Sunday, 6 April 2014

Formula Kadar Amalan Agama

Formula Kadar Amalan Agama:

A + B + C + D + E + F = Kadar Amalan Agama

Petunjuk:

A = Kadar keyakinan terhadap perintah Allah s.w.t.
B = Kadar keyakinan terhadap perkhabaran Rasulullah s.a.w.
C = Kadar melaksanakan amalan agama
D = Kadar memperelokan amalan agama
E = Kadar keikhlasan dalam amalan agama
F = Kadar mendakwahkan amalan agama kepada orang lain

Keterangan:
Formula kadar amalan agama ini berkait rapat dengan 6 faktor penting iaitu keyakinan terhadap perintah Allah s.w.t. dan perkhabaran Rasulullah s.a.w., mempraktikan, memperelokan, keikhlasan dan dakwah amalan agama kepada orang lain. Semakin banyak kadar pada 6 faktor tersebut maka semakin banyak amalan agama insya Allah diterima oleh Allah s.w.t.
Untuk menjelaskan tentang formula ini, kita akan mengambil salah satu amalan ibadat untuk dijadikan contoh. Solat adalah contoh terbaik untuk menjelaskan formula ini. Solat adalah ibadat paling penting selepas iman. 
Formula kadar amalan agama ini bermula dengan kadar keyakinan terhadap perintah Allah s.w.t. Solat Fardhu adalah fardu ain atau kewajiban ke atas setiap orang yang beriman. Allah s.w.t. perintahkan orang beriman untuk solat pada waktu yang telah ditetapkan. Semakin tinggi keyakinan kita terhadap perintah solat oleh Allah s.w.t. maka semakin tinggi keinginan kita untuk bersolat. Semakin rendah keyakinan kita terhadap perintah solat oleh Allah s.w.t. maka semakin kurang keinginan kita untuk bersolat.
Selepas itu, kadar keyakinan terhadap perkhabaran Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t. telah perintahkan solat kepada kita dan mengikut cara Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat fardhu berjemaah di masjid sebab ganjarannya 27 darjat lebih baik daripada solat bersendirian. Semakin tinggi keyakinan terhadap ganjaran solat berjemaah dapat 27 darjat lebih baik daripada solat sendirian maka semakin tinggi keinginan untuk solat berjemaah. Semakin kurang keyakinan terhadap ganjaran solat berjemaah dapat 27 darjat lebih baik daripada solat sendirian maka semakin lemah keinginan untuk solat berjemaah.
Kemudian, kadar melaksanakan amalan agama. Setelah menyakini perintah solat oleh Allah s.w.t. dan ganjaran 27 darjat untuk solat jemaah dari perkhabaran Rasulullah s.a.w., seseorang itu hendaklah melaksanakan solat berjemaah. Semakin tinggi keyakinan terhadap fadhilat solat berjemaah maka semakin banyak amalan solat berjemaah telah dapat dilaksanakan. Semakin kurang keyakinan terhadap fadhilat solat berjemaah maka semakin kurang amalan solat berjemaah telah dilaksanakan.
Faktor seterusnya ialah kadar memperelokan amalan agama. Maksudnya ialah melaksanakan solat mengikut hukum hakam ajaran agama Islam. Kita sebagai rakyat Malaysia lebih cenderung kepada hukum hakam solat berdasarkan mazhab Syafiee. Semakin banyak kita mengerjakan solat belum tentu mengikuti hukum hakam solat mahzab Syafiee. Oleh itu, setiap solat yang kita laksanakan hendaklah menyempurnakan segala rukun-rukun wajib dalam solat, sentiasa menjaga tajwid dalam bacaan al-Fatihah dan Tayhiyat, sentiasa mengingati Allah s.w.t., tidak mengingati dunia dan melaksanakan solat yang memenuhi hukum hakam solat mazhab Syafiee. Sekiranya kita tidak memperelokan solat maka solat kita tidak ada kualiti walaupun kita banyak mengerjakan solat. Jadi, semakin banyak kita melaksanakan solat maka semakin kita berusaha untuk menunaikan solat dengan memenuhi tuntutan hukum hakam solat berdasarkan mazhab Syafiee.
Selepas itu, faktor seterusnya ialah kadar keikhlasan dalam amalan agama. Kita hendaklah melaksanakan solat untuk mencari redha Allah s.w.t. dan bukannya menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Walaupun solat kita kelihatan bagus tetapi niat dihati kita untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain maka Allah s.w.t. tidak akan menerima solat kita. Semakin banyak kita memenuhi hukum hakam solat maka semakin banyak kita periksa niat kita samada mencari redha Allah s.w.t. ataupun bukan.
Dan yang terakhir sekali ialah kadar mendakwahkan amalan agama. Maksudnya ialah disamping kita melaksanakan solat, kita juga hendaklah mengajak orang lain turut serta mengerjakan solat. Dakwah adalah element paling penting dalam formula ini. Tanpa dakwah, amalan agama tidak berkembang. Tanpa dakwah, amalan agama juga susah untuk dilaksanakan. Semakin banyak kita dakwah tentang solat maka semakin banyak kita menyakini solat dan mudah melaksanakan solat. Dakwah tidak semestinya kepada orang lain. Kita juga boleh dakwah kepada diri kita sendiri. Jika kita lemah untuk solat berjemaah maka kita dakwah tentang kelebihan solat berjemaah untuk diri kita sendiri.  Insya Allah, hidayat akan datang dalam diri kita dan Allah s.w.t. akan memberi taufik kepada kita untuk melaksanakan solat berjemaah.
Kesimpulan, formula kadar amalan agama ini hanya sekadar teori sahaja jika kita tidak mahu mempraktikannya. Untuk mempraktikan teori ini, kita hendaklah sediakan diri kita dan orang lain, korbankan harta dan lapangkan masa untuk keluar kejalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah..azam...

1 comment:

  1. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete