Tuesday, 4 March 2014

Kepentingan memperbanyakan dakwah kebesaran, kehebatan dan keagungan Allah s.w.t.

Allah s.w.t maha pencipta, Allah maha mulia, Allah maha pembantu, Allah maha mendengar, Allah maha melihat...keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. harus ada dalam hati kita. Dalam keadaan kita bersolat, dahi kita sujud kepada Allah. Malangnya, zahirnya dahi kita sujud kepada Allah namun batinnya atau hati kita tidak bersujud kepada Allah. Hati kita sujud selain daripada Allah s.w.t. Contohnya hati kita sujud pada duit, pangkat, harta, wanita, anak atau apa-apa sahaja kebesaran makhluk.Cuba kita renung untuk diri kita sendiri samada hati kita sujud kepada Allah s.w.t. atau sebaliknya.
Kita melihat, berfikir dan mendengar sesuatu benda maka ianya akan memberi kesan pada hati kita. Jika kita melihat, berfikir dan mendengar sesuatu benda yang tak betul maka ianya akan memberi kesan pada hati kita dan refleks atau bertindak balas dengan tingkahlaku badan kita yang akan menjadi tidak betul. Contohnya, dakyah yang tak betul sering kita alami selama ini samada melihat, berfikir dan mendengar ialah jika kita ada duit maka kita bahagia, jika kita ada harta maka kita hidup senang dan sebagainya. Ini perkara tak betul yang sudah masuk dalam hati kita. Ia akan refleks atau bertindak balas daripada keyakinan yang tak betul akan lahir amalan atau tingkah laku yang tak betul.
Dakwah para Nabi dan Rasul ialah dakwah manusia kepada kehebatan, keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. Jika kita mahu keberkatan hidup maka kita mesti taat kepada Allah. Jika kita mahu menyelesaikan masalah hidup kita maka kita mesti taat kepada Allah. Jika kita mahu kemuliaan maka ianya dapat dengan taat kepada Allah. Jika kita mahu kekuasaan maka ianya dapat melalui ketaatan kepada Allah. Inilah dakwah para nabi dan rasul dengan cara mendakwahkan manusia kepada Allah s.w.t yang maha kuasa, agung dan hebat. Apabila percakapan, penglihatan dan pendengaran kita betul maka ianya akan bertindak balas dengan amalan atau tingkah laku kita menjadi betul.
Selain itu, yakin yang salah akan melahirkan amalan yang salah. Contohnya seorang peniaga akan menjadi penipu dengan menipu timbangan barang jualannya semata-mata untuk mendapatkan keuntungan yang banyak. Keyakinan dengan cara menipu untuk mendapatkan keuntungan yang banyak adalah keyakinan yang salah ini dan perkara ini perlu di ubah. Jika seseorang peniaga yakin bahawa rezeki datang dari Allah s.w.t. maka dia akan menimbang barang jualannya dengan betul.Keyakinan yang betul melalui dakwah perkara yang betul iaitu dakwah tentang kehebatan, kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.
Jika kita tidak yakin pada Allah s.w.t. maka susah kita hendak menjawab soalan dalam kubur iaitu Siapa tuhan kamu?. Takut-takut nanti kita menjawab soalan "Siapa tuhan kamu" ialah kebesaran makhluk. Jadi, kita harus ubah yakin kita daripada kebesaran makhluk kepada kebesaran Allah s.w.t. melalui memperbanyakkan dakwah tentang kebesaran, kehebatan dan keagungan Allah s.w.t. 
Insya Allah, kita hendaklah azam mulai saat ini untuk bermujahadah dan melakukan banyak pengorbanan diri, harta dan masa kita untuk jumpa manusia untuk menceritakan tentang kebesaran Allah s.w.t. Latihannya ialah keluar ke jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah...azam...

No comments:

Post a Comment