Bahagian I
“Aaaaaaaa!!!!!!!!.......,”Tiba-tiba
Ana Inanovic menjerit-jerit. Suaranya mengores dengan tajam dalam hatiku
seperti suara paku di atas batu tulis.
Doktor dan jururawat
yang lalu-lalang di laluan hospital yang sempit itu menoleh kesemuanya ke arah
kami dengan sedikit terperanjat, seolah-olah ini kali pertama mereka mendengar
jeritan yang pedih itu. Tapi tak lama kemudian muka doktor dan jururawat itu
berpaling lagi dengan tak acuh. Mereka merunduk kembali, seolah-olah mereka sedang
berbicara bersendirian dalam hati masing-masing.
Bercucuran air
mata Ana Inanovic. Dia seolah-olah berpijak di atas dunia yang tidak lagi
dikenalinya. Hampa, kosong, serba kabur seperti dalam mimpi.
Ana Inanovic
ingin menebus segala dosanya terhadap Nemanja Vidic. Malangnya, suaminya itu
sudah nyata meninggal dunia pada awal pagi. Hasil daripada bedah siasat, doktor
mendapati Nemanja Vidic telah mati disebabkan oleh kanser paru-paru.
Barangkali, Nemanja Vidic terlalu banyak menghisap rokok sehinggakan
paru-parunya sudah dipenuhi asap rokok dan bahan kimia yang merbahaya.
Namun, bagi Ana
Inanovic, kematian Nemanja Vidic bukan disebabkan oleh rokok tetapi berpunca
daripada kesilapannya yang lalu. Jika Nemanja Vidic masih hidup, tentu Ana
Inanovic lebih giat lagi berbakti kepada suaminya.
Sewaktu aku
mengelamun keseorangan diri, aku tersedar bahawa Ana Inanovic masih lagi
menangis teresak-esak. Aku cuba untuk memujuk-mujuknya dengan suara lemah-lembut
dengan tujuan untuk menghiburkan hatinya yang dalam kesedihan. Agak payah juga
memujuk seorang wanita yang kehilangan suami. Namun, aku tetap sedaya upaya
memujuknya dengan mengemukakan segala nasihatku seolah-olah terlalu banyak
manfaatnya sebagai penghibur:
“Jangan berduka
cita, sebab anda sudah melaluinya kelmarin dan ia tidak membawa sebarang
manfaat. Jangan bersedih kerana jika berduka cita disebabkan satu musibah, maka
yang satu itu akan berganda. Jangan kecewa,sebab kesedihan hanya akan membuat
air segar terasa pahit. Jangan bersedih, sebab anda masih mempunyai 2 mata, 2
telinga, 1 bibir, 2 tangan dan 2 kaki. Jangan berduka cita sebab anda masih
mempunyai agama untuk diyakini, rumah untuk didiami, nasi yang anda makan, air
yang diminum, pakaian untuk dipakai dan sahabat tempat mencurah perasaan. Maka,
mengapa perlu bersedih hati?”
Bahagian II
Pada tahun 1992,
aku mula mengenali Nemanja Vidic ketika dia telah membuat temujanji denganku
untuk di kaunselingkan. Namun, kesemua temujanjinya gagal kerana aku terlalu
banyak melayani pesakit-pesakit yang menghidapi trauma peperangan akibat krisis
peperangan di Bosnia Herzegovina. Pada bulan April, Nemanja Vidic berkesempatan
menemuiku buat pertama kali di pejabatku yang terletak di Sarajevo. Dia yang berpakaian
kemeja biru tua telah datang ke pejabatku pada awal malam. Aku mempersilakanya
duduk. Tapi, dia tetap berdiri seketika di ambang pintu bilikku seolah-olah ada
yang difikirkannya dahulu.
Setelah Nemanja
Vidic duduk, perbualan antara kami berdua bermula dengan sesi perkenalan biasa sahaja.
Selepas itu, menurut kata Nemanja Vidic, dia adalah seorang askar Serb yang
pernah terlibat dalam serangan pengeboman ke atas mangsa Bosnia Herzegovina di
pasar Markali, Sarajevo dengan mengunakan bom mortar pada 5 Febuari 1992. Sejak
kejadian berdarah tersebut, hidupnya tidak lagi tenteram kerana asyik diburu
oleh bayangan mangsa-mangsa Bosnia Hezegovina yang terbunuh. Lebih
mendahsyatkan lagi, pemburu yang dibayangi mangsa-mangsa itu cuba membunuhnya.
Bukan sekali malah setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat.
“Saya rasa
seperti...,”katanya seperti takut-takut,”Saya rasa sangat takut.”
Nemanja Vidic
terdiam seketika. Kelu lidahnya. Tidak terkata-kata. Aku memerhati mukanya
dengan penuh belas kasihan. Wajahnyanya yang putih cekung itu kelihatan pucat
seperti mayat. Terketar-ketar tangannya yang putih menarik-narik jari-jemarinya
yang kurus satu demi satu. Ditarik-tariknya sehingga berbunyi berketak-ketak.
“Boleh saya tahu
mengapa kamu kelihatan sangat takut?”, tanyaku dengan lembut, setelahku biarkan
dirinya duduk dalam keadaan merunduk seketika. “Apa yang kamu takutkan?”
Nemanja Vidic
mengangkat kepala dan memandang seketika dalam mataku. Suasana dalam keadaan
sunyi sepi, lantas dia berkata:
“Saya takutkan
mangsa yang terbunuh mahu membunuh saya. Saya asyik terbayang-bayang wajah
mereka yang bengis sambil tangan kanan mereka ( sambil tangannya menunjukkan
aksi sedang membawa pedang) menyembelih leherku dengan pedang yang tajam. Saya
sangat takut jika ia benar-benar terjadi,” ujarnya sambil menunjukkan riak
wajah yang bengis untuk meyakinkan kepadaku tentang rupa mangsa perang Bosnia
Hersegovina yang bengis itu.
“Hah! Hah! ,
tiba-tiba aku tertawa setengah dibuat-buat dengan bermaksud untuk menenangkan
jiwanya yang telah patah itu tegak kembali. “Bukankah mereka sudah mati.
Mustahil mereka boleh membunuh kamu yang masih hidup ini.”
“Ah! Itu hanya
khayalan kamu semata-mata. Barangkali kamu terlalu penat bekerja,” sambungku
lagi.
Nemanja Vidic
hanya mendengar tetapi dia kelihatan seolah-olah terawangan di dunia yang lain.
Kemudian, dia merunduk lagi seperti bunga yang layu.
“Bukankah kamu
seorang pengganas Serb yang tiada kenal erti takut?”
“Penganas Serb!”,
tiba-tiba bunga layu itu yang telah mendengar perkataan “penganas Serb” dengan
pantas berubah menjadi seekor ular tedung yang tegak mendesis-desis hendak
mengigit.
“Jangan! Jangan
sesekali kamu mengatakan saya adalah pengganas Serb. Saya bukan pengganas.
Tidak pernah menjadi pengganas! Saya lakukan ini adalah untuk membersihkan
etnik Bosnia Herzegovina yang tak berguna. Tapi?..”, hening seketika, kemudian
dengan suara yang rendah,”Tapi saya tidak membunuh mereka. Saya bukan pembunuh.
Mereka sepatutnya tidak menganggu hidup saya. Saya tak bersalah dalam hal ini.
Tak bersalah!”, suaranya naik lagi.
Cetusan semangat
yang tiba-tiba itu memberi kesimpulan kepadaku bahawa kepenatanya yang berat
itu barangkali disebabkan oleh perasaan takutnya terhadap mangsa-mangsa
terbunuh yang seolah-olah hidup dan cuba membunuhnya. Dia menjadi sangat takut
sehingga dia marah apabila digelar sebagai penganas Serb.
Nemanja Vidic
terdiam seketika. Dia kelihatan sangat takut. Dia menarik-narik lagi
jari-jemarinya dengan tidak mengangkat tangannya dari pangkuannya. Matanya
tertumpu di atas meja seolah-olah ada sesuatu yang dilihatnya. Agak jauh
tinjauannya itu. Jauh, sejauh melayang ke alam lain.
“Saya rasa
seperti hendak membunuh diri,”sambungnya. Kemudian, dia mula menceritakan
pengalaman sedihnya kepadaku bahawa dia pernah menyaksikan kira-kira 70 mangsa
Bosnia Herzegovina yang sedang dalam sakaratul maut. Ada mangsa yang cepat
menghembus nafas terakhir dan ada yang lambat menghembus nafas terakhir.
Tak lama
kemudian, dia menarik nafas dalam-dalam dan berkata kepadaku setelah menghela
nafas dengan berat sekali sambil dadanya turun-naik.
“Saya tak tahan diganggu
oleh mereka lagi. Saya tak sanggup menderita sebegini lama. Terlalu azab
menanggungnya.”
Nemanja Vidic
terbatuk-batuk. Dia tak dapat lagi meneruskan luahan hatinya yang luka. Nemanja
Vidic kelihatan sangat lesu. Terlalu lesu. Dia duduk seperti orang terdakwa
yang sedang menunggu keputusan hakim untuk menjatuhkan hukuman mati ke atasnya
yang bersalah kerana didakwa membunuh ramai mangsa Bosnia Herzegovina yang
tidak bersalah. Kepalanya terkulai, seolah-olah lehernya tak bertulang. Dadanya
turun-naik dan matanya dipejamkanya seketika.
“Kamu kelihatan
sangat sakit,”tanyaku. Nemanja Vidic mengangguk lemah.
Aku panggilkan
setiausaha untuk ambilkan air kosong. Nemanja Vidic minum air kosong itu
berteguk-teguk. Dagunya basah lalu dihapus dengan tangannya. Aku biarkan dia
berehat sebentar untuk menenangkan fikirannya. Dalam keadaan yang tenang ini,
aku mula mengambil langkah untuk memulihkan jiwanya dengan kata-kata seperti
ini:
“Kamu jangan
terlampau takut. Mungkin kamu berasa terlalu banyak berdosa kerana membunuh
mangsa Bosnia yang tidak bersalah. Sesalan kamu boleh di maafkan dengan cara
kamu harus memaafkan bangsa Bosnia. Jika kamu sentiasa dalam keadaan sebegini,
kamu akan menjadi tenang. Oleh itu, maafkanlah bangsa Bosnia. Jangan kamu menganggap
mereka sebagai musuh nombor satu lagi.”
Nemanja vidic
mengernyit keningnya. Barangkali, dia berfikir tentang segala perkataanku itu.
Aku lanjutkan:
“Jadi, saya harap
kamu mengakui kesalahan-kesalahan yang telah kamu lakukan dalam sejarah dan
terus mengembeleng tenaga bersama bangsa Bosnia bagi menyelamatkan dunia
sejagat.”
Nemanja Vidic
mengangguk-angguk lemah. Adakah dia setuju dengan pendapatku ini?
“Hal ini menolak
andaian bahawa kita sekarang berada dalam pertembungan antara tamadun yang
sukar untuk dielakkan. Andaian ini dicipta oleh Samuel Huntington dalam bukunya
‘The Clash of Civilisation”. Dan andaian ini adalah tidak benar sama sekali.’
Nemanja Vidic
diam sahaja dan masih berminat untuk mendengar uraianku dengan lebih lanjut.
“Tetapi, jikalau
andaian tentang pertembungan tamadun ini adalah benar. Maka ia amat bertepatan dengan
teori evolusi dan biologi yang mengatakan bahawa spesis termasuk manusia akan
sentiasa bertembung dan berperang di mana siapa yang kuat akan hidup dan
menang. Kesimpulannya, Serb berhak untuk menguasai bumi Bosnia Herzegovina.”
Nemanja Vidic
mengangguk lemah. Kemudian dia membetulkan postur badan dalam keadaan menegak.
Adakah dia semakin tertarik dengan uraianku ini?
“Tetapi, kita
harus sedar bahawa untuk hidup dan menang bergantung pada kemampuan hubungan
dan jalinan rangkaian di antara satu sama lain. Robin Wright ada menulis dalam
bukunya ‘Non-Zero Logic’ bahawa manusia akan selamat, begitu juga Serb, jika
mereka bekerjasama dan bukannya bertembung.
Aku merasa bahawa
aku telah membawa Nemanja Vidic jauh menyimpang dari masalah trauma perangnya.
Itulah tujuanku untuk membawanya kembali ke dunia yang nyata ini. Adakah
kata-kataku ini berhasil?
Nemaja Vidic
mengeliat dan mengangkat punggungnya dari kerusi lalu mengucapkan terima kasih
kepadaku yang tak sudah-sudah sambil tangan kami bersalaman dengan penuh erat
dan kasih-sayang. Dia meminta keizinan untuk pulang dahulu dan jika ada
kesempatan, dia ingin berjumpa denganku lagi.
Dia melangkah ke
pintu dan aku menghantarnya sampai ke pintu utama pejabat. Sebentar kemudian,
lelaki berkemeja biru tua itu sudah hilang dari pandanganku, bersatu dengan
hitam malam gelap dalam lorong yang sempit.
Bahagian III
“Di mana dia
pergi?”, tanya Nemanja Vidic dalam hati, sambil duduk di atas sofa
panjang.”Kenapa dia lambat pulang ke rumah?”.
Nemanja Vidic
menoleh ke arah jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Kemudian dia
menoleh ke arah meja yang berada dihadapannya. Di atas meja ada surat khabar
Utusan Sarajevo.
Tiba-tiba Nemanja
Vidic terbatuk-batuk. Dia terlalu banyak menghisap rokok. Kadang kala mencecah
50 batang rokok dalam sehari. Sehinggakan doktor menasihatinya agar dia
berhenti menghisap rokok. Kalau tidak, dia akan menghidapi penyakit kanser
paru-paru.
Ah!, hatinya membantah.
Di ambilnya sebatang rokok dalam kotak rokok. Kemudian, Nemanja Vidic merokok.
Api merah kecil bergiliran turun naik dari mulut ke bawah, dari bawah ke mulut.
Kemudian, berkepul-kepul asap dari mulutnya. Asap panjang-panjang beralun-alun
dari hujung rokoknya, langsing-lampai, melenggok-lenggok seperti penari.
Nemanja Vidic
tertarik lagi menatap surat khabar Utusan Sarajevo di atas meja. Dia membaca
dalam keadaan berbaring di atas sofa panjang. Utusan Sarajevo dibuka-bukanya.
Banyak berita yang menarik. Paling menarik perhatiannya ialah Amerika Syarikat
dan NATO telah memberi kata dua kepada pengganas Serb supaya mereka
mengundurkan senjata berat dalam lingkungan 20 kilometer di luar bandaraya
Sarajevo dalam tempoh 10 hari yang berakhir 21 Febuari 1992. Kalau tidak,
mereka akan melancarkan serangan udara ke atas kedudukkan pengganas Serb
disekeliling Sarajevo.
Nemanja Vidic
tersenyum sinis seolah-oleh tahu samada pengganas Serb mematuhi kata dua itu
atau tidak. Beberapa seketika dia mula tertawa kecil.
Nemanja Vidic
terus membuka-buka seperti seorang gadis membuka-buka album teman sekolahnya.
Dia kelihatan suka membaca berita dalam Utusan Sarajevo. Tiba-tiba
terpandanglah matanya kepada satu berita kecil pada halaman terakhir dengan
huruf tema yang kecil:”Isteri curang dibunuh oleh suami”
Nemanja vidic
menuyih-nuyih rokoknya ke atas bekas abu rokok. Api kecil merah meleset bersama
abu-abu rokok. Dia termenung seketika. Bertanya-tanya dalam hatinya:”Memang
patut isterinya dibunuh kerana berlaku curang. Kalau terjadi pada diriku, aku
akan...”
Tiba-tiba,
Nemanja Vidic terdengar suara lelaki asing bercakap dengan seseorang,”Lain kali
kita berjumpa lagi. Kirim salam dengan suamimu.” Kemudian kereta berbunyi “vrommmm”
dan beransur-ansur sunyi selepas itu.
Pada masa itu,
pintu depan sudah terdengar menggeret dibuka orang. Tak lama kemudian, arah
belakang Nemanja Vidic sudah terdengar suara Ana Inanovic yang memanggilnya
dengan manja:
“Apa khabar
sayang?...”
Nemanja Vidic hanya mendiamkan diri sahaja,
hanya menjeling sepintas lalu ke arah Ana Inanovic dengan tidak memandang
wajahnya. Matanya picing sedikit tapi sinarnya sangat tanjam. Dan secara automatik
hidungnya terangkat sedikit. Pipi terasa gementar. Maka meloncatlah dari hujung
lidahnya dengan suara yang tajam menyeripit udara:
“Kau sudah berani
berlaku curang terhadapku, hah!”
Ana Inanovic
tercegang. Dia kelihatan terasa apabila mendengar ucapan tajam dari Nemanja
Vidic. Tajam seperti pisau cukur menyerit daging. Beberapa seketika mulut Ana
Inanovic terketar-ketar seolah-olah hendak meluahkan tapi tak kesampainya.
Nemanja Vidic
kelihatan marah berapi. Api amarahnya panas membakar dalam dada.
Melihat keadaan
sedemikian, lidah Ana Inanovic menjadi berat seperti timah. Sepatah demi
sepatah kata-katanya yang sudah berkumpul di hujung lidahnya seolah-olah jatuh
kembali ke dalam hati.
Dalam keheningan
seketika, bahang Nemanja Vidic semakin beransur reda.
Di saat itu
seolah-olah luahan dari dalam hati Ana Inanovic tiba-tiba meloncat ke atas lalu
naik berkerumun kehujung lidah, mendesak-desak mahu keluar paling awal. Lalu
terjatuhlah sebuah bentakan yang tidak kurang kalahnya dari bentakan Nemanja
Vidic:
“Abang tahu tak
mengapa Ana membuat begini. Selama ini abang juga berlaku curang terhadap Ana.
Abang pernah memperkosakan mangsa perang Bosnia.”
Celaka! Sumpah
Nemanja Vidic. Seperti geledak kata-kata Ana Inanovic itu menyambar kepalanya.
Perkataan “memperkosakan mangsa perang Bosnia” terasa seperti batu berdentar
kepada batu kepalanya. Dia berasa sangat tersinggung dalam harga dirinya.
Pap! Nemanja Vidic
menampar muka Ana Inanovic. Aduh! Jerit Ana Inanovic sambil menutup pipinya
yang kanan dengan tangan. Nemanja Vidic menjambak rambutnya. Di rentakkan Ana
Inanovic dengan sekuat tenaga sehingga dia terjatuh tersungkur ke lantai.
Kepalanya berdentar pada daun pintu. Dia menjerit-jerit meminta ampun.
Seluruh badan
Nemanja Vidic bergetar! Seluruh badannya terasa panas! Panas terbakar api
amarah! Api amarah yang membuak-buak ganas terkeluar dari sinar matanya, dengan
suaranya membentak-bentak, tengking-menengking!
Bahagian VI
Tik! Tak! Tik!
Tak! Detikan jam di dinding menghitung saat demi saat dengan perlahan dan
teratur. Tak terasa cepat atau lambatnya waktu kerana masa tak berhenti-henti. Barangkali,
masa akan terhenti bila tiba masanya jua.
“Dia mahu pergi
ke mana?”, tanya Nemanja Vidic dalam hati sambil menghisap rokok yang ke-99
semenjak Ana Inanovic lari dari rumah.
Oh!Oh!Oh! Nemanja
Vidic terbatuk-batuk. Setelah dia bertengkar dengan isterinya, dadanya terasa
sangat sakit dan selalu terbatuk-batuk.
Nemanja Vidic dengan
tidak bermaksud apa-apa - meninjau-ninjau sekeliling ruang tamu rumahnya – dari
almari ke set TV dan berpindah ke gambar Ana Inanovic yang tergantung di
dinding.
“Di sinilah
tempat pertama kali aku jatuh cinta kepada Ana Inanovic,” bisiknya dalam hati
sambil matanya merenung tajam pada gambar Ana Inanovic yang tergantung di
dinding.
Kemudian, dia
menyandarkan kepalanya di sofa seolah-olah memisahkan penglihatannya daripada menangkap
almari, set TV dan gambar Ana Inanovic. Lalu ingatannya semakin tidak tertumpu
kepada alam nyata ini sehingga khayalan sering mencuri masuk ke ruang
penglihatan batinnya seolah-olah dia dapat melihat suatu zat benda di
hadapannya.
Tertundalah
gambaran dunia dari kaca matanya lalu ingatannya mengimbau kenangan silam dalam
keadaan buta, pekak, bisu (seumpama sedang tidur) terlukis setiap susuk tubuh
Ana Inanovic secara hidup-hidup sambil mendengar suara isterinya yang sedang
bermain kata-kata manja dengannya:
“Aku mahu bersamamu.
Apabila kita sudah berkahwin, aku mahu ada dua orang anak. Seorang lelaki dan
seorang perempuan. Kalau lelaki, aku ingin menamakannya Rosicky manakala
perempuan ku namakannya Sarapova. Kalau boleh, aku mahu tinggal di tepi laut.
Aku suka melihat pemandangan di laut.”
Tiba-tiba,
ingatannnya semakin kucar-kacir dan tidak menyerupai apa yang sedang dilihatnya
pada mata batinya tadi dan tak lama kemudian terpancarlah dalam keadaan
menjelma menjadi ruang tamu dan terlimpahlah almari, set TV dan gambar Ana Inanovic
yang berada pada kedudukan sedia kala. Dia tersentak di bawah aliran kesedaran
merasakan dapat melihat almari, set TV dan gambar Ana Inanovic yang berada
dihadapan matanya yang berhakikatkan kenyataan.
“Tapi! Semuanya
hancur belaka,” rintih hatinya apabila terkenang kisah yang lalu. “Aku rasa
bersalah terhadapnya.”
“Mengapa aku
berlaku kejam terhadap Ana?”, bergema bisikan dalam hatinya. Setelah Nemanja
Vidic bertengkar dengan Ana Inanovic, dia terasa seperti tertimpa batu sesalan
yang amat berat dan besar sehingga menekankan perasaan sesalannya dengan sangat
mendalam. Kemudian, dia mengutuk dirinya sendiri kerana marah atas perbuatanya
menampar dan memukul Ana Inanovic.
Oh!Oh!Oh! Nemanja
Vidic terbatuk-batuk. Rasa gatal dalam kerongkongan. Di tenyeh-tenyahnya
rokoknya ke atas bekas abu rokok.
Oh!Oh!Oh!
Batuknya kali ini sangat hebat. Tangan kirinya menekan dada solah-olah bersikap
berjaga-jaga jangan sampai pecah dadanya. Tangan kananya sedang mengepal sebuah
tisu tangan yang ditadahnya di depan mulut. Oh!Oh!Oh! Dia terus terbatuk-batuk.
Sekonyong-konyong
terasa olehnya kahak dalam kerongkongan. Batuknya terasa menjadi gelongsor.
Ehm! Ehm! Dia mendehem kahaknya. Dia menadah dengan sapu tangan. Tapi, tapi...
apa yang di lihatnya itu.
Berputar-putar
segala pemandangannya. Tersenget-senget almari, set TV dan gambar Ana Inanovic
di lihatnya. Mendesing-desing suara tak ketentuan dalam telinga seperti suara
lebah yang mengerumuni corong. Pusing-pusing kepalanya. Terasa pening. Nafasnya
semakin berat ditarik. Darah bertitisan dari bibirnya jatuh ke lantai. Lantai
dipenuhi banyak tompok-tompok merah. Pemandangan di atas lantai seolah-olah
langit suram penuh dengan bintang-bintang merah. Matanya semakin menutupi dunia
ini. Seolah-olah ingin melabuh tirai dunia ini. Matanya kelihatan
seperti........
Bahagian V
Shiiitttttt........mengilat
sinaran dari pedang yang di cabut sepantas kilat dari sarungnya oleh seorang
lelaki tua. Mengilat seperti sebilah kaca yang runcing terdedah pada sinaran
matahari. Chrat! Tepat mengenai sasarannya. Terpejam mata lelaki tua yang
pernah di bunuhnya. Tepat menancap di atas lehenya lalu terkena urat lehernya.
Putus saluran darah. Darah membuak-buak keluar dengan ganas dari saluran darah.
Darah mula mengalir dengan pantas membasahi lehernya terkejur-kejur.
Robohlah ketika
itu tubuhnya yang segar bugar itu! Tumbang laksana pohon di tebang.
Berguling-guling di atas tanah seperti ayam disembelih bermandikan darah.
Mengeram-geram suaranya seperti kerbau yang sekarat.
Dia sudah mati!
Sudah mampus!
Matlamat lelaki
tua itu sudah terlaksana. Paus hatinya. Dendamnya sudah dibalas. Nemanja Vidic
sudah mampus. Si penjahat! Si pengganas! Si komunisme! Si Marxisme!
No comments:
Post a Comment