Ramai yang tidak sedar bahawa ramai orang Islam telah murtad. Statistik murtad dikalangan orang Islam di Malaysia telah disembunyikan oleh agensi-agensi agama untuk menutup kelemahan sistem penyampaian Islam yang kurang berkesan. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Apakah punca-punca orang Islam murtad? Dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah murtad?
Murtad berlaku disebabkan orang Islam tidak mengamalkan KESELURUHAN ajaran Islam dalam kehidupan. Orang Islam pada masa kini telah menganggap bahawa mereka telah mengamalkan agama Islam dalam kehidupan walhal mereka cuma mengambil SEBAHAGIAN sahaja daripada ajaran Islam. Agama bukannya salah satu cabang daripada ciri-ciri kehidupan orang Islam tetapi ciri-ciri kehidupan orang Islam wajib mengambil keseluruhan agama Islam. Hal ini bermaksud nak ke tak nak kita wajib amalkan agama dalam kehidupan. Amal agama bukannya pilihan atau bersendirian. Amal agama wajib kita jadikan sebagai kebiasaan atau umumiyat dalam kehidupan kita seharian sehingga menjadi tag line atau pengenalan sebagai orang Islam kepada orang Islam yang lain dan juga orang bukan Islam.
Punca kemurtadan berlaku kerana orang Islam tidak jadikan dakwah sebagai platform untuk mengislahkan iman diri sendiri dan ajak orang lain kepada agama. Orang Islam pada masa kini yakin jika dia bekerja maka dia akan dapat duit, jika dia menjadi pemerintah maka dia akan dapat kuasa dan sebagainya. Malangnya, orang Islam pada masa kini tidak yakin jika dia buat usaha atas iman maka dia akan dapat kekuatan iman yang akan memudahkannya untuk mengamalkan agama dalam kehidupan. Jika kita mati dalam iman maka kita berjaya, sebaliknya, jika kita mati tanpa iman maka kita gagal buat selama-lamanya.
Untuk mengamalkan agama perlukan keyakinan atas agama. Untuk mendapatkan keyakinan atas agama perlukan dakwah. Setiap para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah daie. Zaman Rasulullah s.a.w., semua lapisan masyarakat telah membuat dakwah dengan menyeru semua kepada amal agama dengan sempurna sehingga amalan agama menjadi umumiyat atau kebiasaan dalam kehidupan mereka. Dalam keadaan sedemikian maka pintu orang bukan Islam masuk Islam terbuka luas manakala pintu orang Islam keluar Islam (MURTAD) tertutup rapat kerana tiada seorang pun yang boleh lari daripada masyarakat Islam pada masa itu yang selalu membuat dakwah dikalangan mereka dan juga bukan Islam.
Kesimpulannya, setiap golongan atau lapisan masyarakat Islam wajib bangun untuk membuat usaha dakwah. Melalui usaha dakwah, Allah s.w.t. akan menurunkan nusrah kepada kita. Kesannya masyarakat akan hidup dalam suasana seperti syurga. Jika setiap dikalangan kita tidak membuat usaha agama malah menentang usaha agama, insyallah, semua mereka (termasuk orang-orang soleh yang tidak bangun membuat usaha dakwah) akan binasa dalam keadaan yang mengerikan sebelum mereka meninggal dunia kecuali orang yang ada usaha mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran. Insyallah azam untuk usaha atas iman selama 4 bulan atau 40 hari....Azamm...
No comments:
Post a Comment