Monday, 13 August 2012

Nasihat Hadzrat Maulana Khairul Gangohi ......

(1) "Ya Allah, semua manusia seluruh alam tidak dijadikan Allah sebagai maksud, didunia mereka rugi dan  akhirat pun mereka rugi. Semua orang Islam dapat buat usaha cara Nabi s.a.w." Jika kita buat cara ini usaha tau kerja akan meningkat dan meningkat dan Allah akan tinggikan darjat kita.

(2) "Dalam dunia ini ada 7 bilion manusia dan 2 bilion Islam, jika kita buat usaha atas mereka, kita akan dapat banyak pahala sampai kiamat manusia akan datang pada usaha ini. Jika kita niat mereka jadi orang beriman dan tunaikan perintah Allah dengan cara Nabi s.a.w. Bila kita fikir dan istiqfar pagi sampai petang beritahu orang 'yaaiyuhannas kulu laillahaillallah tuflihun', wahai manusia ucaplah Laa ilaha ilallah kamu akan berjaya. Dari pagi sampai petang kita kena cakap perkara ini, sediakan orang untuk cakap perkara ini 'untuk mendapatkan kejayaan adalah dengan menunaikan perintah Allah, ikut cara Nabi'. Disamping usaha ini kita kena zikir dan tilawah al-Quran dengan penuh tumpuan, kita sembahyang dan doa,"ya Allah, semua manusia diseluruh alam bawa mereka kepada yakin yang betul bahawa selain daripada Kamu tidak boleh buat apa-apa, Kamu yang buat segala-galanya, hanya dengan cara Nabi dapat kejayaan." Bila kita buat cara ini seluruh alam akan berubah. Bila kita jadikan Allah sebagai maksud kita akan rasa kelazatan dalam menunaikan perintah Allah. Dengan itu kita akan lebih hampir dengan Allah. Bila kita tertumpu pada Allah dan hampir dengan Allah, semua zarah-zarah dalam dunia akan digunakan mengikut kehendak kita."

(3) "Sahabat r.a. bertanya apakah keikhlasan kalimah ( Laa ilaha ilallah)? Nabi s.a.w. menjawab keikhlasan kalimah ialah mencegah diri melakukan perkara yang haram."

(4) "Sabda Nabi s.a.w. mafhumnya,"Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang."

(5) "Ilmu ialah untuk mengetahui apa yang Allah hendak dari saya.  Tanpa ilmu masail amalan kita tidak sempurna dan tidak diterima oleh Allah s.w.t., tanpa ilmu fadhail kita tidak ada keinginan untuk beramal dan tidak dapat ganjaran atas amal yang kita lakukan kerana ganjaran diterima jika kita ada iktisab. Setiap amalan kita buat mesti mengikut ilmu masail."

(6) "Siapa yang memperbaiki hubungan dengan Allah maka ia perlu memperbaiki hubungannya dengan makhluk Allah."

(7) "Sebaik-baiknya kita keluar jalan kaki, jemaah jalan kaki adalah yang paling kuat untuk menyejukkan kemarahan Allah s.w.t. Seorang yang keluar dengan jalan kaki dengan seorang yang memakmurkan masjid, kedua-duanya Allah angkat azab. Debu-debu yang melekat pada tubuh atau pakaian orang yang keluar jalan kaki akan dikumpulkan menjadi bedak pada wajah-wajah bidadari dan untuk mencantikkan wajah-wajah ahli syurga."

(8) "Seorang yang keluar dengan jalan kaki debu-debu yang melekat pada badannya tidak disambar asap api neraka."

(9) "Empat amalan iaitu dakwah, ilmu, zikir dan sembahyang perlu ada dalam rumah dan masjid."

(10) "Ya Allah, apa maksud Nabi s.a.w. dihantar jadikannya sebagai maksud kami dan jadikan semua orang yang membuat usaha ini."

(11) "Ya Allah, kami belum lagi menjadikan kerja Nabi sebagai kerja kami, maafkanlah kami, dimasa depan kami akan jadikan kerja nabi sebagai kerja kami."

(12) "Ya Allah, saya diberi tanggungjawab seluruh alam, masukkan dalam hati manusia bahawa Kamu lah membuat segala-galanya. Kamu telah beri saya kerja tetapi saya tidak jadikan kerja itu kerja saya maafkanlah saya."

(13) "Ya Allah, sepertimana Nabi telah buat jadikanlah kami buat usaha sepertimana Nabi buat usaha, jadikanlah kami orang yang sentiasa sibuk dengan usaha Nabi s.a.w."

Thursday, 9 August 2012

Pesan Hadzrat Maulana Khairul Gangohi kepada para pembaca blog

(1) "Ya Allah maafkan kami, kerja yang Engkau beri kepada kami, kami tidak buat, maafkanlah kami. Ya Allah, maafkanlah kami kerana tidak buat kerja ini, di masa depan kami akan jadikan kerja ini kerja kami." Siapa yang jadikan kerja Nabi sebagai kerja mereka,, doa orang itu pun diterima oleh Allah sepertimana doa Nabi diterima. Bila Allah terima doa kita semua urusan Allah akan bereskan."

(2) "Semua kita yang ada disini, wanita-wanita yang berada di rumah fikir dan risau bagaimana semua orang Islam di seluruh dunia jadi seperti sahabat, jadikan kerja Nabi kerja mereka dan mereka bergerak dengan kalimah Laa ilaha ilallah, bagitahu setiap orang, ikrar dengan hati bahawa selain dari Allah tidak boleh buat apa-apa, Allah yang buat segala-galanya, Allah beri kejayaan dengan ikut cara Nabi. Apabila perkara ini masuk dalam hati, Allah akan bersamanya dan bantu dia. Doa-doa mereka akan diterima oleh Allah seperti doa nabi-nabi dan doa Rasulullah s.a.w. Wanita-wanita dan anak-anak dirumah bila ada niat untuk melaksanakan kerja Nabi, doa-doa mereka juga Allah terima."

(3) "Ya Allah mulai hari ini saya dan keluarga saya akan jadikan kerja Nabi sebagai kerja saya dan berusaha mengajak orang lain membuat kerja ini." Kita hendaklah selalu mewiridkan Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntum minaazzolimi, 300 kali setiap hari, Allah s.w.t. pasti makbulkan doa kita, Allah akan bantu kita dan pasti buka jalan bagaimana semua manusia seluruh alam mengucap kalimah. Kita kena yakin. Sehingga hari ini kita belum lagi menjadikan kerja Nabi sebagai kerja kita sebenarnya, maka kita kena minta ampun dari Allah. Ya Allah mulai hari ini jadikan kerja Nabi sebagai kerja kami. Allah akan terima doa kita dan Allah akan buka jalan macamana semua manusia datang kepada kalimah ini dan semua orang Islam datang kepada kerja Nabi. Bila semua orang Islam seluruh dunia jadikan kerja ini sebagai kerja mereka, kita tidak mahu pemerintahan, kita tiidak mahu harta, pangkat dan sebagainya, kita hanya mahu Allah s.w.t. apa yang Allah beritahu kita, kita akan tunaikan ikut cara Nabi. Semua benda-benda dalam dunia dibandingkan dalam khazanah Allah tidak terhingga banyaknya."

(4) "Sembahyang Subuh Allah akan bereskan urusan kita sepanjang hari. Bila kita sembahyang 5 fardhu 5 kali berjemaah, kita menjadi tetamu Allah 5 kali. Bila kita baca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an- Nas 3 kali pada waktu pagi dan petang, Allah akan bereskan semua kerjanya pada hari itu."

Wednesday, 8 August 2012

Nasihat Hadzrat Maulana Khairul Gangohi kepada para pembaca blog ini

(1) "Wahai manusia, jika kamu mahu kejayaan, mahu jalan yang benar, kalau kamu mahu hidayat, tahu membezakan baik dan buruk, apa kebaikan jika kamu amanah, apa rugi jika kamu khianat, apa manfaat jika kamu tunaikan hak. Kalau kamu ikut jalan ini (usaha atas iman) kamu akan berjaya."

(2) "Wahai manusia, takutlah kepada Robb kamu kerana hari kiamat itu hari yang sangat dahsyat. Semua ciptaan Allah akan hancur, hanya zat Allah sahaja yang kekal."

(3) "Wahai Allah, ampunkanlah saya. Kami hanya bergantung cucuran rahmat dariMu."

(4) "Nabi s.a.w. tinggalkan kita dengan dua perkara yang mana jika kita mengamalkannya maka kita tidak akan sesat jalan iaitu al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w."

(5) "Apabila kita tunaikan perintah Allah s.w.t. dengan ikut cara Nabi s.a.w., insyallah kita akan diberi ganjaran melalui Rasulullah s.a.w. iaitu membuat kerja nabi. Allah s.w.t. bantu nabi-nabi kerana kerja mereka, Allah s.w.t. bantu sahabat r.a. kerana mereka membuat kerja Nabi s.a.w. Tuan-tuan kena faham dengan kerja inilah Allah akan bantu kita. Oleh itu kita kena buat kerja Nabi s.a.w. barulah kita mendapat bantuan dari Allah s.w.t."

(6) "Nabi s.a.w. pernah bersabda bahawa kalaulah dunia ini berharga disisi Allah s.w.t. walau sebesar sayap nyamuk nescaya Allah tidak berikan orang kafir walaupun seteguk air."

(7) "Tuan, kehidupan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, kehidupan di dunia ini adalah untuk persiapan kehidupan akhirat. Inilah dakwah yang perlu kita berikan pada manusia. Berimanlah pada kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t. Begitu juga dakwah Nabi s.a.w. pada manusia: "Wahai manusia, jangan kamu tertipu dengan dunia ini, dunia adalah benda yang menipukan, dunia ini menipu kamu, janganlah kamu tanam dalam hati kamu cinta terhadap dunia. Kehidupan sebenarnya adalah kehidupan akhirat."

(8) "Wahai Allah, engkau hantar kami ke muka bumi ini untuk melakukan kerja (usaha atas iman) yang telah Engkau beri tetapi kami tidak melakukannya, ampunkanlah dosa kami kerana telah meninggalkan usaha atas iman ini dan ampunkanlah kami kerana telah menjadikan dunia sebagai tujuan hidup kami, kami telah hancurkan hidup kami, maka ambillah kami ya Allah untuk buat usaha atas iman ini."
(9) "Nabi s.a.w. mengajar sahabat-sahabat bersandarkan dengan peristiwa yang berlaku di alam ini dengan Allah s.w.t. Suatu hari, hujan telah turun, Nabi s.a.w. berkata kepada sahabat dengan kira-kira bermaksud: "Siapa yang kata hujan turun pagi ini disebabkan kedudukan bintang-bintang ditempat-tempat sekian, dia telah kufur dengan kehendak Allah s.w.t. dan siapa yang kata hujan yang turun semata-mata dengan kehendak Allah s.w.t. maka orang itu beriman kepada Allah s.w.t." Setiap peristiwa yang berlaku, setiap kejadian yang berlaku ada dengan kehendak Allah s.w.t. Hari ini dari pagi hingga ke petang kita bercakap tentang dunia, jadi bagaimana ibadat kita, sembahyang kita, zikir kita, tilawah kita hendak tawajuh kepada Allah s.w.t. Kita kena buat keputusan bahwa hari ini kita kan duduk dalam majlis iman dan mengajak antara satu sama lain bercakap tentang iman. Kita kena fikir apakah asbab-asbab yang akan menguatkan iman kita."

(10) "Tiada satu amal yang boleh mendekatkan seseorang itu pada Allah s.w.t. dengan cepat melainkan dengan mengajak manusia kepada Allah s.w.t."

(11) "Sesungguhnya kesyirikan itu adalah satu kezaliman yang besar."

(12) "Apabila kita menafikan segala-galanya dan yakin pada Allah s.w.t. maka kudrat Allah s.w.t. bersama dengan kita."

(13) "Ya Allah, selamatkan umat seluruh alam dari kemurkaanMu dan datang kepada keredhaanMu."

(14) "Allah s.w.t. perintahkan Nabi Musa a.s. pergi kepada Firaun dan dakwah Firaun, Allah s.w.t. kata: "Aku bersama kamu." Nabi Musa a.s. berdoa;"Ya Allah, bagilah Harun melaksanakan perintah ini." Allah berkata;"Aku bersama kamu berdua, Aku mendengar dan Aku melihat."

(15) "Sesiapa yang jadikan kerja Nabi s.a.w. sebagai kerja mereka sambil jumpa setiap orang dakwahkan kalimah Laa ilaha ilallah maka Allah bersama mereka dan Allah akan bantu mereka."

Insyallah, bersambung......

Renung Jap: Fikir Akhirat!

Pada hari akhirat, kita akan ditentukan samada masuk dalam syurga atau neraka.
Cuba bayangkan...bagaimana keadaan kita pada masa itu. Kita pada masa itu sedang risau dengan keadaan kita sendiri samada kita akan dimasukkan ke dalam  syurga atau neraka. Jika kita dimasukkan ke dalam syurga maka kita akan berasa gembira buat selama-lamanya...jika kita dimasukkan ke dalam neraka maka kita akan berasa sedih buat selama-lamanya.
Cuba bayangkan...bagaimana keadaan kita apabila mendapat tahu bahawa kita ditempatkan ke dalam neraka. Kita merayu kepada Allah untuk kembali ke dunia untuk bertaubat sambil menangis sekuat hati kita. Kita akan menangis sambil mengeluarkan air mata yang banyak...selepas air mata kita kehabisan, kita menangis dengan darah yang banyak (tahap menyesal yang teramat sangat)...selepas air mata darah kita kehabisan, kita menangis dengan nanah yang banyak (tahap menyesal tahap GABAN)..
Cuba bayangkan..bagaimana keadaan kita apabila berada di neraka. Kita akan merasa kesakitan, kepedihan dan kesengsaraan yang melampau-lampau. 
KALAU NAK TEST CUBA LETAK JARI KAT API ....