Wednesday, 21 November 2012

Mengapa kita masih lagi gagal?

Mengapa kita masih gagal?. Gagal mendapat bantuan daripada Allah s.w.t. Gagal mendapat kepuasan jiwa dalam kehidupan. Gagal yang sentiasa gagal pada setiap masa dan keadaan.

Saya seorang insan yang hina ini ingin menyatakan bahawa dalam diri setiap daripada orang Islam ada benda yang berharga. Bukannya setakat berharga malah lebih berharga daripada duit berbilion-bilion, emas seluruh dunia dan permata paling mahal di dunia. Apakah ia?. Jawapannya ialah benda yang berharga dalam diri setiap orang Islam adalah kalimah iman iaitu MENYAKINI ALLAH ADALAH RABB DAN NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH. Kerana kalimah iman inilah dunia ini masih ada. Kerana kalimah iman inilah orang kafir dapat rezeki. Kerana kalimah iman inilah kita di angkat sebagai khalifah.

Saya ingin menyatakan bahawa dengan kalimah iman inilah kita dapat masuk syurga, walaupun iman sebesar zarah maka Allah berikan syurga luas 10 kali ganda dunia dan banyak lagi kelebihannya.

Sayangnya, ramai orang Islam menganggap kalimah ini tiada nilainya. Mereka sanggup tidak mengerjakan perintah Allah kerana menganggap nilai perintah Allah tiada nilainya. Mereka sanggup tidak mengerjakan sunnah Rasulullah s.a.w. kerana menganggap nilai sunnah tiada nilainya. Tapi, mereka sanggup mengusahakan kebendaan kerana menganggap nilai kebendaan adalah sesuatu yang bernilai.

Kita menyakini apa-apa bentuk kebendaan yang kita usahakan memberi manfaat kepada kita. Seorang tukang sapu menyapu jalan setiap hari kerana dia menyakini bahawa dia akan dapat upah apa yang dia telah kerjakan. Seorang pekebun turun ke kebun setiap hari kerana dia menyakini bahawa dia akan dapat hasil jualan kebunnya apabila berbuah. Seorang pegawai hadir ke pejabat setiap hari kerana dia yakin pada hujung bulan dia akan dapat gaji. Seorang pemerintah memerintah sesebuah kerajaaan kerana dia yakin dia mempunyai kuasa untuk mengawal kerajaan.

Malang pada hari ini, kita sentiasa sibuk dengan mengusahakan kebendaan sehinggakan nilai kebendaan meningkat setiap masa. Kita sibuk dengan urusan jual-beli sehinggakan harga barang menjadi naik dari masa ke semasa. Kita sibuk dengan pekerjaan sehinggakan gaji kita naik dari masa ke semasa. Kita sibuk dengan beli rumah sehingga harga rumah melambung tinggi. Apabila nilai kebendaan menjadi tinggi, maka kita akan menganggap tanpa benda kita akan miskin.

Dan lebih malang pada hari ini, kita tidak mengusahakan bagaimana amalan agama dapat kita amalkan dalam kehidupan. Kita tidak ada fikir bagaimana kita dapat taat perintah Allah dan ikut cara kehidupan Rasulullah s.a.w. dalam 24 jam kehidupan. Kita tidak ada fikir bagaimana orang lain juga dapat taat perintah Allah dan ikut cara kehidupan Rasulullah s.a.w. dalam 24 jam kehidupan.Kita tidak ada fikir bagaiman orang bukan Islam tertarik dengan Islam. Apabila kita mengusahakan perkara sebegini, maka nilai agama menjadi tidak bernilai, maka kita akan menganggap tanpa iman yang mantap, tidak ada apa-apa....

Jadi, sekarang ini, nilai kebendaan menjadi meningkat, nilai agama menjadi rendah, maka akan berlakulah kekacauan seperti rompakan, pembunuhan, perjudian, riba, seks luar nikah dan sebagainya.

Kesimpulannya, setiap orang WAJIB usaha atas agama masing-masing dan sedaya upaya mengamalkan agama dalam kehidupan seharian. Insyallah...