Thursday, 1 May 2014

Bila putus harap pada makhluk, cuma 100% harap pada Allah, Nusrah Allah datang

Saya ingin berkongsi cerita tentang kisah saya baru-baru ini. Saya telah menjadi salah seorang fasilitator untuk Program Lawatan Sambil Belajar ke Johor dengan kerjasama antara Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan Pejabat Residen Sarikei. Program tersebut bermula pada 28 April sehingga 1 Mei. Sebelum saya berangkat pergi ke Johor Bahru, saya tidak ada masalah dari segi pengangkutan untuk ke Airport Sibu pada 28 April. Namun, saya ada masalah ketiadaan pengangkutan untuk pulang ke Saratok dari Airport Sibu pada 1 Mei.
Jadi, saya telah meluahkan masalah saya kepada sahabat saya yang bernama Cikgu Taufiq. Dia sedia untuk mengambil saya dari Airport Sibu untuk pulang ke Saratok pada 1 Mei. Saya enggan menerima pelawaannya. Saya kata tak mahu menyusahkannya kerana jarak antara Airport Sibu ke Saratok memakan masa 2 jam. Sebenarnya, saya bukannya tak mahu menerima bantuan yang sudah terhidang didepan saya, saya cuma nak belajar jangan mengharap pada makhluk. Belajar mengharap pada Allah. Saya mahu belajar dari kisah Nabi Ibrahim a.s. menolak tawaran bantuan daripada malaikat untuk menyelamatkannya daripada unggun api yang besar. Nabi Ibrahim a.s. hanya bertawakal dan mengharap pada Allah. Kesan dari tindakkannya itu maka Nabi Ibrahim a.s. tidak terbakar malah berasa selesa apabila dicampakkan ke dalam unggun api yang besar. Begitu juga dengan kisah seorang wali Allah yang bernama Haji Imdadullah Muhajir Makki rah. yang berada di musim haji dalam keadaan kelaparan yang teramat sangat kerana tiada wang. Beliau begitu tawajuh kepada Allah s.w.t. sehingga pada satu masa beliau telah menerima duit sedekah daripada seorang hamba Allah. Jadi, beliau dapat menggunakan duit tersebut untuk membeli makanan.
Dipendekkan cerita, setelah saya selesai mengurus Program Lawatan Sambil Belajar ke Johor, saya tidak mengadu masalah ketiadaan transportation kepada mana-mana ahli rombongan program tersebut. Dalam hati saya pun ada mengharap pada makhluk - mahu minta bantuan Cikgu Taufiq, ahli rombongan dan kawan-kawan. Dalam kapal terbang, saya duduk sebelah dengan pemanca Kpg. Sg. Sangot, Bintangor bernama Suhaili. Beliau telah menanya saya macamana cara saya pulang ke Saratok. Saya beritahu bahawa saya tiada mempunyai tranportation. Beliau mempelawa saya menaiki kereta bersamanya namun beliau cuma dapat menghantar saya ke Bintangor sahaja, tidak dapat sampai ke Saratok, sebab beliau tinggal di Bintangor. Saya telah memberi cadangan kepada beliau supaya menghantar saya ke terminal bas Sibu sahaja. Maksudnya saya akan menaiki bas untuk pulang ke Saratok. Pemanca Suhaili pun bersetuju dengan cadangan saya. Saya telah ulangi 2 kali cadangan saya untuk mengesahkan keputusan daripada Pemanca Suhaili untuk menghantar saya ke terminal bas Sibu. Jawapan beliau adalah setuju. Dari kisah ini, hati saya masih mengharap pada makhluk. Saya sedih. Gagal mengharap pada Allah. Hati dan lidah saya masih bergantung kepada makhluk.
Selepas saya dihantar oleh Pemanca Suhaili dengan menaiki kereta ke Terminal Bas, saya telah beli tiket bas untuk pulang ke Saratok. Dalam perjalanan saya sampai ke Saratok, Cikgu Taufiq telah menelefon saya bahawa dia sekarang berada di Sibu. Saya jadi stress kerana dia tak maklumkan kepada saya bahwa di mahu pergi ke Sibu. Cikgu Taufiq beritahu bahawa dia ada menawarkan bantuan untuk ambil saya dari Airport Sibu tapi saya menolaknya. Dalam hati saya masih banyak mengharap bantuan daripada makhluk. Dalam hati saya kurang tawajuh malah tiada pengharapan bantuan daripada Allah s.w.t. Saya sedih.
Setelah tiba di simpang Saratok kerana bas tersebut tak dapat masuk ke dalam pekan Saratok sebab bas tersebut terus direct pergi ke Kuching. Jadi, saya turun ke simpang saratok. Saya belum telefon mana-mana kawan untuk ambil saya dari simpang Saratok untuk pergi ke Pekan Saratok. Saya cuba lagi belajar untuk minta harap pada Allah s.w.t. dan bukannya makhluk. Dengan izin Allah, saya telah jumpa dengan kawan saya yang menaiki pancuan 4 roda Hilux. Saya minta bantuan daripada mereka untuk hantar saya pulang ke Pekan Saratok. Malangnya, mereka enggan menghulurkan bantuan kerana mereka ada urusan lain nak di buat. Dalam hati saya masih terlalu melekat mengharap pada mahkluk. Masih tiada tawajuh pengharapan sempurna pada Allah s.w.t. Saya sedih.
Saya singgah di surau yang terdapat di simpang Saratok. Setelah solat jamak, saya berdoa pada Allah supaya permudahkan saya pulang ke Saratok. Dalam hati saya masih mengharap pada mahkluk - selepas saya berdoa - saya telefon Amirul Shafiq untuk ambil saya di simpang Saratok. Setelah selesai berdoa, saya ambil hanset saya dan call Amirul Shafiq. Tak dapat call. Rupa-rupanya saya sudah habis kredit handphone. Ini bererti saya tak dapat call sesiapa sahaja. Saya sungguh menyesal dalam hati saya masih banyak mengharap pada makhluk. Tiada pengharapan 100% pada Allah s.w.t. Saya sedih.
Saya tunggu isteri saya  call saya namun masih tiada panggilan. Saya harap jika isteri saya call saya maka saya boleh minta bantuan dia cari sesiapa kawan dia untuk ambil saya di simpang Saratok. Saya masih harap pada mahkluk.
Saya duduk di Perhentian Bas. Di situ, saya lihat ada taukey cina sedang menjual jagung. Saya berdoa pada Allah supaya mudahkan saya pulang ke rumah saya dan berdoa apa yang diminta dan dijauhkan oleh Rasulullah s.a.w. Selepas itu, saya mahu memborong semua jagung taukey cina itu dengan syarat dia hantar saya pulang ke rumah. Akhirnya dia setuju untuk jualkan semua jagungnya dan hantar saya pulang ke rumah.
Inilah kisah hidup saya yang mahu belajar meminta dan mengharap pada Allah s.w.t. sahaja tanpa ada sedikit meminta dan mengharap pada mahkluk telah menemui satu pengalaman berharga. Bagi saya, tidak salah kita sentiasa gagal mengharap dan meminta pada Allah s.w.t. 100%, namun kita ada sedikit usaha ke arah tersebut. Belajar yakin Allah s.w.t. sebagai tempat kita mengharap. Bukannnya makhluk. Saya harap sentiasa mengharap pada Allah s.w.t. setiap masa dan keadaan.
Tiada cara lain selain kita sediakan diri dan orang lain, korbankan harta dan lapang masa keluar ke jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya ALLAH....

3 comments:

  1. banyakan sholat &doa sebagaimana kisah Ali r.hu apabila tiada makanan dirumah.Mislana kwn dr Seratok keluar di Perak sehat ke?

    ReplyDelete
  2. Susah nak belajar tawakal 100% pada Allah. Insya Allah mahu belajar tawakal setiap masa dan keadaan. Jazakallah khair kasiran tentang nasihat tuan tentang memperbanyakkan solat dan doa. Saya sekarang bermastautin di Saratok, Sarawak.

    ReplyDelete
  3. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete