Monday 19 May 2014

Mujahadah untuk agama susah tetapi mujahadah untuk dunia senang

Mujahadah memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan diri, perasaan, harta, masa dan sebagainya untuk dikorbankan. Diri, perasaan, harta, masa dan sebagainya perlu dikorbankan untuk mendapatkan hidayat daripada Allah s.w.t. Hidayat Allah s.w.t. adalah sesuatu perkara yang lebih bernilai daripada diri, perasaan, harta, masa dan sebagainya. 
Mujahadah memerlukan susah payah. Susah payah memerlukan kesabaran. Kesabaran memerlukan kita gunakan seluruh benda dan perkara yang ada pada diri kita untuk menahan daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Selain itu susah payah memerlukan kesyukuran. kesyukuran memerlukan kita menggunakan seluruh benda dan perkara yang ada pada diri kita untuk taat perintah Allah s.w.t.
Mujahadah untuk dapatkan hidayat daripada Allah s.w.t. perlukan semangat yang kental untuk tetap berada dalam susah-payah, pengorbanan dan kesusahan. Semangat yang kental datang dari amalan agama yang sentiasa berqualiti. 
Kita berasa tidak keberatan malah sanggup bersusah-payah, berkorban dan menghadapi kesusahan semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Malangnya kita merasa keberatan untuk bersusah-payah untuk mendapatkan hidayat daripada Allah s.w.t.
Sedangkan hidayat hanya datang melalui mujahadah. Melalui hidayat maka kita dapat amalkan agama yang sempurna dalam kehidupan. 
Saya berpesan pada diri saya dan pembaca blog untuk korbankan diri, harta dan masa untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah..

Sunday 18 May 2014

Kehidupan kita rosak disebabkan oleh amalan solat kita rosak

Kehidupan ini sering dilanda pelbagai masalah. Hatta kita tertumpah cawan ke arah baju kita sendiri adalah salah satu contoh masalah kehidupan kita. Masalah telah membuatkan kita sentiasa dirudung kesedihan. Masalah itu akan menyebabkan seseorang itu menjadi lebih matang atau sebaliknya. Apakah punca masalah kita sebenarnya? Dari mana ia datang? Dan bagaimana untuk mengatasi masalah kehidupan kita?
Masalah kehidupan kita berpunca daripada ketidaktawajuhan dan ketidakikhlasan dalam amalan solat. Kesempurnaan dalam mengerjakan solat akan menjadi asbab kesempurnaan dalam kehidupan kita. Ketidaksempurnaan dalam mengerjakan solat akan menjadi asbab ketidaksempurnaan dalam kehidupan kita,
Antara faktor-faktor kesempurnaan dalam solat ialah wuduk yang sempurna. Wuduk menurut fahaman sufi terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama, bersihkan hati daripada hasad dengki, perasangka buruk, busuk hati, memandang keaiban orang, riak, sombong, bangga diri dan sebagainya. Menurut fahaman saya, apa-apa sahaja yang dikatakan sifat buruk merupakan sifat syaitan. Jadi, jauhilah sifat syaitan dalam diri kita. Insya Allah. Kedua, ambil air wuduk dengan tertib. Apa yang saya tahu bahawa setiap basuhan pada setiap anggota badan kita yang terkena air wuduk ada zikirnya. Jadi, kita dalam ambil wuduk kena zikir pada Allah s.w.t. Kesan zikir semasa ambil air wuduk akan mendatangkan kesan khusyuk dan khuduq dalam solat. Ketiga, jangan membazir air semasa mengambil air wuduk. Membazir adalah amalan syaitan. Jika kita tidak membazir dalam penggunaan air semasa berwuduk bererti kita tidak membazir apa-apa perkarapun dalam kehidupan seharian kita. Dengan kesempurnaan wuduk kita insya Allah akan mendatangkan kesan khusyuk dan khuduq dalam mengerjakan solat.
Faktor yang seterusnya ialah kekhusyukan semasa dalam solat yang terdiri daripada batin dan zahir. Amalan khusyuk (batin) semasa bersolat ialah menganggap bahawa kita sedang melihat Allah s.w.t. semasa bersolat. Jika ini tak dapat lakukan maka kita hendaklah merasakan bahawa diri kita sedang diperhatikan oleh Allah s.w.t. dalam solat. Disamping itu, kita hendaklah merasakan bahawa solat yang kita kerjakan itu adalah solat yang paling akhir dalam kehidupan kita dan merasakan kita akan mati selepas solat itu telah dikerjakan. Jadi, kita akan melakukan dengan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki segala kekurangan dalam solat semata-mata untuk memenuhi piawaian solat yang sebenar sebelum kita merasakan diri kita akan mati selepas megerjakan solat tersebut.
Amalan khusyuk (zahir) semasa bersolat ialah keadaan badan kita tenang dan tidak terhuyung-hayang atau bergerak-gerak. Kalau boleh badan kita tetap tenang dan diam dari segala apa perlakuan yang melanggar hukum-hukum batal sembahyang. Disamping itu, mata memainkan peranan penting dalam solat. Berdasarkan Mahzab Syafiee, pandangan hendaklah sentiasa tertumpu pada tempat sujud semasa bersolat kecuali semasa tashayyud dimana pandangan tertumpu pada jari telunjuk. Berdasarkan beberapa hadisth, apabila kita berdiri (qiam) melakukan solat maka pandangan tertumpu pada tempat sujud. Apabila kita rukuk, pandangan tertumpu pada jari-jari kaki. Apabila kita sujud, pandangan tertumpu pada hidung. Selain itu, jari-jari tangan juga memainkan peranan penting. Semasa rukuk, jari tangan diregangkan manakala semasa sujud dan duduk antara dua sujud, jari tangan dirapatkan. Disamping itu juga, tulang belakang memainkan peranan penting dalam menentuka kekhusyukan dalam solat. Semasa berdiri (qiam), rukuk, iktidal dan sujud, tulang belakang hendaklah lurus.
Faktor-faktor yang lain dalam kekhusyukan dalam solat ialah membaca surah-surah dengan tajwid yang betul, memahami makna setiap ayat dan mengamalkan ayat tersebut dalam kehidupan seharian. Dari segi pakaian yang paling afdhal adalah pakaian jubah dan berkopiah. Selain itu, mengetahui masa solat dan solat secara berjemaah untuk solat fardhu.
Akhir sekali setelah selesai menunaikan solat, kita hendaklah memperbanyakkan isthigfar kerana banyak kekurangan dalam solat tak dapat kita sempurnakan. Dan kita hendaklah berdoa kepada Allah s.w.t. apa yang kita hajati samada didunia dan di akhirat. Insya Allah.
Kesimpulannya, saya menyeru pada diri saya dan pembaca blog ini untuk korbankan harta dan lapangkan masa untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah...azam..

Sunday 11 May 2014

Siapakah Qarin, Jin, Iblis dan Syaitan?

Dalam sedar atau tidak sedar, setiap daripada kita pernah merasa ada sesuatu telah membisik ke telinga kita untuk melakukan dosa atau kejahatan dan satu lagi bisikan untuk melakukan kebaikan dan pahala. Jadi, kedua-dua bisikan ini akan menguatkan hujah masing-masing berdasarkan fakta dan maklumat yang lengkap bagi mempengaruhi hati kita. Selepas itu, kita akan menilai hujah siapakah yang paling kita suka untuk turuti samada hujah daripada bisikan jahat atau bisikan baik. Kemudian, kita telah sahkan hujah tersebut untuk dituruti dan kesannya kita akan terima di dunia dan akhirat. Sekiranya kita mengesahkan hujah dari bisikan jahat sebagai hujah yang perlu dituruti maka kita akan dapat kesan buruk di dunia dan akhirat. Sekiranya kita mengesahkan hujah dari bisikan baik sebagai hujah yang perlu dituruti maka kita akan dapat kesan baik di dunia dan akhirat. 
Kebiasaannya jika kita menuruti bisikan jahat, jarang kita menilai kesan-kesan dan mudarat yang bakal kita hadapi di dunia dan akhirat. Begitu juga jika kita menuruti bisikan baik, jarang kita menilai kesan-kesan dan kebaikan yang bakal kita hadapi di dunia dan akhirat. Dan kebiasaannya keputusan hidup kita dibuat oleh hati kita sendiri.
Jadi siapakan bisikan jahat dan siapakah bisikan baik tersebut?
Kedua-dua disebut sebagai Qarin. Menurut Wikipedia Website mengatakan bahawa Qarīn adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."
Ianya bukannya sama dengan saka kerana ‘saka’ itu adalah sejenis makhluk jin yang berkhidmat kepada seseorang (dengan janji-janji yang tertentu) lalu apa bila ia mati ‘saka’ (jin tersebut) diwariskan kepada ahli waris(anak cucu beliau). Sedang qarin itu adalah jenis jin yang lahir bersama-sama manusia(seseorang individu) itu. Ianya bukalah jin yang diwarisi dari datuk, neneknya.
Tugas jin Qarin ini mendorongi manusia kearah untuk berbuat kejahatan. Dia (Jin Qarin) membisikkan sifat was-was, melalaikan solat, memberatkan diri manusia untuk membaca al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia daripada membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah telah mengutus Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Dalam beberapa hadisth dikatakan bahawa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memeluk Islam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.
Perkataan Qarin berasal daripada bahasa Arab yang bererti "teman", "pasangan" atau "pendamping". Istilah Qarin kemudian meluas yang memiliki erti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehingga dia meninggal dunia.
Al-Quran telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam Surah Az-Zukhruf
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)
Hadis mengenai Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, Nabi Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud, "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa Malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga Ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."[1]
Hadis mengenai Qarin: Aisyah r.a. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya, “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata, “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitanmu?” Aku bertanya, “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda, “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi, “Adakah engkau pun ada syaitan, ya Rasulullah?” Jawab Baginda, “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis riwayat Muslim)
Dalam kisah yang diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdillah, bahawa ketika tiba giliran Iblis untuk meminta, ia pun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang ertinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak darinya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah S.W.T berfirman, “Kamu dapat berjalan-jalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.”
 Dalam hal ini, bagaimana pula kaum Muslimin harus menghadapi golongan Qarin ini? Adalah ia terpaksa tunduk dan patuh atas arahan mereka atau sebaliknya? Sebenarnya Kaum Muslimin berkuasa ke atas mereka dan mampu menjadikan mereka lemah dan tidak berdaya.Orang yang beriman boleh mengalahkan syaitannya, menyebabkan mereka kurus dan penat melalui ketaatannya kepada Allah seperti membaca al-Quran, membaca “ Bismilllah” ketika makan, berpakaian dan sebagainya.
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan :
Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus , “ Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah, dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu, “ Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata, “ Aku sentiasa makan dengannya dan begitu juga minum.” Di dalam Al-Quran Al-Kariem, Allah SWT menyebut beberapa kali kata 'jin'. Bahkan ada satu surat yang secara khusus membahas tentang jin dan dinamakan dengan surat Al-Jin. Bila disimpulkan secara sekilas, maka ada hal-hal yang mudah ketahui dari Al-Quran Al-Kariem tentang siapakah jin itu. Jin diciptakan oleh Allah SWT dari api. Allah SWT menyebutkan bahwa jin itu diciptakan dari api yang sangat panas, juga disebutkan terbuat dari nyala api. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas.(QS.Al-Hijr : 27) dan Dia menciptakan jin dari nyala api.(QS.Ar-Rahman : 15 ). Jin ada yang muslim dan ada yang tidak (kafir) .Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang saleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza". (QS.Al-Jin :11 ) Contoh jin muslim adalah jin yang menjadi tentera nabi Sulaiman as. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas.(QS.An-Naml : 17 ) Dan Kami angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.(QS.Saba' : 12 ) Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang seperti kolam dan periuk yang tetap . Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur. Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih. (QS. Saba' : 13).
Iblis menurut bahasa arab berasal dari kata ablasa - yublisu - ilbisan yang berarti putus asa, frustasi atau berdukacita. lblis menurut Al Qur'an adalah salah satu dari golongan jin yang ingkar terhadap perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam as. Hal tersebut sebagaimana firman Allah:"dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat,'sujudlah kamu kepada adam,'maka kecuali ilblis. Dia adalah golongan jin, maka ia mendurhakai perintah tuhannya..." (QS. Al Khafi: 50) "Allah berfirman:"apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Nabi Adam as) diwaktu aku menyuruhmu?" ilbis menjawab:"aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah." (QS al A'raf: 12) Sedangkan Iblis adalah makhluq durhaka yang jenisnya adalah jin, bukan jenis manusia. Al-Quran Al-Kariem secara tegas menyebutkan bahawa Iblis itu adalah dari jenis jin. Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam , maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. (QS.Al-Kjahfi : 50) Jadi mudah disebut bahawa Iblis itu adalah golongan jin. Dialah dahulu jin yang paling dekat dengan Allah SWT, lalu berubah menjadi ingkar lantaran tidak mahu diperintahkan untuk bersujud kepada Adam, manusia pertama. Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (QS.Al-Baqarah : 34) Motivasi yang menghalangi si Iblis itu untuk sujud kepada Adam tidak lain adalah rasa kesombongan dan tinggi hati. Dia merasa dirinya jauh lebih baik dari Adam. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". (QS.Al-Araf : 12 ) Ciri yang paling utama bagi Iblis adalah dia tidakkan mati sampai hari kiamat. Dan penangguhan usianya itu memang telah diberikan oleh Allah SWT Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." (QS.Al-Araf : 14-15 ) Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya ". (QS.Shaad : 79-81 ) Jadi iblis adalah nama seorang jin yang hidup di masa penciptaan Adam as dan tidakkan mati sampai hari ini. Iblis adalah nenek moyang syaitan yang juga punya keturunan, namun keturunannya itu tidak mendapatkan jaminan untuk hidup sampai kiamat. Dan sebagai bangsa jin, ada diantara keturunannya itu yang mati. Meski barangkali usianya berbeza dengan rata-rata manusia. Tetapi tetap akan mati juga. Kecuali nenek moyang mereka yaitu Iblis. Kedua ayat Al Qur'an diatas secara jelas dan tegas menyebutkan iblis berasal dari golongan jin yang tercipta dari api. Sedangkan makhluk Allah yang tercipta dari api hanya bangsa jin bukan manusia yang tercipta dari tanah atau bangsa malaikat yang tercipta dari cahaya (nur).  
Syaitan menurut bahasa Arab adalah ruuhun syariirun atau ruh yang sangat jahat/buruk, al-hayatul khabitsah atau suatu kehidupan yang sangat buruk dan mutamarridun madsadun atau penderhaka yang merosak". Sedangkan syaitan secara istilah adalah sifat yang jahat yang tersembunyi dalam diri jin dan manusia yang dapat menimbulkan kerosakan dan kehancuran. Jadi syaitan adalah tergolong dari kalangan jin dan manusia yang jahat. Hal ini sesuai dengan definisi Allah mengenai syaitan dalam Al Qur'an: "Syaitan yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan jin dan manusia" (QS. An-Naas: 5-6)" dan demikian kami jadikan bagi tiap - tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan dari jenis manusia dan dari jenis jin. Sebahagian lagi membisikkan kepada sebahagian lagi perkataan - perkataan yang indah - indah untuk menipu manusia. Jikalau tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan," (QS Al-An'am: 112) Jadi Syaitan adalah anak cucu keturunan dari Iblis dan Jin. Diantara sifat syaitan itu adalah sifat sombong, angkuh, sesat dan cinta terhadap kejahatan. Jin yang bersifat sombong, angkuh dan cinta kejahatan disebut syaitan. Manusia yang memiliki sifat tersebut disebut juga syaitan. Syaitan dari jenis manusia dan syaitan dari jenis jin yang ditetapkan Allah sebagai musuh para nabi itu menperdaya sebahagian yang lain dengan kata-kata indah yang dibisikannya. Yang dimaksud dengan membisikkan disini adalah memindahkan pengaruh dalaman (batiniah) dari seseorang kepada seseorang yang lain dengan menipu dan mendorongnya untuk berbuat sombong, angkuh, sesat dan maksiat kepada Allah Azza Wa Jalla. Syaitan jenis manusia, kejahatannya dapat dilihat secara nyata dan jelas oleh mata zahir kita, begitu pula bentuk permusuhan mereka terhadap nabi dan orang yang beriman itu. Sementara syaitan jenis jin dan manusia bekerjasama untuk menjerumuskan dan menyesatkan manusia daripada taat perintah Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Sebagaimana firman Allah di Al Qur'an: "dan kami tetapkan bagi mereka teman - teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada dihadapan dan dibelakang mereka dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jin dan manusia; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi" (QS Fusshilat: 25)" dan orang-orang kafir berkata, "ya Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (yaitu) sebagian jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kami kami supaya kedua jenis itu menjadi orang-orang yang hina" (QS Fusshilat: 29) Sedangkan Syaitan itu menurut Al-Quran Al-Kariem adalah makhluq yang kerjanya mengajak kepada perbuatan jahat dan keji serta berbohong. 
Insya Allah, kita azam untuk sediakan diri kita dan orang lain, 
korbankan harta dan lapangkan masa untuk keluar kejalan
 Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah azam...



Sunday 4 May 2014

Kepentingan Solat Witir

Solat Witir ini penting. Walaupun solat witir adalah sunat namun solat ini sangat penting untuk diamalkan. Solat Witir ini penting berdasarkan daripada hadisth yang diriwayatkan oleh Buraidah r.a katanya bahawa Rasululah saw bersabda, "Witir itu adalah satu haq; Barangsiapa tiada berwitir, maka tiadalah ia daripada kami."[HR Ahmad dan Abu Daud, at-Taghib 1/277]
Kelebihan solat Witir ini adalah penutup segala solat. Maksudnya amalan solat yang paling last dibuat pada penghujung hari. Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Jadikan penghabisan (penutup) solatmu pada waktu malam dengan solat witir.” (HR Muslim). Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam". (HR Muslim). 
Kesimpulannya, Solat Witir penting sebenarnya. Rugi kalau kita tak amalkan. Solat Witir adalah satu-satunya solat yang menjadi penutup bagi segala solat yang lain pada sepanjang hari yang kita telah lalui. Solat Witir adalah sunnah Nabi s.a.w. Dalam sunnah Nabi s.a.w. ada kejayaan didunia dan akhirat. Sesiapa yang mahu kehidupannya berjaya di dunia dan akhirat maka amallah solat Witir.
Disamping itu, saya menyeru pada diri saya dan tuan-tuan, korbankan harta dan lapangkan masa untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah..Azam...

Kepentingan Solat Dhuha

Kita telah diciptakan oleh Allah s.w.t. dalam keadaan gelisah. Kita sentiasa dilanda masalah. Masalah dunia yang bermacam-macam. Masalah tentang keluarga, pekerjaan, hubungan persekitaran, kewangan dan sebagainya. Kita sentiasa fikir tentang cara untuk menyelesaikan masalah kita pada setiap masa dan keadaan.
Kita begitu yakin dengan kemampuan, kehebatan dan pengalaman kita untuk menyelesaikan masalah dunia. Kita sentiasa fokus untuk menyelesaikan masalah dunia sehingga selesai. Kita sanggup bersusah payah dan berkorban untuk melakukan apa-apa sahaja untuk menyelesaikan masalah dunia kita.
Dalam hati kita tiada pengharapan sempurna kepada Allah s.w.t. untuk menyelesaikan masalah dunia kita. Dalam fikiran kita tiada terlintas langsung untuk melakukan amalan yang boleh menyelesaikan masalah dunia kita dengan izin Allah s.w.t. Dalam keadaan zahir kita tiada satupun tindakkan kita ke arah melakukan pengharapan kepada Allah s.w.t.
Target kita masalah selesai. Itu sahaja. Kaedah telah kita tetapkan melalui kemahiran, kepakaran, pengalamanan dan kemampuan kita untuk menyelesaikan masalah kita. 
Apabila kita berhadapan dengan masalah, kita sentiasa risau jika gagal untuk menyelesaikannya. Kita sentiasa sedih jika tak dapat capai apa yang diharapkan . Kita sentiasa berusaha bersungguh untuk menyelesaikan masalah kita tanpa mengenal penat lelah.
Sedangkan Allah s.w.t. tempat kita berharap untuk memohon pertolongan. Allah s.w.t. telah sediakan amal untuk kita sebagai usaha untuk kita memohon pertolongan daripada Allah s.w.t. Amal tersebut ialah solat Dhuha. Kelebihan solat dunia seperti yang ada pada hadisth Qudsi iaitu:-
(1) Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. meriwayatkan bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
(2)  Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
Tak usah lagi kita bimbang, risau dan sedih dengan masalah dunia kita. Tak usaha lagi kita memikirkan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah kita. Tak usah lagi kita takut dan mahu lari daripada masalah dunia.
Jalan penyelesaian masalah dunia kita sudah ada. Cuma kita amalkan sahaja. Caranya hanya mengerjakan solat Dhuha. Itu sahaja caranya. Senangkan. Mudahkan. Insya Allah, masalah dunia kita selesai.
Saya ingin mengajak tuan-tuan untuk sediakan diri, korbankan harta dan lapangkan masa untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah...azammm....

Thursday 1 May 2014

Bila putus harap pada makhluk, cuma 100% harap pada Allah, Nusrah Allah datang

Saya ingin berkongsi cerita tentang kisah saya baru-baru ini. Saya telah menjadi salah seorang fasilitator untuk Program Lawatan Sambil Belajar ke Johor dengan kerjasama antara Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan Pejabat Residen Sarikei. Program tersebut bermula pada 28 April sehingga 1 Mei. Sebelum saya berangkat pergi ke Johor Bahru, saya tidak ada masalah dari segi pengangkutan untuk ke Airport Sibu pada 28 April. Namun, saya ada masalah ketiadaan pengangkutan untuk pulang ke Saratok dari Airport Sibu pada 1 Mei.
Jadi, saya telah meluahkan masalah saya kepada sahabat saya yang bernama Cikgu Taufiq. Dia sedia untuk mengambil saya dari Airport Sibu untuk pulang ke Saratok pada 1 Mei. Saya enggan menerima pelawaannya. Saya kata tak mahu menyusahkannya kerana jarak antara Airport Sibu ke Saratok memakan masa 2 jam. Sebenarnya, saya bukannya tak mahu menerima bantuan yang sudah terhidang didepan saya, saya cuma nak belajar jangan mengharap pada makhluk. Belajar mengharap pada Allah. Saya mahu belajar dari kisah Nabi Ibrahim a.s. menolak tawaran bantuan daripada malaikat untuk menyelamatkannya daripada unggun api yang besar. Nabi Ibrahim a.s. hanya bertawakal dan mengharap pada Allah. Kesan dari tindakkannya itu maka Nabi Ibrahim a.s. tidak terbakar malah berasa selesa apabila dicampakkan ke dalam unggun api yang besar. Begitu juga dengan kisah seorang wali Allah yang bernama Haji Imdadullah Muhajir Makki rah. yang berada di musim haji dalam keadaan kelaparan yang teramat sangat kerana tiada wang. Beliau begitu tawajuh kepada Allah s.w.t. sehingga pada satu masa beliau telah menerima duit sedekah daripada seorang hamba Allah. Jadi, beliau dapat menggunakan duit tersebut untuk membeli makanan.
Dipendekkan cerita, setelah saya selesai mengurus Program Lawatan Sambil Belajar ke Johor, saya tidak mengadu masalah ketiadaan transportation kepada mana-mana ahli rombongan program tersebut. Dalam hati saya pun ada mengharap pada makhluk - mahu minta bantuan Cikgu Taufiq, ahli rombongan dan kawan-kawan. Dalam kapal terbang, saya duduk sebelah dengan pemanca Kpg. Sg. Sangot, Bintangor bernama Suhaili. Beliau telah menanya saya macamana cara saya pulang ke Saratok. Saya beritahu bahawa saya tiada mempunyai tranportation. Beliau mempelawa saya menaiki kereta bersamanya namun beliau cuma dapat menghantar saya ke Bintangor sahaja, tidak dapat sampai ke Saratok, sebab beliau tinggal di Bintangor. Saya telah memberi cadangan kepada beliau supaya menghantar saya ke terminal bas Sibu sahaja. Maksudnya saya akan menaiki bas untuk pulang ke Saratok. Pemanca Suhaili pun bersetuju dengan cadangan saya. Saya telah ulangi 2 kali cadangan saya untuk mengesahkan keputusan daripada Pemanca Suhaili untuk menghantar saya ke terminal bas Sibu. Jawapan beliau adalah setuju. Dari kisah ini, hati saya masih mengharap pada makhluk. Saya sedih. Gagal mengharap pada Allah. Hati dan lidah saya masih bergantung kepada makhluk.
Selepas saya dihantar oleh Pemanca Suhaili dengan menaiki kereta ke Terminal Bas, saya telah beli tiket bas untuk pulang ke Saratok. Dalam perjalanan saya sampai ke Saratok, Cikgu Taufiq telah menelefon saya bahawa dia sekarang berada di Sibu. Saya jadi stress kerana dia tak maklumkan kepada saya bahwa di mahu pergi ke Sibu. Cikgu Taufiq beritahu bahawa dia ada menawarkan bantuan untuk ambil saya dari Airport Sibu tapi saya menolaknya. Dalam hati saya masih banyak mengharap bantuan daripada makhluk. Dalam hati saya kurang tawajuh malah tiada pengharapan bantuan daripada Allah s.w.t. Saya sedih.
Setelah tiba di simpang Saratok kerana bas tersebut tak dapat masuk ke dalam pekan Saratok sebab bas tersebut terus direct pergi ke Kuching. Jadi, saya turun ke simpang saratok. Saya belum telefon mana-mana kawan untuk ambil saya dari simpang Saratok untuk pergi ke Pekan Saratok. Saya cuba lagi belajar untuk minta harap pada Allah s.w.t. dan bukannya makhluk. Dengan izin Allah, saya telah jumpa dengan kawan saya yang menaiki pancuan 4 roda Hilux. Saya minta bantuan daripada mereka untuk hantar saya pulang ke Pekan Saratok. Malangnya, mereka enggan menghulurkan bantuan kerana mereka ada urusan lain nak di buat. Dalam hati saya masih terlalu melekat mengharap pada mahkluk. Masih tiada tawajuh pengharapan sempurna pada Allah s.w.t. Saya sedih.
Saya singgah di surau yang terdapat di simpang Saratok. Setelah solat jamak, saya berdoa pada Allah supaya permudahkan saya pulang ke Saratok. Dalam hati saya masih mengharap pada mahkluk - selepas saya berdoa - saya telefon Amirul Shafiq untuk ambil saya di simpang Saratok. Setelah selesai berdoa, saya ambil hanset saya dan call Amirul Shafiq. Tak dapat call. Rupa-rupanya saya sudah habis kredit handphone. Ini bererti saya tak dapat call sesiapa sahaja. Saya sungguh menyesal dalam hati saya masih banyak mengharap pada makhluk. Tiada pengharapan 100% pada Allah s.w.t. Saya sedih.
Saya tunggu isteri saya  call saya namun masih tiada panggilan. Saya harap jika isteri saya call saya maka saya boleh minta bantuan dia cari sesiapa kawan dia untuk ambil saya di simpang Saratok. Saya masih harap pada mahkluk.
Saya duduk di Perhentian Bas. Di situ, saya lihat ada taukey cina sedang menjual jagung. Saya berdoa pada Allah supaya mudahkan saya pulang ke rumah saya dan berdoa apa yang diminta dan dijauhkan oleh Rasulullah s.a.w. Selepas itu, saya mahu memborong semua jagung taukey cina itu dengan syarat dia hantar saya pulang ke rumah. Akhirnya dia setuju untuk jualkan semua jagungnya dan hantar saya pulang ke rumah.
Inilah kisah hidup saya yang mahu belajar meminta dan mengharap pada Allah s.w.t. sahaja tanpa ada sedikit meminta dan mengharap pada mahkluk telah menemui satu pengalaman berharga. Bagi saya, tidak salah kita sentiasa gagal mengharap dan meminta pada Allah s.w.t. 100%, namun kita ada sedikit usaha ke arah tersebut. Belajar yakin Allah s.w.t. sebagai tempat kita mengharap. Bukannnya makhluk. Saya harap sentiasa mengharap pada Allah s.w.t. setiap masa dan keadaan.
Tiada cara lain selain kita sediakan diri dan orang lain, korbankan harta dan lapang masa keluar ke jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya ALLAH....