Sunday, 23 September 2012

Impian hidup berumahtangga


Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga dan Rasulullah SAW telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda.

1. Tidur dalam satu selimut bersama isteri

Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah SAW. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “kerana saya haid, wahai Rasulullah.” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.” (Hadis Riwayat Sa’id bin Manshur)


2. Memberi wangi-wangian pada aurat

Aisyah berkata, “sesungguhnya Rasulullah SAW apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


3. Meminta isteri meminyaki badan

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah SAW pada hari Raya ‘Aidil Adha’ setelah beliau melakukan jumrah aqabah.” (Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir)


4. Mandi bersama isteri

Dari Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku biasa mandi bersama Rasulullah SAW menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).” (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)


5. Disikatkan oleh isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya biasa menyikat rambut Rasulullah SAW, ketika itu saya sedang haid.” (Hadis Riwayat Ahmad)


6. Minum bergantian pada tempat yang sama

Daripada Aisyah r.a., dia berkata: “Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Rasulullah SAW mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. ” (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)


7. Membelai isteri

“Adalah Rasulullah SAW tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya. ” (Hadis Riwayat Ahmad)


8. Berbaring di pangkuan isteri

Dari Aisyah r.a., “Rasulullah SAW biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Abdurrazaq)


9. Memanggil dengan panggilan mesra

Rasulullah SAW biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy dan Umairah (pipi merah delima).


10 Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra

Rasulullah SAW biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan. ” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)


11. Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah SAW di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.” (Hadis Riwayat Nasai)


12. Memberikan hadiah

Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, “Ketika Rasulullah SAW. menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah.” (Hadis Riwayat Ahmad)


13. Segera menemui isteri apabila tergoda

Dari Jabir, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi)


Begitu indahnya kemesraan Rasulullah SAW kepada para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yg perlu dicontohi.


Thursday, 13 September 2012

Apa punca murtad?

Ramai yang tidak sedar bahawa ramai orang Islam telah murtad. Statistik murtad dikalangan orang Islam di Malaysia telah disembunyikan oleh agensi-agensi agama untuk menutup kelemahan sistem penyampaian Islam yang kurang berkesan. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Apakah punca-punca orang Islam murtad? Dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah murtad?

Murtad berlaku disebabkan orang Islam tidak mengamalkan KESELURUHAN ajaran Islam dalam kehidupan. Orang Islam pada masa kini telah menganggap bahawa mereka telah mengamalkan agama Islam dalam kehidupan walhal mereka cuma mengambil SEBAHAGIAN sahaja daripada ajaran Islam. Agama bukannya salah satu cabang daripada ciri-ciri kehidupan orang Islam tetapi ciri-ciri kehidupan orang Islam wajib mengambil keseluruhan agama Islam. Hal ini bermaksud nak ke tak nak kita wajib amalkan agama dalam kehidupan. Amal agama bukannya pilihan atau bersendirian. Amal agama wajib kita jadikan sebagai kebiasaan atau umumiyat dalam kehidupan kita seharian sehingga menjadi tag line atau pengenalan sebagai orang Islam kepada orang Islam yang lain dan juga orang bukan Islam.

Punca kemurtadan berlaku kerana orang Islam tidak jadikan dakwah sebagai platform untuk mengislahkan iman diri sendiri dan ajak orang lain kepada agama. Orang Islam pada masa kini yakin jika dia bekerja maka dia akan dapat duit, jika dia menjadi pemerintah maka dia akan dapat kuasa dan sebagainya. Malangnya, orang Islam pada masa kini tidak yakin jika dia buat usaha atas iman maka dia akan dapat kekuatan iman yang akan memudahkannya untuk mengamalkan agama dalam kehidupan. Jika kita mati dalam iman maka kita berjaya, sebaliknya, jika kita mati tanpa iman maka kita gagal buat selama-lamanya.

Untuk mengamalkan agama perlukan keyakinan atas agama. Untuk mendapatkan keyakinan atas agama perlukan dakwah. Setiap para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah daie. Zaman Rasulullah s.a.w., semua lapisan masyarakat telah membuat dakwah dengan menyeru semua kepada amal agama dengan sempurna sehingga amalan agama menjadi umumiyat atau kebiasaan dalam kehidupan mereka. Dalam keadaan sedemikian maka pintu orang bukan Islam masuk Islam terbuka luas manakala pintu orang Islam keluar Islam (MURTAD) tertutup rapat kerana tiada seorang pun yang boleh lari daripada masyarakat Islam pada masa itu yang selalu membuat dakwah dikalangan mereka dan juga bukan Islam.

Kesimpulannya, setiap golongan atau lapisan masyarakat Islam wajib bangun untuk membuat usaha dakwah. Melalui usaha dakwah, Allah s.w.t. akan menurunkan nusrah kepada kita. Kesannya masyarakat akan hidup dalam suasana seperti syurga. Jika setiap dikalangan kita tidak membuat usaha agama malah menentang usaha agama, insyallah, semua mereka (termasuk orang-orang soleh yang tidak bangun membuat usaha dakwah) akan binasa dalam keadaan yang mengerikan sebelum mereka meninggal dunia kecuali orang yang ada usaha mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran. Insyallah azam untuk usaha atas iman selama 4 bulan atau 40 hari....Azamm...

Wednesday, 12 September 2012

Apakah maksud zuhud?

Ramai orang kata zuhud nie tinggalkan dunia sepenuhnya, tiada berharta dan hidup dalam kemiskinan. Dan ramai juga beranggapan bahawa zuhud nie takleh pakai zaman sekarang sebab hidup sekarang takleh hidup tanpa duit. Betulkan apa kata mereka tentang zuhud?

Bagi pendapat aku yang tak terror sangat dalam bab agama, zuhud nie bukannya kita tinggalkan dunia, tiada harta atau hidup dalam kemiskinan. Zuhud ialah dalam hati tiada kesan dengan manfaatnya atau bernilainya harta benda. Bukannya kita tiada memiliki harta benda. Contohnya, walaupun dia memiliki harta sebanyak 7 petala langit dan 7 petala bumi, tapi hatinya tiada terkesan dengan harta, maka dia memiliki sifat zuhud.

Tapi, awas! Harta umpama pisau. Jika kita menggunakan pisau untuk memotong ayam sebagai persediaan bagi membuat santapan malam akan memberi manfaat kepada pengguna pisau tersebut. Sebaliknya, jika kita menggunakan pisau untuk membunuh orang kerana ingin melunaskan dendam yang dah lama terpendam akan memberi mudarat kepada pengguna pisau tersebut. Maksudnya, jika kita gunakan harta untuk memenuhi keperluan kita maka akan mendatangkan pahala kepada kita. Lebihan harta yang kita miliki akan kita infakkan kedalam Bank Allah maka insyallah kita akan dapat ganjaran di hari akhirat kelak. Jika kita gunakan harta semata-mata untuk maksiat kepada Allah maka kita akan dapat dosa malah tak mustahil kita dicampakkan kedalam neraka.

Pada zaman tabi' dan tabi'ee, ada dikalangan mereka hidup dalam kemiskinan dan ada dikalangan mereka hidup sebagai orang kaya. Namun, mereka tetap memiliki sifat zuhud.

Kesimpulannya, saya takut terlebih cakap salah pula maklumatnya, zuhud amat penting dalam kehidupan kita. Ianya melatih kita sifat suka bersedekah dan hilang sifat bakhil, tidak meminta-minta pada manusia dan hanya meminta pada Allah, syukur apa yang ada dan membuang sifat kufur nikmat Allah dan apa yang paling penting.....kita dapat belajar menambung dalam Bank Allah, dimana pulangannya atau keuntungan akan kita perolehi pada hari akhirat kelak.....

Ptss!!!! Kalau nak tahu lagi sila baca kitab ZUHUD karangan Imam Ahmad Hanbali....

Apa maksud harta?

Ramai orang yang mengerti tentang harta ialah sesuatu benda yang bernilai atau bermanfaat untuk diri, keluarga dan makhluk di sekeliling. Contohnya, kereta, rumah, jam tangan, handset adalah harta. Ramai orang beranggapan bahawa harta adalah sesuatu milik kita atau kita boleh share dengan orang lain.

Bagi pendapat aku, harta yang milik kita bukanlah milik kita sebenarnya. Harta kita adalah milik Allah s.w.t. Mengapa saya katakan demikian?. Harta kita akan musnah dijilat api, rosak dan di miliki oleh orang lain apabila kita meninggal dunia. Maksudnya harta kita yang miliki selama ini tidak kekal dan sementara aje.

Kalau korang nak harta yang boleh jadi kekal - yang pertama sekali ialah korang makan sepuas-puas hati....sebab apa?..makanan yang korang makan insyallah kekal dalam badan korang...jadi lemak pada badan atau tenaga...kalau tak kekal pun jadi bahan buangan dalam tandas...

Yang kedua ialah korang beli baju...memang tak rugi beli baju...kenapa?...jarang kita pakai baju yang mudah lusuh atau cepat koyak....baju yang kita pakai boleh bertahan sampai 10 tahun...kalau dah lusuh tu...buat jadi kain buruk..k...jadi, baju boleh jadi harta yang paling baik untuk dimiliki..

Yang ketiga ialah korang sedekah...banyakkan sedekah..jangan kedekut...walaupun duit kita habis sedekah kat orang, duit tu sebenarnya bukannya habis atau lenyap....duit tu Allah s.w.t. dah transfer kat akhirat..kita boleh dapat balik keuntungan kat akhirat....PERCAYALAH...

Jadi, ketiga-tiga adalah harta yang baik untuk dimiliki....selain itu,ada tiga juga harta yang baik untuk dimiliki...

Yang pertama ialah lidah yang sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. Jika kita sebut Subhanallah maka ganjaran pahala kita akan dapat berkekalan...itulah harta yang paling baik sebab berkekalan..Jika kita memiliki kerajaan sebesar kerajaan Nabi Sulaiman, suatu masa nanti pasti musnah jua...tidak kekal...tapi, jika kita sebut Subhanallah...ganjarannya lebih besar lagi daripada kerajaan Nabi Sulaiman..dan lebih kekal lagi...

Yang kedua ialah hati yang sentiasa syukur kepada Allah s.w.t. Jika kita tidak bersyukur, walaupun seluruh dunia adalah harta kita maka kita masih lagi merasa tidak cukup dan merasa kurang..kemiskinan masih lagi terbayang-bayang dihadapan mata kita...jika kita bersyukur, walaupun harta kita cuma sehelai baju dan seluar....kita merasa cukup dan tenang.....dunia seolah-olah tunduk kepada kita...itulah harta yang kekal iaitu syukur apa yang ada....

Yang ketiga ialah isteri yang solehah..isteri yang menjaga makan minum kita, tolong kita dalam kesusahan, menghiburkan hati kita tatkala kita sedih, isteri yang menjaga harta kita apabila kita tiada dirumah..itulah harta yang paling baik untuk dimiliki...

Jadi, kesimpulannya, harta kita bukan milik kita..harta kita milik Allah....di dunia ini ada orang kaya dan ada orang miskin..jika kita di takdirkan sebagai orang kaya, harta kita milik Allah, Allah mahu kita bantu orang miskin, jadi kita kena sedekah harta kita kepada orang miskin..tujuannya untuk membersihkan sifat buruk kita dan membantu orang miskin dalam kelaparan...dan jika kita ditakdirkan sebagai orang miskin, harta kita walaupun ada sehelai baju dan seluar aje..sedekah baju kita kepada orang miskin..dan dalam hati kita jangan mengharap simpati manusia...kita harap keredhaan Allah.....Apa yang penting niat..niat semua perkara kerana Allah s.w.t.....insyallah...

Thursday, 6 September 2012

Mari mengenal Allah s.w.t. (Siri 1)

1. Allah s.w.t. maha pemurah. Contohnya Allah s.w.t. sentiasa memberikan kita bermacam-macam nikmat samada kesihatan, rezeki halal, kehidupan selamat dan sebagainya tanpa Allah menuntut kepada kita untuk membayar balik dalam bentuk wang ringgit setelah Allah berikan segala macam nikmat yang telah diberikan kepada kita sewaktu kita dari kecil sehingga ke dewasa ini.

2. Allah s.w.t. maha pengasih. Contohnya, walaupun kita mempunyai banyak dosa kepada Allah s.w.t. tetapi Dia tetap berikan kepada kita bermacam-macam nikmat.

3. Allah s.w.t. maha agung. Contohnya, Allah s.w.t. memiliki kerajaan langit dan bumi. Tiada suatupun makhluk yang tidak terlepas daripada kekuasaan Allah s.w.t.

4. Allah s.w.t. maha suci. Contohnya, Allah s.w.t. yang satu. Tiada makhluk yang berkuasa melainkan Allah s.w.t. Semua makhluk berhajat kepada Allah s.w.t. Tetapi, Allah s.w.t. tidak berhajat kepada makhluk ciptaanya.

5. Allah s.w.t. maha salam sejahtera. Contohnya, Allah s.w.t. pemilik syurga. Allah s.w.t. berhak memilih sesiapa sahaja yang boleh memasuki syurga dan Allah s.w.t. juga berhak memilih sesiapa saha yang tidak boleh memasuki syurga.

6. Allah s.w.t. maha melimpahkan keamanan. Contohnya, Allah s.w.t. memberi keamanan kita. Bukannya disebabkan oleh rakyat kita tiada permusuhan antara satu sama lain atau kita mempunyai raja yang baik. Keamanan yang kita alami adalah kerana anugerah dari Allah s.w.t.

7. Allah s.w.t. maha pengawal dan mengawas. Contohnya, kita sentiasa diperhatikan oleh Allah s.w.t. setiap masa dan keadaan. Tiada satu tempat pun kita boleh lari daripada di awasi oleh Allah s.w.t.

8. Allah s.w.t. maha kuasa. Contohnya, Allah s.w.t. boleh tukarkan siang kepada malam. Jika Allah mengkehendaki bahawa setiap masa adalah siang sehingga ke hari kiamat maka tiada satu makhluk pun boleh menukarkan siang kepada malam.

9.Allah s.w.t. maha kuat. Contohnya, semua mahkluk akan binasa pada hari kiamat nanti. Hanya Allah s.w.t. sahajalah yang kekal. Sekuat manapun makhluk tersebut pasti akan binasa pada suatu masa nanti. Hanya Allah s.w.t. yang maha kuat.

10. Allah s.w.t. maha memiliki kebesaran. Contohnya, makhluk mempunyai kebesaran yang terhad dan pasti akan hilang suatu masa nanti. Hanya Allah yang memiliki kebesaran yang kekal sampai bila-bila. Allah mempunyai kebesaran dengan menguasai pentadbiran langit dan bumi.

11. Allah s.w.t. maha pencipta. Contohnya, jika Allah menciptakan sesuatu makhluk maka makhluk tersebut jadi tanpa menggunakan perantaraan makhluk yang lain. Tapi, jika makhluk menciptakan sesuatu benda perlukan perantaraan makhluk yang lain untuk mewujudkannya.

12. Allah s.w.t. maha menjadikan. Contohnya, jika Allah mahu menjadikan sesuatu makhluk maka makhluk tersebut terus wujud dengan sekelip mata melalui kudratNya. Makhluk apabila menciptakan sesuatu memerlukan masa penyelidikan dan kajian yang lama.

13. Allah s.w.t. maha pembentuk. Contohnya, Allah s.w.t. menciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk. Ada dua mata untuk melihat dimana kedudukkan mata pada kepala adalah kedudukan paling strategik untuk melihat. Begitu juga dua kaki untuk berjalan dimana kaki tersebut terdapat jari kaki dan tumit untuk memudahkan pergerakan berjalan.

14. Allah s.w.t. maha pengampun. Contohnya, Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosa hamba-hambanya kecuali syirik kepadanya.