setiap makhluk yang bernyawa...
Adakah kita pernah terfikir.....
Apakah yang terjadi pada diri kita selepas mati...
Adakah  keadaan selepas mati menjadi gembira atau..
sengsara...
Kegembiraan bagi yang taat kepada Allah dan RasulNya...
Kesengsaraan bagi yang ingkar kepada Allah dan RasulNya...
Jangan dibilang tak di ingat...
Jangan dibilang tak dinasihati....
Bila masuk alam barzhah...
Mata yang dulunya menipu kita masa hidup di dunia...
Tak nampak azab kubur....
Kini mata telah melihat sejelas-jelasnya..
AZAB KUBUR....
Menyesal tiada berguna...
Menangis tiada berguna...
Memohon kepada Allah kembalikan ke dunia untuk ucap satu Subhanallah pun tiada berguna lagi...
Kini..
Tinggal dalam seksaan..
Tiada sebarang penolong..
Tiada sebarang teman..
Tiada sebarang apapun yang dapat membantu....
melainkan...
IMAN DAN AMAL SOLEH....
Wahai sahabatku...aku berpesan kepada diriku dan dirimu untuk sentiasa berlipat gandakan amalan kerana sesungguhnya duit tidak dapat membantu kita pada hari akhirat...
Harta dan pangkat tak dapat membantu kita..
Isteri, keluarga dan kawan pun tak dapat..
HANYA ALLAH PENOLONG KITA...
Jadi siapa yang taat pada Allah insya Allah..
Allah tolong dia
Jadi siapa yang tak taat pada Allah..
Tak usahlah berangan Allah tolong dia..
Insya Allah tambahkan pengorbankan keluar ke jalan Allah s.w.t. dengan sediakan diri dan orang lain, belanjakan harta dan lapangkan masa selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah...azam...

Sunday 6 April 2014

Formula Kadar Amalan Agama

Formula Kadar Amalan Agama:

A + B + C + D + E + F = Kadar Amalan Agama

Petunjuk:

A = Kadar keyakinan terhadap perintah Allah s.w.t.
B = Kadar keyakinan terhadap perkhabaran Rasulullah s.a.w.
C = Kadar melaksanakan amalan agama
D = Kadar memperelokan amalan agama
E = Kadar keikhlasan dalam amalan agama
F = Kadar mendakwahkan amalan agama kepada orang lain

Keterangan:
Formula kadar amalan agama ini berkait rapat dengan 6 faktor penting iaitu keyakinan terhadap perintah Allah s.w.t. dan perkhabaran Rasulullah s.a.w., mempraktikan, memperelokan, keikhlasan dan dakwah amalan agama kepada orang lain. Semakin banyak kadar pada 6 faktor tersebut maka semakin banyak amalan agama insya Allah diterima oleh Allah s.w.t.
Untuk menjelaskan tentang formula ini, kita akan mengambil salah satu amalan ibadat untuk dijadikan contoh. Solat adalah contoh terbaik untuk menjelaskan formula ini. Solat adalah ibadat paling penting selepas iman. 
Formula kadar amalan agama ini bermula dengan kadar keyakinan terhadap perintah Allah s.w.t. Solat Fardhu adalah fardu ain atau kewajiban ke atas setiap orang yang beriman. Allah s.w.t. perintahkan orang beriman untuk solat pada waktu yang telah ditetapkan. Semakin tinggi keyakinan kita terhadap perintah solat oleh Allah s.w.t. maka semakin tinggi keinginan kita untuk bersolat. Semakin rendah keyakinan kita terhadap perintah solat oleh Allah s.w.t. maka semakin kurang keinginan kita untuk bersolat.
Selepas itu, kadar keyakinan terhadap perkhabaran Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t. telah perintahkan solat kepada kita dan mengikut cara Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat fardhu berjemaah di masjid sebab ganjarannya 27 darjat lebih baik daripada solat bersendirian. Semakin tinggi keyakinan terhadap ganjaran solat berjemaah dapat 27 darjat lebih baik daripada solat sendirian maka semakin tinggi keinginan untuk solat berjemaah. Semakin kurang keyakinan terhadap ganjaran solat berjemaah dapat 27 darjat lebih baik daripada solat sendirian maka semakin lemah keinginan untuk solat berjemaah.
Kemudian, kadar melaksanakan amalan agama. Setelah menyakini perintah solat oleh Allah s.w.t. dan ganjaran 27 darjat untuk solat jemaah dari perkhabaran Rasulullah s.a.w., seseorang itu hendaklah melaksanakan solat berjemaah. Semakin tinggi keyakinan terhadap fadhilat solat berjemaah maka semakin banyak amalan solat berjemaah telah dapat dilaksanakan. Semakin kurang keyakinan terhadap fadhilat solat berjemaah maka semakin kurang amalan solat berjemaah telah dilaksanakan.
Faktor seterusnya ialah kadar memperelokan amalan agama. Maksudnya ialah melaksanakan solat mengikut hukum hakam ajaran agama Islam. Kita sebagai rakyat Malaysia lebih cenderung kepada hukum hakam solat berdasarkan mazhab Syafiee. Semakin banyak kita mengerjakan solat belum tentu mengikuti hukum hakam solat mahzab Syafiee. Oleh itu, setiap solat yang kita laksanakan hendaklah menyempurnakan segala rukun-rukun wajib dalam solat, sentiasa menjaga tajwid dalam bacaan al-Fatihah dan Tayhiyat, sentiasa mengingati Allah s.w.t., tidak mengingati dunia dan melaksanakan solat yang memenuhi hukum hakam solat mazhab Syafiee. Sekiranya kita tidak memperelokan solat maka solat kita tidak ada kualiti walaupun kita banyak mengerjakan solat. Jadi, semakin banyak kita melaksanakan solat maka semakin kita berusaha untuk menunaikan solat dengan memenuhi tuntutan hukum hakam solat berdasarkan mazhab Syafiee.
Selepas itu, faktor seterusnya ialah kadar keikhlasan dalam amalan agama. Kita hendaklah melaksanakan solat untuk mencari redha Allah s.w.t. dan bukannya menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Walaupun solat kita kelihatan bagus tetapi niat dihati kita untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain maka Allah s.w.t. tidak akan menerima solat kita. Semakin banyak kita memenuhi hukum hakam solat maka semakin banyak kita periksa niat kita samada mencari redha Allah s.w.t. ataupun bukan.
Dan yang terakhir sekali ialah kadar mendakwahkan amalan agama. Maksudnya ialah disamping kita melaksanakan solat, kita juga hendaklah mengajak orang lain turut serta mengerjakan solat. Dakwah adalah element paling penting dalam formula ini. Tanpa dakwah, amalan agama tidak berkembang. Tanpa dakwah, amalan agama juga susah untuk dilaksanakan. Semakin banyak kita dakwah tentang solat maka semakin banyak kita menyakini solat dan mudah melaksanakan solat. Dakwah tidak semestinya kepada orang lain. Kita juga boleh dakwah kepada diri kita sendiri. Jika kita lemah untuk solat berjemaah maka kita dakwah tentang kelebihan solat berjemaah untuk diri kita sendiri.  Insya Allah, hidayat akan datang dalam diri kita dan Allah s.w.t. akan memberi taufik kepada kita untuk melaksanakan solat berjemaah.
Kesimpulan, formula kadar amalan agama ini hanya sekadar teori sahaja jika kita tidak mahu mempraktikannya. Untuk mempraktikan teori ini, kita hendaklah sediakan diri kita dan orang lain, korbankan harta dan lapangkan masa untuk keluar kejalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah..azam...