Satu masa dunia akan hancur. Tiada makhluk. Dunia kembali sepertimana kejadiaan asal. Hanya Allah s.w.t yang wujud. Selepas itu, Allah s.w.t. hidupkan kembali manusia yang telah mati. Manusia hidup dua kali. Manusia akan keluar dari kubur seperti belalang yang banyak. Apabila manusia bangkit dari kubur, manusia telah berkata bahawa kenapa kami dibangkit dari kubur maka zahirlah perkara yang ghaib pada pandangan mata. Zahirlah syurga, neraka, padang mahsyar yang dulunya (pada masa di dunia) tidak nampak. Manusia telah berkata bahawa mereka telah lihat syurga, neraka dan sebagainya. Kita semua akan menghadapi keadaan tersebut. Sebagaimana keadaan kita bogel keluar dari perut ibu begitu juga kita keluar dari kubur dalam keadaan bogel. Keadaan begitu dahsyat di hari akhirat menyebabkan kita tercengang dan tidak dapat tunduk pandangan. Matahari berada satu jengkal di atas kepala. Manusia akan menangis. Manusia akan menyesal. Orang yang zalim akan tercengang melihat dosanya yang bertimbun sehingga dia menggigit jarinya sehingga ke bahu. Dia makan dirinya sendiri. Kepedihan atau kesakitan memakan diri sendiri tidak terasa kerana penyesalan yang teramat sangat. Hari ini kita tidak nampak penyesalan apabila kita membuat dosa. Semasa kita hidup di dunia, kita sering diberi peringatan untuk membuat persiapan pada hari kiamat.
Pada masa itu, iman dan amal yang akan menyelamatkan manusia. Iman dan amal akan meredakan kemarahan Allah s.w.t. Ingatlah manusia, fikirlah dahulu sebelum membuat dosa semasa hidup. Pada hari akhirat nanti, baru kita menyesal. Tiada berguna menyesal pada masa itu. Tiada guna kita menangis pada masa itu. Sehinggakan kita meminta bantuan malaikat Malik supaya merayu kepada Allah s.w.t. untuk mematikan kita. Setiap golongan masuk kedalam api neraka, malaikat akan menanya tentang ada tak sesiapa yang telah memberi peringatan kepada kamu kerana banyak melakukan dosa dan tenggelam dengan dunia. Golongan neraka kata bahawa mereka telah mendengar peringatan daripada para nabi tetapi mereka telah mendustakannya kerana mereka tidak nampak keadaan neraka, syurga, padang mahsyar pada masa hidup didunia dahulu.
Kiamat pasti akan datang. Maut pasti akan menjemput kita. Permasalahannya bukannya tentang kiamat. Permasalahannya bukannya tentang mati. Permasalahannya ialah persiapan kita untuk berjumpa dengan Allah s.w.t. Apakah bekalan yang kita bawa?. Adakah bekalan yang kita bawa boleh meredhakan Allah s.w.t. dan menyebabkan Allah s.w.t. masukkan kita kedalam syurga?.
Tempat yang pertama kita lalui selepas mati ialah kubur. Kita hendaklah selalu berdoa untuk jauh dari azab kubur. Azab kubur amat dahsyat. Kata Nabi s.a.w. apabila Allah s.w.t. membenarkan kita mendengar azab kubur maka tiada siapa yang mahu kebumikan jenazah sehingga sanggup membiarkan jenazah tersebut reput di dalam rumah.
Kiamat pasti datang dalam keadaan mengejut. Kiamat datang dalam keadaan manusia sibuk dengan perniagaan. Tiba-tiba, manusia mendengar satu bunyi yang kuat. Apabila bunyi sudah terlalu kuat, manusia mahu melarikan diri kerana tidak tahan. Sebelum sempat manusia mahu melarikan diri, hati mereka telah pecah. Selepas itu, matahari telah jatuh. Maka terjadinya kiamat yang mengerunkan. Perbahasannya bukannya tentang kiamat. Perbahasannya ialah persiapan pada hari kiamat. Ada seorang sahabat bertanya dengan Rasulullah s.a.w. tentang bilakah datangnya hari kiamat. Jawab Rasulullah s.a.w. ialah Apakah persiapan kamu pada hari kiamat?. Itu yang perlu kamu tanya.
Kita semua akan mati untuk menemui Allah s.w.t. Kita semua akan melalui di padang mahsyar. Kita semua akan melalui titian sirat.
Sebelum maut menjemput kita, kita perlu membuat persiapan untuk hari kiamat. Apakah persiapan untuk hari kiamat?. Persiapannya ialah kuatkan,tambahkan atau tingkatkan Iman dan amal. Agama yang Allah turunkan. Sesiapa yang mengamalkan agama dengan sempurna maka dia akan berjaya buat selama-lamanya.
Di padang mahsyar, seluruh manusia akan mendengar iklan daripada malaikat yang mengatakan bahawa si folan itu mempunyai timbangan amal yang berat dan dia telah berjaya selama-lamanya. Si folan mendengar iklan tersebut lalu menangis kerana kegembiraan. Si folam dapat buku catatan amal melalui tangan kanan. Selepas itu, si folan akan memberitahu setiap orang untuk membaca buku catatan amalnya kerana dia berasa terlalu gembira. Insya Allah kita termasuk dalam golongan tersebut.
Bagi sesiapa yang mempunyai timbangan dosa yang berat maka dia akan menerima buku catatan amal melalui tangan kiri. Dia akan menyesal. Dia berkata bahawa alangkah baiknya dia tidak menerima buku catatan amal tersebut. Kemudian dia berkata bahawa hartanya tidak dapat membantu atau mendatangkan manfaat kepadanya pada masa itu. Allah s.w.t. telah memberi peringatan bahawa harta tidak ada nilai disisi Allah melainkan cinta kepada Allah. Jadi, pada masa kita hidup didunia untuk usaha cintakan Allah s.w.t.
Sebenarnya tempoh masa hidup kita di dunia umpama dua minit di akhirat. Dua minit ini bagaimanakah kita gunakan samada untuk bina agama hancur dunia atau hancur agama bina dunia?.
Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa berusahalah kita untuk dunia seolah-olah kita hidup seribu tahun lagi dan berusahalah kita untuk akhirat seolah-olah kita hidup satu hari. Maksudnya jika kita lepas peluang perkara-perkara dunia maka kita tidak perlu risau kerana kita ada tempoh masa hidup seribu tahun lagi. Jangan kita lepaskan peluang perkara-perkara akhirat kerana kita ada tempoh masa hidup cuma sehari sahaja.
Marilah kita sama-sama berusaha untuk tingkat takwa dalam hati, cinta kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Usaha dakwah ialah usaha yang mengerakkan, menambahkan dan menguatkan iman. Soalan-soalan dalam kubur akan tanya siapa tuhan kamu. Lidah kita dikunci dan hati kita akan menjawab. Semasa kita hidup didunia, kita hendaklah bersihkan hati kita daripada cinta dunia. Hati kita cuma ada cinta pada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Hati kita cinta pada amal agama. Adakah kita berusaha dengan sekadar doa?. Allah s.w.t. beritahu kepada Rasulullah s.a.w. tentang satu kaum telah memeluk Islam. Kaum tersebut kata bahawa mereka sudah beriman. Allah s.w.t. beritahu (melalui turunnya al-Quran) Rasulullah s.a.w. dan sampaikan kepada kaum tersebut bahawa sepatutnya mereka berkata kami baru masuk Islam. Tapi, iman belum masuk lagi. Iman ialah dapatkan agama dengan mujahadah, susah payah dan pengorbanan. Iman terbina melalui dakwah. Dakwah tentang kebesaran Allah s.w.t. Memperbanyakkan percakapan tentang kebesaran Allah s.w.t. setiap masa. Disamping kita dakwah kepada orang lain tentang kebesaran Allah s.w.t., kita juga perlu dakwah kepada diri sendiri (bersendirian).
Insya Allah, kita berazam untuk sediakan diri kita sendiri dan orang lain, korbankan harta dan lapangkan masa untuk keluar kejalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari.
No comments:
Post a Comment