Monday, 31 March 2014

Siapakah yang perlu kita sokong samada Datuk Seri Najib atau Datuk Seri Anwar?

Pada pendapat saya, mereka berdua umpama ketua kelasi yang membawa kapal penumpang yang akan menuju ke destinasi Malaysia. Kedua-dua mereka akan membawa kapal penumpang masing-masing mengunakan laluan yang berbeza untuk sampai ke Malaysia. Jadi, persoalannya ialah laluan manakah yang paling selamat dan cepat sampai ke Malaysia?. Jika kita sebagai penumpang akan memilih laluan yang tidak ada gangguan lanun, tiada pengganas, tiada ribut, tiada lautan bergelora dan cepat sampai ke Malaysia. Mungkin sekarang fikiran kita sedang bermain di kepala untuk menentukan siapakah ketua kelasi yang dimahukan oleh kita. Samada Datuk Seri Najib yang terkenal dengan gagasan 1 Malaysia atau Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terkenal dengan gagasan Reformasi.
Kita sebagai rakyat Malaysia bebas untuk memilih siapakah pemimpin yang harus memimpin Malaysia melalui pilihan raya lima tahun sekali. Dan kita sebagai seorang Islam tidak bebas untuk melontari pelbagai tuduhan, fitnah dan tomahan kepada kedua-dua pemimpin tersebut. 
Saya berasa sedih apabila melihat orang Islam sendiri telah menjadi pelopor untuk melakukan kerja fitnah-menfitnah, membuka keaiban dan sebagainya kepada kedua-dua pemimpin tersebut melalui surat khabar, majalah, website, blog dan sebagainya.
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk, apalagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang). Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah, atau menerima dengan hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Riwayat Muslim)
Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang dipahami sebagai hinaan. Mendengar orang yang sedang ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah. Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan berikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib, lahir kehinaan dan timbul keinginan untuk melakukannya.
Perkataan "fitnah" berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan sebagai berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan kenyataan atau kebenaran.
Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah. "Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".
Sebelum kita mengatakan sesuatu yang tidak elok kepada kedua-dua pemimpin tersebut, kita perlu bertanya kepada diri sendiri samada kita mengenali kedua-dua pemimpin tersebut dengan mendalam atau tidak. Samada kita pernah bergaul, bergurau, berbicara dan sebagainya dengan kedua-dua pemimpin itu ataupun tidak pernah. 
Jika kita menerima maklumat yang memburuk-burukkan kedua-dua pemimpin tersebut, adakah kita telah menyelidiki maklumat itu secara terperinci ataupun tidak pernah. Adakah kita pernah merujuk kepada mereka tentang kesahihan maklumat yang kita dengar daripada orang lain?.
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].
Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah, musuh-musuh kamu senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu. Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.
Untuk menyelamatkan iman kita yang sudah maklum tidak kuat maka lebih baik kita mendiamkan diri daripada mendengar segala maklumat yang berunsur hasutan, fitnah dan sebagainya terhadap kedua-dua pemimpin tersebut. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ini membawa maksud bahawa sebagai seorang yang beriman, kita perlu sentiasa mengawasi lidah kita daripada memburuk-burukkan kedua-dua pemimpin tersebut. Kalau tidak dapat membicarkan sesuatu yang kebaikan tentang kedua-dua pemimpin tersebut maka adalah lebih baik berdiam diri sahaja.
Apabila kita mendapati penyokong BN menghina Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebaliknya penyokong Pakatan menghina Datuk Seri Najib maka kita seharusnya bertindak mempertahankan nama baik kedua-dua pemimpin tersebut. Hadis riwayat Ahmad dan Tharani; "Barang siapa yang mengetahui ada orang mukmin dihina di depannya, ia harus membelanya, mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila ia tidak mahu melakukan pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di depan orang ramai''.
Kita yang sentiasa menganggap bahawa diri kita memperjuangkan sunnah Rasulullah s.a.w telah merosakkan akhlak kita sendiri dengan menganggap perbuatan mencela, menghina dan menfitnah salah seorang daripada kedua-dua pemimpin tersebut tidak ada apa-apa masalah. Masalahnya sekarang ialah kita telah menunjukkan akhlak yang buruk. Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: "Apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?" Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan".
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia berhak memilih pemimpin yang mampu memimpin Malaysia dengan makmur dan maju melalui kaedah pilihan raya lima tahun sekali. Terpulanglah samada kita milih Datuk Seri Najib atau Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui kepimpinan negara. Janganlah kita sampai melampaui batas sehingga sanggup menghina, mencerca dan menfitnah pemimpin yang kita benci. Apa yang penting sebagai orang Islam harus bersatu padu dibawah gerakan dakwah. Hanya melalui dakwah kepada setiap umat manusia untuk beriman kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. dapat memecahkan tembok kepelbagaian fahaman dan pendapat. Oleh itu, kita berazam untuk tingkatkan pengorbanan keluar ke jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah...azam..

Tuesday, 25 March 2014

Maksud dan tujuan kita dijadikan oleh Allah s.w.t.

Manusia ini dijadikan bukannya sia-sia. Allah s.w.t. menjadikan manusia ini dengan maksud yang sangat besar. Apabila manusia tahu maksud dan tujuan dia dicipta, maka dia akan berusaha untuk mencapai maksud. Contoh, apabila seseorang menerima kunci kereta dengan tidak tahu maksud dan tujuan kunci kereta, maka dia tidak dapat menggunakan kunci kereta itu untuk memandu kereta. Allah s.w.t. tidak jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Manusia dijadikan supaya mengenal Allah s.w.t. Manusia dijadikan untuk mentauhidkan kepada Allah s.w.t. dan mengajak orang lain untuk mentauhidkan kepada Allah s.w.t. Kebiasaannya apabila manusia tidak tahu maksud dan tujuan sesuatu benda maka manusia tidak akan menaruh perhatian terhadap benda tersebut. Dan semua benda didunia ada maksud tersendiri seperti lampu, kipas, kereta dan sebagainya ada maksud yang tersendiri. Apabila maksud dan tujuan sesuatu benda itu tidak diketahui dan digunakan oleh manusia, maka benda tersebut tak dapat digunapakai. Adakah manusia dijadikan sesuatu yang sia-sia sahaja. Tidak! Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t. dengan maksud dan tujuan yang sangat-sangat besar.
Dalam kehidupan didunia ini, mengenal Allah s.w.t. amat penting. Apabila manusia tidak kenal Allah, dan dia kembali ke hari akhirat, maka tempat kembalinya adalah tempat yang paling merugikan. Dalam kehidupan didunia ini, Allah s.w.t. telah menghantar 124,000 para anbia a.s. dengan tujuan untuk mengenalkan kepada manusia tentang Allah s.w.t. Apabila seseorang tidak mengenal Allah s.w.t. bererti dia tidak tahu satu apapun. Apabila seseorang mengenal Allah s.w.t. bererti dia tahu apa sahaja.
Inilah tujuan kita sebagai manusia untuk berusaha memperbaiki amal kita dan mengajak orang lain kepada amal. Dakwah adalah caranya. Insya Allah, kita azam bermujahadah ke jalan Allah s.w.t. dengan sediakan diri dan orang lain, lapangkan masa dan korbankan harta selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah, azam...

Thursday, 20 March 2014

Apa yang kita lihat adalah tipu dan apa yang kita tak dapat lihat adalah benar

Apa yang kita lihat adalah tipu. Bukan setakat mata kita tertipu bahkan mulut dan telinga kita juga tertipu dengan pandangan mata yang boleh melihat imej atau sesuatu objek yang wujud di dunia ini. Contohnya ialah duit. Mata kita melihat duit. Telinga kita mendengar maklumat tentang kelebihan duit iaitu memberi kesenangan dalam hidup, boleh membeli apa saja barang dan sebagainya. Mulut kita sering membicara tentang kelebihan duit akan memberi kesenangan dalam hidup.Takde duit bererti kita hidup dalam kemiskinan. Apabila mata, telinga dan mulut sering melihat, mendengar dan membicarakan tentang kelebihan duit maka ianya akan memberi kesan kepada hati kita untuk menyakini 100% dengan penuh percaya bahawa duit jaminan kebahagiaan hidup. Hal ini kita tidak boleh menafikannya sebab perkara tersebut telah semadi atau terpasak dalam hati kita. Kita boleh menafikan kelebihan duit tapi hati kita masih terkesan 100% dengan kelebihan duit. Sebab apa? Mata, telinga dan mulut kita sudah sebati dengan kelebihan duit.
Duit adalah mahkluk Allah s.w.t. Jika duit hendak memberi manfaat kepada seseorang mesti dengan izin atau perintah daripada Allah s.w.t. Duit adalah sesuatu yang tidak ada janji daripada Allah s.w.t. dari segi kelebihan, manfaat atau kebaikannya. Duit adalah ujian kepada manusia. Apabila manusia mahukan sesuatu barang, manusia telah diuji samada segera berharap kepada Allah s.w.t. atau berharap kepada duit. Duit cuma wujud dan boleh diguna pakai semasa kita hidup didunia dan tak wujud mahupun diguna pakai semasa kita di padang mahsyar kelak.
Itu baru contoh duit sahaja. Sesuatu benda yang sering kita lihat, dengar dan berbual tentang duit. Contoh lain seperti pangkat, kekuasaan, wanita, harta, anak yang ramai, kebun yang banyak dan sebagainya adalah sama seperti hal ehwal duit yang sering kita lihat, dengar dan berbual tentang kelebihan benda tersebut.
Apa yang kita tidak lihat adalah benar. Walaupun pada zahirnya mata kita tidak dapat melihat perkara tersebut tetapi perkara tersebut memang wujud. Contohnya ialah kekuasaan Allah s.w.t. memberikan kesenangan hidup. Mata kita melihat pada zahirnya duit memberikan kesenangan hidup tetapi pada hakikat yang sebenar Allah s.w.t yang memberikan kesenangan kita dalam hidup. Telinga kita mendengar pada zahirnya duit memberikan kesenangan hidup tetapi pada hakikat yang sebenar Allah s.w.t. yang memberikan kesenangan kita dalam hidup. Mulut kita sering berbicara duit memberikan kesenangan dalam hidup tetapi pada hakikat yang sebenar Allah s.w.t. yang memberikan kesenangan kita dalam hidup. Apabila mata, telinga dan mulut kita sering menafikan apa yang kita lihat, dengar dan berbicara tentang duit tidak memberikan kesenangan dalam hidup tetapi Allah s.w.t. yang memberikan kesenangan kita dalam hidup maka insya Allah hati kita tidak akan terkesan dengan duit tetapi terkesan dengan kehebatan dan keagungan Allah s.w.t.
Insya Allah, kita azam untuk menafikan bahawa makhluk tidak ada kuasa. Kita kena banyak menceritakan tentang kebesaran Allah s.w.t. supaya kebesaran mahkluk terkeluar dalam hati kita. Insya Allah, azam setiap masa menceritakan tentang kebesaran, kehebatan dan keagungan Allah s.w.t. dan menafikan kebesaran, kehebatan dan keagungan makhluk.

Wednesday, 19 March 2014

Hidup di dunia umpama 2 minit di akhirat. Bagaimanakah persiapan kita untuk hari akhirat dengan menggunakan masa cuma 2 minit sahaja?

Satu masa dunia akan hancur. Tiada makhluk. Dunia kembali sepertimana kejadiaan asal. Hanya Allah s.w.t yang wujud. Selepas itu, Allah s.w.t. hidupkan kembali manusia yang telah mati. Manusia hidup dua kali. Manusia akan keluar dari kubur seperti belalang yang banyak. Apabila manusia bangkit dari kubur, manusia telah berkata bahawa kenapa kami dibangkit dari kubur maka zahirlah perkara yang  ghaib pada pandangan mata. Zahirlah syurga, neraka, padang mahsyar yang dulunya (pada masa di dunia) tidak nampak. Manusia telah berkata bahawa mereka telah lihat syurga, neraka dan sebagainya. Kita semua akan menghadapi keadaan tersebut. Sebagaimana keadaan kita bogel keluar dari perut ibu begitu juga kita keluar dari kubur dalam keadaan bogel. Keadaan begitu dahsyat di hari akhirat menyebabkan kita tercengang dan tidak dapat tunduk pandangan. Matahari berada satu jengkal di atas kepala. Manusia akan menangis. Manusia akan menyesal. Orang yang zalim akan tercengang melihat dosanya yang bertimbun sehingga dia menggigit jarinya sehingga ke bahu. Dia makan dirinya sendiri. Kepedihan atau kesakitan memakan diri sendiri tidak terasa kerana penyesalan yang teramat sangat. Hari ini kita tidak nampak penyesalan apabila kita membuat dosa. Semasa kita hidup di dunia, kita sering diberi peringatan untuk membuat persiapan pada hari kiamat.
Pada masa itu, iman dan amal yang akan menyelamatkan manusia. Iman dan amal akan meredakan kemarahan Allah s.w.t. Ingatlah manusia, fikirlah dahulu sebelum membuat dosa semasa hidup. Pada hari akhirat nanti, baru kita menyesal. Tiada berguna menyesal pada masa itu. Tiada guna kita menangis pada masa itu. Sehinggakan kita meminta bantuan malaikat Malik supaya merayu kepada Allah s.w.t. untuk mematikan kita. Setiap golongan masuk kedalam api neraka, malaikat akan menanya tentang ada tak sesiapa yang telah memberi peringatan kepada kamu kerana banyak melakukan dosa dan tenggelam dengan dunia. Golongan neraka kata bahawa mereka telah mendengar peringatan daripada para nabi tetapi mereka telah mendustakannya kerana mereka tidak nampak keadaan neraka, syurga, padang mahsyar pada masa hidup didunia dahulu. 
Kiamat pasti akan datang. Maut pasti akan menjemput kita. Permasalahannya bukannya tentang kiamat. Permasalahannya bukannya tentang mati. Permasalahannya ialah persiapan kita untuk berjumpa dengan Allah s.w.t. Apakah bekalan yang kita bawa?. Adakah bekalan yang kita bawa boleh meredhakan Allah s.w.t. dan menyebabkan Allah s.w.t. masukkan kita kedalam syurga?.
Tempat yang pertama kita lalui selepas mati ialah kubur. Kita hendaklah selalu berdoa untuk jauh dari azab kubur. Azab kubur amat dahsyat. Kata Nabi s.a.w. apabila Allah s.w.t. membenarkan kita mendengar azab kubur maka tiada siapa yang mahu kebumikan jenazah sehingga sanggup membiarkan jenazah tersebut reput di dalam rumah. 
Kiamat pasti datang dalam keadaan mengejut. Kiamat datang dalam keadaan manusia sibuk dengan perniagaan. Tiba-tiba, manusia mendengar satu bunyi yang kuat. Apabila bunyi sudah terlalu kuat, manusia mahu melarikan diri kerana tidak tahan. Sebelum sempat manusia mahu melarikan diri, hati mereka telah pecah. Selepas itu, matahari telah jatuh. Maka terjadinya kiamat yang mengerunkan. Perbahasannya bukannya tentang kiamat. Perbahasannya ialah persiapan pada hari kiamat. Ada seorang sahabat bertanya dengan Rasulullah s.a.w. tentang bilakah datangnya hari kiamat. Jawab Rasulullah s.a.w. ialah Apakah persiapan kamu pada hari kiamat?. Itu yang perlu kamu tanya.
Kita semua akan mati untuk menemui Allah s.w.t. Kita semua akan melalui di padang mahsyar. Kita semua akan melalui titian sirat.
Sebelum maut menjemput kita, kita perlu membuat persiapan untuk hari kiamat. Apakah persiapan untuk hari kiamat?. Persiapannya ialah kuatkan,tambahkan atau tingkatkan Iman dan amal. Agama yang Allah turunkan. Sesiapa yang mengamalkan agama dengan sempurna maka dia akan berjaya buat selama-lamanya. 
Di padang mahsyar, seluruh manusia akan mendengar iklan daripada malaikat yang mengatakan bahawa si folan itu mempunyai timbangan amal yang berat dan dia telah berjaya selama-lamanya. Si folan mendengar iklan tersebut lalu menangis kerana kegembiraan. Si folam dapat buku catatan amal melalui tangan kanan. Selepas itu, si folan akan memberitahu setiap orang untuk membaca buku catatan amalnya kerana dia berasa terlalu gembira. Insya Allah kita termasuk dalam golongan tersebut. 
Bagi sesiapa yang mempunyai timbangan dosa yang berat maka dia akan menerima buku catatan amal melalui tangan kiri. Dia akan menyesal. Dia berkata bahawa alangkah baiknya dia tidak menerima buku catatan amal tersebut. Kemudian dia berkata bahawa hartanya tidak dapat membantu atau mendatangkan manfaat kepadanya pada masa itu. Allah s.w.t. telah memberi peringatan bahawa harta tidak ada nilai disisi Allah melainkan cinta kepada Allah. Jadi, pada masa kita hidup didunia untuk usaha cintakan Allah s.w.t.
Sebenarnya tempoh masa hidup kita di dunia umpama dua minit di akhirat. Dua minit ini bagaimanakah kita gunakan samada untuk bina agama hancur dunia atau hancur agama bina dunia?. 
Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa berusahalah kita untuk dunia seolah-olah kita hidup seribu tahun lagi dan berusahalah kita untuk akhirat seolah-olah kita hidup satu hari. Maksudnya jika kita lepas peluang perkara-perkara dunia maka kita tidak perlu risau kerana kita ada tempoh masa hidup seribu tahun lagi. Jangan kita lepaskan peluang perkara-perkara akhirat kerana kita ada tempoh masa hidup cuma sehari sahaja.
Marilah kita sama-sama berusaha untuk tingkat takwa dalam hati, cinta kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Usaha dakwah ialah usaha yang mengerakkan, menambahkan dan menguatkan iman. Soalan-soalan dalam kubur akan tanya siapa tuhan kamu. Lidah kita dikunci dan hati kita akan menjawab. Semasa kita hidup didunia, kita hendaklah bersihkan hati kita daripada cinta dunia. Hati kita cuma ada cinta pada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Hati kita cinta pada amal agama. Adakah kita berusaha dengan sekadar doa?. Allah s.w.t. beritahu kepada Rasulullah s.a.w. tentang satu kaum telah memeluk Islam. Kaum tersebut kata bahawa mereka sudah beriman. Allah s.w.t. beritahu (melalui turunnya al-Quran) Rasulullah s.a.w. dan sampaikan kepada kaum tersebut bahawa sepatutnya mereka berkata kami baru masuk Islam. Tapi, iman belum masuk lagi. Iman ialah dapatkan agama dengan mujahadah, susah payah dan pengorbanan. Iman terbina melalui dakwah. Dakwah tentang kebesaran Allah s.w.t. Memperbanyakkan percakapan tentang kebesaran Allah s.w.t. setiap masa. Disamping kita dakwah kepada orang lain tentang kebesaran Allah s.w.t., kita juga perlu dakwah kepada diri sendiri (bersendirian).
Insya Allah, kita berazam untuk sediakan diri kita sendiri dan orang lain, korbankan harta dan lapangkan masa untuk keluar kejalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari.



Setiap amal ada kelebihan, ganjaran dan manfaatnya yang tersendiri

Setiap benda di dunia ada manfaatnya. Sebagai contoh handphone, manfaatnya ialah kita boleh hubungi orang dari jarak yang jauh. TV ada manfaatnya iaitu kita boleh mendapatkan maklumat atau hiburan. Jadi, setiap benda ada manfaatnya kepada pengguna benda tersebut. Itu adalah contoh perkara-perkara dunia yang mudah kita fahami.
Begitu juga dengan setiap amal ada ganjarannya atau manfaatnya. Sebagai contoh, apabila seseorang itu membaca surah al-Waqiah sebelum tidur maka insya Allah, Allah s.w.t. tidak akan membiarkan orang tersebut kebuluran pada keesokan harinya. Apabila seseorang membaca surah yasin pada permulaan hari maka insya Allah, Allah akan membereskan segala urusan kehidupannya. Apabila seseorang membaca surah as sajadah selepas maghrib maka insya Allah, Allah akan angkat azab seksa kubur si pembaca tersebut.
Jadi, setiap benda di dunia ada manfaatnya tersendiri begitu juga dengan setiap amal ada kelebihan, ganjanran atau manfaatnya tersendiri. Jika kita perlu untuk menghubungi rakan kita yang berada jauh dari tempat kita maka kita berusaha untuk mendapatkan apa-apa sahaja alat telekomunikasi seperti handphone, faks, telefon dan sebagainya. Jika kita inginkan hiburan atau maklumat maka kita akan berusaha untuk mendapatkan alat media seperti tv atau internet.
Begitu juga dengan setiap amal ada kelebihan, ganjaran dan manfaatnya yang tersendiri. Jika kita tidak mahu kebuluran pada esok hari maka kita amalkan membaca surah al-Waqiah sebelum kita tidur. Jika kita menghadapi kesukaran dalam urusan kerja sepanjang hari maka kita amalkan membaca surah Yassin selepas solat fardu Subuh. Jika kita takut azab seksa kubur maka kita amalkan membaca surah as Sajadah selepas maghrib.
Kesimpulannya, kita memanglah membuat sesuatu amal kerana Allah s.w.t. Disamping itu, kita membuat amal untuk mencari redha Allah s.w.t. Tapi, kita jangan lupa bahawa setiap amal ada kelebihan, ganjaran dan manfaatnya tersendiri. Jadi, saya yang hina ini lebih suka gabungkan iman dan ihtisab. Kita buat amal kerana yakin akan janji-janji Allah s.w.t. dalam amal tersebut dan pada masa yang sama juga kita sentiasa membayangkan serta berharap agar dapat ganjaran, kelebihan dan manfaat daripada Allah s.w.t. setelah kita amalkan amalan tersebut.
Insya Allah...kita azam...untuk tambahkan pengorbanan....kita kembangkan atau dakwahkan agama dengan melapangkan masa kita selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari...

Tuesday, 18 March 2014

Lemahnya keyakinan kita pada janji-janji Allah s.w.t. melalui perkhabaran daripada Rasulullah s.a.w. dalam setiap amal agama

Sabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِى جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنَ النِّفَاقِ. قَالَ أَبُو
 عِيسـَى وَقَدْ رُوِىَ هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ أَنَسٍ مَوْقُوفًا وَلاَ أَعْلَمُ أَحَدًا رَفَعَهُ إِلاَّ مَا رَوَى سَلْمُ بْنُ قُتَيْبَةَ عَنْ طُعْمَةَ بْنِ عَمْرٍو عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِى ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ. (سنن الترمذى، الصلاة)
Bermaksud: Sesiapa yang sembahyang kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik.
   
Berdasarkan haditsh di atas, cuba kita renungkan dan nilaikan pada diri sendiri samada kita amalkan atau tidak tentang perkhabaran Rasulullah s.a.w. tentang ganjaran atau janji Allah s.w.t. kepada sesiapa yang menunaikan solat jemaah selama 40 hari tanpa terlepas takbir pertama akan terlepas dari seksa api neraka?.Dan cuba tanya pada diri sendiri samada ada perasaan ghairah dan penuh pengharapan untuk mengamalkan hadisth di atas?. Atau cuba renung pada diri sendiri samada kita ada displin untuk mengatur masa agar dapat menjaga takbir pertama dalam solat jemaah untuk tempoh masa 40 hari?
Jika kita jadikan perkara-perkara dunia sebagai contoh atau misalan seperti sesiapa banduan dalam penjara yang sembahyang kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Maka banduan tersebut akan mendapat ganjaran untuk dibebaskan atau keluar dari penjara. Jadi, setiap banduan akan mengambil manfaat daripada ganjaran tersebut dan mereka akan sedaya upaya berusaha untuk menjaga solat berjemaah selama 40 hari dengan takbir pertama tanpa tertinggal satu waktu solat berjemaah hatta tanpa tertinggal satu takbir pertama semata-mata mahu mengejar ganjaran untuk keluar dari penjara dengan penuh harapan dapat kebebasan dari seksaan hidup dalam penjara.
Jika kita kembali kepada hadisth di atas, penjara bagi kita sebagai orang Islam adalah neraka jahanam. Dalam surah Al-Waqiah ada menyebut bahawa penghuni neraka akan diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak serta naungan dari asap hitam, yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan, makan buah dari pokok zaqqum yang pahit kemudian minum air yang panas mengelegak (tak puas-puas minum). Itulah keadaan penghuni neraka yang hidup terseksa. Berdasarkan hadisth di atas, ganjaran untuk amalkan solat berjemaah selama 40 hari tanpa ketinggalan takbir pertama akan mendapatkan pelepasan daripada api neraka. Jadi, pernahkah kita terfikir untuk bebaskan diri kita daripada seksaan api neraka?. Atau pernahkah kita rasa bersemangat untuk mengambil peluang yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. dengan penuh keyakinan janji-janji Allah s.w.t lalu mendorong untuk amalkan hadisth tersebut dengan penuh harapan agar dapat bebas dari seksaan api neraka?.
Inilah kelemahan kita kerana kurang yakin dengan janji-janji Allah s.w.t. dan perkhabaran daripada Rasulullah s.a.w. dalam setiap amal. 
Kurang yakin dengan janji-janji Allah s.w.t. dalam setiap amal disebabkan kurang dakwah (Bercakap dan mendengar) tentang janji-janji Allah s.w.t. Kemuliaan kita dan umat Rasulullah s.a.w. hanyalah dalam agama iaitu kita taat perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan laranganNya serta ikut cara kehidupan Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t. telah memberikan kepada kita 2 pekara yang penting dalam kehidupan kita iaitu Agama dan Usaha Agama (usaha untuk amalkan agama dalam kehidupan). Begitu juga jika kita jadikan dunia sebagai contoh, setiap benda ada usaha untuk membuat benda tersebut. Contohnya, untuk hasilkan kereta perlu ada kilang kereta, untuk hasilkan minyak sawit perlu ada ladang kelapa sawit dan sebagainya. Begitu juga untuk amalkan agama perlu ada usaha untuk amalkan agama. Sedangkan agama adalah perkara yang penting dan setiap manusia berhajat pada agama. Namun, pada hari ini kita tidak ada perasaan tentang pentingnya agama dalam kehidupan kita. Kita menganggap agama sebagai satu amalan hak pensendirian. Fahaman tentang agama kurang penting dalam kehidupan kita disebabkan oleh kelahiran kita terus ada agama Islam tanpa sebarang mujahadah dan susah payah. Proses keislaman kita melalui kelahiran adalah proses yang mudah dan tanpa kita sedarinya sendiri. Dan bila kita dewasa, proses pembelajaran agama tidak begitu mendalam sehingga kita menganggap setakat mana amalan agama yang kita amalkan maka itulah agama. Sedangkan agama adalah keseluruhan dalam lapangan hidup. Agama mencakupi pelbagai bahagian dalam hidup. Jadi, kita telah merasa cukup dengan amal agama yang kita rasa cukup (setakat kita faham dengan agama). Maka kita merasa bahawa kita tidak perlu berusaha untuk amalkan agama lebih daripada yang sepatutnya.
Kita berasa lemah untuk amalkan agama kerana kita kurang yakin dengan janji-janji Allah s.w.t. dan perkhabarkan daripada Rasulullah s.a.w. Hal ini disebabkan oleh kurang membuat dakwah. Yakin adalah satu perkara yang penting. Kata seorang sahabat r.a. bahawa yakin adalah iman dan iman adalah yakin. Yakin yang dimaksudkan disini ialah yakin dengan janji-janji Allah s.w.t. melalui perkhabaran daripada Rasulullah s.a.w. tentang perkara yang kita tak nampak dengan mata kasar kita iaitu syurga, neraka, pahala, hari akhirat, titian sirat, padang mahsyar dan sebagainya. Dan agama adalah kadar keyakinan kita dengan janji-janji Allah s.w.t. melalui perkhabaran daripada Rasulullah s.a.w. Sebanyak mana keyakinan kita dengan janji-janji Allah s.w.t. melalui perkhabaran daripada Rasulullah s.a.w. maka sebanyak itulah amalan agama yang dapat kita amalkan.
Cara untuk mendapatkan keyakinan tersebut melalui memperbanyakan cerita, cakap, dakwah atau mendengar tentang kebesaran Allah s.w.t., hari kiamat, syurga, neraka dan sebagainya. Kita dakwahkan perkara yang kita tidak nampak seperti kebesaran Allah s.w.t.,hari kiamat, syurga, neraka, padang mahsyar dan sebagainya sehingga datang dalam hati kita seolah-olah kita melihat keindahan syurga, seksaan neraka dan sebagainya pada mata batin kita. Disamping itu, kita kurangkan bercakap tentang dunia yang boleh kita lihat pada pandangan mata kasar kita seperti duit, pangkat, harta, kuasa dan sebagainya sehinggakan perkara tersebut seolah-olah ghaib, hijab atau tertutup dalam pandangan mata batin kita. Apabila dalam hati kita sudah ada keyakinan yang tinggi terhadap perkara-perkara ghaib dan tidak terkesan dengan dunia maka kita mudah untuk amalkan agama. Selain itu,kita juga kena usaha dengan memperbanyakan membaca al-quran sambil merenung kisah-kisah dalam ayat al-quran, memperbanyakkan zikir mengingati Allah s.w.t., memperbanyakan amal ibadat kepada Allah s.w.t., belajar ilmu agama, bergaul dengan orang yang soleh, memperbanyakan mujahadah keluar di jalan Allah s.w.t. dan sebagainya.
Insya Allah, mulai saat ini, kita kena buat keputusan, jadikan kerja agama iaitu dakwah sebagai maksud hidup dengan sediakan diri dan orang lain, korbankan harta serta lapangkan masa untuk keluar di jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah, azammm....

Wednesday, 12 March 2014

MH370 Hilang Selesai Melalui Amal

MH370 adalah pesawat jenis Boeing 777-2H6(ER) yang mengunakan enjin Roll-Royce Trent 892 dan berusia 11.8 tahun. Pesawat ini mampu menampung 282 penumpang dan dilengkapi dengan sistem komputer paling canggih dan termoden dalam abad ini. Pesawat MH370 ini adalah antara pesawat MAS yang paling hebat setakat ini. Sejauhmanakah kehebatan pesawat ini yang telah hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan?
Pada pendapat saya yang lemah ini, MH370 memang tidak dinafikan merupakan pesawat yang berteknologi tinggi dengan dilengkapi sistem komputer termaju dan tercanggih. Namun, setiap benda yang dicipta oleh manusia ada kelemahannya walau secanggih manapun teknologi telah tercipta. Pasti terdapat kelemahan dan kecacatan. Kita sebagai manusia terlalu yakin bahawa dengan adanya pesawat MH370 maka pasti dan pasti kita akan sampai ke destinasi yang ditujui. Itu adalah keyakinan yang salah yang selama ini kita telah pegang. Keyakinan yang salah ini terjadi apabila kita sering melihat, mendengar dan merasa bahawa teknologi pesawat MH370 yang canggih akan memudahkan kita sampai ke destinasi yang ingin kita tujui. Berdasarkan keyakinan yang salah ini telah menyebabkan kita telah menolak sebarang kemungkinan bahawa pesawat MH370 tidak mungkin tidak sampai ke Beijing.
Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa apabila teknologi terkini buntu untuk menyelesaikan masalah kehilangan MH370 maka manusia mula berpaling arah kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t. Beginilah sifat orang Islam pada masa kini iaitu apabila ada masalah maka mereka bersegera ke arah usaha kebendaan iaitu mengunakan segala kehebatan teknologi untuk mengesan kehilangan pesawat MH370. Apabila gagal untuk mengesan pesawat tersebut maka orang Islam mula beralih arah berdoa kepada Allah s.w.t. seperti solat hajat dan sebagainya.
Sebagai orang Islam, apa yang Allah berikan kepada kita iaitu pesawat MH370 adalah milik Allah s.w.t. Dan bila Allah ambil pesawat MH370 daripada kitapun adalah milik Allah s.w.t. Semua makhluk adalah ciptaan Allah s.w.t. Allah s.w.t. Maha Kuasa. Allah s.w.t. boleh buat apa sahaja tanpa meminta pertolongan daripada makhluk. Allah Maha hebat. Pesawat MH370 untuk terbang ke langit dengan perintah Allah s.w.t. Pesawat MH370 untuk mendarat ke lapangan terbang dengan perintah Allah s.w.t. Pesawat MH370 untuk hilang dari pandangan mata manusia dengan perintah Allah s.w.t.
Keyakinan yang betul ialah pesawat MH370 akan membawa penumpang dari KL ke Beijing dengan perintah Allah s.w.t. Pesawat MH370 tidak ada kuasa untuk membawa penumpang dari KL ke Beijing. Dengan erti kata lain Allah s.w.t. maha kuasa, Makhluk tiada kuasa. Atau lebih dikenali dengan satu perkataan iaitu kalimah tauhid. Kalimah ini ialah Laa ilaha ilallah. Kalimah ini adalah kunci masuk syurga. Kalimah ini amat berat dalam timbangan amal di akhirat kelak. Kalimah ini akan menyelamat manusia daripada api neraka. 
Penyelesaian kepada masalah kehilangan pesawat MH370 ialah setiap orang Islam mesti tawajuh dengan amal terlebih dahulu sebelum mencari asbab. Maksudnya dahulukan amal dan kemudiankan asbab. Janji Allah s.w.t. hanya dalam amal bukan dalam asbab. Melalui amal, segala masalah insya Allah Allah s.w.t akan selesaikannya. Melalui asbab, tiada janji atau pertolongan dari Allah s.w.t. 
Perkara pertama untuk mengesan kehilangan pesawat MH370 melalui amal seperti berdoa kepada Allah s.w.t. setiap hari supaya Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada kita untuk mencarinya. Selain itu, kita juga mengadakan solat hajat, membaca surah yasin dan sebagainya. Amalan-amalan seperti ini ada pertolongan daripada Allah s.w.t. Kita kena yakin dalam amal ada janji dan pertolongan dari Allah s.w.t. Kita buat amal seperti itu sehingga Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada kita untuk mengesan pesawat MH370. 
Perkara kedua untuk mengesan kehilangan pesawat MH370 ialah disamping kita membuat amal, kita juga tidak tinggalkan asbab. Kita boleh mengunakan segala kemudahan teknologi terkini untuk mengesan pesawat MH370 seperti kapal jejak, kapal selam, helikopter, jet pengesan, satelit pengesan dan sebagainya.
Insya Allah, melalui amal kita buat kerana menyakini janji dan nusrah Allah s.w.t  maka insya Allah pesawat MH370 yang hilang dapat dikesan. Insya Allah......

Tuesday, 11 March 2014

13 Mei 1969



“Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British,” kata Tuan Haji Harun yang berusia 80 tahun. Beliau merupakan salah seorang anggota FRU yang ditugaskan untuk mengawal Panggung Odeon yang telah menjadi sasaran pada malam 13 Mei 1969.
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka,” kata seorang bekas ahli politik dari parti Gerakan yang berjaya memenangi kawasan Batu, Selangor pada Pilihan Raya 1969. Lelaki tua itu hanya mahu dikenali sebagai Uncle Tan.

********************************************************************

Mei 14, 1969

Kampung Bharu, Kuala Lumpur

Nenong! Nenong! Nenong! Bunyi siren ambulans telah memeranjatkan aku dari tidur. Lekas aku bangkit dari katil dan  turun ke tingkat bawah untuk mandi. Aku mendapati ruang dapur kosong. Biasanya ibuku akan merejang air panas untuk membuat air teh. Apabila aku pergi ke ruang tamu, aku dapati ayahku pula tiada. Biasanya, ayahku akan membaca surat khabar di atas kerusi malasnya. Aku merasa hairan bercampur takut kerana rumah yang aku kini tinggal adalah sunyi-sepi seolah-olah tiada berpenghuni. Puas aku mencari mereka di ceruk bilik. Namun, mereka tetap tiada. Aku telah mendengar bunyi suara pembaca berita dalam radio telah mengatakan bahawa sebanyak 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan telah musnah dalam peristiwa 31 Mei 1969.
Aku pun memberanikan diri untuk keluar dari rumah untuk mencari ibu bapaku. Sepanjang perjalanan, aku telah melihat sebuah kereta dan skuter terbalik –terbakar berasap-asap naik ke udara, banyak sampah-sarap bersepah di atas jalan raya, beberapa bilah parang berteraburan di sana sini berlumuran dengan darah, beberapa anggota FRU telah berkawal di jalan raya dan masih lagi kedengaran bunyi siren ambulans.
Aku tetap melangkah ke hadapan untuk mencari di mana ibu bapaku berada. Tiba-tiba aku di tahan oleh seorang anggota FRU. Dia telah membawa aku naik ke atas lori bersama dengan beberapa orang yang aku tak kenali. Seorang lelaki tua berasa hairan kerana aku berani berjalan seorang diri di kawasan terbuka. Aku beritahu kepada lelaki tua itu di mana ibu bapaku berada lalu menunjukkan loket yang mempunyai dua gambar ibu dan bapaku apabila dibuka. Lelaki tua itu tidak kenal ibu bapaku dan tidak tahu ke mana mereka telah pergi. Aku berasa sedih. Aku sempat membaca tajuk berita di muka surat depan yang di baca oleh lelaki tua itu di hadapanku. Tajuk berita itu ialah Kuala Lumpur Terbakar.
Apabila sampai ke kem Perlindungan yang dikawal ketat oleh beberapa anggota FRU, aku telah di hantar ke satu tempat untuk dapatkan makanan yang telah dicatukan. Aku berbaris panjang untuk menunggu dapatkan bubur setelah diberi pinggan besi oleh petugas kem. Apabila sampai giliran aku, petugas yang memberikan bubur  pun berikan aku makanan bubur. Aku beritahu dia bahawa aku tidak pandai makan bubur yang telah di masak oleh dia. Terlalu cair bagiku dan tidak seperti masakan ibuku yang bergitu sedap. Aku terus di tengking oleh tukang beri bubur itu. Selepas itu, aku telah di tolak oleh seorang remaja lelaki supaya gilirannya pula untuk dapatkan bubur.
Aku pada masa itu tengah lapar dan terus makan bubur itu. Semasa aku makan bubur, aku ternampak lelaki yang menolakku itu ada sepasang kasut sport disebelahnya. Selama ini aku memang idam-idamkan untuk dapatkan kasut sport tetapi ibu bapaku tidak bagi. Aku pun pergi ke arah lelaki itu dan memuji kasut sportnya sangat cantik. Kata lelaki itu, kasut sport itu adalah hadiah pemberian bapanya. Aku tanya di mana bapanya, dia menjawab bapanya telah mati akibat rusuhan pada malam semalam ketika bapanya lewat pulang kerja. Selepas itu, dia bertanya dimana bapaku, aku beritahu bahawa ibu bapaku sudah hilang entah kemana. Aku ingin dapatkan kasutnya dengan menukar rantai loket pemberian ibu bapaku tetapi dia tidak mahu. Aku berasa sedih. Namun, lelaki itu bersetuju untuk menukarkan rantai loket itu dengan kasutnya jika aku boleh dapatkan sebuku roti. Aku merasa harian bagaimana aku nak dapatkan sebuku roti itu. Katanya, aku boleh pergi dapatkan sebuku roti di kedai berhampiran melalui sebuah lubang kecil yang cukup-cukup muat masuk dengan badanku saja. Aku pun setuju. Aku berikan dia loketku dan dia berikan kasut sportnya.
Aku pun masuk kedalam lubang rahsia itu. Setelah berjaya keluar, aku berjalan dengan riangnya sambil kedua belah tanganku memegang sepasang kasut sport yang telah menjadi milikku. Aku terpandang sebuah kedai roti lalu aku masuk kedalam. Aku dapati tiada orang di dalam dan aku ambil sebuku roti lalu masuk ke dalam bajuku.
Apabila aku keluar dari kedai roti, aku lihat seorang budak cina sedang bermain layang-layang. Aku berasa seronok melihatnya bermain layang-layang. Tiba-tiba, layang-layangnya tersangkut di atas pokok. Budak cina itu berasa sedih. Lekas aku campakkan kasut sport itu lalu panjat ke atas pokok untuk ambil layang-layang itu. Selepas itu, aku berikan layang-layang itu kepada budak cina itu. Budak cina itu tersenyum. Tiba-tiba, bapanya telah datang lalu membentak-bentak ke arah anaknya. Aku terus ambil kasut sport lalu lari dari kedai yang banyak dimiliki oleh orang cina.
Apabila aku sampai ke sebuah rumah buruk, aku dapati seorang budak India sedang duduk di depan rumahnya dalam keadaan berwajah muram. Aku bertanya kenapa dia bermuram. Katanya, dia ingin bermain diluar tetapi tidak ada kasut. Selepas itu, dia tunjukkan tapak kakinya penuh dengan luka akibat bermain tanpa pakai kasut. Tanpa membuang masa, aku berikan kasut sport itu kepada budak India itu. Dia berasa seronok. Kami berdua bermian kejar-mengejar. Tiba-tiba, seorang budak cina yang aku temui tadi tiba di depan mata kami berdua sambil memegang layang-layangnya. Katanya, dia mahu bermain layang-layang bersama dengan kami berdua. Kami berdua setuju lalu kami bermain layang bersama-sama.
Apabila petang mula senja, budak cina itu meminta diri untuk pulang. Begitu juga dengan budak India itu. Aku pun pulang ke kem melalui lubang rahsia. Aku di marahi oleh remaja lelaki itu kerana lewat pulang. Aku pun berikan roti itu kepada remaja lelaki itu tetapi dia tidak mahu lalu berikan semula kepadaku. Dia sengaja berbuat demikian untuk mengetahui samada aku seorang yang amanah ataupun tidak. Aku pun terus makan roti itu.
Setelah kenyang, aku hendak mencari tempat tidur. Aku lihat banyak orang tidur telentang di atas lantai. Tiba-tiba, aku ternampak wajah ibu bapaku lalu aku meluru ke arah mereka. Ibu bapaku terkejut melihat kehadiran aku di kem pelindungan lalu menangis dan memoof maaf. Aku bertanya kepada mereka kenapa tinggalkan aku di rumah ke seorangan. Kata bapaku, dia dan ibuku mahu pulang setelah menziarahi sahabat lamanya tetapi jalan raya di Kuala Lumpur telah menjadi sesak - dipenuhi ratusan buah kereta terperangkap akibat rusuhan. Untuk mengelak daripada terbunuh akibat rusuhan, ibu dan bapaku lekas berlindung di balai polis. Selepas itu, mereka di tempatkan di kem perlindungan yang dikawal ketat oleh anggota FRU.


Untuk mengawal keadaan yang tidak menentu, tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan mengisytiharkan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkasnya 'MAGERAN' ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah.
Pada 16hb Mei, serentak dengan pengisytiharan Darurat, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan pembubaran Parlimen oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong, MAGERAN menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan Januari, 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat berbagai kaum. Majlis Perundingan Negara ini mengadakan dialog yang serius di kalangan anggota-anggotanya bagi mencari jalan untuk menguatkan perpaduan negara dan menyediakan satu asas yang kukuh dan kekal untuk kembali kepada demokrasi berparlimen, dan mendapatkan satu panduan yang positif dan praktikal dalam usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identiti masyarakat Malaysia yang tulin. Daripada perbincangan kesemua wakil dari semua kaum dan golongan ini lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai manifestasi ideologi kebangsaan.
Berdasarkan kepada semangat RUKUN NEGARA, Jawatankuasa Ekonomi Majlis Perundingan Negara telah melahirkan DASAR EKONOMI BARU yang bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan, serta memelihara keselamatan negara. Dasar Ekonomi Baru inilah yang menjadi asas dan dasar pembangunan negara dalam semua bidang.


“........jika kita tidak berpisah, sudah pastilah akan berlaku pembunuhan yang mengerunkan...,” jelas Tunku Abdul Rahman tentag keputusannya menyingkirkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia.
“Kita terpaksa mengeluarkan Singapura dari Malaysia dan inilah saat yang sungguh bersejarah kerana sungguhpun kita merasa sedih dan duka cita kerana satu negeri telah terpaksa keluar, tetapi kita gembira kerana kita telah dapat menyingkirkan duri dalam daging kita,” ucapan Tun Abdul Razak dalam UMNO 20 Tahun. Kuala Lumpur: IbuPejabat UMNO.
“Negeri ini diterima daripada Melayu maka patutlah diserahkan balik kepada Melayu....Oleh itu biarlah Melayu itu sendiri menentukan siapa Malayan itu. Janganlah kita gemarkan kemerdekaan itu, hingga dengan itu kehormatan kita terjual. Ambillah tahu apa yang terjadi kelak atas bangsa kita. Berkenaan dengan bangsa asing yang ada di dalam negeri ini, kita tidak akan melupakan bahagian mereka,” ucapan Tunku Abdul Rahman: Pengorbanan dan Kemerdekaan, 2003. Kuala Lumpur: Arkib Negara, hlm. 5-6.


Anakku



Cikgu Raul telah mengajar anak muridnya tentang kewajiban mereka terhadap ibu bapa mereka. Salah seorang daripada muridnya berkata:”Apa yang telah dikatakan oleh cikgu sudah basi. Kami sudah tahu semuanya.”
Soal Cikgu Raul kepada murid tersebut: “Adakah kamu buat menurut apa yang kamu tahu?”
Tiba-tiba, kedengaran bunyi menangis dari seorang murid yang sedang menundukkan mukanya di atas meja sambil tangannya menutupi mukanya. Air matanya berguguran di atas meja. Membasahi buku yang terbuka dihadapannya.
 “Ibu saya jahat! Ibu saya jahat!,”luah budak itu sambil menangis.
Cikgu Raul berasa hairan lalu bertanya mengapa dia katakan sedemikian.
Budak itu menjawab:” Ibu saya jahat kerana bercerai dengan bapa saya disebabkan dia sudah ada teman lelaki. Saya mahu ibu saya bersatu semula dengan bapa saya. Saya mahu ada keluarga seperti rakan sekelas lain yang ada satu ibu dan satu ayah.”
“Bersabarlah kamu, Miquel. Sepatutnya kamu bersyukur kerana ada ibu. Ibu kamu banyak berkorban untuk kamu kerana mengandung kamu dalam keadaan begitu susah payah dan memisahkan kamu dari susuannya ketika kamu berusia 2 tahun. Maka, kamu hendaklah berterima kasih kepada ibu kamu,” pujuk Cikgu Raul untuk meredakan kesedihan Miquel. Rakan sekelas yang lain turut merasa sedih.


Juan berkata kepada ayahnya tanpa menoleh muka kerana matanya asyik mengawasi pergerakkan kereta dihadapan: “Saya menghormati Wilma tetapi saya lebih hormat kepada maruah saya sebagai seorang ayah, saya akan mempertahankan hak saya untuk mendapat hak jagaan kekal ke atas anak saya.”
Juan berkata lagi:“Kalau Wilma kalah dalam perebutan hak jagaan kekal ke atas Miquel, dia pasti merancang untuk melarikan Miquel ke Amerika Syarikat. Selepas itu, dia meminta bantuan kerajaan Amerika Syarikat untuk melindungi Miquel. Tindakkan seperti itu akan menjadi isu politik yang boleh meregangkan lagi hubungan diplomasi antara Amerika Syarikat dan Cuba. Dan juga menimbulkan lagi kemarahan saya terhadap Wilma,”
Kebiasaannya, jalan raya ini jarang berlaku kesesakan lalu lintas. Tetapi, pada hari ini, jalan raya ini di banjiri oleh ratusan kereta yang terkandas dalam kesesakan lalu lintas yang teruk.
Ayahnya berkata kepada Juan dengan tujuan untuk mengalih tumpuannya yang sedang tertekan dengan kesesakan lalu lintas:“Ayah ada terbaca dalam surat khabar hari ini. Wilma telah mengatakan kepada pihak media Amerika Syarikat bahawa kamu gagal menjadi seorang ayah yang baik kerana kamu seorang kaki botol dan penganggur sehinggakan ramai rakyat Amerika mula membenci kamu. Ayah sungguh sedih mengapa dia sanggup katakan demikian.”
Juan membantah dengan kenyataan tersebut. Katanya:“Ayah, memang benar pada masa dahulu saya penganggur dan kaki botol. Sekarang, saya sudah ada pekerjaan dan tidak lagi jadi kaki botol. Saya tahu, Wilma mahu pastikan saya bebaskan Miquel. Dan saya juga tahu bahawa mereka suka mengunakan perkataan-perkataan seperti ini. Perkataan mereka ialah kehidupan saya tidak stabil. Perkataan mereka ialah kebebasan.”
Juan memberhentikan keretanya apabila dia melihat banyak kereta berhenti. Tiba-tiba, datang sebilangan kecil orang memakai kain merah di kepala yang tertera “Sokong Demokrasi”.
Mereka sedang berteriak kepada semua rakyat Cuba di tengah jalan raya untuk menarik sokongan supaya menyokong gerakkan demokrasi mereka. Juan memerhati gelagat aktivis gerakkan demokrasi yang sedang meneriakan agenda demokrasi mereka melalui pembesar suara. Jumlah mereka semakin banyak.
Ada yang sedang memegang kain rentang “Masa untuk berubah kepada demokrasi”. Ada yang sedang memegang bendera Cuba. Manakala, ada seorang dua memakai topeng berupa wajah Fidel Castro yang dilukis macam drackula seolah-olah menunjukkan pemimpin Cuba itu merupakan seorang yang jahat kerana menghisap kesemua hak-hak rakyat Cuba.
Komen Juan: “Mereka tidak takut dengan kerajaan agaknya?”,
Ayah Juan membalas: “Mereka tidak takut dengan kerajaan kerana mereka mempunyai semangat yang kental untuk mengubah kehidupan rakyat Cuba kepada kehidupan yang lebih baik.”
Juan memerhati di luar tingkap kereta terdapat sejumlah ribuan aktivis gerakkan demokrasi telah mengerumuni keretanya. Kata Juan:“Hanya satu “Kebebasan” yang saya fikir Wilma impikan. Kebebasan itu ialah hampir serupa dengan Amerika Syarikat bebaskan rakyat Iraq dari Saddam Hussein. Ayah, hari ini rakyat Iraq masih lagi belum bebas dalam erti kata sebenar ‘Kebebasan’. Negara mereka masih dilanda peperangan setiap tahun. Ayah, tengok di luar sana. Aktivis gerakan demokrasi bertambah ramai lagi.”
Tambah Juan lagi dengan bersemangat: “Apa yang penting sekarang, kita mesti menang dalam kes perebutan hak penjagaan kekal ke atas Miquel!.”
Ada sebilangan daripada sekumpulan aktivis gerakkan demokrasi sedang menjelingnya dengan mimik muka yang tidak puas hati. Tiba-tiba, mereka telah mengetuk semua tingkap keretanya. Kemudian, mereka meneriak ke arah Juan dan ayahnya untuk keluar dari kereta.
Juan mengelengkan kepalanya ke arah aktivis gerakan demokrasi kerana dia takut ditangkap oleh polis anti-rusuhan Cuba. Kata Juan: “Buat apa kita hendak ikut kata mereka. Kita bukannya menganggu aktiviti mereka.”
Juan memperdulikan desakkan aktivis gerakkan demokrasi yang menyuruh mereka keluar dari kereta. Sebaliknya, Juan menyambung kata-katanya tadi : “Ayah, jika saya gagal dalam menuntut hak jagaan anak saya. Saya akan pastikan Miquel tetap dalam jagaan saya walau apa cara sekalipun.”
Juan berkata dengan nada berharap: “Saya bukannya berniat untuk berkelahi dengan Wilma walaupun kami berdua telah berpisah. Saya harap pada suatu hari nanti saya akan mempunyai hubungan yang normal dengannya.”
Tiba-tiba, kesemua cermin kereta Juan telah dipecahkan oleh aktivis-aktivis gerakkan demokrasi dengan mengunakan kayu pemukul besbol, batu dan besi. Juan dan ayahnya dalam keadaan ketakutan dan cemas apabila aktivis-aktivis gerakkan demokrasi berjaya membuka pintu keretanya lalu meluru masuk kedalam untuk mendapatkan mereka.
Pada keesokkan harinya, keseluruhan dada akhbar di Havana terpampang berita hangat tentang perebutan hak penjagaan anak yang telah menjadi kambing hitam oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk mengutuk Rejim Cuba kerana melahirkan masyarakat yang tidak berperikemanusiaan.
Tajuk utama.WILMA MENANG.
Havana, 20 Nov - Mahkamah Keluarga di sini diberitahu, Miquel,10, sering dilihat hanya makan roti keras pada waktu tengah hari dan malam.
Perkara tersebut dijelaskan oleh kakak Wilma, Wehilmina, 35, ketika ditanya oleh peguam Juan, Sebastian pada perbicaraan kes perebutan hak penjagaan kekal anak di antara Juan dan bekas isterinya, Wilma pada hari Selasa.
“Saya selalu berkunjung ke rumah Juan pada waktu cuti dan apa yang saya lihat anaknya itu hanya makan roti keras pada waktu tengah hari dan malam,” katanya.
Ujarnya lagi, berdasarkan pengamatannya, Juan gagal menjadi ayah yang baik kerana dia bukan sahaja gagal memenuhi keperluan asas untuk Miquel malah dia juga seorang kaki botol dan penganggur.
Ketika menjawab soalan peguam yang mewakili Wilma, Lorenzo, Wilhelmina berkata, dia tidak pernah melihat adiknya itu memukul anaknya.
“Wilma tidak pernah pukul anaknya dan panas barannya bertempat, terutamanya apabila ada orang bercakap perkara yang tidak betul berkenann dirinya,” katanya.
Hakim Beken telah memutuskan hak penjagaan kekal anak telah diberikan kepada Wilma kerana Juan gagal menyediakan keperluan asas keluarga dengan sempurna dan juga gagal menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab.


Teman lelaki Wilma berkata kepada Wilma: "Mulai saat ini, kita bebas, kita boleh bercakap apa sahaja yang kita mahu, kita boleh berjumpa sesiapa saja yang kita mahu. Kita boleh berjalan dengan langkah yang lebih panjang. kita boleh mendakap keluarga kita. Kita boleh mengucup anak-anak kita, kita boleh senyum kepada negara kita. Kita boleh bekerja untuk negara kita... sepanjang hayat kita, dan kita akan mencipta sejarah kita sendiri.".
Tambah teman lelaki Wilma lagi: “Wilma, kita patut berasa bangga kerana mendiami di sebuah negara yang kaya dan makmur. Berbeza jika kita hidup di negara Cuba. Rakyat Cuba tidak boleh memilih parti pemerintah selain Parti Komunis Cuba. Hidup mereka secara keseluruhan dikawal sepenuhnya oleh rejim Cuba. Mereka tidak dibenarkan bersuara tentang hak-hak mereka. Rejim Cuba juga telah menyekat hak-hak pekerja di Cuba seperti tidak membenarkan mereka untuk mengadakan perhimpunan, tiada kesatuan perniagaan dan tiada undang-undang melindungi hak-hak pekerja. Sehinggakan ada sebilangan pekerja dibuang kerja kerana aktif dalam gerakan demokrasi. Gaji mereka juga tidak cukup tinggi untuk menanggung kos makan-minum dan pakaian. Akhirnya ramai yang mengamalkan rasuah, tidak amanah dan korupsi.”
Wilma berkata: “Saya mempunyai impian pada suatu hari nanti bangsa ini akan bangkit.”
Tanya teman lelaki Wilma: “Maksud kamu, pada suatu hari rakyat Cuba akan bangkit mengulingkan pemerintahan komunis pimpinan Fidel Castro?.”
Jawab Wilma: “Ya, kita perlu yakin demokrasi adalah bentuk kerajaan yang lama-kelamaannya dapat memenuhi kehendak rakyat jelata yang mahukan kemuliaan, kebebasan dan persamaan hak.”
Sambung Wilma lagi: “Apa yang diperlukan oleh rakyat Cuba ialah kebebasan. Seperti kata President Bush: "Kebebasan secara semula jadinya mesti dipilih dan dipertahankan oleh rakyat jelata, dan dikekalkan dengan menguatkuasakan undang-undang dan melindungi golongan minoriti. … Amerika tidak akan memaksa negara yang tidak rela untuk menerima gaya pemerintahan kami. Sebaliknya, kami bermatlamat untuk menolong negara lain menuntut hak masing-masing, mencapai kebebasan sendiri, dan menentukan hala tuju seterusnya."
“George Bush juga pernah berkata “... menjadi polisi Amerika Syarikat untuk berusaha mendapatkan dan menyokong perkembangan pergerakan demokrasi dan institusi di setiap negara dan budaya, dengan matlamat utamanya untuk menamatkan kezaliman di dunia kita..”
Hujah Wilma itu membuatkan teman lelaki Wilma mengangguk senyum.


Kata ayah Juan ketika mereka menonton tv: “Jika kamu tidak ubah diri kamu maka kamu tiada harapan untuk mendapatkan Miquel lagi.”
Balas Juan: “Perubahan yang mana boleh saya harapkan jikalau kesemua perubahan yang telah saya buat tiada berguna lagi.”
Kata ayah Juan: “Saat terakhir datuk kamu hendak meninggal dunia akibat penyakit kanser, dia sempat berbicara kepada ayah. Katanya,”setiap hari melewati hidup, saya tidak pernah putus harapan malah saya selalu memikirkan untuk mendapatkan lebih baik daripada sekarang.”
Balas Juan lagi: “Apa dikatakan oleh datuk memang betul. Tapi, harapannya terhadap sesuatu adalah menafikan realiti semasa dia tanggung. Ini bermakna dia sempat hidup lebih lama kerana dia mempunyai harapan biarpun realiti yang dilaluinya begitu menyesakkan.”
Ayah Juan menjawab: “Kalau datuk kamu boleh melakukannya. Mengapa kamu tidak boleh?.”
Jawab Juan: “Saya kena bersabar, ayah. Jika saya menahan sedikit lagi kesabaran, saya mungkin akan berjaya.”
Pesanan ayah Juan: “Ayah harap kamu berjaya, Juan. Semua manusia di anugerahkan kegembiraan samada pada awal, tengah dan akhir hidupnya. Apabila hari ini hidup kita menderita, mungkin kita telah menikmati kegembiraan itu pada masa dahulu. Suka duka sentiasa silih berganti. Bukankah tuhan telah ciptakan dunia ini berpasangan. Malam dengan siang. Lelaki dengan perempuan. Begitu juga duka dengan gembira.”


Orang gaji Wilma pergi ke bilik Miquel sambil memegang dulang yang berisi makanan petang untuk Miquel. Orang gaji yang bermisai dan berjambang itu mengetuk pintu bilik tidur Miquel.
“Tuan, santapan petang sudah siap. Boleh saya masuk?”, kata orang gaji tersebut.
“Sila masuk,” ujar Miquel.
Orang gaji itu pun membuka pintu lalu melihat Miquel sedang bermain play station II.
“Di mana saya boleh meletakkan dulang ini, tuan,” tanya orang gaji itu apabila melihat Miquel sedang menumpu perhatian terhadap permainannya.
“Letak saja di atas meja belajar saya,” kata Miquel lalu mengalih perhatian seketika ke arah meja belajarnya dan menunjuk dengan jari telunjuk ke arah tempat tersebut seolah-olah mengarah orang gaji itu meletakkan dulang santapan petangnya di sana.
“Tuan, ada apa-apa pesanan lagi,” tanya orang gaji itu.
“Tak ada, terima kasih. Kamu boleh pergi,” kata Miquel yang asyik melayani permainan play station II.
Orang gaji itu memerhati tajam ke arah Miquel. Dia masih berdiri di situ.
“Kenapa kamu tidak pergi dari bilik saya?,” tanya Miquel kerana hairan melihat orang gajinya tidak berganjak dari bilik tidurnya.
Orang gaji itu hanya mendiamkan diri sahaja lalu membuka misai dan jambangnya.
“Hah? Ayah!,” ujar Miquel yang terkejut melihat kehadiran ayahnya yang telah menyamar menjadi orang gaji.
“Husy! Diam. Jangan bising. Ayah cuma hendak membawa kamu keluar dari sini. Ayah hendak mengajak kamu pergi ke retaurant di Miami. Ayah sudah lama tidak makan bersama kamu. Terlalu rindu rasanya,” kata Juan lalu memakai semula misai dan jambangnya untuk menyamar sebagai orang gaji Wilma.
“Miquel pun rindu sangat hendak makan bersama ayah,” balas Miquel lalu segera meninggalkan permainan play station.
“Jom, kita keluar. Tapi, kita kena keluar dari rumah ini dengan berhati-hati. Kamu keluar dari pintu hadapan manakala ayah akan keluar dari pintu belakang. Selepas itu, kamu akan pergi ke arah kereta Lancer berwarna merah. Tunggu saja di sana. Jangan pergi ke mana-mana sehingga ayah sampai nanti. Kamu faham?,” tanya Juan.
“Ya, saya faham. Adakah kereta Lancer itu kepunyaan ayah?,” tanya Miquel.
“Ya, jangan banyak soal. Lebih baik kita bergerak sekarang,” jawab Juan.
Juan dan Miquel telah keluar dari rumah Wilma tanpa sebarang masalah. Selepas itu, mereka berdua menaiki sebuah kereta Lancer warna merah dan terus pecut meninggalkan kawasan kediaman Wilma.
Belum sempat meninggalkan kawasan kediaman Wilma, kereta Juan telah ditahan oleh pengawal keselamatan Wilma.
 Juan mengendahkan arahan pengawal keselamatan Wilma untuk memberhentikan keretanya. Sebaliknya, Juan terus memecut laju dan meninggalkan kawasan kediaman Wilma.
Sebuah helikopter polis telah merakam pergerakkan kereta Juan dari udara manakala beberapa buah kereta polis telah mengekori kereta Juan dari belakang. Kejadian ini telah menjadi tantapan umum apabila di siarkan secara langsung oleh beberapa buah stesen tv di Amerika Syarikat. Beberapa orang wartawan dari beberapa stesen tv sedang melaporkan kejadian pengejaran antara kereta polis dengan kereta Juan. Kejadian ini semakin hangat disebabkab oleh kes paling hangat di seluruh dunia antara Juan dan Wilma yang merebut dalam hak tuntutan jagaan kekal ke atas Miquel yang menjadi salah satu punca pertelingkahan politik antara Amerika Syarikat dan Cuba.
Juan tidak mahu memberhentikan keretanya dan terus bergerak walaupun di arah oleh polis untuk berhenti. Kereta Juan telah banyak kali terbabas di tepi jalan yang terdapat longkang kecil. Selain itu, kereta Juan juga banyak kali melanggar beberapa buah kereta dari hadapan keretanya.
Akhirnya, pihak polis telah memblok jalannya namun dia tetap melanggar kereta polis dari hadapan. Walaubagaimanapun, Juan telah tewas di tangan polis Amerika apabila mereka berjaya memberkasnya. Juan telah digari dan di bawa kedalam kereta polis manakala anaknya menangis sambil tangannya menghulurkan ke arah bapanya seolah-olah mahu memegang tangan bapanya atau tidak mahu berpisah dengan bapanya. Juan sedih melihat anaknya meronta-ronta dari pelukkan Wilma. Anaknya berjaya melepaskan diri dari pelukkan Wilma dan terus meluru memeluk Juan. Air mata Juan mula mengalir dan polis menghalang Miquel daripada terus memeluk Juan. Juan telah masuk dalam kereta polis dan beredar dari tempat kejadian tersebut. Juan sempat melihat anaknya menangis kerana tidak mahu berpisah dengannya.



‘Oprah’ sebuah rancangan paling terkenal di dunia kerana kepetahan Oprah Winfrey yang bijak mengupas segala permasalahan wanita. Beliau telah menjemput Wilma sebagai tetamu undangannya untuk membincangkan tajuk tentang “Perbandingan kasih sayang antara ibu dan ayah.” Tajuk tersebut telah diilhamkan dari kes keluarga paling hangat iaitu kes perebutan hak jagaan anak antara Juan dan Wilma. Soal Oprah kepada Wilma: “Wilma, adakah sama sayang ibu kepada anak dengan sayang ayah kepada anak?”. Wilma mejawab.