Tuesday 29 December 2015

Mukhtasar: Bab 2: Was-was (Midraj Ul Fawatih Fi Syarh Misykat Masobih)

  1. Satu syaitan (Qarin) dan satu malaikat bersama dengan seorang manusia.
  2. Was-was (sangkaan buruk) tentang siapakah menciptakan Allah timbul daripada syaitan.
  3. Memahami bahawa was-was (siapakah menciptakan Allah) adalah keburukan merupakan tanda keimanan.
  4. Memohon perlindungan dengan Allah s.w.t. daripada was-was (siapakah menciptakan Allah)  yang ditimbulkan syaitan dengan cara mengatakan: “Allah Maha Esa, Allah tempat bergantung. Dia tidak beranak, tidak pula diperanakkan dan tiada yang standing denganNya”. Kemudian ludah ke sebelah kiri (isyarat ludah) sebanyak 3 kali dan meminta perlindungan Allah s.w.t. daripada keburukan syaitan atau berkata: “Aku beriman dengan Allah s.w.t. dan rasul-Nya.” Atau meminta perlindungan dari Allah s.w.t. lalu meninggalkan pertanyaan dari seseorang tentang was-was (siapakah menciptakan Allah) tersebut.
  5. Bersyukur kepada Allah s.w.t. daripada menyebut perasaan was-was (sangkaan buruk) akan menyelamatkan seseorang daripada was-was syaitan.
  6. Pekerjaan yang disukai oleh syaitan ialah memisahkan suami dan isteri melalui was-was (sangka buruk terhadap pasangan masing-masing).
  7. Syaitan letakkan was-was ( lupa bilangan rakaat, lupa baca al-fatihah dsb kerana terlalu berkhayal) dalam solat. Caranya ialah jangan melayan was-was (khayalan sehingga lupa bilangan rakaat dalam solat dsb.) sebaliknya tawajuh dengan zikir, al-quran dan sempurnakan rukun solat.


*Mohammad Khairul Azmi Kamil telah menulis sebuah mukhtasar, ringkasan atau kesimpulan Bab 2: Was-was daripada Kitab Midraj Ul Fawatih Fi Syarh Misykat Masobih karangan Maulana Hasnul Hizam.

Monday 28 December 2015

Mukhtasar: Bab 1: Dosa-dosa besar (Midraj Ul Fawatih Fi Syarh Misykat Masobih)


Perbuatan-perbuatan dosa:-
1)      Syirik kepada Allah
2)      Membunuh anak atau orang melainkan dengan hak
3)      Berzina 
4)      Derhaka kepada ibu bapa
5)      Sumpah dusta
6)      Sihir
7)      Memakan riba
8)      Memakan harta anak yatim
9)      Lari dari medan perang
10)  Menuduh wanita suci yang memelihara kehormatan diri 
11)  Lalai mengingati dosa
12)  Meninggalkan solat fardhu
13)  Minum arak
14)  Buat maksiat

Sifat-sifat munafiq
1)      Berdusta
2)      Tidak menepati janji
3)      Tidak amanah
4)      Bertengkar sambil memaki hamun

*Mohammad Khairul Azmi Kamil telah menulis sebuah mukhtasar, ringkasan atau kesimpulan Bab 1: Dosa-dosa besar daripada Kitab Midraj Ul Fawatih Fi Syarh Misykat Masobih karangan Maulana Hasnul Hizam.


Mukhtasar: Kitab Iman (Midraj Ul Fawatih Fi Syarh Misykat Masobih)

Kepercayaan atau pegangan hidup orang yang beriman ialah percaya kepada rukun iman iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada Rasul, beriman kepada kitab, beriman kepada hari Akhirat dan beriman kepada qada dan qadar.
Iman mempunyai 70 lebih tingkat. Tingkat paling tinggi ialah Laailaha ilallah. Tingkat paling rendah ialah membuang sesuatu yang menggangu jalan. Malu adalah sebahagian daripada iman.
Amalan orang beriman terbahagi kepada dua jenis amalan iaitu amalan batinaiah dan zahiriah.
Amalan batiniyah ialah orang beriman akan merasa gembira apabila buat amalan baik dan sedih apabila buat amalan buruk. Selain itu, orang yang beriman sentiasa bersabar dan dermawan.
Kesan daripada amalan batiniah ialah orang yang beriman akan merasai kemanisan iman. Tandanya ialah (i) kasih kepada Allah dan rasulNya lebih daripada orang lain (ii) kasih kepada seseorang kerana Allah (iii) membenci kepada kekufuran.
Selain itu, orang beriman akan merasai kelazatan iman. Tandanya ialah (i) Allah sebagai Rabnya (ii) Islam sebagai agamanya (iii) Nabi Muhammad sebagai nabinya.
Cara untuk mendapatkan amalan batiniyah ini ialah seseorang beriman dengan Allah dan sentiasa istiqamah serta istikhlas untuk beriman kepada Allah. Selain itu, mengasihi Rasulullah s.a.w. lebih daripada bapa, anak dan semua manusia. Di samping itu, (i) suka sesuatu kerana Allah dan (ii) benci sesuatu kerana Allah serta (iii) beri sesuatu kerana Allah dan (iv) tak beri kepada sesuatu kerana Allah.
Amalan zahiriah ialah akhlak yang baik. Cara untuk mendapatkan akhlak yang baik ialah sukalah untuk orang lain apa-apa yang kamu suka untuk dirimu sendiri dan kamu membenci untuk manusia apa-apa yang kamu benci untuk dirimu sendiri.
Tanda-tanda keimanan seseorang tidak sempurna ialah (i) tidak amanah (ii) tidak menepati janji.
Orang beriman mestilah mempunyai sifat Ihsan. Sifat Ihsan ialah seseorang yang beriman akan beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika keadaan itu kamu tidak dapat rasakan maka hendaklah kamu sedar bahawa Allah sedang melihat kamu.
Kepercayaan dan pegangan hidup seorang Islam ialah mengamalkan rukun Islam iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan layak disembah melainkan Allah (beribadat kepada Allah dan tidak syirik) dan Nabi Muhammad s.a.w. pesuruh Allah, solat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan haji.
Tanda – tanda atau amalan zahiriah seseorang Islam ialah (i) orang Islam lain terselamat daripada keburukan lidah dan tangannya, (ii) memberi makan, (iii) menunaikan solat (rukun solat paling afdhal adalah qunutnya panjang iaitu qiam dan sujud yang lama) dengan menghadap kiblat dan (iv) memakan makanan yang halal. Amalan batiniah seseorang Islam ialah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t. (sifat orang Muhajir dan hijrah yang paling afdhal).
Manakala jihad yang paling afdhal ialah kudanya terbunuh dan dia sendiri syahid dijalan Allah s.w.t.
Tanda-tanda kiamat ialah orang berkaki ayam, tidak cukup pakaian, miskin dan pengembala kambing membina bangunan tinggi serta berlumba untuk mengatasi satu sama lain.


*Mohammad Khairul Azmi Kamil telah menulis sebuah mukhtasar, ringkasan atau kesimpulan Kitab Iman daripada Kitab Midraj Ul Fawatih Fi Syarh Misykat Masobih karangan Maulana Hasnul Hizam.