Monday 11 June 2012

Adab tidur

Abu Thalabah Al Khushani r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. berkhemah di sesuatu tempat, para sahabat biasanya akan berkhemah bertaburan di lereng dan lembah. Rasulullah s.a.w. bersabda: Bertebarannya kamu di lereng dan lembah hanyalah daripada syaitan (ia hanya mahukan supaya kamu berpisah di antara satu sama lain). Selepas itu, apabila Rasulullah s.a.w. berkhemah, para sahabat akan berkhemah berdekatan bersama sehinggakan, di katakan, jika sehelai kain dibentangkan ke atas mereka, ia akan menutupi mereka semua. (Abu Daud).

Antara adab tidur ialah:-
1. Hendaklah sediakkan celak dan pakaikan tiga kali di mata kanan dan tiga kali disebelah kiri bagi diri sendiri dan anak-anak.(Misykat)

2. Bentangkan tempat tidur sendiri.(Misykat)

3. Mengibaskan tempat tidur sebelum tidur.(Misykat)

4. Sebelum tidur bacalah Bismillah sekali dan surah al-Ikhlas kemudian surah al-Falaq dan surah an-Nas dan kemudian hembuskan ke tapak tangan dengan menyapukan tiga kali ke seluruh badan bermula daripada kepala dan berakhir pada ibu jari.(Tirmizi)

5. Gunakan bantal untuk meletakkan kepala ke atasnya. (Muslim)

6. Rasulullah s.a.w. melarang tidur bertiarap. (Tirmizi)

7. Tidur disebelah kanan menghadap kearah kiblat. (Bukhary)

8. Hendaklah tidur dengan tangan kanan dibawah kepala dan dengan kedua lutut dibengkokkan. (Bukhary)

9. Bacalah doa ini apabila berbaring:
“Dengan nama Allah daku letakkan sisiku dan dengan bantuanMu daku akan bangkit. Jika kamu genggam nyawaku maka ampunkan daku dan jika kau hantarkan ia kembali maka peliharalah ia sebagaimana Kau pelihara hamba-hamba Mu yang soleh.” (Misykat)
dan juga bacalah doa ini:”Ya Allah, dengan namaMu daku mati dan hidup.” (Misykat)

10. Bacalah istighfar ini tiga kali:
“Daku mohon keampunan dari Allah yang tiada yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Hidup,yang Maha Berdiri sendiri dan daku bertaubat kepadaMu.” (Tirmizi)

11. Bacalah Surah al-Waqiah sebelum tidur dapat menghindarkan seseorang daripada kelaparan dan kepapaan. (At Targhib)

12. Tidurrlah dalam keadaan berwuduk. (At Targhib)

13. Bacalah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakhbar 34 kali dan Laa ilaha ilallah sekali sebelum tidur. (Misykat)

14. Tidur dengan niat untuk bangun Tahjud. (Nasaa’i)

15. Jika seseorang mengalami mimpi yang baik dan ingin untuk menyampaikan kepada seseorang, maka hendaklah ia menyampaikan kepada seseorang yang berilmu dan berakhlak mulia supaya ia ditafsirkan dengan betul. Segala mimpi buruk, hendaklah dibaca:
“A’uzubillahi minasyaitan nirajim”
Sekali dan ludahkan atau tiupkan kesebelah kiri tiga kali (isyarat ludah juga boleh dibuat). Hendaklah tukar posisi tempat tidur dan janganlah beritahu kepada sesiapa pundan Insyallah, tiada mudharat akan menimpa orang itu. (Bukhary dan Muslim)

16. Apabila bangun dari tidur hendaklah membaca doa ini:”Segala pujian bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas kami mati dan kepadanya kami akan dibangkitkan (pada hari kiamat).” (Syamail Tirmizi)

17. Bersiwak apabila bangun dari tidur. (Abu Daud)

2 comments:

  1. Assalam mohon utk kongsikan ilmu ini dgn saudara2 islam yg lain.tk

    ReplyDelete