Monday 10 November 2014

Orang Islam kini meletakkan mencari duit sebagai keutamaan yang tertinggi dalam kehidupan berbanding dengan agama yang diletakkan dalam kedudukkan paling rendah sekali

Orang Islam kini lebih menumpu kepada kehidupan dunia dengan mencari sesuap nasi atau duit bagi menyara kehidupan keluarga atau membeli kehendak untuk memenuhi tuntutan nafsu. Mereka tidak nampak agama mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada dunia (mencari duit). Mereka telah mengatakan bahawa dunia (usaha mencari duit) lebih penting daripada meningkatkan keimanan kepada Allah (usaha atas agama). Mereka sanggup mengatakan bahawa seorang dianggap sebagai pesalah, bodoh, tidak bertanggungjawab dan sebagainya sekiranya mementingkan usaha atas agama (memperbaiki agama pada diri dan orang lain) daripada usaha atas dunia (mencari sesuap nasi atau duit).
Agama kini tiada nilai. Agama kini bagaikan sampah. Agama kini di anggap sebagai penghalang kepada kemajuan. Orang yang usaha atas agama di anggap sebagai pesalah, bodoh dan tidak bertanggungjawab kerana tidak menumpukan usaha atas dunia (mencari sesuap nasi).
Alangkah sedihnya agama pada masa kini. Sedangkan pada zaman Rasulullah s.a.w. bahawa agama di anggap paling bernilai daripada harta, pangkat, kekayaan dan sebagainya. Para sahabat r.a. sanggup korbankan dunia mereka untuk mendapatkan agama. Mereka sanggup tinggalkan tanaman kurma mereka yang sedang masak ranum semata-mata untuk kembangkan agama. Mereka sanggup berlapar asalkan agama di letakkan pada kedudukan yang tinggi dalam kehidupan mereka.
Kita akan mendengar daripada masyarakat masa kini bahawa mereka adalah sahabat. Kita adalah manusia biasa. Tidak dapat meniru cara kehidupan mereka. Dakwaan mereka begitu bodoh sekali.
Para sahabat adalah role model, contoh tauladan atau panduan dalam kehidupan kita. Rasulullah s.a.w. pernah mengatakan bahawa para sahabat baginda seumpama bintang-bintang di langit. Sesiapa yang mengikuti mereka insya Allah tidak akan sesat. Jika kita meniru sifat-sifat yang ada pada para sahabat insya Allah pada hari Akhirat kelak kita akan dibangkitkan bersama dengan para sahabat.
Biarlah orang nak mengatakan apa. Dunia adalah sementara dan akhirat adalah kekal abadi. Setelah mata terpejam buat selama-lamanya, kemudian terbuka mata melihat dunia akhirat. Barulah kita akan merasa menyesal yang teramat sangat. Pada masa itu, penyesalan tidak berguna lagi.
Ayuh kawanku! Kita bangkit untuk buat kerja dakwah dengan korbankan diri, masa dan harta ke jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah...azamm....