Maksud ayat: Surah an Nur
ayat 35 – 38.
“Allah (memberi) cahaya
(kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang
tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca
itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak
dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di
sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya
sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya
(berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki,
dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu. Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah
diperintahka untuk dimulakan dan disebut namanya di dalamnya, pada waktu pagi
dan pada waktu petang, lelaki yang tida dilalaikan oleh perniagaan dan tidak
pula oleh jual beli dari mengingati Allah dan dari mendirikan solat dan dari
membayar zakat. Mereka takut pada suatu hari (yang dihari itu) Hati dan
penglihatan menjadi goncang. Mereka yang mengerjaka demikian itu supaya Allah
memberikan balsan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang
mereka kerjakan, dan supaya Allah menambahkan kurnianya kepada mereka. Dan Allah
memberi rezeki pada siapa yang dikehendakinya.” (An-Nur: 35-38)
1.1. Hakikat Cahaya
Kejelasan, penafsiran dan
pengertian ayat misykat memberi bantuan yang amat besar dalam memahami
persoalan hati dan perjalanan suluk.
Pada ayat pertama, komposisi
atau komponen manusia diumpamakan dengan lubang yang tidak tembus dengan pelita
dan kaca. Misykat adalah suatu lubang di dinding yang tidak tembus ke
sebelahnya. Pelita sama dengan lampu, dan kaca adalah dinding yang menghimpun
dan melingkupi pelita yang menerangi.
Perumpamaan ketiga-tiga
komponen ini adalah perumpamaan dari manusia yang beriman yang padanya ada
jasadnya, hatinya dan cahaya yang ada di dalam hati. Jasad diumpamakan dengan
misykat, hati diumpamakan dengan kaca dan cahaya diumpamakan dengan pelita yang
ada dalam kaca.
“Allah cahaya langit dan bumi”
Bermaksud; Dia adalah pemberi
petunjuk (cahaya) kepada langit dan bumi; di mana tiada petunjuk di langit dan
di bumi tanpa cahaya-Nya. Selanjutnya Allah mengumpamakan petunjuk-Nya
sebahagian petunjuk bagi orang mukmin. Hidayah ditamsilkan dengan
perumpamaan-perumpamaan, kebesaran dan kemuliaan hidayah-Nya menjadi jelas.
Jadi, misykat adalah jasad
orang mukmin yang melingkupi hatinya, kaca ialah hati orang mukmin yang
melingkupi cahaya hati yang merupakan petunjuk dari penunjuk bagi orang mukmin
itu sendiri, sehingga dia mampu melihat hakikat segala sesuatu yang berjalan di
atas hidayah dari Tuhannya dengan cahaya tersebut. Ini adalah Tahap Pertama
dalam perumpamaan.
Tahap perumpamaan kedua ialah
kaca yang melingkupi pelita atau hati yang melingkupi cahaya dan kebenderangan
cahaya yang sangat cemerlang diumpamakan dengan bintang yang menerangi, di mana
bintang itu diserupakan dengan mutiara kerana sangat cemerlangnya cahaya
bintang tersebut.
Kita perhatikan di sini,
perbincangan tentang kaca dan semua pelitanya atau tentang hati dan cahayanya,
seluruhnya diumpamakan dengan bintang yang mutiara (al-Kaukub ad-Durriy)
sehingga pelita itu mampu bersinar. Demikian pula kacanya, ia bersinar kerana
cemerlang dan putih bersih.
Perumpamaan Tahap Ketiga ialah
pelita ada dalam kaca, dari mana dan dengan apa kaca itu dinyalakan? Dari mana
cahaya itu didapati? Bagaimana kecahayaan (nuraniyah) mampu berlangsung? Dengan
ungkapan lain, cahaya itu ada di dalam hati, dari mana hati itu memperoleh
nuraniah? Bentuk pertolongan bagaimana yang yang diberikan kepada hati atau
yang diperolehinya hingga ia bernuraniah? Apa yang menimbulkan cahaya rohani
tersebut?
Allah SWT berfirman yang
dinyalakan, maksudnya yang dinyalakan adalah pelita yang ada dalam kaca atau
cahaya yang ada dalam hati orang mukmin dinyalakan, “dengan minyak yang dari
pohon yang banyak berkatnya atau yang banyak manfaatnya. Iaitu pohon zaitun
yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya”. Sedangkan
Zaitun ialah syariat Allah.
Menurut Ibnu Kasir,
kejernihan, sinar atau nuraniah yang ada dalam diri seorang mukmin diumpamakan
seperti dinding kaca yang jernih lagi murni seperti permata, sedangkan al-Qurán
dan syariát diumpamakan seperti minyak jernih, baik, bercahaya dan seimbang
tanpa ada sedikit pun keruh.
Perumpamaan terhadap keempat
pohon yang penuh berkah merupakan sumber dari cahaya hati, adalah syariat Allah
yang penuh manfaat, yang merupakan sumbe dari cahaya kalbu. Dari situlah kalbu
mengambil cahaya. Berapa kadar besar minyaknya? Allah befirman:
“Yang minyaknya sahaja
hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api”
Minyak itu dinyatakan jernih
dan bercahaya, kata an-Nasafi kerana kilaunya hampir-hampir bersinar tanpa ada
api atau tanpa dinyalakan api. Kadar besar nuraniah syariat yang memberi cahaya
pada hati? Dan betapa besar cahaya hati yang diperoleh dari sinaran cahaya
syariat?
Demikianlah adanya, dan kerana
itulah Allah berfirman:
“Cahaya di atas cahaya”
Ini adalah perumpamaan tahap
kelima. Cahaya yang diumpamakan kebenaran itu, kata an-Nasafi, seperti yang
bersatu yang berlapis-lapis yang mana di dalamnya terjadi interaksi antara
(cahaya) misykat, pelita dan minyak. Sehingga tidak ada satupun yang tinggal
untuk memperkuat benderangnya cahaya, kerana pelita yang ada di dalam tempat
yang sempit menyerupai lubang yang tidak tembus, di mana ia mampu menghimpun
dan memadukan seluruh cahaya. Hal ini berbeza seandainya di tempat yang luas,
maka sinar cahayanya akan tersebar dan berserakan. Sedangkan (dinding) kaca
merupakan suatu yang paling banyak menambah penerangan, demikian juga dengan
minyak dan kebenderangannya.
Menurut Ibnu Kasir’As-Saddi
yang pernah berkata tentang firman Allah tersebut, cahaya di atas cahaya adalah
cahaya api dan cahaya minyak bila bersatu akan memancarkan sinar, dan yang satu
tidak akan memancarkan cahaya yang lain. Demikian pula cahaya al-Qurán dan
cahaya iman bersatu padu.
Dengan demikian, perumpamaan
yang Allah buat untuk menerangkan kebebasan hidayahNya telah sempurna, dan dari
penjelasan tentang perumpamaan tersebut, kita tahu bahawa penunaian syariat
Allah lah yang mampu memberikan cahaya iman yang abadi.
Selain itu, berdasarkan
pendapat Ibnu kasir’As-Saddi juga, cahaya api dan cahaya minyak bila bersatu padu
memancarkan sinar, dan tidak akan bersinar satu di antaranya tanpa yang lain.
Demikian juga cahaya al-Qurán dan cahaya iman ketika bersatu padu, dan satu di
antaranya tidak akan memancarkan cahaya tanpa yang lain.
Di sini, kita sudah mulai
memahami bahawa kewujudan kandungan al-Qurán merupakan makanan yang kekal bagi
kalbu, sebab dengan al-Qurán pelita hati akan tetap menyala terang dan akan
tetap memperolehi petunjuk. Bertambahnya perpaduan cahaya hati dan pancarannya
bergantung kepada kadar penunaian seseoang terhadap kandungan al-Qurán dan
misykat atau jasad akan memantulkan cahaya ini sehingga jalan baginya menjadi
terang dan juga bagi yang lain.
“Allah membimbing kepada
cahaya-Nya kepada siapa yang dia kehendaki dan Allah membuat
perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala
sesuatu.”
Maksudnya Allah membimbing
kepada cahaya syariat-Nya atau Allah memberi hidayah kepada siapa yang Dia
kehendaki dari ahli Iman sehingga mereka memperolehinya dan mengikuti petunjuk
yang diberikan kepada mereka.
Ayat berikutnya menjelaskan
tentang tempat mereka yang hatinya dipenuhi cahaya dan hidayah:
“Di masjid-masjid yang telah
diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya.”
Ketika menerangkan ayat
misykat (lubang yang tidak tembus) yang terdapat di sebahagian rumah Allah,
iaitu masjid, an-Nasafi mengulas bahawa Misykat adalah jasad orang mukmin yang
hatinya adalah mencintai masjid. Dapat disimpulkan bahawa titik tolak kepada
pendidikan keimanan yang tinggi adalah masjid dengan cara menyucikan diri di
dalam masjid pada waktu pagi dan pada waktu petang dengan melaksanakan solat di
dalamnya. Ini adalah kerana mereka adalah lelaki yang tidak dilalaikan oleh
perniagaan dan tidak pula dari jual beli dari mengingat Allah, dari mendirikan
solat, dan dari membayar zakat. Mereka takut pada satu hari (yang di hari itu)
hati penglihatan menjadi goncang.
Pada pendapat saya yang lemah ini, kita hendaklah mencari guru yang mempunyai sanad ilmu agama sampai kepada Rasulullah s.a.w. Maksud saya ialah walaupun guru tersebut pakar dalam bidang fiqh atau rohani, guru tersebut juga mesti mempunyai sanad ilmu sampai kepada Rasulullah s.a.w. Perkara ini penting untuk mendapatkan kefahaman yang sama sejak Rasulullah s.a.w. menyampaikan hadith, para sahabat r.a. menerima hadisth kemudian disampaikan kepada yang lain. Kefahaman yang sama amat penting supaya tiada berlaku berbeza pandangan atau pendapat nanti.
Saya dulu pernah menghadiri satu kursus dimana saya telah bermain satu permainan. Permainan tersebut dimainkan oleh beberapa orang pemain dan kedudukan pemain berada dalam satu barisan panjang. Semua kedudukan badan kami menghadap ke kiri. Jadi pemain cuma melihat belakang badan pemain saja. Satu arahan telah dikeluarkan oleh jurulatih dengan bunyi berbisik kepada pemain pertama supaya pemain yang kedua tidak mendengarnya. Selepas itu, pemain pertama akan berbisik dengan pemain kedua tentang arahan tersebut dan tidak didengari oleh pemain ketiga. Selepas itu, pemain kedua berbisik dengan pemain ketiga tentang arahan tersebut dan seterusnya permainan tersebut berlansung. Akhirnya sampai pemain terakhir arahan tersebut itu disampaikan. Pemain terakhir akan memberitahu kepada semua pemain tentang arahan tersebut.
Berdasarkan pengamatan saya, ada satu barisan yang berjaya menyampaikan maklumat secara tepat. Manakala ada satu barisan yang menyampaikan ilmu tidak tepat.
Jadi, pada pendapat saya yang lemah ialah mencari seorang guru yang mempunyai sejarah atau latarbelakang yang mempunyai kefahaman agama yang sangat tinggi dan mempunyai sanad ilmu sampai kepada Rasulullah s.a.w. Jangan mencari seorang guru yang mempunyai sejarah yang didakwa banyak menipu, pembohong, akhlak buruk, kuat fitnah dan lemah pemahaman tentang agama.
Berdasarkan kajian saya, 10 tokoh yang paling berpengaruh di Malaysia kerana sumbangan mereka yang meliputi pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan budaya. Kesan sumbangan mereka telah membolehkan kita menikmati kehidupan di Malaysia penuh aman dan harmoni. Tokoh yang saya maksudkan adalah:-
(1) Tun Bendahara Perak
Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang (mati 1498) ialah Bendahara Melaka
yang ke-5 adalah Bendahara yang termasyhur antara semua bendahara
Melaka. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja" dalam Kesultanan Melayu Melaka adalah setanding dengan Perdana Menteri moden. Tun Perak, bersama-sama dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit, dan Raja Kenayan dari Pasai, telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang teragung di alam Melayu pada abad ke-15.
Tun Perak ialah anak Bendahara Seri Wak Raja dan beliau telah menjadi
Penghulu Kelang dari tahun 1445 ketika berlangsungnya permusuhan antara
kerajaan Siam dan Melaka. Maka, Tun Perak diperintahkan untuk datang ke
Melaka bersama-sama orang Kelang yang lain, lelaki mahupun perempuan.
Tindakan Tun Perak membawa sekali golongan perempuan menimbulkan
persoalan pada Sultan Muzaffar Syah kerana mereka dikehendaki berperang.
Tun Perak memberi alasan bahawa kedatangan perempuan adalah supaya
lelaki akan berperang lebih bersungguh-sungguh untuk melindungi anak dan
isteri mereka.
Setelah menewaskan percubaan Siam untuk menakluk Melaka pada tahun 1446, beliau dilantik oleh baginda Sultan Muzaffar Syah sebagai Bentara.
Setelah Tun Perak menjadi Bentara, beliau tidak digemari oleh Tun Ali,
iaitu Bendahara ketika itu. Tun Ali yang berketurunan Tamil ketika itu
sudahpun lanjut usianya. Perkara tersebut mengkhuatirkan sultan yang
hendak melantik Tun Perak sebagai pengganti Tun Ali. Disebabkan risau
dengan perbalahan antara pembesar yang memungkinkan kejatuhan
pentadbiran negara, baginda mengahwinkan Tun Ali dengan Tun Kudu Tun
Perpatih Sedang, iaitu kakak kepada Tun Perak dan isteri baginda
sendiri. Baginda yang sanggup menceraikan Tun Kudu menerima keputusan
yang dijangkakan bahawa Tun Ali sudahpun berbaik dengan Tun Perak.
Kemudian, baginda melantik Tun Perak sebagai Bendahara yang bergelar Paduka Raja pada tahun 1456 sementara Tun Ali, Bendahara keempat, diantik sebagai Penghulu Bendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja.
Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri di pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau Sumatera serta Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak yang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakala Kedah
pula menjadi negeri naungan Melaka. Dengan ini, Melaka telah menjadi
sebuah empayar yang besar. Tidak kurang juga bagi aspek lain apabila
Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segi politik, sosial, dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dari China, India, Timur Tengah, serta negara-negara jiran yang lain.
Sebagai Bendahara Melaka yang berpengaruh, Tun Perak mempunyai kuasa
untuk melantik raja Melaka. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang
mempunyai perkaitan persaudaraan dengannya. Sebagai contoh, Sultan Alauddin Riayat Syah yang dilantik beliau merupakan anak saudara beliau.
Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan
Perak menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Raja Melaka. Keputusan
itu dibuat berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak
Tun Perak dalam satu permainan sepak raga.
Sultan Alaudin Riayat Syah pula mangkat pada 1488
dan lazimnya, putera sulung baginda, Raja Menawar akan dilantik sebagai
raja tetapi baginda hanya dilantik sebagai Raja Kampar manakala putera
Sultan Alaudin yang lebih muda yang juga merupakan cucu Tun Perak iaitu
Raja Mahmud, telah dilantik sebagai Sultan Mahmud.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1498 ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah setelah bernaung di bawah empat pemerintahan sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah. Setelah kematian beliau, baginda sultan melantik Tun Perpatih Putih, adik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6.
(2) Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 10 Julai 1925[1]). Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).[2]. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003,
beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan
yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat
Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju
di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'[3].
Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil[4]
dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri.
Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut
berakhir[5] dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak[6].
Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung
isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau
menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal[7] sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire)[8].
Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya[9]) terutama berhubunng Akta Keselamatan Dalam Negeri
yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil
atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca
dengan pelbagai hujah)[10]. Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.
Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun.
Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai
pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia
Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.
(3) Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963
merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya
dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa
Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
(4) Tun Abdul Razak Hussein
Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".
(5) Tun Daim Zainuddin
Tun Daim Zainuddin (lahir 11 November 1938) merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia, dan usahawan yang terkenal.
Sepanjang beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beberapa projek penswastaan telah dijalankan dan akhirnya berkesan.
Polisi beliau yang terkenal ialah, pinjam daripada dalam negeri dan biarkan wang itu berkitar semula untuk dalam negeri.
Malaysian Airline System Bhd., (MAS) Tenaga Nasional Bhd., (TNB),
Airod, Projek Lebuhraya Utara Selatan dan sebagainya adalah contoh
kejayaan dasar penswastaan. Bukan itu sahaja, Daim telah berjaya
menghasilkan ramai usahawan Melayu, korporat-korporat Melayu menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB).
(6) Dato Onn Jaafar
Dato' Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962) merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.
(7) Tun Dato Sri Sir Cheng Lock Tan
Tun Dato Sri Tan Cheng Lock (Cina Ringkas: 陈祯禄; Cina Tradisional: 陳禎祿; pinyin: Chén Zhēnlù, 5 April 1883-13 Disember 1960) ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949.
Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan ekonomi. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang peranakan yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat British, ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.
(8) John A. Thivy
John A. Thivy merupakan Presiden MIC ("Kongres India Se-Malaysia") yang pertama (1946-1947). Beliau memimpin Kongres India Se-Malaysia
semenjak Kongres India Se-Malaysia ditubuhkan pada Ogos 1946 bertujuan
menamatkan pemerintahan Koloni British, dan juga bagi mewakili keperluan
masyarakat India semasa selepas Perang Dunia II.
(9) Parameswara
Parameswara (1344-1414[1] ) merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Melaka pada 1402.
Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mendirikan penempatan baru. Di Muar, Parameswara dikatakan berhasrat mendirikan negeri barunya samada di Biawak Busuk atau Kota Buruk.
Bagaimanapun, setelah mendapati Muar tidak sesuai baginda membatalkan
hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Di tengah perjalanannya,
baginda dikatakan singgah di Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong) sebelum sampai ke sebuah kampung nelayan di muara Sungai Bertam (nama lama Sungai Melaka). Di sinilah baginda mendirikan ibu kota baru untuk negerinya dan menamakannya Melaka. Menurut catatan Sejarah Melayu,
di sinilah baginda melihat seekor kancil menendang seekor anjing ketika
baginda berehat di bawah pohon Melaka. Menganggapnya sebagai tanda
"tuah", baginda menamakan negeri itu Melaka.
Negeri Melaka kemudiannya meneruskan warisan Srivijaya sebagai sebuah entiti politik Melayu di kepulauan Melayu.[6][7]
Parameswara yang menjadi raja Melaka ketika itu dikatakan menyedari
bahawa usaha untuk memajukan Melaka adalah dengan memperkembangkan Islam
kerana pedagang dari Gujerat , India dan pedagang Arab dari Timur Tengah ramai berdagang di Nusantara. Oleh itu, menurut cerita itu, Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam pada 1414. Baginda Parameswara kemudian memakai gelaran Raja Iskandar Shah.
Tanggapan yang umum itu berasal daripada tanggapan bahawa Parameswara dan Sultan Megat Iskandar Shah adalah tokoh yang sama. Kajian telah menunjukkan [nyatakan menurut siapa?]
bahawa kedua-dua nama itu adalah dua tokoh yang berasingan (Wang
Gungwu, 1968). Sebenarnya, Parameswara telah mangkat pada tahun 1414.
Menurut laporan Ma Huan, Megat Iskandar Shah memeluk Islam ketika
berumur 72 tahun kerana mengahwini puteri Raja Pasai dari Sumatera. [1]
Melaka kemudiannya telah menjadi satu pelabuhan perniagaan yang terpenting di Asia Tenggara di mana kapal-kapal perniagaan dari pelbagai bangsa berhimpun.
Pengiktirafan armada Laksamana Cheng Ho terhadap Melaka semakin menguntungkan Melaka. Cheng Ho atau Zheng He seorang yang beragama Islam. Nama asal Cheng Ho ialah Ma He. Ma bermaksud Mahmud. Ketika itu China ditadbir oleh Maharaja Yung Lo.
Kekuatan Kerajaan Melayu Melaka semakin terserlah di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah ( 1446- 1459 M) .Tenteranya berjaya menyekat serangan-serangan tentera Siam. Keadaan negara negara menjadi tenang dan kedudukan politiknya pula stabil.
(10) Tan Sri P. Ramlee
P. Ramlee (dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh; 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia.
Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang
amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara.
Beliau pernah mendapat pengiktirafan yang meluas dari dalam dan luar
negara di sepanjang hidupnya hinggalah selepas kematiannya.
Beliau mula bermain peralatan muzik yang bernama ukulele
dan akhirnya beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik
Kamaruddin yang merupakan seorang pemimpin brass band di Penang Free
School. Beliau juga pernah menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore.
Beliau pernah menjadi juara bagi pertandingan nyanyian anjuran Radio
Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama
Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi
Puteh) di awal namanya dan nama "P. Ramlee" itu kekal hingga ke akhir
hayatnya.
Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta,
sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau memegang peranan
sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan
telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948
hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru beliau dalam dunia
perfileman Melayu ialah Tan Sri L. Krishnan
yang merupakan pengarah bagi filem Melayu sekitar tahun 1950-an hingga
1960-an. Gaya lakonan beliau yang amat berjaya itu adalah hasil
inspirasi daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah Laxmana Do Re Mi pada tahun 1972 manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah Air Mata di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.