Monday, 11 June 2012

BAB MESYUARAT SEMASA BERDAKWAH

Ali r.a. melaporkan bahawa beliau bertanya: Wahai Rasulullah! Jika kami menemui perkara yang tidak mempunyai sesuatu perintah tertentu daripada tuan, untuk melakukannya atau pun tidak, apakah yang tuan katakan berkenaan kami ini? Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila berlaku perkara itu, mintalah pandangan (bermesyuarat) dengan mereka yang mempunyai fahaman yang baik terhadap agama dan ahli ibadat yang kuat, dan janganlah membuat keputusan di atas pendapat seorang individu. (Tabrani dan Majmuaz Zawaaid)

Ibnu Abbas r.a. melaporkan: Apabila ayat ini diturunkan:
”Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan”, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. dan RasulNya tidak perlu bermesyuarat, walaubagaimanapun, Allah telah menjadikannya sebagai satu sumber rahmat bagi umat ini. Maka, barangsiapa dari umat ini yang bermesyuarat, ia tetap berada di jalan yang benar, dan orang yang tidka bermesyuarat sentiasa di dalam tertekan. (Baihaqi)

Abu Bakar r.a. pernah berkata kepada ‘Amru Ibnul-‘As:”Aku telah melantikmu menjadi ketua dalam pasukan tentera ini, berangkatlah engkau ke Palestin dan hubungilah Abu Ubaidah dengan suratmu dan bantulah dia bila-bila dikehendaki. Jangan engkau putuskan sesuatu perkara kecuali setelah diadakan mesyuarat dengannya. Hendaklah engkau takut kepada Allah samada dalam waktu terang atau rahsia. Malulah kepada Allah dalam khalwat-khalwatmu kerana ia melihat apa yang engkau lakukan. Engkau sendiri mengetahui bahawa aku telah mengutamakan engkau dari yang lain yang lebih lama dan lebih mulia darimu. Oleh itu hendaklah engkau bekerja seperti orang-orang yang bekerja untuk akhirat dan segala amalanmu itu hendaklah engkau tujukan semata-mata kerana Allah. Dalam keberangkatanmu nanti hendaklah engkau turut jalan ilya’ sampai ke Palestin. Janganlah engkau cuai terhadap tugas yang kuberikan kepadamu ini, dan hendaknya jangan sekali-kali engkau berkata: Abu Bakar telah meletakkan aku di hadapan musuh, padahal aku tidak berdaya. Ketahuilah wahai ‘Amru, di sampingmu sekarang ada orang-orang Muhajirin dan Ansar, pejuang-pejuang dalam peperangan Badar dahulu. Hendaknya engkau arif tentang hak mereka dan janganlah engkau berleluasa dengan kuasa yang diserahkan kepadamu ini. Janganlah engkau terpengaruh dengan tipu daya syaitan nanti engkau berkata: Bahawa aku telah di lantik oleh Abu Bakar kerana itu akulah orang yang mulia sekali. Jagalah dirimu dari tipu daya, hawa nafsu dan hendaklah engkau jadikan dirimu sebagai seorang dari tentera-tenteramu juga dan bermesyuaratlah dengan mereka.
Abu Hurairah r.a. melaporkan: Daku tidak melihat sesiapa yang melaksanakan mesyuarat dengan sahabat-sahabatnya, sebanyak yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. (Tirmizi).

Antara adab mesyuarat seperti berikut:-
1. Semua keputusan penting yang seseorang hendak lakukan hendaklah dicapai melalui pertimbangan berhati-hati dan perbincangan mesra dengan mereka yang rapat dan bersesuaian. Ini dirujuk sebagai mesyuarat dan dapat diamalkan bagi semua perkara domestic, perniagaan, agama dan lain-lain.

2. Mesyuarat adalah perintah Allah dan amalan Nabi s.a.w. Jadi ia merupakan salah satu daripada amalan yang utama kehidupan seorang muslim dan menjanjikan keberkatan, pahala dan kejayaan yang besar.

3. Walaubagaiamanapu adalah penting untuk mengikuti jejak langkah Nabi s.a.w. dengan mengamalkan mesyuarat dan memerhatikan adab yang mudah di ajar olehnya.

4. Pertama hendaklah dilantik seorang amir mesyuarat dan bacalah doa.

5. Amir kemudian akan menyebut perkara yang akan dibincangkan dan akan meminta pendapat orang lain yang hadir.

6. Hanya mereka yang diminta untuk memberikan pendapat dibenarkan untuk bercakap. Orang lain tidak berhak untuk bercakap serentak ataupun untuk menyampuk dalam apa cara sekalipun.
7. Amir boleh meminta pandangan setiap orang mengikut giliran atau beliau meminta pandangan daripada beberapa orang sahaja.

8. Orang yang diminta pendapat hendaklah berhati-hati. Ia hendaklah sedar jelas dan hendaklah ikhlas seikhlasnya. Perkara-perkara peribadi tidaklah memberi kesan kepada pemikirannya. Ia hendaklah mempertimbangkan perkara yang dibincangkan dan kemudian menyebutkan apa sahaja yang Allah letakkan di dalam hatinya.

9. Jika pendapat sseseorang kebetulan berlainan daripada orang lain, janganlah hendaknya dia membuat kenyataan yang tidak adil atau menghina seseorang. Tetapi hendaklah ia menyatakan ideanya sendiri secara ringkas mungkin dengan satu atau dua alas an untuk menyokong cadangannya.

10. Jika seseorang tidak ditanya pendapatnya oleh amir (walaupun orang lain telah memberikan pandangan mereka) janganlah ia tersinggung. Sepatutnya ia hendaklah gembira untuk menyedari bahawa Allah Maha Mengetahui dan jika Dia mengkehendaki Dia boleh memindahkan fikiran sesiapapun kedalam hati amir.

11. Jika seseorang ingin menyatakan pendapat dia hendaklah meminta kebenaran daripada amir.

12. Amir akhirnya akan membuat keputusan ini dilakukan menurut petunjuk yang diletakkan dalam hatinya.

13. Adalah penting untuk menytedari bahawa dalam Islam kita bergantungan penuh kepada Allah setiap masa. Jadi keputusan Amir tidak perlu bergantungan kepada majority atau minority. Sebenarnya, boleh saja Amir membuat keputusan yang benar-benar berlainan bergantung bagaimana Allah memberi petunjuk kepadanya.

14. Apabila sahaja keputusan telah dibuat semua orang diwajibkan untuk mengikuti sepenuhnya keputusan mesyuarat itu. Jika kerana sesuatu sebab yang tertentu sesuatu keputusan gagal untuk menghasilkan kesan yang diharapkan maka tiada seorangpun boleh mengadu hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui perkara yang sebenarnya.

15. Jika cadangan seseorang tidak diikuti janganlah sesekali ia mengadu walaupun kemudian kelihatan seolah-olah pendapatnya yan benar. (Sebenarnyna, semasa memberi cadangan iahendaklah berharap bahawa cadangannya tidak diterima kerana takut keputusan yang salah jika cadangannya diterima).

16. Mesyuarat itu hendaklah diakhiri dengan doa dan janganlah ada mesyuarat kecil selepas itu untuk mengkritik setuju atau tidak setuju apa yang telah diilhamkan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan.. boleh saya tahu berkenaan detail hadis ini untuk saya buat rujukan. terima kasih

    ReplyDelete