Wednesday, 12 March 2014

MH370 Hilang Selesai Melalui Amal

MH370 adalah pesawat jenis Boeing 777-2H6(ER) yang mengunakan enjin Roll-Royce Trent 892 dan berusia 11.8 tahun. Pesawat ini mampu menampung 282 penumpang dan dilengkapi dengan sistem komputer paling canggih dan termoden dalam abad ini. Pesawat MH370 ini adalah antara pesawat MAS yang paling hebat setakat ini. Sejauhmanakah kehebatan pesawat ini yang telah hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan?
Pada pendapat saya yang lemah ini, MH370 memang tidak dinafikan merupakan pesawat yang berteknologi tinggi dengan dilengkapi sistem komputer termaju dan tercanggih. Namun, setiap benda yang dicipta oleh manusia ada kelemahannya walau secanggih manapun teknologi telah tercipta. Pasti terdapat kelemahan dan kecacatan. Kita sebagai manusia terlalu yakin bahawa dengan adanya pesawat MH370 maka pasti dan pasti kita akan sampai ke destinasi yang ditujui. Itu adalah keyakinan yang salah yang selama ini kita telah pegang. Keyakinan yang salah ini terjadi apabila kita sering melihat, mendengar dan merasa bahawa teknologi pesawat MH370 yang canggih akan memudahkan kita sampai ke destinasi yang ingin kita tujui. Berdasarkan keyakinan yang salah ini telah menyebabkan kita telah menolak sebarang kemungkinan bahawa pesawat MH370 tidak mungkin tidak sampai ke Beijing.
Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa apabila teknologi terkini buntu untuk menyelesaikan masalah kehilangan MH370 maka manusia mula berpaling arah kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t. Beginilah sifat orang Islam pada masa kini iaitu apabila ada masalah maka mereka bersegera ke arah usaha kebendaan iaitu mengunakan segala kehebatan teknologi untuk mengesan kehilangan pesawat MH370. Apabila gagal untuk mengesan pesawat tersebut maka orang Islam mula beralih arah berdoa kepada Allah s.w.t. seperti solat hajat dan sebagainya.
Sebagai orang Islam, apa yang Allah berikan kepada kita iaitu pesawat MH370 adalah milik Allah s.w.t. Dan bila Allah ambil pesawat MH370 daripada kitapun adalah milik Allah s.w.t. Semua makhluk adalah ciptaan Allah s.w.t. Allah s.w.t. Maha Kuasa. Allah s.w.t. boleh buat apa sahaja tanpa meminta pertolongan daripada makhluk. Allah Maha hebat. Pesawat MH370 untuk terbang ke langit dengan perintah Allah s.w.t. Pesawat MH370 untuk mendarat ke lapangan terbang dengan perintah Allah s.w.t. Pesawat MH370 untuk hilang dari pandangan mata manusia dengan perintah Allah s.w.t.
Keyakinan yang betul ialah pesawat MH370 akan membawa penumpang dari KL ke Beijing dengan perintah Allah s.w.t. Pesawat MH370 tidak ada kuasa untuk membawa penumpang dari KL ke Beijing. Dengan erti kata lain Allah s.w.t. maha kuasa, Makhluk tiada kuasa. Atau lebih dikenali dengan satu perkataan iaitu kalimah tauhid. Kalimah ini ialah Laa ilaha ilallah. Kalimah ini adalah kunci masuk syurga. Kalimah ini amat berat dalam timbangan amal di akhirat kelak. Kalimah ini akan menyelamat manusia daripada api neraka. 
Penyelesaian kepada masalah kehilangan pesawat MH370 ialah setiap orang Islam mesti tawajuh dengan amal terlebih dahulu sebelum mencari asbab. Maksudnya dahulukan amal dan kemudiankan asbab. Janji Allah s.w.t. hanya dalam amal bukan dalam asbab. Melalui amal, segala masalah insya Allah Allah s.w.t akan selesaikannya. Melalui asbab, tiada janji atau pertolongan dari Allah s.w.t. 
Perkara pertama untuk mengesan kehilangan pesawat MH370 melalui amal seperti berdoa kepada Allah s.w.t. setiap hari supaya Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada kita untuk mencarinya. Selain itu, kita juga mengadakan solat hajat, membaca surah yasin dan sebagainya. Amalan-amalan seperti ini ada pertolongan daripada Allah s.w.t. Kita kena yakin dalam amal ada janji dan pertolongan dari Allah s.w.t. Kita buat amal seperti itu sehingga Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada kita untuk mengesan pesawat MH370. 
Perkara kedua untuk mengesan kehilangan pesawat MH370 ialah disamping kita membuat amal, kita juga tidak tinggalkan asbab. Kita boleh mengunakan segala kemudahan teknologi terkini untuk mengesan pesawat MH370 seperti kapal jejak, kapal selam, helikopter, jet pengesan, satelit pengesan dan sebagainya.
Insya Allah, melalui amal kita buat kerana menyakini janji dan nusrah Allah s.w.t  maka insya Allah pesawat MH370 yang hilang dapat dikesan. Insya Allah......

No comments:

Post a Comment