Kisah Zuhud Nabi Muhammad s.a.w. tentang hal ehwal makanan
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencela makanan sama sekali. Apabila berselera, baginda memakannya dan apabila tidak berselera, baginda meninggalkannya. (HR Ahmad)
Dari Jabir Bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak meminta sesuatu sama sekali dan berkata:"Tidak."(HR Ahmad)
Dari Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:"Demi Yang Menguasai jiwa Muhammad dalam genggamannya, Tidak ada hingga waktu petang pada keluarga Muhammad satu sha' biji-bijian dan juga satu sha' kurma." Sesungguhnya mereka pada waktu itu di sembilan rumah, dan pada waktu itu pula baginda mempunyai sembilan orang isteri. (HR Ahamd)
Dari Anas r.a. meriwayatkan bahawa seorang Yahudi mengundang Rasulullah s.a.w. untuk memakan roti gandum dan makanan berminyak yang sudah berbau, dan Rasulullah s.a.w. memenuhi undangan itu. (HR Ahmad)
Dari Muawiyah Bin Qurrah berkata bahawa ayahnya telah berkata kepadanya:"Kami melaksanakan umrah bersama Nabi s.a.w. dan kami tidak mempunyai makanan kecuali Al-Aswadani." Maka ayahnya berkata lagi:"Apakah kamu tahu apakah itu Al-Aswadani?". Aku berkata tidak. Ayahnya menjawab:"Kurma dan air". (HR Ahmad)
Dari Aisyah r.aha meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. keluar daripada dunia ini dan baginda belum pernah kenyang dengan roti gandum. (HR Ahmad)
Dari Atha' bin abi Rabah, ia berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. dan baginda sedang duduk di atas sebuah bantal dan di sisinya terdapat pinggan yang berisi roti. Ia berkata: Baginda meletakkan roti di atas tanah dan meminggirkan bantal itu, kemudian bersabda:"Sesungguuhnya saya seorang hamba, makan seperti yang dimakan hamba dan saya duduk seperti hamba duduk." (HR Ahmad)
Dari Yazid Bin Abdullah bin Qasith r.a. meriwayatkan bahawa ia berkata:"Rasulullah s.a.w. datang dengan membawa tepung halus daripada Lauz (semacam kacang), ketika dimasukkan, baginda s.a.w. bersabda:"Apa ini?" Mereka berkata:"Tepung Lauz". Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda:"Singkirkan daripada saya, sesungguhnya ini adalah minuman orang-orang yang bermewah-mewahan." (HR Ahmad)
Dari Muaz Bin Jabal r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya ketika diutus ke Yaman:"Jauhilah olehmu bersenang-senang, kerana sesungguhnya hamba Allah bukanlah orang yang bersenang-senang." (HR Ahmad)
Dari Anas Bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa ia berkata:"Saya memberi hadiah kepada Nabi s.a.w. 3 (tiga) ekor burung, dan baginda memberi makan untuk pembantunya satu burung. Keesokan harinya, ia datang membawanya, dan Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya:"Tidakkah saya melarang kamu untuk menyimpan sesuatu hingga besok, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. memberi rezeki untuk setiap hari esok."(HR Ahmad)
Dari Qatadah dari Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak makan atas meja makan dan juga makan pada pinggan besar dan juga makan roti yang bersayur. Anas r.a. berkata kepada Qatadah r.a. : "Jadi baginda makan?". Qatadah r.a. menjawab:"Baginda makan pada alas makan (kain seperah). (HR Ahmad)
Dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:"Telah beruntung orang yang berserah diri dan diberi rezeki cukup dan dipuaskan oleh Allah dengan apa yang diberikan kepadanya." (HR Ahmad)
Dari Tsabit r.a. meriwayatkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. dilanda kebuluran (kemiskinan), baginda akan memanggil keluarganya:"Wahai keluargaku, solatlah, sloatlah!". (HR Ahmad)
No comments:
Post a Comment