Nama saya Mohammad Khairul Azmi Bin Kamil. Saya seorang yang berpendidikan dari UiTM dalam jurusan Pengurusan Perniagaan. Hobi saya suka menulis pelbagai topik yang ingin saya beritahu kepada dunia. Saya suka berkongsi maklumat. Sebab itulah saya suka memberitahu pelbagai idea saya kepada pembaca blog. Saya sukakan respon daripada pembaca blog.
Nama blog saya Muzakarah Iman dan Amal. Maksudnya perbincangan dan perkongsian pendapat, idea atau maklumat berkaitan dengan iman dan amal. Mengapa iman dan amal?
Iman dan amal membantu kita untuk berjaya di dunia dan akhirat. Allah s.w.t. berjanji akan membantu hambanya yang ada iman dan amal. Selain daripada iman dan amal tiada janji daripada Allah s.w.t.
Iman adalah percaya dengan yakin perkara yang di firman Allah s.w.t. dan sabdaan Rasulullah s.a.w. walapun kita tak nampak perkara tersebut seperti janji-janji Allah s.w.t. dalam amal, syurga, neraka, malaikat dan sebagainya. Amal adalah sesuatu amalan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. yang akan memberi manfaat kepada orang yang beramal. Setiap amal ada janji-janji dan ganjaran daripada Allah s.w.t.
Iman tanpa amal tidak berguna. Begitu juga amal tanpa iman tidak berguna.
Contoh iman tanpa amal.
Seseorang itu yakin Allah s.w.t. tidak akan membiarkan dia kebuluran pada esok hari melalui perantaraan amal dengan membaca surah al-Waqiah sebelum tidur. Namun, dia tidak membaca surah al-Waqiah sebelum tidur. Adakah Allah s.w.t. akan membantu tidak akan membiarkan orang tersebut kebuluran pada esok pagi?. Sudah tentu Allah s.w.t. tidak akan bantu. Tamsilan seperti seorang pekerja yakin majikannya akan membayar gaji kepadanya namun dia tidak bekerja. Duduk dalam pejabat saja tanpa buat sebarang kerja. Adakah majikannya akan membayar gaji kepada pekerja tersebut?. Sudah tentu majikannya tidak akan membayar gaji kepada pekerja yang malas.
Contoh amal tanpa iman.
Seseorang itu membaca surah al-Waqiah sebelum tidur namun dia masih kurang yakin dengan faedah yang dia akan perolehi melalui amalan tersebut. Dia masih mempunyai keyakinan yang terlalu tinggi terhadap nilai duit. Hati dia sedar bahawa jika dia ada duit maka dia dapat hidup tanpa kebuluran. Hati dia masih yakin nilai tinggi yang ada pada duit dan kurang yakin dengan kudrat Allah s.w.t. untuk memberi manfaat kepadanya yang diperolehi melalui bacaan surah al-Waqiah. Ertinya dia yakin duit dan tak yakin Allah s.w.t. Tapi dia mengerjakan amalan tersebut. Adakah Allah s.w.t. akan membantu orang tersebut tanpa kebuluran pada esok pagi?. Sudah tentu Allah s.w.t. tidak akan membantu dia. Tamsilan seperti majikan telah menawarkan kepada seorang pekerja sesuatu pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Pekerja tersebut bersetuju dan melaksanakan pekerjaan tersebut namun dia masih kurang yakin dengan kemampuan majikannnya untuk membayar gajinya. Dalam hati dia ingin mencari sesuatu pekerjaan yang menjamin pendapatan lumayan. Dia telah melakukan pekerjaan yang lain untuk mendapatkan pendapatan yang terjamin. Majikan dia berasa kecil hati dan merajuk dengan tindakan pekerja tersebut kerana kurang yakin dengan kemampuannya untuk membayar gaji malah pekerja tersebut telah melakukan pekerjaan yang lain dengan anggapan pendapatan terjamin. Adakah kamu rasa majikan tersebut akan membayar gaji kepada pekerja tersebut setelah terkecil hati dan merajuk apabila mendapat tahu bahawa pekerja tersebut meragui kemampuannya untuk membayar gaji?. Sudah tentu majikan tersebut tidak akan membayar gaji kepada pekerja tersebut.
Untuk usaha atas iman dan amal hanya melalui mujahadah, susah payah dan pengorbanan dengan sediakan diri dan orang lain, korbankan harta dan lapangkan masa untuk baiki atau islah iman dan amal (Usaha untuk mengamalkan kesempurnaan agama dalam kehidupan 24 jam) selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah...azam....
No comments:
Post a Comment