·
Agama merupakan jalan kejayaan
dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.
·
Agama adalah keseluruhan amalan
yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.
·
Agama akan datang dalam diri
kita jika kita buat 2 perkara:-
1. Dakwah orang Islam untuk menyempurnakan keseluruhan agama dalam
kehidupan.
2. Beramal keseluruhan agama dalam kehidupan.
·
Dakwah cara Rasulullah s.a.w.
akan mendapat hidayat daripada Allah s.w.t.
·
Dakwah adalah tanggungjawab
setiap orang Islam untuk dapatkan hakikat iman dan kesempurnaan agama.
·
Dakwah adalah keperluan seperti
kita perlukan makanan.
·
Apabila kita buat dakwah, nur
iman kita bertambah dan kekal dalam kehidupan kita.
·
Apabila kita tinggalkan dakwah,
iman kita lemah dan tidak kekal dalam kehidupan kita.
·
Apabila kita buat dakwah iman
(dakwah dari pintu ke pintu), kita kena bawa mereka untuk duduk dalam majlis
ta’leem di masjid (bawa mereka dari suasana dunia kepada suasana iman).
·
Kita hendaklah hubungkan setiap
orang Islam kepada Allah melalui perantaraan masjid.
·
Setiap orang Islam menjadikan
masjid sebagai penyelesai segala masalah kehidupan mereka melalui perantaraan
amal.
·
Janji Allah s.w.t. bagi sesiapa
yang memakmurkan masjid seperti:-
1. Rahmat
2. Kerehatan
3. Keredhaan
4. Mudah meniti titian sirat
5. Masuk syurga
·
Kita dakwah orang Islam kepada
solat bukan sekadar mengajak mereka menunaikan solat fardu 5 waktu di masjid,
malah menjadikan solat atau amalan – amalan agama akan mendapat kejayaan di
dunia dan akhirat.
·
Setiap amalan ada janji Allah
s.w.t. Setiap janji Allah s.w.t. ada kudrat Allah s.w.t.
·
Setiap asbab tidak ada janji
Allah s.w.t. Setiap yang tidak dijanjikan Allah s.w.t. tidak ada kudrat Allah
s.w.t.
·
Setiap hari kita dakwah tentang
perkara ini sehingga kita mendapat keyakinan bahawa setiap amal ada janji Allah
s.w.t.
·
Selain itu, kita wajib betulkan
solat. Kita bukan sekadar menunaikan solat tetapi mendirikan solat.
·
Menunaikan solat hanya untuk
orang mualaf manakala mendirikan solat untuk orang Islam.
·
Maksud mendirikan solat ialah:-
1. Kita dakwahkan solat sehingga solat sebagai ibadat yang umumiyyat
(amalan ibadat yang menjadi kebiasaan di kalangan orang Islam).
2. Kita menunaikan solat dengan menyempurnakan segala rukun solat,
rukuk, qiam dan sujud dengan sempurna.
·
Maksud meruntuhkan solat bukan
meninggalkan solat tetapi menunaikan solat dalam keadaan wuduk, qiam, rukuk dan
sujud tidak sempurna.
·
Setiap orang Islam wajib
menunaikan solat.
·
Untuk menunaikan solat atau
amalan yang lain mesti ada ilmu agama.
·
Agama yang sempurna tidak akan
datang dalam kehidupan kita melainkan kita mempunyai ilmu agama.
·
Ilmu agama tidak datang dalam
kehidupan kita sekiranya kita tidak yakin pada ilmu agama.
·
Kejahilan kita menganggap ilmu
ialah kejuruteraan, ekonomi, pertanian dsb.
· Bersambung.......
No comments:
Post a Comment