Tuesday, 27 October 2015

Kehidupan di alam fana umpama kita belajar di sekolah

Saya akan membuat tamsilan atau perumpamaan tentang kehidupan yang kita lalui kini seperti kita sedang belajar di sekolah.

Pihak Kementerian Pendidikan telah meletakkan garis panduan kepada setiap pelajar disekolah tentang kaedah untuk layak memasuki univerisiti, imbuhan sekiranya berjaya dalam peperiksaan, denda sekiranya melanggar tatatertib di sekolah dan sebagainya. Demikian juga kehidupan kita masa kini, Allah s.w.t. telah meletakkan garis panduan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya kita ikuti kedua-dua perkara tersebut maka kita akan berjaya di dunia dan di akhirat, kita di beri ganjaran pahala kerana beramal soleh dan ganjaran dosa kerana melakukan maksiat.

Sekolah adalah satu tempat untuk belajar, Sekolah adalah tempat sementara bagi pelajar. Setelah tamat pengajian di sekolah, sekiranya mereka berjaya dalam peperiksaan maka mereka layak melanjutkan pelajaran ke universiti. Sekiranya mereka gagal dalam peperiksaan maka mereka tak layak melanjutkan pelajaran ke univeriti. Demikian juga kehidupan kita masa kini, dunia adalah tempat kita beramal. Dunia adalah sementara bagi kehidupan setiap manusia. Setelah meninggal dunia, sekiranya mereka rajin beramal soleh maka syurga adalah destinasi mereka seterusnya. Sekiranya mereka banyak melakukan dosa maka neraka adalah destinasi mereka seterusnya. 

Guru adalah seseorang yang mengajar kita tentang pelajaran yang perlu kita belajar sepanjang dalam sesi persekolahan. Sekiranya kita sentiasa menumpu perhatian dalam kelas maka kita akan dapat menjawap ujian dengan mudah. Sekiranya kita senitasa bermain dan leka dalam kelas maka kita susah untuk menjawap ujian nanti. Demikian juga dengan kehidupan kita masa kini, Rasulullah s.a.w. adalah nabi kita yang telah banyak memberi nasihat dan peringatan kepada kita melalui perantaraan al-Quran, as-Sunnah, alim ulama dan orang soleh. Sekiranya kita sentiasa taat mematuhi segala nasihat dan peringatan daripada Rasulullah s.a.w maka kita akan dapat menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat dengan mudah sekali. Sekiranya kita sentiasa leka dan enggan mematuhi nasihat dan peringatan daripada Rasulullah s.a.w maka kita akan mendapati kehidupan di dunia kita sentiasa menemui kegagalan bahkan mendapat seksaan yang dahsyat di akhirat nanti.

Pelajar adalah seseorang yang sedang menuntut ilmu di sekolah. Demikian juga kehidupan kita masa kini, kita adalah seseorang yang sedang beramal samada dengan amalan baik mahupun buruk.

Ujian adalah satu cara untuk menilai tahap kemampuan intelektual pelajar dalam menjawap soalan-soalan dalam peperiksaan. Pihak kementerian telah menetapkan soalan-soalan yang perlu dijawap oleh setiap pelajar. Sekiranya pelajar tersebut dapat menjawap soalan dengan jawapan yang betul semuanya maka pelajar tersebut layak melanjutkan pengajian ke univertisi. Sekiranya pelajar tersebut gagal menjawap soalan-soalan dalam peperiksaan maka pelajar tersebut gagal ke univerisiti. Demikian juga dengan kehidupan di dunia masa kini, asbab di dunia adalah ujian bagi orang yang beriman. Dunia bukannya darul asbab sebaliknya darul ujian. Allah s.w.t. meletakkan asbab dunia untuk menguji kita samada kita segera mendapatkan pertolongan dari Allah s.w.t apabila ditimpa masalah atau kita bersegera mendapatkan pertolongan dari asbab dunia. Jika kita meletakkan Allah s.w.t. sebagai penyelesai masalah kita maka kita berjaya di dunia dan akhirat. Jika kita meletakkan asbab dunia sebagai penyelesai masalah kita maka kita gagal di dunia dan akhirat.

Buku teks sekolah adalah sebuah bahan yang penuh dengan ilmu. Sekiranya pelajar berjaya menguasai buku teks sekolah maka dia amat mudah untuk menjawap ujian peperiksaan. Sekiranya pelajar malas mengulangkaji buku teks sekolah maka dia amat susah untuk menjawap ujian peperiksaan. Demikian juga kehidupan kita di dunia masa kini, kitab al-Quran dan hadisth adalah bahan yang penuh dengan ilmu. Sekiranya kita berjaya mengkhatam, memahami dan mengamalkan al-Quran maka kita akan menjalani kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Sekiranya kita malas membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran maka kita akan menjalani kehidupan dengan penuh duka cita di dunia dan akhirat.

Jadi, kita sebagai pelajar hendaklah bersungguh-sungguh, bermujahadah, berkorban dan berdisplin untuk mengamalkan agama keseluruhan dalam kehidupan kita smapai akhir hayat kita. Insya Allah, sekiranya kita meninggal dunia dalam keadaan fokus mencari redha Allah maka kita akan diberi ganjaran pahala yang banyak, mudah melalui alam kubur, mudah di hisab, senang lalui titan sirat dan destinasi terakhir kita adalah syurga dan bertemu dengan Allah s.w.t.

1 comment:

  1. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete