Impian hidup berumahtangga
Kemesraan
pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga dan
Rasulullah SAW telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri
baginda.
1. Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah SAW. dan
Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada
dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian
bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “kerana saya haid, wahai
Rasulullah.” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan
dekatlah kembali padaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.”
(Hadis Riwayat Sa’id bin Manshur)
2. Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, “sesungguhnya Rasulullah SAW apabila
meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah
(sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh
Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
3. Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan
Rasulullah SAW pada hari Raya ‘Aidil Adha’ setelah beliau melakukan jumrah
aqabah.” (Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir)
4. Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku biasa mandi
bersama Rasulullah SAW menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama
memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).” (Hadis riwayat Abdurrazaq
dan Ibnu Abu Syaibah)
5. Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya biasa menyikat
rambut Rasulullah SAW, ketika itu saya sedang haid.” (Hadis Riwayat Ahmad)
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
Daripada Aisyah r.a., dia berkata: “Saya biasa minum
dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Rasulullah SAW mengambil cawan tersebut
dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum,
kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian
Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat
saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. ” (Hadis Riwayat
Abdurrazaq dan Said bin Manshur)
7. Membelai isteri
“Adalah Rasulullah SAW tidaklah setiap hari melainkan
beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda
menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke
tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya.
” (Hadis Riwayat Ahmad)
8. Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a., “Rasulullah SAW biasa meletakkan kepalanya
di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.”
(Hadis Riwayat Abdurrazaq)
9. Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah SAW biasa memanggil Aisyah dengan beberapa
nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy dan Umairah (pipi merah delima).
10 Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Rasulullah SAW biasa memicit hidung Aisyah jika dia
marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan
Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah
diriku dari fitnah yang menyesatkan. ” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
11. Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku pernah tidur bersama
Rasulullah SAW di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku
menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena
titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau
sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.
Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian
yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu,
kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.” (Hadis Riwayat Nasai)
12. Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia
berkata, “Ketika Rasulullah SAW. menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda
kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi
sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui
ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan
dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan
memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja
Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut
dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikannya kepada masing-masing
isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian
tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah.” (Hadis Riwayat Ahmad)
13. Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah melihat
wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan
keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita kalau menghadap,
ia menghadap dalam rupa syaitan. Apabila seseorang di antara kamu melihat
wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri
isterinya ada hal yg sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat
Tirmizi)
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah SAW kepada para
isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap
kerana sikap dan perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta,
kasih dan sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yg perlu dicontohi.
No comments:
Post a Comment