Dalam sedar atau tidak sedar, setiap daripada kita pernah merasa ada sesuatu telah membisik ke telinga kita untuk melakukan dosa atau kejahatan dan satu lagi bisikan untuk melakukan kebaikan dan pahala. Jadi, kedua-dua bisikan ini akan menguatkan hujah masing-masing berdasarkan fakta dan maklumat yang lengkap bagi mempengaruhi hati kita. Selepas itu, kita akan menilai hujah siapakah yang paling kita suka untuk turuti samada hujah daripada bisikan jahat atau bisikan baik. Kemudian, kita telah sahkan hujah tersebut untuk dituruti dan kesannya kita akan terima di dunia dan akhirat. Sekiranya kita mengesahkan hujah dari bisikan jahat sebagai hujah yang perlu dituruti maka kita akan dapat kesan buruk di dunia dan akhirat. Sekiranya kita mengesahkan hujah dari bisikan baik sebagai hujah yang perlu dituruti maka kita akan dapat kesan baik di dunia dan akhirat.
Kebiasaannya jika kita menuruti bisikan jahat, jarang kita menilai kesan-kesan dan mudarat yang bakal kita hadapi di dunia dan akhirat. Begitu juga jika kita menuruti bisikan baik, jarang kita menilai kesan-kesan dan kebaikan yang bakal kita hadapi di dunia dan akhirat. Dan kebiasaannya keputusan hidup kita dibuat oleh hati kita sendiri.
Jadi siapakan bisikan jahat dan siapakah bisikan baik tersebut?
Kedua-dua disebut sebagai Qarin. Menurut Wikipedia Website mengatakan bahawa Qarīn adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang
manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap
sebagai "kembaran setiap manusia."
Ianya bukannya sama dengan saka kerana ‘saka’ itu adalah sejenis makhluk jin yang berkhidmat kepada seseorang (dengan janji-janji yang tertentu) lalu
apa bila ia mati ‘saka’ (jin tersebut) diwariskan kepada ahli
waris(anak cucu beliau). Sedang
qarin itu adalah jenis jin yang lahir bersama-sama manusia(seseorang
individu) itu. Ianya bukalah jin yang diwarisi dari datuk, neneknya.
Tugas jin Qarin ini mendorongi manusia kearah untuk
berbuat kejahatan. Dia (Jin Qarin) membisikkan sifat was-was, melalaikan solat, memberatkan diri manusia untuk membaca al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia daripada membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah telah mengutus
Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak
membuat kebaikan. Dalam beberapa hadisth dikatakan bahawa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memeluk Islam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.
Perkataan Qarin berasal daripada bahasa Arab yang bererti "teman",
"pasangan" atau "pendamping". Istilah Qarin kemudian meluas yang
memiliki erti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus
yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan
sehingga dia meninggal dunia.
Al-Quran telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam Surah Az-Zukhruf
“ | Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36) | ” |
Hadis mengenai Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, Nabi Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud,
"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada
bangsa Malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga Ya Rasulullah." Sabdanya:
"Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu
dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."[1]
Hadis mengenai Qarin: Aisyah r.a. menceritakan bahawa pada suatu
malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku
merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya, “Wahai
Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata, “Bagaimana
aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah?” Sabda
Baginda, “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitanmu?” Aku bertanya,
“Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda, “Setiap insan ada syaitan,
iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi, “Adakah engkau pun ada syaitan, ya
Rasulullah?” Jawab Baginda, “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga
Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis riwayat Muslim)
Dalam kisah yang diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdillah, bahawa ketika tiba giliran Iblis untuk meminta, ia pun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam)
inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak
memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman
yang ertinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak darinya kecuali
dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya
Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah S.W.T berfirman, “Kamu dapat
berjalan-jalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat
membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.”
Dalam hal ini, bagaimana pula kaum Muslimin harus menghadapi golongan
Qarin ini? Adalah ia terpaksa tunduk dan patuh atas arahan mereka atau
sebaliknya? Sebenarnya Kaum Muslimin berkuasa ke atas mereka dan mampu
menjadikan mereka lemah dan tidak berdaya.Orang yang beriman boleh mengalahkan syaitannya, menyebabkan mereka
kurus dan penat melalui ketaatannya kepada Allah seperti membaca
al-Quran, membaca “ Bismilllah” ketika makan, berpakaian dan sebagainya.
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan :
Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan
syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang
beriman itu kurus sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka
ditanya mengapa engkau kurus , “ Bagaimana aku tidak kurus, apabila
tuanku masuk ke rumah, dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila
minum pun begitu, “ Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu
pula berkata, “ Aku sentiasa makan dengannya dan begitu juga minum.”
Di dalam Al-Quran Al-Kariem, Allah SWT menyebut beberapa kali kata 'jin'.
Bahkan ada satu surat yang secara khusus membahas tentang jin dan dinamakan
dengan surat Al-Jin.
Bila disimpulkan secara sekilas, maka ada hal-hal yang mudah ketahui dari
Al-Quran Al-Kariem tentang siapakah jin itu. Jin diciptakan oleh Allah SWT dari api.
Allah SWT menyebutkan bahwa jin itu diciptakan dari api yang sangat panas, juga
disebutkan terbuat dari nyala api.
Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas.(QS.Al-Hijr : 27)
dan Dia menciptakan jin dari nyala api.(QS.Ar-Rahman : 15 ). Jin ada yang muslim dan ada yang tidak (kafir) .Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang saleh dan di antara kami
ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza".
(QS.Al-Jin :11 )
Contoh jin muslim adalah jin yang menjadi tentera nabi Sulaiman as.
Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas.(QS.An-Naml : 17 )
Dan Kami angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan
perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan
sebulan dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada
yang bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di
antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang
apinya menyala-nyala.(QS.Saba' : 12 ) Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung
yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang seperti kolam dan periuk
yang tetap . Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur. Dan sedikit sekali
dari hamba-hambaKu yang berterima kasih. (QS. Saba' : 13).
Iblis menurut bahasa arab berasal dari kata ablasa - yublisu - ilbisan yang
berarti putus asa, frustasi atau berdukacita. lblis menurut Al Qur'an adalah
salah satu dari golongan jin yang ingkar terhadap perintah Allah untuk sujud
kepada Nabi Adam as. Hal tersebut sebagaimana firman Allah:"dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat,'sujudlah kamu kepada
adam,'maka kecuali ilblis. Dia adalah golongan jin, maka ia mendurhakai
perintah tuhannya..." (QS. Al Khafi: 50) "Allah berfirman:"apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Nabi Adam
as) diwaktu aku menyuruhmu?" ilbis menjawab:"aku lebih baik daripada dia.
Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah."
(QS al A'raf: 12)
Sedangkan Iblis adalah makhluq durhaka yang jenisnya adalah jin, bukan jenis
manusia. Al-Quran Al-Kariem secara tegas menyebutkan bahawa Iblis itu adalah
dari jenis jin.
Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam ,
maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia
mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan
turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah
musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim.
(QS.Al-Kjahfi : 50)
Jadi mudah disebut bahawa Iblis itu adalah golongan jin.
Dialah dahulu jin yang paling dekat dengan Allah SWT, lalu berubah menjadi
ingkar lantaran tidak mahu diperintahkan untuk bersujud kepada Adam, manusia
pertama.
Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam,"
maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia
termasuk golongan orang-orang yang kafir. (QS.Al-Baqarah : 34)
Motivasi yang menghalangi si Iblis itu untuk sujud kepada Adam tidak lain
adalah rasa kesombongan dan tinggi hati. Dia merasa dirinya jauh lebih baik
dari Adam.
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud di waktu Aku
menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya
dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". (QS.Al-Araf : 12 )
Ciri yang paling utama bagi Iblis adalah dia tidakkan mati sampai hari kiamat. Dan penangguhan usianya itu memang telah diberikan oleh Allah SWT
Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan". Allah
berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." (QS.Al-Araf
: 14-15 )
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka
dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang
diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya ". (QS.Shaad
: 79-81 )
Jadi iblis adalah nama seorang jin yang hidup di masa penciptaan Adam as dan
tidakkan mati sampai hari ini. Iblis adalah nenek moyang syaitan yang juga
punya keturunan, namun keturunannya itu tidak mendapatkan jaminan untuk hidup
sampai kiamat. Dan sebagai bangsa jin, ada diantara keturunannya itu yang mati.
Meski barangkali usianya berbeza dengan rata-rata manusia. Tetapi tetap akan
mati juga. Kecuali nenek moyang mereka yaitu Iblis. Kedua ayat Al Qur'an diatas secara jelas dan tegas
menyebutkan iblis berasal dari golongan jin yang tercipta dari api. Sedangkan
makhluk Allah yang tercipta dari api hanya bangsa jin bukan manusia yang
tercipta dari tanah atau bangsa malaikat yang tercipta dari cahaya (nur).
Syaitan menurut bahasa Arab adalah ruuhun syariirun atau ruh yang sangat jahat/buruk,
al-hayatul khabitsah atau suatu kehidupan yang sangat buruk dan mutamarridun
madsadun atau penderhaka yang merosak". Sedangkan syaitan secara istilah adalah
sifat yang jahat yang tersembunyi dalam diri jin dan manusia yang dapat
menimbulkan kerosakan dan kehancuran. Jadi syaitan adalah tergolong
dari kalangan jin dan manusia yang jahat. Hal ini sesuai dengan definisi Allah
mengenai syaitan dalam Al Qur'an:
"Syaitan yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan jin
dan manusia" (QS. An-Naas: 5-6)" dan demikian kami jadikan bagi tiap - tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan
dari jenis manusia dan dari jenis jin. Sebahagian lagi membisikkan kepada
sebahagian lagi perkataan - perkataan yang indah - indah untuk menipu manusia.
Jikalau tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka
tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan," (QS Al-An'am: 112)
Jadi Syaitan adalah anak cucu keturunan dari Iblis dan Jin.
Diantara sifat syaitan itu adalah sifat sombong, angkuh, sesat dan cinta terhadap
kejahatan. Jin yang bersifat sombong, angkuh dan cinta kejahatan disebut syaitan. Manusia
yang memiliki sifat tersebut disebut juga syaitan. Syaitan dari jenis manusia dan
syaitan dari jenis jin yang ditetapkan Allah sebagai musuh para nabi itu
menperdaya sebahagian yang lain dengan kata-kata indah yang dibisikannya. Yang
dimaksud dengan membisikkan disini adalah memindahkan pengaruh dalaman (batiniah) dari
seseorang kepada seseorang yang lain dengan menipu dan mendorongnya untuk berbuat sombong, angkuh, sesat dan maksiat kepada Allah Azza Wa Jalla. Syaitan jenis manusia, kejahatannya dapat dilihat secara nyata dan jelas oleh
mata zahir kita, begitu pula bentuk permusuhan mereka terhadap nabi dan
orang yang beriman itu. Sementara syaitan jenis jin dan
manusia bekerjasama untuk menjerumuskan dan menyesatkan manusia daripada taat perintah Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Sebagaimana firman Allah di Al Qur'an:
"dan kami tetapkan bagi mereka teman - teman yang menjadikan mereka memandang
bagus apa yang ada dihadapan dan dibelakang mereka dan tetaplah atas mereka
keputusan azab pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jin dan
manusia; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi"
(QS Fusshilat: 25)" dan orang-orang kafir berkata, "ya Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua
jenis orang yang telah menyesatkan kami (yaitu) sebagian jin dan manusia agar
kami letakkan keduanya di bawah telapak kami kami supaya kedua jenis itu
menjadi orang-orang yang hina" (QS Fusshilat: 29)
Sedangkan Syaitan itu menurut Al-Quran Al-Kariem adalah makhluq yang kerjanya
mengajak kepada perbuatan jahat dan keji serta berbohong.
Insya Allah, kita azam untuk sediakan diri kita dan orang lain,
korbankan harta dan lapangkan masa untuk keluar kejalan
Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah azam...
QARIN ISLAM(RUH ISLAM)
ReplyDeleteQARIN KAFIR (RUH KAFIR) QARIN ITU BAHASA ARAB, QARIN ITU RUH DAN KEMBAR JASAD" TANPA QARIN " JASAD TAKKAN BERNYAWA
INILAH YANG NYATA. INILAH YANG BENAR.
DeleteAl Quran menyatakan kejadian Adam AS dan Bani Adam terdiri dari dua kembar atau kejadian.
1. Kejadian Zahir. 2. Kejadian Batin.
Kejadian zahir insan terbentuk dari SARIPATI, SERAT dan HIDRAT yang terkandung dalam tanah, terdiri dari gas, zat, mineral-mineral, protein dan vitamin-vitamin.
>Ar Rahman: 14. >As Sajaddah: 7. >Ash Syafaat: 11. >Ali Imran: 59. >Al Hijr: 28.
Apa yang dimaksudkan dengan gas itu adalah gas-gas yang terdiri dari gas pembakar atau oksigen, gas hydrogen (2 kandungan hydrogen + 1 kandungan oksigen = Zat atom AIR), nitrogen, carbon dioksida dll.
Zat bahan galian atau mineral pula terdiri dari kalsium, magnesium, fosforus, kalium, zat besi, beta karotin dll.
Manakala vitamin pula terdiri dari vitamin A, B, C, D, E, K dsb.
Saripati, serat dan hidrat tersebut berupa sebatian kering yang keras, berbau hanyir, berlendir, lekit dan berair.
Kejadian di atas disebut sebagai kejadian FIZIKAL atau ZAHIR.
Menurut Ulamak Tauhid kejadian berkenaan dipanggil DIRI ZAHIR.
Setelah sempurna jasad Adam maka Allah SWT ‘meniupkan ROH ALLAH’ ke jasad Adam.
>Al Hijr: 29.
Kejadian ini disebut sebagai diri BATIN. Terdiri dari Roh Allah yang mengandungi Annur (zat Muhammad dan malaikat) dan Annar (Qarin atau Akhlak, Iblis, jin dan syaitan)
Yang zahir akan tinggal di tanah, TERKUBUR di dalam KUBUR.
Yang batin ‘Ya ai'ya TUHAN nafsul mudma'inah’ berada di BARZAKH alam yang terdinding di antara 2 alam iaitu Alam Dunia dan Alam Akhirat terdiri dari Sijjin dan Illiyin.
>Al Fajr: 27-30. >Al Mukminun: 99-100.
Moga kekeliruan dari semua imam-imam syariah terdahulu yang bercanggah pendapat beroleh pencerahan sebenar dari landasan Al Quran Kalam Allah.
Roh akan dimasukkan semula ke DIRI BATIN dan bukan jasad diri zahir.
INILAH YANG NYATA. INILAH YANG BENAR.
DeleteAl Quran menyatakan kejadian Adam AS dan Bani Adam terdiri dari dua kembar atau kejadian.
1. Kejadian Zahir. 2. Kejadian Batin.
Kejadian zahir insan terbentuk dari SARIPATI, SERAT dan HIDRAT yang terkandung dalam tanah, terdiri dari gas, zat, mineral-mineral, protein dan vitamin-vitamin.
>Ar Rahman: 14. >As Sajaddah: 7. >Ash Syafaat: 11. >Ali Imran: 59. >Al Hijr: 28.
Apa yang dimaksudkan dengan gas itu adalah gas-gas yang terdiri dari gas pembakar atau oksigen, gas hydrogen (2 kandungan hydrogen + 1 kandungan oksigen = Zat atom AIR), nitrogen, carbon dioksida dll.
Zat bahan galian atau mineral pula terdiri dari kalsium, magnesium, fosforus, kalium, zat besi, beta karotin dll.
Manakala vitamin pula terdiri dari vitamin A, B, C, D, E, K dsb.
Saripati, serat dan hidrat tersebut berupa sebatian kering yang keras, berbau hanyir, berlendir, lekit dan berair.
Kejadian di atas disebut sebagai kejadian FIZIKAL atau ZAHIR.
Menurut Ulamak Tauhid kejadian berkenaan dipanggil DIRI ZAHIR.
Setelah sempurna jasad Adam maka Allah SWT ‘meniupkan ROH ALLAH’ ke jasad Adam.
>Al Hijr: 29.
Kejadian ini disebut sebagai diri BATIN. Terdiri dari Roh Allah yang mengandungi Annur (zat Muhammad dan malaikat) dan Annar (Qarin atau Akhlak, Iblis, jin dan syaitan)
Yang zahir akan tinggal di tanah, TERKUBUR di dalam KUBUR.
Yang batin ‘Ya ai'ya TUHAN nafsul mudma'inah’ berada di BARZAKH alam yang terdinding di antara 2 alam iaitu Alam Dunia dan Alam Akhirat terdiri dari Sijjin dan Illiyin.
>Al Fajr: 27-30. >Al Mukminun: 99-100.
Moga kekeliruan dari semua imam-imam syariah terdahulu yang bercanggah pendapat beroleh pencerahan sebenar dari landasan Al Quran Kalam Allah.
Roh akan dimasukkan semula ke DIRI BATIN dan bukan jasad diri zahir.
SURAH ZUKHRUF 43 : 36.
ReplyDeleteبسم الله الرحمن الرحيم
وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ ٱلرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُۥ شَيْطَٰنًا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٌ ﴿٣٦﴾
Waman ya'syu 'an dzikrir-rahmani nuqai-yidh lahu syaithaanan fahuwa lahu qariinun
Sesungguhnya setiap manusia disertakan oleh Allah dengan Qarin yang sentiasa didampingi syaitan.
SURAH QAF: 50:27
بسم الله الرحمن الرحيم
قَالَ قَرِينُهُ رَبَّنَا مَا أَطْغَيْتُهُ وَلَكِنْ كَانَ فِي ضَلالٍ بَعِيدٍ
Qaala qariinuhu rabbanaa maa athghaituhu walakin kaana fii dhalalin ba'iidin
Qarin yang berserta dengan diri berkata pada Pentadbir bukan dia yang menyesatkan sebaliknya diri itu sendiri yang jauh tersesat.
SIAPA QARIN?
Maksud Qarin di sini ialah AKHLAK yang sentiasa didampingi syaitan.
Jika diasuh akhlak menjadi Mukmin maka akan menjadi Mukminlah aklak kita.
Jika dibiarkan ditunggang oleh syaitan maka akan jadi syaitanlah akhlak kita.
APA YANG MEMBENTUK QARIN ATAU AKHLAK?
Akhlak atau Qarin terdiri dari HAWA, NAFSU dan SYAWAT bermaksud kerontaan, keinginan dan kehendak.
Kepunyaan ANNAR (Jin, Iblis dan Syaitan) bergaul dengan PERASAAN.
Manakala PERASAAN pula kepunyaan ANNUR (Zat Muhammad dan Malaikat).
HAWA, NAFSU dan SYAWAT sememangnya tidak punyai PERASAAN...jadi PERASAAN wajib mengawal ketiga-tiga JIN, IBLIS dan SYAITAN berkenaan.
3 LAWAN 1.
Duduk dalam satu diri yaitu DIRI BATIN yang duduk DALAM DIRI ZAHIR yang dijadikan dari bahan kotor diekstrak dari tanah.
Batin dikuasai KOTOR! Zahir juga dikuasai KOTOR!!!
SURAH ZUKHRUF 43 : 36.
ReplyDeleteبسم الله الرحمن الرحيم
وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ ٱلرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُۥ شَيْطَٰنًا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٌ ﴿٣٦﴾
Waman ya'syu 'an dzikrir-rahmani nuqai-yidh lahu syaithaanan fahuwa lahu qariinun
Sesungguhnya setiap manusia disertakan oleh Allah dengan Qarin yang sentiasa didampingi syaitan.
SURAH QAF: 50:27
بسم الله الرحمن الرحيم
قَالَ قَرِينُهُ رَبَّنَا مَا أَطْغَيْتُهُ وَلَكِنْ كَانَ فِي ضَلالٍ بَعِيدٍ
Qaala qariinuhu rabbanaa maa athghaituhu walakin kaana fii dhalalin ba'iidin
Qarin yang berserta dengan diri berkata pada Pentadbir bukan dia yang menyesatkan sebaliknya diri itu sendiri yang jauh tersesat.
SIAPA QARIN?
Maksud Qarin di sini ialah AKHLAK yang sentiasa didampingi syaitan.
Jika diasuh akhlak menjadi Mukmin maka akan menjadi Mukminlah aklak kita.
Jika dibiarkan ditunggang oleh syaitan maka akan jadi syaitanlah akhlak kita.
APA YANG MEMBENTUK QARIN ATAU AKHLAK?
Akhlak atau Qarin terdiri dari HAWA, NAFSU dan SYAWAT bermaksud kerontaan, keinginan dan kehendak.
Kepunyaan ANNAR (Jin, Iblis dan Syaitan) bergaul dengan PERASAAN.
Manakala PERASAAN pula kepunyaan ANNUR (Zat Muhammad dan Malaikat).
HAWA, NAFSU dan SYAWAT sememangnya tidak punyai PERASAAN...jadi PERASAAN wajib mengawal ketiga-tiga JIN, IBLIS dan SYAITAN berkenaan.
3 LAWAN 1.
Duduk dalam satu diri yaitu DIRI BATIN yang duduk DALAM DIRI ZAHIR yang dijadikan dari bahan kotor diekstrak dari tanah.
Batin dikuasai KOTOR! Zahir juga dikuasai KOTOR!!!
Alhamdulillah sgt membantu
Delete013-4417142 tlg hubungi saya utk dptkn penjelasan yg jelas.. Mohon bantu
QARIN atau WATAK adalah milik bersama DIRI BATIN yang duduk dalam DIRI ZAHIR.
ReplyDeleteObat Benjolan Di Bawah Lidah
ARMANI POKER
ReplyDeletePROMO BARU DI ARMANI POKER
BISA DEPOSIT VIA PULSA
BANYAK BONUSNYA
Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.
ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
Minimal depo 10k
Minimal wd 50k
Whatapps : +6287830298557
Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info