Wednesday, 31 October 2012

Mencari Iman

Biasanya orang akan buat kerja seperti peguam, pekerja awam, swasta, pekebun nanas, pemerintah, pelajar dan sebagainya. Itulah kepelbagaian kerja yang selalu dibuat oleh pelbagai lapisan masyarakat. Namun, terdapat satu kerja hakiki yang perlu dibuat oleh pelbagai lapisan masyarakat. Itu adalah kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada keburukan. Atau nama singkatan adalah dakwah.

Sebagai pelajar, disamping dia belajar, dia juga kena ada fikir bagaimana diri dia dan orang sekelilingnya dapat amal agama dengan sempurna. Sebagai guru, disamping dia mengajar, dia juga kena ada fikir bagaimana diri dia dan orang sekelilingnya dapat amal agama dengan sempurna. 

Amalan agama perlu di amal secara umumiyat..secara kebiasaan atau umum. Setiap daripada umat Islam kena dakwah dan tunjukkan melalui praktikal apakah amalan agama. Amalan agama bukan setakat solat, baca al-quran dan berzikir. Amalan agama adalah meliputi setiap amalan dalam kehidupan kita seperti masuk tandas ikut cara Islam, masak cara Islam, bekerja cara Islam dan sebagainya.

Mengapa orang Islam mengamalkan agama separuh-separuh?. Sebab dia tidak ada keyakinan bahawa amalan agama membawa kejayaan. Mengapa kurang keyakinan pada agama?. Sebab kurang dakwah pada amalan agama. Mengapa kurang dakwah?. Sebab iman lemah. Mengapa iman lemah?. Sebab tidak mahu usaha atas iman. Mengapa tidak mahu usaha atas iman?. Sebab kebesaran dunia masuk dalam hati.

Usaha atas iman wajib ke atas orang beriman supaya dia dapat belajar bagaimana amalan agama dapat diamalkan olehnya dalam kehidupan....Melalui usaha atas iman, insyallah, hidayat akan dapat. Jika hidayat dapat, maka mudah untuk ikut perintah Allah dan ikut cara kehidupan Rasulullah s.a.w.

Kesimpulannya, usahalah atas iman selagi Allah beri kita nyawa pada masa sekarang. Jika kita tiada di dunia ini, pasti kita akan menyesal buat selama-lamanya. Melalui usaha atas iman, kejayaan hakiki akan diperolehi..
INSYALLAH...