(1) "Ya Allah, semua manusia seluruh alam tidak dijadikan Allah sebagai maksud, didunia mereka rugi dan akhirat pun mereka rugi. Semua orang Islam dapat buat usaha cara Nabi s.a.w." Jika kita buat cara ini usaha tau kerja akan meningkat dan meningkat dan Allah akan tinggikan darjat kita.
(2) "Dalam dunia ini ada 7 bilion manusia dan 2 bilion Islam, jika kita buat usaha atas mereka, kita akan dapat banyak pahala sampai kiamat manusia akan datang pada usaha ini. Jika kita niat mereka jadi orang beriman dan tunaikan perintah Allah dengan cara Nabi s.a.w. Bila kita fikir dan istiqfar pagi sampai petang beritahu orang 'yaaiyuhannas kulu laillahaillallah tuflihun', wahai manusia ucaplah Laa ilaha ilallah kamu akan berjaya. Dari pagi sampai petang kita kena cakap perkara ini, sediakan orang untuk cakap perkara ini 'untuk mendapatkan kejayaan adalah dengan menunaikan perintah Allah, ikut cara Nabi'. Disamping usaha ini kita kena zikir dan tilawah al-Quran dengan penuh tumpuan, kita sembahyang dan doa,"ya Allah, semua manusia diseluruh alam bawa mereka kepada yakin yang betul bahawa selain daripada Kamu tidak boleh buat apa-apa, Kamu yang buat segala-galanya, hanya dengan cara Nabi dapat kejayaan." Bila kita buat cara ini seluruh alam akan berubah. Bila kita jadikan Allah sebagai maksud kita akan rasa kelazatan dalam menunaikan perintah Allah. Dengan itu kita akan lebih hampir dengan Allah. Bila kita tertumpu pada Allah dan hampir dengan Allah, semua zarah-zarah dalam dunia akan digunakan mengikut kehendak kita."
(3) "Sahabat r.a. bertanya apakah keikhlasan kalimah ( Laa ilaha ilallah)? Nabi s.a.w. menjawab keikhlasan kalimah ialah mencegah diri melakukan perkara yang haram."
(4) "Sabda Nabi s.a.w. mafhumnya,"Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang."
(5) "Ilmu ialah untuk mengetahui apa yang Allah hendak dari saya. Tanpa ilmu masail amalan kita tidak sempurna dan tidak diterima oleh Allah s.w.t., tanpa ilmu fadhail kita tidak ada keinginan untuk beramal dan tidak dapat ganjaran atas amal yang kita lakukan kerana ganjaran diterima jika kita ada iktisab. Setiap amalan kita buat mesti mengikut ilmu masail."
(6) "Siapa yang memperbaiki hubungan dengan Allah maka ia perlu memperbaiki hubungannya dengan makhluk Allah."
(7) "Sebaik-baiknya kita keluar jalan kaki, jemaah jalan kaki adalah yang paling kuat untuk menyejukkan kemarahan Allah s.w.t. Seorang yang keluar dengan jalan kaki dengan seorang yang memakmurkan masjid, kedua-duanya Allah angkat azab. Debu-debu yang melekat pada tubuh atau pakaian orang yang keluar jalan kaki akan dikumpulkan menjadi bedak pada wajah-wajah bidadari dan untuk mencantikkan wajah-wajah ahli syurga."
(8) "Seorang yang keluar dengan jalan kaki debu-debu yang melekat pada badannya tidak disambar asap api neraka."
(9) "Empat amalan iaitu dakwah, ilmu, zikir dan sembahyang perlu ada dalam rumah dan masjid."
(10) "Ya Allah, apa maksud Nabi s.a.w. dihantar jadikannya sebagai maksud kami dan jadikan semua orang yang membuat usaha ini."
(11) "Ya Allah, kami belum lagi menjadikan kerja Nabi sebagai kerja kami, maafkanlah kami, dimasa depan kami akan jadikan kerja nabi sebagai kerja kami."
(12) "Ya Allah, saya diberi tanggungjawab seluruh alam, masukkan dalam hati manusia bahawa Kamu lah membuat segala-galanya. Kamu telah beri saya kerja tetapi saya tidak jadikan kerja itu kerja saya maafkanlah saya."
(13) "Ya Allah, sepertimana Nabi telah buat jadikanlah kami buat usaha sepertimana Nabi buat usaha, jadikanlah kami orang yang sentiasa sibuk dengan usaha Nabi s.a.w."
No comments:
Post a Comment