Thursday, 26 July 2012

Kepentingan Muzakarah Iman dan Amal

(1) Setiap para nabi a.s akan dihantar ke dunia ini dengan tugas yang sama sebagai daie, dakwah kepada kaumnya kepada kalimah Laa ila ha ilallah.
(2) Setiap para nabi a.s ditugaskan untuk mengubah keyakinan manusia  yang yakin bahawa mahkluk ada kuasa memberi manfaat dan mudharat kepada yakin kepada Allah s.w.t. yang Maha Kuasa memberi manfaat dan mudharat.
(3) Setiap para nabi a.s ditugaskan untuk usaha ke atas kaumnya dengan membetulkan akidah, membetulkan iman dan membetulkan amal.
(4) Setiap para nabi a.s berdakwah melalui perkataan dan perbuatan.
(5) Setiap para nabi a.s. dakwah kalimah Laa ilaha ilallah dengan penuh ikhlas.
(6) Sahabat Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah keikhlasan iman?". Jawab Nabi s.a.w.:"Keikhlasan kalimah ialah mencegah diri daripada melakukan perkara yang haram."
(7) Sahabat Nabi s.a.w. sentiasa memakmurkan masjid dengan mengadakan muzakarah iman. Contoh, Abdullah B. Rawahah r.a. mengajak sahabat-sahabat yang lain,"Duduklah seketika kita beriman kepada Allah s.w.t."
(8) Sahabat Nabi s.a.w. mengajak para sahabat diluar masjid datang ke masjid untuk muzakarah iman. Contohnya, Abu Hurairah r.a. mengajak para sahabat pergi ke masjid dengan mengiklankan adanya harta pusaka baginda s.a.w. sedang dibahgi-bahagikan di masjid. Setelah para pergi ke masjid dan mendapati bahawa tiada harta pusaka baginda s.a.w. sedang dibahagi-bahagikan sebaliknya banyak halaqah iman yang telah diadakan. Abu Hurairah berkata bahawa itulah harta pusaka baginda s.a.w.
(9) Sahabat Nabi s.a.w. juga muzakarah amal dengan yakin janji-janji Allah disetiap amal dan mengambil manfaat terus daripada khazanah Allah s.w.t. melalui perantaraan amal. Contohnya, Ali r.a. mendapati tiada makanan di rumah. Kemudian, beliau solat. Dan masih mendapati tiada makanan dan beliau terus menerus solat. Sehingga pengisar gandum mengeluarkan banyak gandum.
(10) Jadi, mulai saat ini, kita berazam untuk menghidupkan amalan muzakarah iman dan amal. Insyallah....

Tuesday, 24 July 2012

Mari kita muzakarah tentang mesyuarat.....

(1) Mesyuarat akan menzahirkan kelebihan seseorang.
(2) Mesyuarat boleh mengislahkan seseorang.
(3) Mesyuarat akan membuka jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah.
(4) Mesyuarat boleh memajukan usaha agama.
(5) Melalui mesyuarat, kebolehan dan kepandaian umat ini akan digunakan untuk perkara yang betul (Agama)
(6) Kepentingan mesyuarat sama dengan kepentingan solat jemaah. Jika kita tidak menunaikan solat berjemaah maka kita tidak dapat ganjaran daripada solat. Begitu juga, jika kita tidak bermesyuarat maka kita tidak dapat ganjaran daripada usaha kita. 
(7) Solat jemaah boleh menyatukan umat, wujud kasih sayang, ada kekuatan amal dan amal tersebar. Seperti juga mesyuarat boleh menyatukan hati dan umat ini.
(8) Mengambil bahagian dalam mesyuarat dan membuat kerja berdasarkan keputusan mesyuarat adalah perkara fardu ain dalam membuat usaha agama ini.
(9) Barangsiapa yang terputus dalam mesyuarat maka dia terputus hubungan dalam usaha agama.
(10) Barangsiapa yang membuat kerja berdasarkan keputusan mesyuarat maka dia sentiasa dalam membuat pekerjaan agama dan menjadi mahir dalam membuat kerja agama.
(11) Orang yang berpengalaman dan mahir dalam membuat kerja agama wajib taat dengan keputusan mesyuarat.
(12) Tiada siapa yang bebas dalam mesyuarat.
(13) Rasulullah s.a.w. sentiasa bermesyuarat dengan sahabatnya dalam hal-hal agama.
(14) Rasulullah s.a.w. sentiasa berpendirian dengan keputusan mesyuarat.
(15) Setelah keputusan mesyuarat dibuat, kita jangan ada syak atau ragu-ragu dengan keputusan mesyuarat sebaliknya kita kena yakin dengan bantuan Allah s.w.t dan bertawakal dengan Allah s.w.t.
(16) Selepas keputusan mesyuarat diibuat, kita jangan anggap kita sudah bebas daripada tanggungjawab kerja agama.
(17) Selepas keputusan mesyuarat dibuat, kita kena banyak fikir risau dengan takaza agama yang belum disempurnakan lagi.
(18) Selama mana takaza agama belum disempurnakan, selama itu kita kena banyak fikir risau.
(19) Apabila kita melakukan kesilapan ketika menyempurnakan takaza agama setelah diputuskan dalam mesyuarat, maka Allah s.w.t. akan memaafkan kita dan membetulkan kesilapan kita, kerana kita buat takaza agama dalam mesyuarat.
(20) Selepas keputusan mesyuarat dibuat, semua diberi tugas untuk diselesaikan, maka semua orang akan dapat ganjaran yang sama daripada Allah s.w.t.
(21) Jika kita melakukan kerja agama melalui mesyuarat maka kita bebas daripada sifat takabur dan nifak.
(22) Melalui mesyuarat, Allah s.w.t. buangkan sifat-sifat buruk kita.
(23) Melalui mesyuarat, Allah s.w.t. tanamkan sifat-sifat baik dalam diri kita.
(24) Rasulullah s.a.w. tidak akan membuat keputusan mesyuarat dalam keadaan tergesa-gesa sebaliknya baginda s.a.w. akan memberi peluang kepada para sahabat r.a. untuk berfikir.
(25) Amir mesyuarat tidak perlu memberi cadangan. 
(26) Amir hanya dengar cadangan. 
(27) Amir hanya fikir tentang cadangan yang diberikan. 
(28) Amir hanya tumpu tawajuh kepada Allah.
(29) Amir hanya melihat manfaat sesuatu cadangan. 
(30) Allah s.w.t. memberi ilham kepada amir untuk membuat keputusan. 
(31) Amir membuat keputusan tanpa terikat dengan suara majoriti dan minoriti.
(32) Amir boleh membuat keputusan berdasarkan seorang sahaja yang memberi cadangan.
(33) Mesyuarat bukan sekadar membuat keputusan sesuatu takaza agama.
(34) Mesyuarat adalah satu medium untuk menyatukan kepelbagaian fikir kepada satu fikir risau.
(35) Berbeza pendapat adalah rahmat dari Allah s.w.t., beza pendapat akan membuka pelbagai jalan penyelesaian.
(36) Jika berbeza pendapat menyebabkan pecah hati maka ia akan menarik azab daripada Allah s.w.t.
(37) Pada hari ini, kita yakin bahwa pendapat kita betul. Kalau pendapat kita tak diterima maka kita cepat marah dan melenting. Apabila sesuatu takaza agama gagal untuk disempurnakan maka kita akan mengungkit tentang pendapat kita yang dulu telah ditolak mentah-mentah. Inilah tanda orang yang tidak beriman kepada Allah s.w.t.
(38) Tidak ada mesyuarat sebelum mesyuarat dan juga tidak ada mesyuarat selepas mesyuarat.
(39) Jika kita ada membuat mesyuarat sebelum mesyuarat dan mesyuarat selepas mesyuarat maka kita telah khianat dalam mesyuarat.
(40) Mesyuarat adalah amanah.
(41) Dalam mesyuarat tidak ada kumpulan.
(42) Dalam mesyuarat, kita kena anggap semua adalah kawan kita.
(43) Kita jangan beri cadangan untuk menaikkan nama kawan kita.
(44) Kita jangan beri cadangan dengan anggapan bahwa cadangan kita paling bagus.
(45) Kita beri cadangan dengan anggapan bahwa apa-apa sahaja keputusan mesyuarat yang telah dibuat maka kita kena taat.
(46) Kita jangan tekan cadangan kita.
(47) Mesyuarat akan mewujudkan sifat taat dalam dirik kita dan bukannya sifat takabur.
(48) Barangsiapa yang cadangannya ditolak maka dia perlu ada sifat takut kepada Allah s.w.t.
(49) Barangsiapa yang cadangannya diterima maka dia perlu ada sifat lebih-lebih lagi takut kepada Allah s.w.t.
(50) Apabila ada perbezaan pendapat dikalangan para sahabat, Rasulullah s.a.w. ada juga mengunakan uslub membuat keputusan berdasarkan suara majoriti.
(51) Sebelum mengadakan mesyuarat, amir kena pastikan semua orang telah hadir dalam mesyuarat.
(52) Jika seseorang dipelawa untuk menghadiri mesyuarat kemudian menolak atas alasan tertentu maka dia seorang yang takabur.
(53) Amir jangan menganggap ketidakhadiran seseorang tidak memberi kesan kepada mesyuarat.
(54) Seorang yang tidak hadir dalam mesyuarat berkemungkinan dia akan menjadi pengkhianat atau penfitnah.
(55) Amir dan fikirman jangan menganggap bahawa mereka adalah besar. Maka ia akan wujud sifat takabur, bangga diri dan riak.
(56) Jika Amir dan fikirman mempunyai sifat buruk maka orang yang hadir dalam mesyuarat akan duduk dalam keadaan pecah hati.
(57) Orang yang hadir dalam mesyuarat hendaklah duduk kerana Allah s.w.t. dan bukannay kerana amir atau syura'.
(58) Setiap orang kena hadir dalam mesyuarat samada amir, makmum, fikirman, orang kampung, orang bandar, orang bijak atau orang yang buta huruf.
(59) Mesyuarat bukannya memerlukan idea yang hebat-hebat.
(60) Mesyuarat hanyalah memerlukan fikir risau yang banyak.
(61) Mesyuarat menyatukan fikir risau.
(62) Mesyuarat memikirkan tentang takaza agama.
(63) Mesyuarat menyempurnakan takaza agama.
(64) Mesyuarat memajukan takaza agama.
(65) Mesyuarat memajukan setiap orang atas pengorbanan mereka dalam menyempurnakan takaza agama.
(66) Mesyuarat akan menggunakan kebolehan dan kepandaian setiap orang yang hadir.
(67) Mesyuarat akan menggunakan diri, harta dan masa kita untuk menyempurnakan takaza agama.
(68) Melalui mesyuarat, sifat-sifat baik akan datang dalam diri kita seperti taat, mujahadah, khidmat, tawaduk dan sentiasa menangis kerana Allah s.w.t.
(69) Semasa mesyuarat, kita kena fikir alami.
(70) Semasa mesyuarat, mulakan dengan takaza agama yang besar kemudian takaza agama yang kecil.
(71) Mulai hari ini kita kena buat keputusan bahawa kita tidak akan melakukan sesuatu tanpa mesyuarat.
(72) Semua perkara kita kena buat mesyuarat.
Insyallah.....azamm.....

Monday, 23 July 2012

Kehidupan di dunia umpama mimpi aje....

Hidup di dunia ini cuma mimpi aje...Walaupun mimpi, perasaan kita terhadap apa yang kita bayangkan atau mimpi seolah-olah kehidupan yang real atau hidup. Kita menyakini bahawa apabila kita bermimpi makan seolah-olah kita menyakini bahawa kita sedang menikmati kelazatan makanan tersebut dengan merasai kepedasan, kemasaman dan kepahitan. Sebenarnya makanan yang kita mimpikan itu cuma mimpi sahaja. Begitu juga kita mimpi menaiki kereta dengan menyakini kita sebenarnya sedang memandu kereta. Sebenarnya kita cuma mimpi saje...
Begitulah dunia ini cuma mimpi aje...Apa yang kita sedang buat sekarang ni..Apa yang kita miliki sekarang ni..Apa perasaan kita masa ni...Apa fikiran kita masa nie....Semuanya adalah mimpi aje...Semuanya adalah mainan mimpi aje...Maksudnya penglihatan mata kita melihat dihadapan kita telah menipu kita....Perasaan kita menyakini apa yang kita lihat adalah benar tapi sebenarnya penglihatan kita telah menipu perasaan kita...Perasaan kita menyakini apa yang kita lihat berdasarkan pengalaman yang lepas dan pemikiran bijak kita....
Walaupun pengalaman dan pemikiran kebijaksanaan kita membantu perasaan kita menyakini apa yang kita lihat...sebenarnya pengalaman dan pemikiran kebijaksanaan kita juga adalah penipu...contohnya, kita mimpi memandu kereta dan kita sedang melihat pemandangan di hadapan serta memandu dengan hemah berdasarkan pengalaman memandu dan kepintaran pemanduan...dan kita cuma memandu memusing bulatan...pertama kali kita mimpi memandu dengan memusing bulatan, kita sedang belajar apa yang berada dihadapannya, macamana menghadapi gangguan dihadapannya, macamana memusing bulatan dengan betul (TAHAP BELAJAR)...kali kedua kita mimpi memandu dengan memusing bulatan yang pernah kita lakukan sebelumnya, kita menggunakan pengalaman memusing bulatan..kita tahu apa yang dihadapannya, macamana nak mengelak gangguan dihadapan jalan dan kita sudah tahu cara terbaik untuk memusing bulatan daripada sebelumnya (TAHAP PENGALAMAN)...kali ketiga dan seterusnya, kita mimpi memandu dengan memusing bulatan berdasarkan pengalaman...
Tapi, kita tidak tahu bahawa perbuatan kita sedang memandu kereta dengan memusing bulatan adalah gambaran mimpi sahaja...gambaran mimpi yang terhasil oleh perasaan kita dan dibantu dengan otak dan pengalaman hidup.....Maksudnya, kita cuma mimpi aje....Apabila kita terjaga daripada mimpi..kita dalam keadaan sedar....Kita sebenarnya bukan sedang memandu kereta sekarang ini...Kita sebenarnya bermimpi sedang memandu kereta...Pada masa sekarang ini...Takde kereta..Takde jalan raya...Takde pemandangan indah sepanjang jalan...Takde bulatan jalan....Yang ada cuma kita sahaja..
Biasanya kita mimpi dalam tidur jangka masa yang singkat atau lebih kurang 8 jam sehari....Begitu juga kita hidup dalam dunia ini dalam tempoh yang singkat atau lebih kurang umur 60 atau 70 tahun....Apabila kita terjaga daripada mimpi, baru kita merasai bahawa kita menikmati kelazatan mimpi dalam tempoh yang singkat aje...Begitu juga apabila kita terjaga (Bangkit) dari mimpi dunia, baru kita merasai bahawa kita menikmati kelazatan dunia dalam tempoh singkat aje....
Beginilah kehidupan kita sebenarnya yang telah menipu kita...Apabila kita bangkit pada padang Masyhar....Kita baru sedar bahawa kita sedang bermimpi di alam dunia dahulu....Di padang Masyhar, baru kita sedar bahawa di hadapan kita (Sedang melihat padang Masyhar) adalah kehidupan yang sebenar-benarnya.....
Jika kita hidup di dunia dengan patuh perintah Allah dan ikut cara Rasulullah s.a.w., maka kita akan berasa gembira di padang Masyhar....Jika kita hidup di dunia dengan melanggar perintah Allah dan ikut kehidupan kafir, maka kita akan berasa menyesal yang teramat sangat di padang Masyhar...

Kuliah Hadisth: Mari kita belajar SANAD HADISTH

SANAD DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

Al-Isnad al-‘Ali Wa al-Nazil

Pendahuluan
Selain menjadi sunnah yang amat dititikberatkan, sanad merupakan ciri khusus yang utama bagi umat ini yang tidak dimiliki oleh mana-mana umat yang terdahulu. Oleh itu, menjadi kewajipan kepada setiap individu berpegang dengannya ketika menukilkan hadis dan riwayat. Ibn al-Mubarak berkata: “Sanad itu sebahagian dari agama. Jika tidak kerana sanad, sesiapa sahaja akan mengatakan apa yang disukainya. Sufyan al-Thawri berkata: “Sanad adalah senjata orang mukmin.”
Demikian juga mencari sanad yang tinggi merupakan sunnah sebagaimana kata Imam Ahmad bin Hanbal: “Mencari sanad yang tinggi adalah sunnah di sisi salaf.” Murid-murid Ibn Mas’ud mengembara dari Kufah ke Madinah untuk belajar dan mendengar hadis daripada Sayyidina ‘Umar. Oleh kerana itu, mengembara untuk mencari hadis sangat dituntut dan digalakkan. Ramai dari kalangan sahabat yang telah mengembara untuk mencari sanad yang tinggi, antara mereka ialah Abu Ayyub dan Jabir r.a.


Definisi
Dari sudut bahasa, al-‘Ali ialah kata nama pelaku daripada al-‘Uluww iaitu ketinggian lawan kepada al-Nuzul iaitu kerendahan. Al-Nazil pula kata nama pelaku daripada al-Nuzul.
Mengikut istilah, al-Sanad al-‘Ali ialah sanad yang mempunyai jumlah perawi yang sedikit berbanding dengan sanad lain yang mempunyai bilangan perawi lebih ramai yang membawa kepada hadis sama.
Al-Sanad al-Nazil ialah sanad yang mempunyai jumlah perawi yang ramai berbanding dengan sanad lain yang menyampaikan kepada hadis sama dengan bilangan perawi lebih sedikit.

Bahagian-Bahagian Ketinggian Sanad
 
Ketinggian sanad terbahagi kepada lima bahagian, salah satu daripadanya adalah ketinggian mutlak dan yang lain adalah ketinggian secara nisbi (relatif):

1)            Hampir kepada Rasulullah s.a.w. dengan sanad yang sahih dan bersih. Ini merupakan bahagian ketinggian yang paling utama.

2)            Hampir dengan salah seorang imam hadis walaupun selepasnya terdapat ramai bilangan perawi yang menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Contohnya dekat dengan al-A’masy atau Ibn Juraij, Malik atau imam yang lain dengan syarat sanad yang sahih dan bersih.

3)            Hampir dengan melihat kepada periwayatan salah satu Sunan Sittah atau kitab-kitab hadis lain yang diakui. Bahagian ini lebih diberi perhatian oleh ulama dan ia terbahagi pula kepada muwafaqah, abdal, musawah dan musafahah.

3.1. Muwafaqah
 Iaitu sampainya kepada syeikh salah seorang pengarang kitab bukan melalui jalannya dengan bilangan perawi yang berkurangan berbanding jika diriwayatkan melaluinya.

Contohnya: Hafiz Ibn hajar menyebutkan di dalam Syarah Nukhbah al-Fikar: Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Qutaibah daripada Malik. Sekiranya kita meriwayatkan hadis tersebut melalui jalan al-Bukhari maka bilangan perawi antara kita dan Qutaibah menjadi seramai lapan orang. Tetapi jika kita meriwayatkannya melalui Abu al-‘Abbas al-Siraj daripada Qutaibah maka bilangan perawi antara kita dan Qutaibah hanya tujuh orang. Dengan itu, kita memperolehi muwafaqah dengan Imam al-Bukhari pada syeikhnya di samping ketinggian sanad berbanding dengan beliau.

3.2 Badal
Iaitu sampai kepadaguru bagi guru  salah seorang pengarang kitab hadis dengan jalan lain dengan bilangan perawi yang berkurangan daripada jalan syeikh tersebut. Contohnya seperti yang disebutkan oleh Hafiz Ibn Hajar: “Seperti sanad itu sendiri sampai kepada kita melalui jalan lain kepada al-Qa’nabi daripada Malik maka al-Qa’nabi itu menjadi badal kepada Qutaibah.

3.3 Musawah
Musawah iaitu sama bilangan sanad daripada perawi sehingga kepada akhirnya bersama-sama sanad salah seorang pengarang kitab.

Contohnya:  Apa yang disebutkan oleh Hafiz Ibn Hajar: “Seperti al-Nasa`i meriwayatkan satu hadis yang menjadi perantaraan antara beliau dengan Rasulullah s.a.w. seramai 11 orang. Hadis itu sendiri kita meriwayatkannya dengan sanad yang lain melalui perantaraan 11 orang juga. Dengan itu, kita menyamai al-Nasa`i dari sudut bilangan.

3.4 Musafahah
Iaitu sama bilangan sanad daripada perawi hingga kepada hujungnya bersama dengan sanad murid salah seorang pengarang-pengarang. Dinamakan musafahah kerana kebiasaannya dua orang perawi yang bertemu akan berjabat tangan (musafahah).


4)      Ketinggian Dengan Sebab Terdahulu Kewafatan Perawi
Contohnya seperti yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi: “Hadis yang saya terima daripada tiga orang daripada al-Baihaqi daripada al-Hakim lebih tinggi daripada saya meriwayatkan daripada tiga orang daripada Abu Bakr bin Khalf daripada al-Hakim kerana kewafatan al-Baihaqi itu terdahulu daripada kewafatan Ibn Khalf.


5)      Ketinggian Dengan Sebab Terdahulu Mendengar Hadis
Iaitu terdahulu mendengar hadis daripada syiekh. Sesiapa yang mendengar dahulu maka ia dikira lebih tinggi daripada orang yang mendengar kemudian.

Contohnya: Dua orang perawi mendengar hadis daripada seorang syeikh dan sama’ salah seorang itu sejak enam puluh tahun sedangkan seorang lagi sejak empat puluh tahun dalam keadaan bilangan perawi yang menyampaikan kepada mereka berdua itu sama maka yang pertama lebih tinggi daripada yang kedua. Ini lebih diberikan perhatian apabila guru seorang itu ikhtilat (fikiran bercelaru) atau nyanyuk.


Bahagian Kerendahan Sanad

Terdapat lima bahagian sanad rendah dan dapat diketahui daripada lawannya iaitu ketinggian sanad. Setiap bahagian ketinggian sanad adalah lawan kepada setiap bahagian kerendahan sanad.


Adakah Ketinggian Sanad Lebih Utama Atau Kerendahan Sanad?

Mengikut pendapat sahih yang dipegang oleh majoriti ulama, ketinggian sanad itu lebih utama kerana ia menjauhkan daripada andaian banyak berlaku kecacatan dalam hadis dan kerendahan sanad itu tidak disukai. Ibn al-Madini berkata: “Kerendahan sanad itu adalah pesimis”. Hal ini berlaku apabila sanad itu sama kuat.
Kerendahan sanad itu lebih utama apabila sanad yang rendah itu mempunyai keistimewaan.[1]


Karangan-Karangan Yang Masyhur
Secara umumnya, tidak terdapat kitab khusus tentang sanad-sanad tinggi atau rendah tetapi ulama hadis telah menulis secara berasingan juzuk-juzuk yang dinamakan sebagai al-Thulathiyyat yang bermaksud hadis-hadis yang mempunyai perantaraan antara pengarang dan Rasulullah s.a.w. seramai tiga orang sahaja. Ini sebagai isyarat kepada perhatian ulama terhadap sanad-sanad tinggi. Antaranya ialah:
  1. Thulathiyyat al-Bukhari oleh Ibn Hajar
  2. Thulathiyyat Ahmad bin Hanbal oleh al-Saffaraini.


Al-Musalsal

Definisi
Pada bahasa: al-Musalsal ialah kata nama objek al-Salsalah iaitu bersambung sesuatu dengan yang lain, daripadanya terbit perkataan Silsilah al-Hadid (rantai besi) dinamakan dengan demikian kerana keserupaannya dengan silsilah dari sudut pertautan atau persamaan antara juzuk-juzuk.
Pada istilah:
Berterusan perawi-perawi sanad dengan satu sifat atau keadaan periwayatan atau juga para perawi.


Huraian Takrif
Hadis musalsal iaitu hadis yang perawi-perawi berturut-turut dengan:
  1. Berkongsi satu sifat
  2. Berkongsi satu keadaan
  3. Berkongsi satu sifat periwayatan

Bahagian-bahagiannya

Daripada huraian takrif jelas bahawa musalsal mempunyai tiga bahagian iaitu:
Musalsal dengan keadaan perawi, musalsal dengan sifat perawi dan musalsal dengan sifat periwayatan. Berikut ini penjelasan bagi setiap bahagian tersebut.

1.      Musalsal dengan keadaan perawi-perawi
Musalsal dengan keadaan perawi-perawi itu sama ada ucapan sahaja, perbuatan sahaja atau kedua-duanya sekali.

1.1  Musalsal Dengan Keadaan Perawi Secara Ucapan
Seperti hadis Mu’az bin Jabal bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: “Wahai Muaz, sesungguhnya aku menyintaimu maka ucapkanlah setiap kali engkau selesai bersembahyang: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingati, mensyukuri dan mengelokkan ibadat kepada Engkau.” Berlaku tasalsul dalam periwayatan hadis ini dengan kata-kata setiap perawinya, “sesungguhnya aku menyintaimu maka ucapkanlah.[2]

1.2  Musalsal Dengan Keadaan Perawi Secara Perbuatan
Seperti hadis Abu Hurairah, katanya, Rasulullah s.a.w. menyilang antara jari-jariku dan bersabda: “Allah menciptakan bumi pada hari Sabtu.” Setiap perawi telah meriwayatkan secara musalsal dengan menyilang jari-jari perawi yang meriwayatkan hadis ini daripadanya.

1.3  Musalsal Dengan Keadaan Perawi Secara Ucapan Dan Perbuatan
Seperti hadis yang diriwayatkan Anas katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seseorang itu tidak akan mengecapi kemanisan iman sehinggalah dia  beriman dengan taqdir, baik dan buruknya, manis dan pahitnya, dan Rasulullah s.a.w. menggenggam jangggutnya sambil mengucapkan: “Aku beriman dengan taqdir baik dan buruknya, manis dan pahitnya. Setiap perawi telah meriwayatkan secara musalsal dengan menggenggam jangggut dan mengucapkan,  aku beriman dengan taqdir baik dan buruknya, manis dan pahitnya.


2.      Musalsal Dengan Sifat-Sifat Perawi
Sifat perawi merangkumi ucapan dan juga perbuatan

2.1  Musalsal Dengan Sifat-Sifat Perawi Secara Ucapan
Seperti hadis musalsal dengan bacaan surah al-Saff. Hadis ini menjadi musalsal kerana setiap perawi mengucapkan, si fulan membacanya dengan cara seperti ini.
Al-‘Iraqi berkata: “Sifat-sifat perawi secara ucapan dan keadaan mereka secara ucapan sangat hampir bahkan saling menyerupai.

2.2  Musalsal Dengan Sifat-Sifat Perawi Secara Perbuatan
Seperti sama nama-nama perawi seperti musalsal perawi bernama Muhammad, atau sama nama-nama mereka, musalsal fuqaha` atau hafiz-hafiz hadis atau sama nisbah seperti perawi-perawi Dimasyq atau Mesir.

2.3  Musalsal Dengan Sifat Periwayatan
Sifat periwayatan sama ada berkaitan dengan lafaz-lafaz penyampaian, masa  periwayat atau tempat periwayatan.
  1. Musalsal lafaz-lafaz penyampaian seperti hadis musalsal dengan kata-kata setiap perawinya: saya telah mendengar, si fulan telah memberitahu kepada saya.
  2. Musalsal masa periwayatan, seperti hadis musalsal dengan periwayatan pada hari raya.
  3. Musalsal tempat periwayatan seperti hadis musalsal tentang dimaqbulkan doa di Multazam.


Hadis Musalsal Yang Paling Utama
Ialah yang menunjukkan kepada bersambung-sambung mendengar tanpa berlaku tadlis.

Faedah
Mempunyai ketepatan (dhabt) tambahan pada perawi-perawi

Adakah Disyaratkan Ada Tasalsul Pada Semua Sanad?
Tidak disyaratkan ada tasalsul pada semua sanad kerana kadang-kadang tasalsul itu terputus di tengah atau di akhir sanad. Walau bagaimanapun ulama menyebutkannya sebagai hadis ini musalsal setakat si fulan.

Tidak Ada Kaitan Antara Tasalsul Dan Kesahihan
Sedikit sekali hadis musalsal selamat dari kedha’ifan walaupun asal hadis itu sahih bukan melalui  jalan tasalsul.

Karangan Yang Paling Masyhur
  1. Al-Musalsal al-Kubra oleh al-Suyuti, mengandungi 85 hadis.
  2. Al-Manahil al-Salsalah fi al-Ahadith al-Musalsalah oleh Muhammad al-Baqi al-Ayyubi, yang mengandungi 212 hadis.


Tuesday, 17 July 2012

Kepimpinan Menurut Perspektif Islam

Menurut Dr. Hassan Ahmad, pemimpin yang sebenar ialah orang yang mampu membawa perubahan yang besar, yang paradigmatic, dalam kehidupan, pemikiran dan keadaan sosial manusia, masyarakat, bangsa dan negara yang di pimpinnya. Contohnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya mengubah masyarakat Arab jahiliyah kepada masyarakat Islam yang bertamadun tinggi. 
Namun demikian, kepimpinan bukannya satu keistimewaan tetapi ia adalah tanggungjawab. Ibnu Umar. r.a. meriwayatkan sebuah hadisth, “Ketahuilah, setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya atas pimpinannya. Dan pemimpin manusia akan ditanya atas pimpinannya. Dan setiap suami itu pemimpin atas ahlinya yang akan ditanya atas pemimpinnya. Dan setiap isterinya itu memelihara rumahtangga suaminya dan menjaga anak-anak suaminya dan ia akan di tanya atas pimpinannya. Dan setiap pelayan itu pemimpin dalam mengurus harta majikannya dan akan ditanya atas pimpinannya. Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya atas pemimpinnya.” Menurut tafsiran Ustaz Abdul Latif tentang hadisth di atas ialah kehidupan seseorang manusia tidak dapat lari daripada tanggungjawab samada berkaitan hal keagamaan dan keduniaan. 
Sebagai mahkluk sosial, manusia memerlukan seorang pemimpin yang boleh memimpin mereka dengan baik. Walau bagaimanapun, tidak semua pemimpin yang dipilih mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik. Kata Tun Dr. Mahathir,“Kepimpinan yang baik jelas amat penting. Kita jarang dapat mengenal pasti pemimpin yang baik dari awal bagi membolehkan kita membuat pilihan yang betul. Rakyat Jerman yang memilih Hitler tidak tahu beliau akan menjadi pemimpin jenis macamana. Sebaliknya, pemimpin yang akhirnya muncul sebagai pemimpin yang baik menghadapi banyak kesulitan dalam memenangi sokongan rakyat pada awalnya. Malahan Nabi (Muhammad s.a.w) dibaling dengan batu oleh penduduk Taif ketika baginda mula menyebarkan ajaran agama Islam.” 
Lazimnya, kepimpinan bermula dengan kedudukan dan jawatan (position). Namun ia mestilah ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Apabila seorang ketua berjaya memperlihatkan bibit-bibit kewibawaan pada dirinya, maka pengikut akan mula membenarkan diri mereka dipimpin dan diterajui oleh ketua tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan tahap permission.
Di sini, mungkin pengikut akan membenarkan seorang ketua melaksanakan lebih dari skop kerjanya semata-mata. Pengikutnya akan bertanya lebih dari soal kerja, meminta pandangan tentang satu dua masalah peribadi, dan membolehkan kumpulan atau organisasi tersebut maju setahap lagi ke peringkat production. Kerjasama yang meningkat di antara seorang pemimpin dengan mereka yang dipimpin, akan membolehkan mereka bersinergi. Dengan cara ini, hasil kerja mereka akan jadi lebih produktif.
Tetapi jika seorang pemimpin yang sudah elok bergaul dengan pengikutnya, berjaya memberikan impak dan mengubah kehidupan pengikutnya kepada yang lebih baik, maka kepimpinannya sudah naik ke tahap yang keempat iaitu people development. Pemimpin di tahap ini akan membantu pengikutnya membangunkan potensi diri.
Akan tetapi, seorang pemimpin yang benar-benar cemerlang adalah pemimpin yang berjaya sampai ke peringkat kelima. Kepimpinannya bukan hanya memberikan kesan kepada soal taraf kehidupan pengikut, atau kejayaan karier mereka, malah berjaya membentuk pengikutnya menjadi insan yang cemerlang, hasil pengaruh dirinya sendiri ke atas mereka yang dipimpin (personhood). Ia sukar untuk dicapai, kecuali selepas seseorang itu menghabiskan seluruh umurnya untuk membangunkan manusia mencapai potensi terbaik mereka.
Tun Dr. Mahathir telah mengariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik iaitu:-
1)     Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
2)     Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri sendiri.
3)     Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
4)     Beliau patut bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran,
5)     Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan. Beliau perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
6)     Beliau patut bersedia melakukan yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan. Beliau patut mendukung slogan kepimpinan melalui teladan.
7)     Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya. Dr Mahathir berkata seorang pemimpin perlu mempunyai banyak idea, idea untuk hala tuju kepimpinan, idea mengenai perkara yang beliau dan pengikutnya perlu lakukan atau capai dan idea untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dan persekitaran mereka. 
Selain itu, seorang pemimpin tidak perlu bergantung kepada kuasa asing untuk membantu dalam pemerintahannya. Kata Tun Dr. Mahathir,” Kalau saya boleh dianggap berjaya, sebabnya ialah kerana saya tidak bergantung kepada sesiapa termasuk kepada orang asing. Sikap saya ialah saya kena bergantung kepada diri saya sendiri.”  Jikalau seorang pemimpin mahu mengambil jalan mudah dengan meminta bantuan daripada orang asing akan menyebabkan negara sentiasa dijajah. Hal ini pernah berlaku pada zaman dulu dinegeri-negeri Melayu dimana raja-raja Melayu bergantung dengan British untuk menguruskan pemerintahan mereka. Kata Tun Dr. Mahathir,” Mereka (British) berkata kepada raja:”Kita akan bayar pencen (political pencion). Raja tidak payah buat kerja apa, tidak perlu tadbir apa-apa pun. British akan tadbir..kita akan bayar semua belanja. Jadi kerana hendak dapat sesuatu dengan mudah dan boleh dapat political pension, tidak payah kerja, jadi mudahlah dan serah semuanya kepada British. Kita bukan ditawan oleh British. Kita serah negeri kita kepada bristish pasal hendak cari jalan mudah.” 
Selain itu, seorang pemimpin perlu menjauhi sifat mengumpul harta untuk kepentingan sendiri. Cuba kita renungkan kata - kata Saidina Ali Abi Talib r.a.,“Sesungguhnya, kerosakkan yang berlaku pada bumi ini berpunca daripada kesengsaraan hidup penduduknya, dan penduduknya sengsara apabila orang yang memerintah negeri asyik mengumpul harta untuk kepentingan sendiri, apabila mereka sendiri tidak yakin akan kekalnya pemerintahan mereka, dan apabila mereka tidak mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian tidak baik (yang berlaku disekeliling mereka). 
Dr. Hassan Ahmad ialah Pengarah Eksekutif Yayasan Karyawan telah membuat tafsiran tentang kata-kata Ali r.a. seperti berikut,“Keadaan inilah yang banyak sekali berlaku dinegara ‘membangun’, termasuk negara Islam, pada hari ini. Ekonomi negara kucar-kacir; rakyat yang miskin semakin miskin; golongan yang kaya bertambah kaya. Wang Negara digunakan untuk memperkayakan diri sendri atau kanco-konconya si pemimpin.”
Tambah beliau lagi,”Sesebuah negara atau sesuatu bangsa boleh hancur disebabkan korupsi pemimpinnya. Kesan merebak kebawah, keseluruhan masyarakat dan institusi awam. Jika orang di atas melakukan perbuatan ini, secara berleluasa, orang dibawah mula berasa bebas untuk mengikuti contoh mereka, tidak takut lagi melakukan kesalahan yang sama. Akhirnya negara seperti itu menjadi mangsa penjajahan sistem ‘ekonomi bebas’ global yang diciptakan, digerakan dan dikawal oleh kuasa-kuasa kapitalis Barat melaui alat mereka seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Atau rakyat di negara itu akan menjadi eksploitasi para pedagang dan kapitalis yang ‘bersahabat’ dengan golongan yang berkuasa.”
Kata Dr Mahathir, tidak kira betapa seseorang itu cuba mempamerkan kualiti dan ciri-ciri pemimpin yang baik, ia bukan jaminan bahawa mereka tidak mungkin melakukan kesilapan. Cuba kita renungkan kata-kata dari Abu Bakar r.a,“Saya telah diangkat menjadi ketua saudara sekalian walaupun saya bukanlah orang yang terbaik dikalangan saudara. Kalau saudara melihat aku benar, taatlah kepada aku dan kalau saudara melihat aku salah, betulkan kesalahanku. Taatlah kepadaku selama aku mentaati Allah. Dan apabila aku terpesong dari jalan Allah maka tiadalah wajib lagi saudara mentaatiku.” 
Dr. Hassan Ahmad ialah Pengarah Eksekutif Yayasan Karyawan telah membuat tafsiran tentang kata-kata Abu Bakar r.a. bahawa jika dia melakukan apa-apa kesalahan, orang ramai (atau rakyat) berhak membetulkan kesalahannya itu. Ini bererti  dia mengamalkan salah satu dasar demokrasi yang sangat penting, seperti yang sepatutnya di amalkan pada hari ini, samada dinegara bukan Islam mahupun di neara Islam, iaitu dasar memberi kebebasan kepada rakyat untuk bersuara dan menegur kesalahan pemimpin.
Oleh itu, setiap pemimpin harus mempunyai keinginan untuk menjadi pemimpin yang baik kerana fadhilatnya terlalu banyak sepertimana hadisth diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Kudri, “Manusia yang paling dikasihi dihari akhirat dan paling hampir kedudukkannya disisi Allah ialah pemimpin yang adil. Dan orang yang paling dibenci oleh Allah pada hari akhirat serta paling jauh kedudukkannya daripada Allah ialah pemimpin yang zalim atau belot.”

Misykat ( Cahaya)


Maksud ayat: Surah an Nur ayat 35 – 38.
“Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahka untuk dimulakan dan disebut namanya di dalamnya, pada waktu pagi dan pada waktu petang, lelaki yang tida dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah dan dari mendirikan solat dan dari membayar zakat. Mereka takut pada suatu hari (yang dihari itu) Hati dan penglihatan menjadi goncang. Mereka yang mengerjaka demikian itu supaya Allah memberikan balsan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan, dan supaya Allah menambahkan kurnianya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki pada siapa yang dikehendakinya.” (An-Nur: 35-38)
1.1. Hakikat Cahaya
Kejelasan, penafsiran dan pengertian ayat misykat memberi bantuan yang amat besar dalam memahami persoalan hati dan perjalanan suluk.
Pada ayat pertama, komposisi atau komponen manusia diumpamakan dengan lubang yang tidak tembus dengan pelita dan kaca. Misykat adalah suatu lubang di dinding yang tidak tembus ke sebelahnya. Pelita sama dengan lampu, dan kaca adalah dinding yang menghimpun dan melingkupi pelita yang menerangi.
Perumpamaan ketiga-tiga komponen ini adalah perumpamaan dari manusia yang beriman yang padanya ada jasadnya, hatinya dan cahaya yang ada di dalam hati. Jasad diumpamakan dengan misykat, hati diumpamakan dengan kaca dan cahaya diumpamakan dengan pelita yang ada dalam kaca.
“Allah cahaya langit dan bumi”
Bermaksud; Dia adalah pemberi petunjuk (cahaya) kepada langit dan bumi; di mana tiada petunjuk di langit dan di bumi tanpa cahaya-Nya. Selanjutnya Allah mengumpamakan petunjuk-Nya sebahagian petunjuk bagi orang mukmin. Hidayah ditamsilkan dengan perumpamaan-perumpamaan, kebesaran dan kemuliaan hidayah-Nya menjadi jelas.
Jadi, misykat adalah jasad orang mukmin yang melingkupi hatinya, kaca ialah hati orang mukmin yang melingkupi cahaya hati yang merupakan petunjuk dari penunjuk bagi orang mukmin itu sendiri, sehingga dia mampu melihat hakikat segala sesuatu yang berjalan di atas hidayah dari Tuhannya dengan cahaya tersebut. Ini adalah Tahap Pertama dalam perumpamaan.
Tahap perumpamaan kedua ialah kaca yang melingkupi pelita atau hati yang melingkupi cahaya dan kebenderangan cahaya yang sangat cemerlang diumpamakan dengan bintang yang menerangi, di mana bintang itu diserupakan dengan mutiara kerana sangat cemerlangnya cahaya bintang tersebut.
Kita perhatikan di sini, perbincangan tentang kaca dan semua pelitanya atau tentang hati dan cahayanya, seluruhnya diumpamakan dengan bintang yang mutiara (al-Kaukub ad-Durriy) sehingga pelita itu mampu bersinar. Demikian pula kacanya, ia bersinar kerana cemerlang dan putih bersih.
Perumpamaan Tahap Ketiga ialah pelita ada dalam kaca, dari mana dan dengan apa kaca itu dinyalakan? Dari mana cahaya itu didapati? Bagaimana kecahayaan (nuraniyah) mampu berlangsung? Dengan ungkapan lain, cahaya itu ada di dalam hati, dari mana hati itu memperoleh nuraniah? Bentuk pertolongan bagaimana yang yang diberikan kepada hati atau yang diperolehinya hingga ia bernuraniah? Apa yang menimbulkan cahaya rohani tersebut?
Allah SWT berfirman yang dinyalakan, maksudnya yang dinyalakan adalah pelita yang ada dalam kaca atau cahaya yang ada dalam hati orang mukmin dinyalakan, “dengan minyak yang dari pohon yang banyak berkatnya atau yang banyak manfaatnya. Iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya”. Sedangkan Zaitun ialah syariat Allah.
Menurut Ibnu Kasir, kejernihan, sinar atau nuraniah yang ada dalam diri seorang mukmin diumpamakan seperti dinding kaca yang jernih lagi murni seperti permata, sedangkan al-Qurán dan syariát diumpamakan seperti minyak jernih, baik, bercahaya dan seimbang tanpa ada sedikit pun keruh.
Perumpamaan terhadap keempat pohon yang penuh berkah merupakan sumber dari cahaya hati, adalah syariat Allah yang penuh manfaat, yang merupakan sumbe dari cahaya kalbu. Dari situlah kalbu mengambil cahaya. Berapa kadar besar minyaknya? Allah befirman:
“Yang minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api”
Minyak itu dinyatakan jernih dan bercahaya, kata an-Nasafi kerana kilaunya hampir-hampir bersinar tanpa ada api atau tanpa dinyalakan api. Kadar besar nuraniah syariat yang memberi cahaya pada hati? Dan betapa besar cahaya hati yang diperoleh dari sinaran cahaya syariat?
Demikianlah adanya, dan kerana itulah Allah berfirman:
“Cahaya di atas cahaya”
Ini adalah perumpamaan tahap kelima. Cahaya yang diumpamakan kebenaran itu, kata an-Nasafi, seperti yang bersatu yang berlapis-lapis yang mana di dalamnya terjadi interaksi antara (cahaya) misykat, pelita dan minyak. Sehingga tidak ada satupun yang tinggal untuk memperkuat benderangnya cahaya, kerana pelita yang ada di dalam tempat yang sempit menyerupai lubang yang tidak tembus, di mana ia mampu menghimpun dan memadukan seluruh cahaya. Hal ini berbeza seandainya di tempat yang luas, maka sinar cahayanya akan tersebar dan berserakan. Sedangkan (dinding) kaca merupakan suatu yang paling banyak menambah penerangan, demikian juga dengan minyak dan kebenderangannya.
Menurut Ibnu Kasir’As-Saddi yang pernah berkata tentang firman Allah tersebut, cahaya di atas cahaya adalah cahaya api dan cahaya minyak bila bersatu akan memancarkan sinar, dan yang satu tidak akan memancarkan cahaya yang lain. Demikian pula cahaya al-Qurán dan cahaya iman bersatu padu.
Dengan demikian, perumpamaan yang Allah buat untuk menerangkan kebebasan hidayahNya telah sempurna, dan dari penjelasan tentang perumpamaan tersebut, kita tahu bahawa penunaian syariat Allah lah yang mampu memberikan cahaya iman yang abadi.
Selain itu, berdasarkan pendapat Ibnu kasir’As-Saddi juga, cahaya api dan cahaya minyak bila bersatu padu memancarkan sinar, dan tidak akan bersinar satu di antaranya tanpa yang lain. Demikian juga cahaya al-Qurán dan cahaya iman ketika bersatu padu, dan satu di antaranya tidak akan memancarkan cahaya tanpa yang lain.
Di sini, kita sudah mulai memahami bahawa kewujudan kandungan al-Qurán merupakan makanan yang kekal bagi kalbu, sebab dengan al-Qurán pelita hati akan tetap menyala terang dan akan tetap memperolehi petunjuk. Bertambahnya perpaduan cahaya hati dan pancarannya bergantung kepada kadar penunaian seseoang terhadap kandungan al-Qurán dan misykat atau jasad akan memantulkan cahaya ini sehingga jalan baginya menjadi terang dan juga bagi yang lain.
“Allah membimbing kepada cahaya-Nya kepada siapa yang dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
Maksudnya Allah membimbing kepada cahaya syariat-Nya atau Allah memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki dari ahli Iman sehingga mereka memperolehinya dan mengikuti petunjuk yang diberikan kepada mereka.
Ayat berikutnya menjelaskan tentang tempat mereka yang hatinya dipenuhi cahaya dan hidayah:
“Di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya.”
Ketika menerangkan ayat misykat (lubang yang tidak tembus) yang terdapat di sebahagian rumah Allah, iaitu masjid, an-Nasafi mengulas bahawa Misykat adalah jasad orang mukmin yang hatinya adalah mencintai masjid. Dapat disimpulkan bahawa titik tolak kepada pendidikan keimanan yang tinggi adalah masjid dengan cara menyucikan diri di dalam masjid pada waktu pagi dan pada waktu petang dengan melaksanakan solat di dalamnya. Ini adalah kerana mereka adalah lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula dari jual beli dari mengingat Allah, dari mendirikan solat, dan dari membayar zakat. Mereka takut pada satu hari (yang di hari itu) hati penglihatan menjadi goncang.

Amalan Zikir Para Wali-Wali Allah s.w.t.


Yad bererti ingat yakni Zikir. Perkataan Kard pula bagi menyatakan kata kerja bagi ingat yakni pekerjaan mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan ianya merupakan zat bagi zikir. Berkata Para Masyaikh, Yad Kard bermaksud melakukan zikir mengingati Tuhan dengan menghadirkan hati. Murid yang telah melakukan Bai‘ah dan telah ditalqinkan dengan zikir hendaklah senantiasa sibuk mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan kalimah zikir yang telah ditalqinkan.
Zikir yang telah ditalqinkan oleh Syeikh adalah zikir yang akan membawa seseorang murid itu mencapai ketinggian darjat Ruhani. Syeikh akan mentalqinkan zikir kepada muridnya sama ada Zikir Ismu Zat ataupun Zikir Nafi Itsbat secara Lisani ataupun Qalbi. Seseorang murid hendaklah melakukan zikir yang sebanyak-banyaknya dan sentiasa menyibukkan dirinya dengan berzikir. Pada setiap hari, masa dan keadaan, sama ada dalam keadaaan berdiri atau duduk atau berbaring ataupun berjalan, hendaklah sentiasa berzikir.
Pada lazimnya seseorang yang baru menjalani Tariqat Naqshbandiyah ini, Syeikh akan mentalqinkan kalimah Ismu Zat iaitu lafaz Allah sebagai zikir yang perlu dilakukan pada Latifah Qalb tanpa menggerakkan lidah. Murid hendaklah berzikir Allah Allah pada latifah tersebut sebanyak 24 ribu kali sehari semalam setiap hari sehingga terhasilnya cahaya Warid.
Ada sebahagian Syeikh yang menetapkan jumlah permulaan sebanyak lima ribu kali sehari semalam dan ada juga yang menetapkannya sehingga tujuh puluh ribu kali sehari semalam.
Seterusnya murid hendaklah mengkhabarkan segala pengalaman Ruhaniahnya kepada Syeikh apabila menerima Warid tersebut. Begitulah pada setiap Latifah, murid hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya pada kesemua Latifah seperti yang diarahkan oleh Syeikh sehingga tercapainya Warid. Mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala secara sempurna adalah dengan berzikir menghadirkan hati ke Hadhrat ZatNya.
Setelah Zikir Ismu Zat dilakukan pada setiap Latifah dengan sempurna, Syeikh akan mentalqinkan pula Zikir Nafi Itsbat iaitu kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH yang perlu dilakukan sama ada secara Lisani iaitu menerusi lidah atau secara Qalbi iaitu berzikir menerusi lidah hati.
Zikir Nafi Itsbat perlu dilakukan menurut kaifiyatnya. Syeikh akan menentukan dalam bentuk apa sesuatu zikir itu perlu dilakukan. Yang penting bagi Salik adalah menyibukkan diri dengan zikir yang telah ditalqinkan oleh Syeikh sama ada ianya Zikir Ismu Zat ataupun Zikir Nafi Itsbat. Salik hendaklah memelihara zikir dengan hati dan lidah dengan menyebut Allah Allah iaitu nama bagi Zat Tuhan yang merangkumi kesemua Nama-NamaNya dan Sifat-SifatNya yang mulia serta dengan menyebut Zikir Nafi Itsbat menerusi kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH dengan sebanyak-banyaknya. Salik hendaklah melakukan Zikir Nafi Itsbat sehingga dia mencapai kejernihan hati dan tenggelam di dalam Muraqabah. Murid hendaklah melakukan Zikir Nafi Itsbat sebanyak 5 ribu ke 10 ribu kali setiap hari bagi menanggalkan segala kekaratan hati. Zikir tersebut akan membersihkan hati dan membawa seseorang itu kepada Musyahadah.
Zikir Nafi Itsbat menurut Akabirin Naqshbandiyah, seseorang murid yang baru itu hendaklah menutup kedua matanya, menutup mulutnya, merapatkan giginya, menongkatkan lidahnya ke langit-langit dan menahan napasnya. Dia hendaklah mengucapkan zikir ini dengan hatinya bermula dari kalimah Nafi dan seterusnya kalimah Itsbat. Bagaimanapun, bagi murid yang telah lama hendaklah membukakan kedua matanya dan tidak perlu menahan napasnya.
Bermula dari kalimah Nafi iaitu LA yang bererti Tiada, dia hendaklah menarik kalimah LA ini dari bawah pusatnya ke atas hingga ke otak. Apabila kalimah LA mencapai otak, ucapkan pula kalimah ILAHA di dalam hati yang bererti Tuhan. Kemudian hendaklah digerakkan dari otak ke bahu kanan sambil menyebut ILLA yang bererti Melainkan, lalu menghentakkan kalimah Itsbat iaitu ALLAH ke arah Latifah Qalb. Sewaktu menghentakkan kalimah ALLAH ke arah Qalb, hendaklah merasakan bahawa kesan hentakan itu mengenai kesemua Lataif di dalam tubuh badan.
Zikir yang sebanyak-banyaknya akan membawa seseorang Salik itu mencapai kepada kehadiran Zat Allah dalam kewujudan secara Zihni yakni di dalam pikiran. Salik hendaklah berzikir dalam setiap napas yang keluar dan masuk. Yad Kard merupakan amalan dipikiran yang bertujuan pikiran hendaklah sentiasa menggesa diri supaya sentiasa ingat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan melakukan zikir bagi mengingati ZatNya. Pekerjaan berzikir mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah suatu amalan yang tiada batas dan had. Ianya boleh dikerjakan pada sebarang keadaan, masa dan tempat. Hendaklah sentiasa memperhatikan napas supaya setiap napas yang keluar dan masuk itu disertai ingatan terhadap Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Baz Gasht bererti kembali. Menurut Para Masyaikh, maksudnya ialah seseorang yang melakukan zikir dengan menggunakan lidah hati menyebut Allah Allah dan LA ILAHA ILLA ALLAH, begitulah juga setelah itu hendaklah mengucapkan di dalam hati dengan penuh khusyuk dan merendahkan diri akan ucapan ini:
“Ilahi Anta Maqsudi, Wa Ridhoka Matlubi, A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka”
Yang bererti, “Wahai Tuhanku Engkaulah maksudku dan keredhaanMu tuntutanku, kurniakanlah Cinta dan Makrifat ZatMu.”
Ianya merupakan ucapan Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ucapan ini akan meningkatkan tahap kesedaran kepada kewujudan dan Keesaan Zat Tuhan, sehingga dia mencapai suatu tahap dimana segala kewujudan makhluk terhapus pada pandangan matanya. Apa yang dilihatnya walau ke mana jua dia memandang, yang dilihatnya hanyalah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ucapan kata-kata ini juga memberikan kita pengertian bahawa hanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang menjadi maksud dan matlamat kita dan tidak ada tujuan lain selain untuk mendapatkan keredhaanNya. Salik hendaklah mengucapkan kalimah ini bagi menghuraikan segala rahsia Keesaan Zat Tuhan dan supaya terbuka kepadanya keunikan hakikat Kehadiran Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Sebagai murid, tidak boleh meninggalkan zikir kalimah ini meskipun tidak merasakan sebarang kesan pada hati. Dia hendaklah tetap meneruskan zikir kalimah tersebut sebagai menuruti anjuran Syeikhnya.
Makna Baz Gasht ialah kembali kepada Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Mulia dengan menunjukkan penyerahan yang sempurna, mentaati segala kehendakNya dan merendahkan diri dengan sempurna dalam memuji ZatNya. Adapun lafaz Baz Gasht dalam bahasa Parsi seperti yang diamalkan oleh Para Akabirin Naqshabandiyah Mujaddidiyah adalah seperti berikut:
“Khudawandah, Maqsudi Man Tui Wa Ridhai Tu, Tarak Kardam Dunya Wa Akhirat Baraey Tu, Mahabbat Wa Ma’rifati Khud Badih.”
Yang bererti, “Tuhanku, maksudku hanyalah Engkau dan keredaanMu, telahku lepaskan Dunia dan Akhirat kerana Engkau, kurniakanlah Cinta dan Makrifat ZatMu.”
Pada permulaan, jika Salik sendiri tidak memahami hakikat kebenaran ucapan kata-kata ini, hendaklah dia tetap juga menyebutnya kerana menyebut kata-kata itu dengan hati yang khusyuk dan merendahkan diri akan menambahkan lagi pemahamannya dan secara sedikit demi sedikit Salik itu akan merasai hakikat kebenaran perkataan tersebut dan Insya Allah akan merasai kesannya. Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyatakan dalam doanya, “Ma Zakarnaka Haqqa Zikrika Ya Mazkur.” Yang bererti, “Kami tidak mengingatiMu dengan hak mengingatiMu secara yang sepatutnya, Wahai Zat yang sepatutnya diingati.”
Seseorang Salik itu tidak akan dapat hadir ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi zikirnya dan tidak akan dapat mencapai Musyahadah terhadap rahsia-rahsia dan sifat-sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi zikirnya jika dia tidak berzikir dengan sokongan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan menerusi ingatan Allah Subhanahu Wa Ta’ala terhadap dirinya.
Seorang Salik itu tidak akan dapat berzikir dengan kemampuan dirinya bahkan dia hendaklah sentiasa menyedari bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala lah yang sedang berzikir menerusi dirinya. Hadhrat Maulana Syeikh Abu Yazid Bistami Rahmatullah ‘alaih telah berkata, “Apabila daku mencapai ZatNya, daku melihat bahawa ingatanNya terhadap diriku mendahului ingatanku terhadap diriNya.”
Nigah bererti menjaga, mengawasi, memelihara dan Dasyat pula bererti melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Maksudnya ialah seseorang Salik itu sewaktu melakukan zikir hendaklah sentiasa memelihara hati dari sebarang khatrah lintasan hati dan was-was Syaitan dengan bersungguh-sungguh. Jangan biarkan khayalan kedukaan memberi kesan kepada hati.
Setiap hari hendaklah melapangkan masa selama sejam ke dua jam ataupun lebih untuk memelihara hati dari segala ingatan selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Selain DiriNya, jangan ada sebarang khayalan pada pikiran dan hati. Lakukan latihan ini sehingga segala sesuatu selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala, segala-galanya menjadi lenyap.
Nigah Dasyat juga bermakna seseorang Salik itu mesti memperhatikan hatinya dan menjaganya dengan menghindarkan sebarang ingatan yang buruk masuk ke dalam hati. Ingatan dan keinginan yang buruk akan menjauhkan hati dari kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kesufian yang sebenar adalah daya untuk memelihara hati dari ingatan yang buruk dan memeliharanya dari sebarang keinginan yang rendah. Seseorang yang benar-benar mengenali hatinya akan dapat mengenali Tuhannya. Di dalam Tariqat Naqshbandiyah ini, seseorang Salik yang dapat memelihara hatinya dari sebarang ingatan yang buruk selama 15 minit adalah merupakan suatu pencapaian yang besar dan menjadikannya layak sebagai seorang ahli Sufi yang benar.
Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih menyatakan di dalam kitabnya Idhahut Tariqah bahawa, “Nigah Dasyat adalah merupakan syarat ketika berzikir, bahawa ketika berzikir hendaklah menghentikan segala khayalan serta was-was dan apabila sebarang khayalan yang selain Allah terlintas di dalam hati maka pada waktu itu juga hendaklah dia menjauhkannya supaya khayalan Ghairullah tidak menduduki hati.”
Hadhrat Maulana Syeikh Abul Hassan Kharqani Rahmatullah ‘alaih pernah berkata, “Telah berlalu 40 tahun dimana Allah sentiasa melihat hatiku dan telah melihat tiada sesiapa pun kecuali DiriNya dan tiada ruang bilik di dalam hatiku untuk selain dari Allah.”
Hadhrat Syeikh Abu Bakar Al-Qittani Rahmatullah ‘alaih pernah berkata, “Aku menjadi penjaga di pintu hatiku selama 40 tahun dan aku tidak pernah membukanya kepada sesiapa pun kecuali Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehinggakan hatiku tidak mengenali sesiapapun kecuali Allah Subhanahu Wa Ta’ala.”
Seorang Syeikh Sufi pernah berkata, “Oleh kerana aku telah menjaga hatiku selama sepuluh malam, hatiku telah menjagaku selama dua puluh tahun.”
Yad Dasyat bererti mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan bersungguh-sungguh dengan Zauq Wijdani sehingga mencapai Dawam Hudhur yakni kehadiran Zat Allah secara kekal berterusan dan berada dalam keadaan berjaga-jaga memperhatikan limpahan Faidhz dari sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kesedaran ini diibaratkan sebagai Hudhur Bey Ghibat dan merupakan Nisbat Khassah Naqshbandiyah.
Yad Dasyat juga bermakna seseorang yang berzikir itu memelihara hatinya pada setiap penafian dan pengitsbatan di dalam setiap napas tanpa meninggalkan Kehadiran Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ianya menghendaki agar Salik memelihara hatinya di dalam Kehadiran Kesucian Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala secara berterusan. Ini untuk membolehkannya agar dapat merasai kesedaran dan melihat Tajalli Cahaya Zat Yang Esa atau disebut sebagai Anwaruz-Zatil-Ahadiyah.
Menurut Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, Yad Dasyat merupakan istilah Para Sufi bagi menerangkan keadaan maqam Syuhud atau Musyahadah yang juga dikenali sebagai ‘Ainul Yaqin atau Dawam Hudhur dan Dawam Agahi.
Di zaman para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in ianya disebut sebagai Ihsan. Ia merupakan suatu maksud di dalam Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah bagi menghasilkan Dawam Hudhur dan Dawam Agahi dengan Hadhrat Zat Ilahi Subhanahu Wa Ta’ala dan di samping itu berpegang dengan ‘Aqidah yang sahih menurut Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan melazimkan diri beramal menuruti Sunnah Nabawiyah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Jika Salik tidak memiliki ketiga-tiga sifat ini iaitu tetap mengingati Zat Ilahi, beri’tiqad dengan ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan menuruti Sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ataupun meninggalkan salah satu darinya maka dia adalah terkeluar dari jalan Tariqat Naqshbandiyah, Na’uzu Billahi Minha!
Hosh bererti sedar, Dar bererti dalam dan Dam bererti napas, yakni sedar dalam napas. Seseorang Salik itu hendaklah berada dalam kesedaran bahawa setiap napasnya yang keluar masuk mestilah beserta kesedaran terhadap Kehadiran Zat Allah Ta’ala. Jangan sampai hati menjadi lalai dan leka dari kesedaran terhadap Kehadiran Zat Allah Ta’ala. Dalam setiap napas hendaklah menyedari kehadiran ZatNya.
Menurut Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih bahawa, “Seseorang Salik yang benar hendaklah menjaga dan memelihara napasnya dari kelalaian pada setiap kali masuk dan keluarnya napas serta menetapkan hatinya sentiasa berada dalam Kehadiran Kesucian ZatNya dan dia hendaklah memperbaharukan napasnya dengan ibadah dan khidmat serta membawa ibadah ini menuju kepada Tuhannya seluruh kehidupan, kerana setiap napas yang disedut dan dihembus beserta KehadiranNya adalah hidup dan berhubung dengan Kehadiran ZatNya Yang Suci. Setiap napas yang disedut dan dihembus dengan kelalaian adalah mati dan terputus hubungan dari Kehadiran ZatNya Yang Suci.”
Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh ‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘alaih berkata, “Maksud utama seseorang Salik di dalam Tariqah ini adalah untuk menjaga napasnya dan seseorang yang tidak dapat menjaga napasnya dengan baik maka dikatakan kepadanya bahawa dia telah kehilangan dirinya.”
Hadhrat Syeikh Abul Janab Najmuddin Al-Kubra Rahmatullah ‘alaih berkta dalam kitabnya Fawatihul Jamal bahawa, “Zikir adalah sentiasa berjalan di dalam tubuh setiap satu ciptaan Allah sebagai memenuhi keperluan napas mereka biarpun tanpa kehendak sebagai tanda ketaatan yang merupakan sebahagian dari penciptaan mereka. Menerusi pernapasan mereka, bunyi huruf ‘Ha’ dari nama Allah Yang Maha Suci berada dalam setiap napas yang keluar masuk dan ianya merupakan tanda kewujudan Zat Yang Maha Ghaib sebagai menyatakan Keunikan dan Keesaan Zat Tuhan. Maka itu amatlah perlu berada dalam kesedaran dan hadir dalam setiap napas sebagai langkah untuk mengenali Zat Yang Maha Pencipta.”
Nama Allah yang mewakili kesemua Sembilan Puluh Sembilan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah dan Af’alNya adalah terdiri dari empat huruf iaitu Alif, Lam, Lam dan Ha.
Para Sufi berkata bahawa Zat Ghaib Mutlak adalah Allah Yang Maha Suci lagi Maha Mulia KetinggianNya dan DiriNya dinyatakan menerusi huruf yang terakhir dari Kalimah Allah iaitu huruf Ha. Huruf tersebut apabila ditemukan dengan huruf Alif akan menghasilkan sebutan Ha yang memberikan makna “Dia Yang Ghaib” sebagai kata ganti diri. Bunyi sebutan Ha itu sebagai menampilkan dan menyatakan bukti kewujudan Zat DiriNya Yang Ghaib Mutlak (Ghaibul Huwiyyatil Mutlaqa Lillahi ‘Azza Wa Jalla). Huruf Lam yang pertama adalah bermaksud Ta‘arif atau pengenalan dan huruf Lam yang kedua pula adalah bermaksud Muballaghah yakni pengkhususan. Menjaga dan memelihara hati dari kelalaian akan membawa seseorang itu kepada kesempurnaan Kehadiran Zat, dan kesempurnaan Kehadiran Zat akan membawanya kepada kesempurnaan Musyahadah dan kesempurnaan Musyahadah akan membawanya kepada kesempurnaan Tajalli Sembilan Puluh Sembilan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah. Seterusnya Allah akan membawanya kepada penzahiran kesemua Sembilan Puluh Sembilan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah dan Sifat-SifatNya yang lain kerana adalah dikatakan bahawa Sifat Allah itu adalah sebanyak napas-napas manusia.
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih menegaskan bahawa hendaklah mengingati Allah pada setiap kali keluar masuk napas dan di antara keduanya yakni masa di antara udara disedut masuk dan dihembus keluar dan masa di antara udara dihembus keluar dan disedut masuk. Terdapat empat ruang untuk diisikan dengan Zikrullah. Amalan ini disebut Hosh Dar Dam yakni bezikir secara sedar dalam napas. Zikir dalam pernapasan juga dikenali sebagai Paas Anfas di kalangan Ahli Tariqat Chistiyah.
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata, “Tariqat ini dibina berasaskan napas, maka adalah wajib bagi setiap orang untuk menjaga napasnya pada waktu menghirup napas dan menghembuskan napas dan seterusnya menjaga napasnya pada waktu di antara menghirup dan menghembuskan napas.”
Udara Masuk - Allah Allah Antara - Allah Allah Udara Keluar - Allah Allah Antara - Allah Allah
Perlu diketahui bahawa menjaga napas dari kelalaian adalah amat sukar bagi seseorang Salik, lantaran itu mereka hendaklah menjaganya dengan memohon Istighfar yakni keampunan kerana memohon Istighfar akan menyucikan hatinya dan mensucikan napasnya dan menyediakan dirinya untuk menyaksikan Tajalli penzahiran manifestasi Allah Subhanahu Wa Ta’ala di mana-mana jua.
Nazar bererti memandang, Bar bererti pada, dan Qadam pula bererti kaki. Seseorang Salik itu ketika berjalan hendaklah sentiasa memandang ke arah kakinya dan jangan melebihkan pandangannya ke tempat lain dan setiap kali ketika duduk hendaklah sentiasa memandang ke hadapan sambil merendahkan pandangan. Jangan menoleh ke kiri dan ke kanan kerana ianya akan menimbulkan fasad yang besar dalam dirinya dan akan menghalangnya dari mencapai maksud.
Nazar Bar Qadam bermakna ketika seseorang Salik itu sedang berjalan, dia hendaklah tetap memperhatikan langkah kakinya. Di mana jua dia hendak meletakkan kakinya, matanya juga perlu memandang ke arah tersebut. Tidak dibolehkan baginya melemparkan pandangannya ke sana sini, memandang kiri dan kanan ataupun di hadapannya kerana pandangan yang tidak baik akan menghijabkan hatinya.
Kebanyakan hijab-hijab di hati itu terjadi kerana bayangan gambaran yang dipindahkan dari pandangan penglihatan mata ke otak sewaktu menjalani kehidupan seharian. Ini akan mengganggu hati dan menimbulkan keinginan memenuhi berbagai kehendak hawa nafsu seperti yang telah tergambar di ruangan otak. Gambaran-gambaran ini merupakan hijab-hijab bagi hati dan ianya menyekat Cahaya Kehadiran Zat Allah Yang Maha Suci.
Kerana itulah Para Masyaikh melarang murid mereka yang telah menyucikan hati mereka menerusi zikir yang berterusan dari memandang ke tempat yang selain dari kaki mereka. Hati mereka ibarat cermin yang menerima dan memantulkan setiap gambaran dengan mudah. Ini akan mengganggu mereka dan akan menyebabkan kekotoran hati.
Maka itu, Salik diarahkan agar merendahkan pandangan supaya mereka tidak terkena panahan dari panahan Syaitan. Merendahkan pandangan juga menjadi tanda kerendahan diri. Orang yang bongkak dan sombong tidak memandang ke arah kaki mereka ketika berjalan. Ia juga merupakan tanda bagi seseorang yang menuruti jejak langkah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika berjalan tidak menoleh ke kiri dan ke kanan tetapi Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam hanya melihat ke arah kakinya, bergerak dengan pantas menuju ke arah destinasinya. Pengertian batin yang dituntut dari prinsip ini ialah supaya Salik bergerak dengan laju dan pantas dalam melakukan perjalanan suluk, yang mana apa jua maqam yang terpandang olehnya maka dengan secepat yang mungkin kakinya juga segera sampai pada kedudukan maqam tersebut. Ia juga menjadi tanda ketinggian darjat seseorang yang mana dia tidak memandang kepada sesuatu pun kecuali Tuhannya. Sepertimana seseorang yang hendak lekas menuju kepada tujuannya, begitulah seorang Salik yang menuju Kehadhrat Tuhan hendaklah lekas-lekas bergerak, dengan cepat dan pantas, tidak menoleh ke kiri dan ke kanan, tidak memandang kepada hawa nafsu duniawi sebaliknya hanya memandang ke arah mencapai Kehadiran Zat Tuhan Yang Suci.
Hadhrat Maulana Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih telah berkata dalam suratnya yang ke-259 di dalam Maktubat, “Pandangan mendahului langkah dan langkah menuruti pandangan. Mi’raj ke maqam yang tinggi didahului dengan pandangan Basirah kemudian diikuti dengan langkah. Apabila langkah telah mencapai Mi’raj tempat yang dipandang, maka kemudian pandangan akan diangkat ke suatu maqam yang lain yang mana langkah perlu menurutinya. Kemudian pandangan akan diangkat ke tempat yang lebih tinggi dan langkah akan menurutinya. Begitulah seterusnya sehingga pandangan mencapai maqam kesempurnaan yang mana langkahnya akan diberhentikan. Kami katakan bahawa, apabila langkah menuruti pandangan, murid telah mencapai maqam kesediaan untuk menuruti jejak langkah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Jejak langkah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah merupakan sumber asal bagi segala langkah.”
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata, “Jika kita memandang kesalahan sahabat-sahabat, kita akan ditinggalkan tanpa sahabat kerana tiada seorang juapun yang sempurna.”
Safar bererti menjelajah, berjalan atau bersiar, Dar bererti dalam dan Watan bererti kampung. Safar Dar Watan bermakna bersiar-siar dalam kampung dirinya yakni kembali berjalan menuju Tuhan. Seseorang Salik itu hendaklah menjelajah dari dunia ciptaan kepada dunia Yang Maha Pencipta.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang mafhumnya, “Daku sedang menuju Tuhanku dari suatu hal keadaan ke suatu hal keadaan yang lebih baik dan dari suatu maqam ke suatu maqam yang lebih baik.”
Salik hendaklah berpindah dari kehendak hawa nafsu yang dilarang kepada kehendak untuk berada dalam Kehadiran ZatNya. Dia hendaklah berusaha meninggalkan segala sifat-sifat Basyariyah (Kemanusiawian) yang tidak baik dan meningkatkan dirinya dengan sifat-sifat Malakutiyah (Kemalaikatan) yang terdiri dari sepuluh maqam iaitu:
[1] Taubat [2] Inabat [3] Sabar [4] Syukur [5] Qana’ah [6] Wara’ [7] Taqwa [8] Taslim [9] Tawakkal [10] Redha.
Para Masyaikh membahagikan perjalanan ini kepada dua kategori iaitu Sair Afaqi yakni Perjalanan Luaran dan Sair Anfusi yakni Perjalanan Dalaman. Perjalanan Luaran adalah perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat mencari seorang pembimbing Ruhani yang sempurna bagi dirinya dan akan menunjukkan jalan ke tempat yang dimaksudkannya. Ini akan membolehkannya untuk memulakan Perjalanan Dalaman.
Seseorang Salik apabila dia sudah menemui seorang pembimbing Ruhani yang sempurna bagi dirinya adalah dilarang dari melakukan Perjalanan Luaran. Pada Perjalanan Luaran ini terdapat berbagai kesukaran yang mana seseorang yang baru menuruti jalan ini tidak dapat tidak, pasti akan terjerumus ke dalam tindakan yang dilarang, kerana mereka adalah lemah dalam menunaikan ibadah mereka.
Perjalanan yang bersifat dalaman pula mengkehendakkan agar seseorang Salik itu meninggalkan segala tabiat yang buruk dan membawa adab tertib yang baik ke dalam dirinya serta mengeluarkan dari hatinya segala keinginan Duniawi. Dia akan diangkat dari suatu maqam yang kotor zulmat ke suatu maqam kesucian. Pada waktu itu dia tidak perlu lagi melakukan Perjalanan Luaran. Hatinya telah dibersihkan dan menjadikannya tulin seperti air, jernih seperti kaca, bersih bagaikan cermin lalu menunjukkannya hakikat setiap segala suatu urusan yang penting dalam kehidupan sehariannya tanpa memerlukan sebarang tindakan yang bersifat luaran bagi pihak dirinya. Di dalam hatinya akan muncul segala apa yang diperlukan olehnya dalam kehidupan ini dan kehidupan mereka yang berada di sampingnya.
Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih telah berkata, “Ketahuilah bahawa apabila hati tertakluk dengan sesuatu selain Allah dan khayalan yang buruk menjadi semakin kuat maka limpahan Faidhz Ilahi menjadi sukar untuk dicapai oleh Batin. Jesteru itu dengan kalimah LA ILAHA hendaklah menafikan segala akhlak yang buruk itu sebagai contohnya bagi penyakit hasad, sewaktu mengucapkan LA ILAHA hendaklah menafikan hasad itu dan sewaktu mengucapkan ILLA ALLAH hendaklah mengikrarkan cinta dan kasih sayang di dalam hati. Begitulah ketika melakukan zikir Nafi Itsbat dengan sebanyak-banyaknya lalu menghadap kepada Allah dengan rasa hina dan rendah diri bagi menghapuskan segala keburukan diri sehinggalah keburukan dirinya itu benar-benar terhapus. Begitulah juga terhadap segala rintangan Batin, ianya perlu disingkirkan supaya terhasilnya Tasfiyah dan Tazkiyah. Latihan ini merupakan salah satu dari maksud Safar Dar Watan.”
Khalwat bererti bersendirian dan Anjuman bererti khalayak ramai, maka pengertiannya ialah bersendirian dalam keramaian. Maksudnya pada zahir, Salik bergaul dengan manusia dan pada batinnya dia kekal bersama Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Terdapat dua jenis khalwat iaitu Khalwat Luaran atau disebut sebagai Khalwat Saghir yakni khalwat kecil dan Khalwat Dalaman atau disebut sebagai Khalwat Kabir yang bermaksud khalwat besar atau disebut sebagai Jalwat. Khalwat Luaran menghendaki Salik agar mengasingkan dirinya di tempat yang sunyi dan jauh dari kesibukan manusia. Secara bersendirian Salik menumpukan kepada Zikirullah dan Muraqabah untuk mencapai penyaksian Kebesaran dan Keagungan Kerajaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila sudah mencapai fana menerusi zikir pikir dan semua deria luaran difanakan, pada waktu itu deria dalaman bebas meneroka ke Alam Kebesaran dan Keagungan Kerajaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini seterusnya akan membawa kepada Khalwat Dalaman.
Khalwat Dalaman bermaksud berkhalwat dalam kesibukan manusia. Hati Salik hendaklah sentiasa hadir ke Hadhrat Tuhan dan hilang dari makhluk sedang jasmaninya sedang hadir bersama mereka. Dikatakan bahawa seseorang Salik yang Haq sentiasa sibuk dengan zikir khafi di dalam hatinya sehinggakan jika dia masuk ke dalam majlis keramaian manusia, dia tidak mendengar suara mereka. Kerana itu ianya dinamakan Khalwat Kabir dan Jalwat yakni berzikir dalam kesibukan manusia. Keadaan berzikir itu mengatasi dirinya dan penzahiran Hadhrat Suci Tuhan sedang menariknya membuatkannya tidak menghiraukan segala sesuatu yang lain kecuali Tuhannya. Ini merupakan tingkat khalwat yang tertinggi dan dianggap sebagai khalwat yang sebenar seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran Surah An-Nur ayat 37:
Para lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah, dan dari mendirikan sembahyang, dan dari membayarkan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang hati dan penglihatan menjadi goncang.
"Rijalun La Tulhihim Tijaratun Wala Bay’un ‘An Zikrillah," bermaksud para lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah. Inilah merupakan jalan Tariqat Naqshbandiyah. Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Naqshband Qaddasallahu Sirrahu telah ditanyakan orang bahawa apakah yang menjadi asas bagi Tariqatnya?
Beliau menjawab, “Berdasarkan Khalwat Dar Anjuman, yakni zahir berada bersama Khalaq dan batin hidup bersama Haq serta menempuh kehidupan dengan menganggap bahawa Khalaq mempunyai hubungan dengan Tuhan. Sebagai Salik dia tidak boleh berhenti dari menuju kepada maksudnya yang hakiki.”
Sepertimana mafhum sabdaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, “Padaku terdapat dua sisi. Satu sisiku menghadap ke arah Penciptaku dan satu sisi lagi menghadap ke arah makhluk ciptaan.”
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata, “Tariqatuna As-Suhbah Wal Khayru Fil Jam’iyyat.” Yang bererti, “Jalan Tariqah kami adalah dengan cara bersahabat dan kebaikan itu dalam jemaah Jam’iyat.”
Khalwat yang utama di sisi Para Masyaikh Naqshbandiyah adalah Khalwat Dalaman kerana mereka sentiasa berada bersama Tuhan mereka dan pada masa yang sama mereka berada bersama dengan manusia. Adalah dikatakan bahawa seseorang beriman yang dapat bercampur gaul dengan manusia dan menanggung berbagai masaalah dalam kehidupan adalah lebih baik dari orang beriman yang menghindarkan dirinya dari manusia.
Hadhrat Imam Rabbani Rahmatullah ‘alaih telah berkata, “Perlulah diketahui bahawa Salik pada permulaan jalannya mungkin menggunakan khalwat luaran untuk mengasingkan dirinya dari manusia, beribadat dan bertawajjuh kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehingga dia mencapai tingkat darjat yang lebih tinggi. Pada waktu itu dia akan dinasihatkan oleh Syeikhnya seperti kata-kata Sayyid Al-Kharraz Rahmatullah ‘alaih iaitu kesempurnaan bukanlah dalam mempamerkan karamah yang hebat-hebat tetapi kesempurnaan yang sebenar ialah untuk duduk bersama manusia, berjual beli, bernikah kahwin dan mendapatkan zuriat dan dalam pada itu sekali-kali tidak meninggalkan Kehadiran Allah walaupun seketika.”
Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih berkata, “Daripada masamu, jangan ada sebarang waktu pun yang engkau tidak berzikir dan bertawajjuh serta mengharapkan Kehadiran Allah Ta’ala dan bertemulah dengan manusia dan berzikirlah walaupun berada di dalam keramaian dan sentiasa berjaga-jaga memperhatikan limpahan Allah.”
Berkata Penyair, "Limpahan Faidhz Al-Haq datang tiba-tiba tetapi hatiku memperhatikan waridnya, Biarpun di waktu sekali kerdipan mata namun diriku sekali-kali tidak leka, Boleh jadi Dia sedang memperhatikanmu dan dikau tidak memperhatikannya."
Hal keadaan ini dinamakan Khalwat Dar Anjuman iaitu Kainun Haqiqat Wa Bainun Surat yakni hakikat dirinya berzama Zat Tuhan dan tubuh badan bersama makhluk ciptaan Tuhan. Masyaikh menggelarkannya sebagai Sufi Kain Bain. Kelapan-lapan asas Tariqat ini diperkenalkan oleh Hadhrat Khwajah Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih dan menjadi ikutan 40 Tariqat yang lain dan sehingga ke hari ini menjadi asas yang teguh untuk seseorang hamba Allah kembali menuju kepada Tuhannya.
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaihi telah menerima kelapan-lapan asas Tariqat ini dari Hadhrat Khwajah Abdul Khaliq Ghujduwani dan beliau telah menambahkan tiga asas Tariqat iaitu Wuquf Qalbi, Wuquf ‘Adadi dan Wuquf Zamani menjadikannya sebelas asas.
Hosh Dar Dam Khalwat Dar Anjuman; Yad Kard Yad Dasyat. Nazar Bar Qadam Safar Dar Watan; Baz Gasht Nigah Dasyat.
Sentiasalah sedar dalam napas ketika berkhalwat bersama khalayak; Kerjakanlah Zikir dan ingatlah ZatNya dengan bersungguh-sungguh. Perhatikan setiap langkah ketika bersafar di dalam kampung; Sekembalinya dari merayau, perhatikanlah limpahan Ilahi bersungguh-sungguh.
Wuquf Qalbi Wuquf ‘Adadi, Wuquf Zamani Bi Dawam Agahi.
Ingatlah Allah tetap pada hati, bilangan dan masa dengan sentiasa sedar berjaga-jaga.
[sunting]TAMBAHAN SHAH NAQSHBAND
HADHRAT Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih merupakan Imam bagi Tariqat Naqshbandiyah dan seorang Mahaguru Tariqat yang terkemuka. Ia telah mengukuhkan lagi jalan ini dengan tiga prinsip penting dalam Zikir Khafi sebagai tambahan kepada lapan prinsip asas yang telah dikemukakan oleh Hadhrat Khwajah Khwajahgan Syeikh ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih iaitu:
Mengarahkan penumpuan terhadap hati dan hati pula mengarahkan penumpuan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada setiap masa dan keadaan. Sama ada dalam keadaan berdiri, berbaring, berjalan mahupun duduk. Hendaklah bertawajjuh kepada hati dan hati pula tetap bertawajjuh ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Wuquf Qalbi merupakan syarat bagi zikir.
Kedudukan Qalbi ini adalah pada kedudukan dua jari di bawah tetek kiri dan kedudukan ini hendaklah sentiasa diberikan penumpuan dan Tawajjuh. Bayangan limpahan Nur dari Allah hendaklah sentiasa kelihatan melimpah pada Qalbi dalam pandangan batin.
Ini merupakan suatu kaedah Zikir Khafi yakni suatu bentuk zikir yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh Para Malaikat. Ia merupakan suatu kaedah zikir yang rahsia.
Sentiasa memperhatikan bilangan ganjil ketika melakukan zikir Nafi Itsbat. Zikir Nafi Itsbat ialah lafaz LA ILAHA ILLA ALLAH dan dilakukan di dalam hati menurut kaifiyatnya. Dalam melakukan zikir Nafi Itsbat ini, Salik hendaklah sentiasa mengawasi bilangan zikir Nafi Itsbatnya itu dengan memastikannya dalam jumlah bilangan yang ganjil iaitu 7 atau 9 atau 19 atau 21 atau 23 atau sebarang bilangan yang ganjil.
Menurut Para Masyaikh, bilangan ganjil mempunyai rahsia yang tertentu kerana Allah adalah Ganjil dan menyukai bilangan yang ganjil dan ianya akan menghasilkan ilmu tentang Rahsia Allah Ta’ala. Menurut Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih, “Memelihara bilangan di dalam zikir adalah langkah pertama dalam menghasilkan Ilmu Laduni.”
Memelihara bilangan bukanlah untuk jumlahnya semata-mata bahkan ianya untuk memelihara hati dari ingatan selain Allah dan sebagai asbab untuk memberikan lebih penumpuan dalam usahanya untuk menyempurnakan zikir yang telah diberikan oleh Guru Murshidnya.
Setiap kali selepas menunaikan Solat, hendaklah bertawajjuh kepada hati dan sentiasa memastikan hati dalam keadaan bertawajjuh kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Lakukan selama beberapa minit sebelum bangkit dari tempat Solat. Kemudian setelah selang beberapa jam hendaklah menyemak semula keadaan hati bagi memastikannya sentiasa dalam keadaan mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila seseorang Murid itu telah naik ke peringkat menengah dalam bidang Keruhanian maka dia hendaklah selalu memeriksa keadaan hatinya sekali pada tiap-tiap satu jam untuk mengetahui sama ada dia ingat ataupun lalai kepada Allah dalam masa-masa tersebut. Jika dia lalai maka hendaklah dia beristighfar dan berazam untuk menghapuskan kelalaian itu pada masa akan datang sehinggalah dia mencapai peringkat Dawam Hudhur atau Dawam Agahi iaitu peringkat hati yang sentiasa hadir dan sedar ke Hadhrat ZatNya.
Ketiga-tiga prinsip ini adalah tambahan dari Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih dalam membimbing sekelian para murid dan pengikutnya dan terus menjadi amalan yang tetap dalam Tariqat Naqshbandiyah.