Tuesday 3 July 2012

Dipetik dari Kitab Zuhud karangan Imam Ahmad Hambali

Kehidupan Zuhud Nabi s.a.w. dalam berpakaian..

Dari Ubadah Bin Sulaiman berkata kepada kami, Hisyam Bin Urwah berkata kepada kami, daripada seorang lelaki, ia berkata: Saya bertanya kepada Aisyah r.a. :Apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dirumahnya?. Aisyah menjawab:"Baginda s.a.w. menampal baju, menjahit selipar dan sebagainya."(HR Ahmad)


Dari Badli Al-Aqili meriwayatkan bahawa lengan baju Nabi s.a.w. hingga pergelangan tangan. (HR Ahmad)


Dari Ali Bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat di ats Al-Ala' Al-Hadrami sehelai baju daripada Qatar yang lengannya panjang, kemudian bginda meminta diambilkan pisau dan memotongnya diatas hujung jarinya. (HR Ahmad)


Dari Abi Umamah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:"Berpakaian sederhana adalah sebahagian daripada iman, berpakaian sederhana sebahagian daripada iman, berpakaian sederhana sebahagian daripada iman." (HR Ahmad)

No comments:

Post a Comment