Thursday, 6 September 2012

Mari mengenal Allah s.w.t. (Siri 1)

1. Allah s.w.t. maha pemurah. Contohnya Allah s.w.t. sentiasa memberikan kita bermacam-macam nikmat samada kesihatan, rezeki halal, kehidupan selamat dan sebagainya tanpa Allah menuntut kepada kita untuk membayar balik dalam bentuk wang ringgit setelah Allah berikan segala macam nikmat yang telah diberikan kepada kita sewaktu kita dari kecil sehingga ke dewasa ini.

2. Allah s.w.t. maha pengasih. Contohnya, walaupun kita mempunyai banyak dosa kepada Allah s.w.t. tetapi Dia tetap berikan kepada kita bermacam-macam nikmat.

3. Allah s.w.t. maha agung. Contohnya, Allah s.w.t. memiliki kerajaan langit dan bumi. Tiada suatupun makhluk yang tidak terlepas daripada kekuasaan Allah s.w.t.

4. Allah s.w.t. maha suci. Contohnya, Allah s.w.t. yang satu. Tiada makhluk yang berkuasa melainkan Allah s.w.t. Semua makhluk berhajat kepada Allah s.w.t. Tetapi, Allah s.w.t. tidak berhajat kepada makhluk ciptaanya.

5. Allah s.w.t. maha salam sejahtera. Contohnya, Allah s.w.t. pemilik syurga. Allah s.w.t. berhak memilih sesiapa sahaja yang boleh memasuki syurga dan Allah s.w.t. juga berhak memilih sesiapa saha yang tidak boleh memasuki syurga.

6. Allah s.w.t. maha melimpahkan keamanan. Contohnya, Allah s.w.t. memberi keamanan kita. Bukannya disebabkan oleh rakyat kita tiada permusuhan antara satu sama lain atau kita mempunyai raja yang baik. Keamanan yang kita alami adalah kerana anugerah dari Allah s.w.t.

7. Allah s.w.t. maha pengawal dan mengawas. Contohnya, kita sentiasa diperhatikan oleh Allah s.w.t. setiap masa dan keadaan. Tiada satu tempat pun kita boleh lari daripada di awasi oleh Allah s.w.t.

8. Allah s.w.t. maha kuasa. Contohnya, Allah s.w.t. boleh tukarkan siang kepada malam. Jika Allah mengkehendaki bahawa setiap masa adalah siang sehingga ke hari kiamat maka tiada satu makhluk pun boleh menukarkan siang kepada malam.

9.Allah s.w.t. maha kuat. Contohnya, semua mahkluk akan binasa pada hari kiamat nanti. Hanya Allah s.w.t. sahajalah yang kekal. Sekuat manapun makhluk tersebut pasti akan binasa pada suatu masa nanti. Hanya Allah s.w.t. yang maha kuat.

10. Allah s.w.t. maha memiliki kebesaran. Contohnya, makhluk mempunyai kebesaran yang terhad dan pasti akan hilang suatu masa nanti. Hanya Allah yang memiliki kebesaran yang kekal sampai bila-bila. Allah mempunyai kebesaran dengan menguasai pentadbiran langit dan bumi.

11. Allah s.w.t. maha pencipta. Contohnya, jika Allah menciptakan sesuatu makhluk maka makhluk tersebut jadi tanpa menggunakan perantaraan makhluk yang lain. Tapi, jika makhluk menciptakan sesuatu benda perlukan perantaraan makhluk yang lain untuk mewujudkannya.

12. Allah s.w.t. maha menjadikan. Contohnya, jika Allah mahu menjadikan sesuatu makhluk maka makhluk tersebut terus wujud dengan sekelip mata melalui kudratNya. Makhluk apabila menciptakan sesuatu memerlukan masa penyelidikan dan kajian yang lama.

13. Allah s.w.t. maha pembentuk. Contohnya, Allah s.w.t. menciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk. Ada dua mata untuk melihat dimana kedudukkan mata pada kepala adalah kedudukan paling strategik untuk melihat. Begitu juga dua kaki untuk berjalan dimana kaki tersebut terdapat jari kaki dan tumit untuk memudahkan pergerakan berjalan.

14. Allah s.w.t. maha pengampun. Contohnya, Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosa hamba-hambanya kecuali syirik kepadanya.

No comments:

Post a Comment