Thursday, 24 April 2014

Punca hidup kita masih tidak berjaya di dunia dan akhirat walaupun kita telah beramal

Apakah punca hidup kita sentiasa dilanda kemurungan, kesedihan dan tekanan akibat daripada pelbagai masalah dunia seperti masalah alam pekerjaan, masalah kewangan, masalah rumahtangga dan sebagainya. Sedangkan kita sentiasa melakukan amal ibadat dengan mengerjakan perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan larangannya serta ikut sunnah Rasulullah s.a.w. Mengapa masih kita bersedih, berduka cita dan murung?.
Pada pandangan saya, walapun kita melaksanakan amal ibadat namun kita masih gagal meraih pertolongan atau bantuan daripada Allah s.w.t. disebabkan oleh dua (2) punca utama:
(1) Kita masih tidak yakin Allah s.w.t. menyelesaikan masalah kita walaupun kita melaksanakan amal ibadat.
Maksudnya ialah kita telah menyelesaikan masalah hidup kita melalui amal kerana ada janji-janji atau nusrah (pertolongan) dari Allah s.w.t. Namun, setelah kita mengerjakan amalan tersebut, tawajuh dan tawakal kita tidak 100% kepada Allah s.w.t. Hati kita masih bergantung 99% kepada makhluk untuk menyelesaikan masalah kita dan 1% bergantung harap pada Allah s.w.t. Berdasarkan tabiat buruk kita seperti ini, adakah Allah s.w.t. mahu menyelesaikan masalah kita walaupun kita telah mengerjakan sesuatu amalan agama. Insya Allah, Allah s.w.t. tidak mahu menolong kita kerana hati kita masih terlalu kuat bergantung harap kepada makhluk daripada Allah s.w.t.
Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah sebelum tidur insya Allah maka Allah s.w.t. tidak akan membiarkannya kebuluran pada esok hari. Selepas itu, kita begitu takjub dengan ganjaran dari amalan tersebut dan membaca surah al-Waqiah sebelum tidur pada setiap malam. Pada keesokan harinya, kita mendapati duit dalam kantung poket kita cuma ada RM100. Perancangan kita mahu menggunakan duit untuk membeli makanan dengan kos sejumlah RM80 untuk tujuan simpanan makanan selama 3 hari dan bakinya kita berikan kepada ibu kita. Pada masa yang sama, ibu kita mahu minta duit kepada kita sebanyak RM50. Jadi, kita telah yakin bahawa kalau kita berikan RM50 kepada ibu kita (biasanya RM20 telah kita berikan kepada ibu) maka kita tidak dapat membeli makanan untuk simpanan dalam tempoh 3 hari. Dalam hati kita, kita akan mengalami kebuluran mungkin pada hari ke-2 atau hari ke-3. Kita bertegas cuma memberikan RM20 kepada ibu kita kerana kita khuatir akan mengalami masalah kebuluran. Hati kita masih yakin pada duit menyelesaikan masalah kebuluran kita dan bukannya Allah s.w.t. Tuan-tuan fikir sendiri, adakah Allah s.w.t. akan menyelesaikan masalah kebuluran kita walapun kita selalu membaca surah al-Waqiah setiap malam sebelum tidur. Insya Allah, sudah pasti Allah s.w.t. tidak akan menyelesaikan masalah kebuluran kita kerana dalam hati kita masih 99% yakin pada duit menyelesaikan masalah kebuluran kita dan bukannya Allah s.w.t.
(2) Kita sudah merasa mengamalkan agama dalam kehidupan kita seharian walaupun kita mengerjakannya hanya sedikit sahaja. 
Maksudnya ialah kita sering beranggapan bahawa kita sudah amalkan agama dalam kehidupan. Namun kita hanya amalkan agama cuma setakat kita amal sahaja. Sedangkan amalan agama adalah seluruh lapangan atau bahagian dalam kehidupan. Kita tahu ilmu tentang sunnah masuk tandas tetapi kita tak amalkan keseluruhan sunnah masuk tandas. Kita cuma amalkan sedikit sahaja seperti doa masuk tandas dan pakai penutup kepala. Kita masih tidak amalkan sunnah masuk tandas yang lain seperti memakai selipar, masuk kaki kiri, keluar kaki kanan, doa keluar tandas dan sebagainya. Adakah kita masih mengaku amalkan agama yang sempurna dalam kehidupan kita?. Sudah tentu belum kerana kita cuma melaksanakan amal agama setakat mana kita amalkan. Adakah kehidupan kita masih mirip kehidupan Rasulullah s.a.w.? Sudah pasti terlalu jauh sekali. Kita yakin dan sedar bahwa apabila kita mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. dari bangun tidur hingga mahu tidur maka insya Allah kita akan berjaya di dunia dan akhirat. Dan kita juga yakin dan sedar bahwa apabila kita mengamalkan cara kehidupan Nasrani dan Yahudi maka insya Allah kita gagal di dunia dan akhirat. Malangnya pada hari ini kita telah amalkan cara kehidupan Nasrani dan Yahudi lebih-lebih banyak lagi daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Adakah Allah s.w.t. akan membantu kehidupan kita berjaya didunia dan akhirat?. Insya Allah, sudah pasti tidak.
Cara untuk menyelesaikan 2 punca kepada masalah kehidupan kita ini hanyalah melalui jalan dakwah. Dakwah ilallah (menyeru manusia kepada Allah s.w.t.) satu-satunya cara untuk membentuk keyakinan kepada amalan agama dan secara langsung akan memudahkan kita untuk beramal. Insya Allah. Oleh itu, syarat dakwah tidak lain tidak bukan ialah memerlukan perngorbanan, mujahadah dan susah payah untuk memperbaiki amalan agama kita. Insya Allah, pasti Allah s.w.t. akan turunkan hidayat kepada kita dan orang lain untuk amalkan agama dengan sempurna.
Kesimpulannya, kita hendaklah sediakan diri kita dan orang lain dengan korbankan harta serta lapangkan masa untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah azamm....

1 comment:

  1. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete