Wednesday, 8 August 2012

Nasihat Hadzrat Maulana Khairul Gangohi kepada para pembaca blog ini

(1) "Wahai manusia, jika kamu mahu kejayaan, mahu jalan yang benar, kalau kamu mahu hidayat, tahu membezakan baik dan buruk, apa kebaikan jika kamu amanah, apa rugi jika kamu khianat, apa manfaat jika kamu tunaikan hak. Kalau kamu ikut jalan ini (usaha atas iman) kamu akan berjaya."

(2) "Wahai manusia, takutlah kepada Robb kamu kerana hari kiamat itu hari yang sangat dahsyat. Semua ciptaan Allah akan hancur, hanya zat Allah sahaja yang kekal."

(3) "Wahai Allah, ampunkanlah saya. Kami hanya bergantung cucuran rahmat dariMu."

(4) "Nabi s.a.w. tinggalkan kita dengan dua perkara yang mana jika kita mengamalkannya maka kita tidak akan sesat jalan iaitu al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w."

(5) "Apabila kita tunaikan perintah Allah s.w.t. dengan ikut cara Nabi s.a.w., insyallah kita akan diberi ganjaran melalui Rasulullah s.a.w. iaitu membuat kerja nabi. Allah s.w.t. bantu nabi-nabi kerana kerja mereka, Allah s.w.t. bantu sahabat r.a. kerana mereka membuat kerja Nabi s.a.w. Tuan-tuan kena faham dengan kerja inilah Allah akan bantu kita. Oleh itu kita kena buat kerja Nabi s.a.w. barulah kita mendapat bantuan dari Allah s.w.t."

(6) "Nabi s.a.w. pernah bersabda bahawa kalaulah dunia ini berharga disisi Allah s.w.t. walau sebesar sayap nyamuk nescaya Allah tidak berikan orang kafir walaupun seteguk air."

(7) "Tuan, kehidupan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, kehidupan di dunia ini adalah untuk persiapan kehidupan akhirat. Inilah dakwah yang perlu kita berikan pada manusia. Berimanlah pada kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t. Begitu juga dakwah Nabi s.a.w. pada manusia: "Wahai manusia, jangan kamu tertipu dengan dunia ini, dunia adalah benda yang menipukan, dunia ini menipu kamu, janganlah kamu tanam dalam hati kamu cinta terhadap dunia. Kehidupan sebenarnya adalah kehidupan akhirat."

(8) "Wahai Allah, engkau hantar kami ke muka bumi ini untuk melakukan kerja (usaha atas iman) yang telah Engkau beri tetapi kami tidak melakukannya, ampunkanlah dosa kami kerana telah meninggalkan usaha atas iman ini dan ampunkanlah kami kerana telah menjadikan dunia sebagai tujuan hidup kami, kami telah hancurkan hidup kami, maka ambillah kami ya Allah untuk buat usaha atas iman ini."
(9) "Nabi s.a.w. mengajar sahabat-sahabat bersandarkan dengan peristiwa yang berlaku di alam ini dengan Allah s.w.t. Suatu hari, hujan telah turun, Nabi s.a.w. berkata kepada sahabat dengan kira-kira bermaksud: "Siapa yang kata hujan turun pagi ini disebabkan kedudukan bintang-bintang ditempat-tempat sekian, dia telah kufur dengan kehendak Allah s.w.t. dan siapa yang kata hujan yang turun semata-mata dengan kehendak Allah s.w.t. maka orang itu beriman kepada Allah s.w.t." Setiap peristiwa yang berlaku, setiap kejadian yang berlaku ada dengan kehendak Allah s.w.t. Hari ini dari pagi hingga ke petang kita bercakap tentang dunia, jadi bagaimana ibadat kita, sembahyang kita, zikir kita, tilawah kita hendak tawajuh kepada Allah s.w.t. Kita kena buat keputusan bahwa hari ini kita kan duduk dalam majlis iman dan mengajak antara satu sama lain bercakap tentang iman. Kita kena fikir apakah asbab-asbab yang akan menguatkan iman kita."

(10) "Tiada satu amal yang boleh mendekatkan seseorang itu pada Allah s.w.t. dengan cepat melainkan dengan mengajak manusia kepada Allah s.w.t."

(11) "Sesungguhnya kesyirikan itu adalah satu kezaliman yang besar."

(12) "Apabila kita menafikan segala-galanya dan yakin pada Allah s.w.t. maka kudrat Allah s.w.t. bersama dengan kita."

(13) "Ya Allah, selamatkan umat seluruh alam dari kemurkaanMu dan datang kepada keredhaanMu."

(14) "Allah s.w.t. perintahkan Nabi Musa a.s. pergi kepada Firaun dan dakwah Firaun, Allah s.w.t. kata: "Aku bersama kamu." Nabi Musa a.s. berdoa;"Ya Allah, bagilah Harun melaksanakan perintah ini." Allah berkata;"Aku bersama kamu berdua, Aku mendengar dan Aku melihat."

(15) "Sesiapa yang jadikan kerja Nabi s.a.w. sebagai kerja mereka sambil jumpa setiap orang dakwahkan kalimah Laa ilaha ilallah maka Allah bersama mereka dan Allah akan bantu mereka."

Insyallah, bersambung......

No comments:

Post a Comment