Maksud dakwah dan tabligh menurut Kitab Muntakhab Hadisth karangan Maulana Yusuf Alkandahlawi rah. mengatakan kita hendaklah berusaha menghidupkan usaha agama dengan cara Rasulullah s.a.w. diseluruh alam untuk membetulkan keyakinan dan amalan kita sendiri dan untuk membawa seluruh umat kepada keyakinan dan amalan yang betul. Dakwah Laa ilaha iallah ialah dakwah fardhu ain ke atas setiap orang beriman. Laa ilaha ilallah adalah kalimah iman. Menurut hadisth diriwayatkan oleh Hadzrat Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Iman mempunyai 70 lebih cabang. Antara cabang iman itu, yang paling afdhal mengucapkan kalimah Laa ilaha ilallah. Cabang iman yang paling rendah ialah mengalihkan sesuatu yang menyakiti dari jalan. Sementara sifat malu ialah satu cabang (yang penting) daripada iman."(Muslim)
Iman satu-satunya perkara penting yang wajib ada pada setiap orang beriman. Tanpa iman, apabila mati, cium bau syurga pun tak dapat. Apakah maksud iman?. Maksud iman menurut Kitab Muntakhab Hadisth karangan Maulana Yusuf Alkandahlawi rah. mengatakan makna iman dari segi bahasa ialah menerima dengan penuh yakin penyampaian seseorang yang tertentu kerana kepercayaan terhadapnya. Sementara dalam istilah agama pula makna iman ialah menerima dengan yakin perkhabaran Rasulullah s.a.w. tanpa melihat dengan mata sendiri semata-mata kerana mempercayai baginda s.a.w.
“Wahai orang yang beriman; berimanlah kamu kepada Allah, Rasul-Nya
(Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam ), kitab yang diturunkan kepada
Rasul-Nya dan kitab yang telah diturunkan sebelumnya. Barangsiapa kafir
(tidak beriman) kepada Allah, malaikat-Nya. kitab-kitab-Nya,
rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat, maka sesungguhnya orang itu sangat
jauh tersesat.” (QS. An Nisaa’ (4): 136
Allah s.w.t. telah perintahkan orang yang beriman supaya berusaha untuk memperbaiki iman sehingga seluruh kehidupan kita mengamalkan agama dengan sempurna. Begitu juga dengan Rasulullah s.a.w. telah perintahkan para sahabat untuk memperbaharui iman sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Hadzrat Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hendaklah kamu selalu memperbaharui iman kamu." Para Sahabat r.a. bertanya,"Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami?". Baginda s.a.w. bersabda,"Perbanyakkan ucapan Laa ilaha ilallah".(Musnad Ahmad, Tobarani: Targhib)
Insya Allah kita azam untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. dengan sediakan diri dan orang lain, korbankan harta dan lapangkan masa selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah....azam..
mohon share tuan.jzkk
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan,saya nak minta kebenaran tuan untuk guna artikel ni dalam tugasan saya boleh?terima kasih.
ReplyDelete