“Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu
tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan
sosial masyarakat Malaysia.
Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba -
tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan
kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan
pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut
menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah
Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan
diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan
antara kaum di Tanah Melayu.
Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British,” kata Tuan Haji Harun yang berusia 80 tahun. Beliau merupakan salah seorang anggota FRU yang ditugaskan untuk mengawal Panggung Odeon yang telah menjadi sasaran pada malam 13 Mei 1969.
Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British,” kata Tuan Haji Harun yang berusia 80 tahun. Beliau merupakan salah seorang anggota FRU yang ditugaskan untuk mengawal Panggung Odeon yang telah menjadi sasaran pada malam 13 Mei 1969.
“Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan
sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan
semangat kaum-kaum di Malaysia.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal
sensitif berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
(Bumiputera)
dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan
perkauman dan syak wasangka,” kata seorang bekas ahli politik dari parti Gerakan
yang berjaya memenangi kawasan Batu, Selangor pada Pilihan Raya 1969. Lelaki
tua itu hanya mahu dikenali sebagai Uncle Tan.
********************************************************************
Mei 14, 1969
Kampung Bharu,
Kuala Lumpur
Nenong! Nenong!
Nenong! Bunyi siren ambulans telah memeranjatkan aku dari tidur. Lekas aku
bangkit dari katil dan turun ke tingkat
bawah untuk mandi. Aku mendapati ruang dapur kosong. Biasanya ibuku akan
merejang air panas untuk membuat air teh. Apabila aku pergi ke ruang tamu, aku
dapati ayahku pula tiada. Biasanya, ayahku akan membaca surat khabar di atas
kerusi malasnya. Aku merasa hairan bercampur takut kerana rumah yang aku kini
tinggal adalah sunyi-sepi seolah-olah tiada berpenghuni. Puas aku mencari
mereka di ceruk bilik. Namun, mereka tetap tiada. Aku telah mendengar bunyi
suara pembaca berita dalam radio telah mengatakan bahawa sebanyak 196 mati, 439
cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan telah musnah dalam peristiwa
31 Mei 1969.
Aku pun
memberanikan diri untuk keluar dari rumah untuk mencari ibu bapaku. Sepanjang
perjalanan, aku telah melihat sebuah kereta dan skuter terbalik –terbakar
berasap-asap naik ke udara, banyak sampah-sarap bersepah di atas jalan raya,
beberapa bilah parang berteraburan di sana sini berlumuran dengan darah,
beberapa anggota FRU telah berkawal di jalan raya dan masih lagi kedengaran bunyi
siren ambulans.
Aku tetap
melangkah ke hadapan untuk mencari di mana ibu bapaku berada. Tiba-tiba aku di
tahan oleh seorang anggota FRU. Dia telah membawa aku naik ke atas lori bersama
dengan beberapa orang yang aku tak kenali. Seorang lelaki tua berasa hairan
kerana aku berani berjalan seorang diri di kawasan terbuka. Aku beritahu kepada
lelaki tua itu di mana ibu bapaku berada lalu menunjukkan loket yang mempunyai
dua gambar ibu dan bapaku apabila dibuka. Lelaki tua itu tidak kenal ibu bapaku
dan tidak tahu ke mana mereka telah pergi. Aku berasa sedih. Aku sempat membaca
tajuk berita di muka surat depan yang di baca oleh lelaki tua itu di hadapanku.
Tajuk berita itu ialah Kuala Lumpur Terbakar.
Apabila sampai ke
kem Perlindungan yang dikawal ketat oleh beberapa anggota FRU, aku telah di
hantar ke satu tempat untuk dapatkan makanan yang telah dicatukan. Aku berbaris
panjang untuk menunggu dapatkan bubur setelah diberi pinggan besi oleh petugas
kem. Apabila sampai giliran aku, petugas yang memberikan bubur pun berikan aku makanan bubur. Aku beritahu
dia bahawa aku tidak pandai makan bubur yang telah di masak oleh dia. Terlalu
cair bagiku dan tidak seperti masakan ibuku yang bergitu sedap. Aku terus di
tengking oleh tukang beri bubur itu. Selepas itu, aku telah di tolak oleh
seorang remaja lelaki supaya gilirannya pula untuk dapatkan bubur.
Aku pada masa itu
tengah lapar dan terus makan bubur itu. Semasa aku makan bubur, aku ternampak
lelaki yang menolakku itu ada sepasang kasut sport disebelahnya. Selama ini aku
memang idam-idamkan untuk dapatkan kasut sport tetapi ibu bapaku tidak bagi.
Aku pun pergi ke arah lelaki itu dan memuji kasut sportnya sangat cantik. Kata
lelaki itu, kasut sport itu adalah hadiah pemberian bapanya. Aku tanya di mana
bapanya, dia menjawab bapanya telah mati akibat rusuhan pada malam semalam
ketika bapanya lewat pulang kerja. Selepas itu, dia bertanya dimana bapaku, aku
beritahu bahawa ibu bapaku sudah hilang entah kemana. Aku ingin dapatkan
kasutnya dengan menukar rantai loket pemberian ibu bapaku tetapi dia tidak
mahu. Aku berasa sedih. Namun, lelaki itu bersetuju untuk menukarkan rantai
loket itu dengan kasutnya jika aku boleh dapatkan sebuku roti. Aku merasa
harian bagaimana aku nak dapatkan sebuku roti itu. Katanya, aku boleh pergi
dapatkan sebuku roti di kedai berhampiran melalui sebuah lubang kecil yang
cukup-cukup muat masuk dengan badanku saja. Aku pun setuju. Aku berikan dia
loketku dan dia berikan kasut sportnya.
Aku pun masuk
kedalam lubang rahsia itu. Setelah berjaya keluar, aku berjalan dengan riangnya
sambil kedua belah tanganku memegang sepasang kasut sport yang telah menjadi
milikku. Aku terpandang sebuah kedai roti lalu aku masuk kedalam. Aku dapati
tiada orang di dalam dan aku ambil sebuku roti lalu masuk ke dalam bajuku.
Apabila aku
keluar dari kedai roti, aku lihat seorang budak cina sedang bermain
layang-layang. Aku berasa seronok melihatnya bermain layang-layang. Tiba-tiba,
layang-layangnya tersangkut di atas pokok. Budak cina itu berasa sedih. Lekas
aku campakkan kasut sport itu lalu panjat ke atas pokok untuk ambil
layang-layang itu. Selepas itu, aku berikan layang-layang itu kepada budak cina
itu. Budak cina itu tersenyum. Tiba-tiba, bapanya telah datang lalu
membentak-bentak ke arah anaknya. Aku terus ambil kasut sport lalu lari dari
kedai yang banyak dimiliki oleh orang cina.
Apabila aku
sampai ke sebuah rumah buruk, aku dapati seorang budak India sedang duduk di
depan rumahnya dalam keadaan berwajah muram. Aku bertanya kenapa dia bermuram.
Katanya, dia ingin bermain diluar tetapi tidak ada kasut. Selepas itu, dia tunjukkan
tapak kakinya penuh dengan luka akibat bermain tanpa pakai kasut. Tanpa
membuang masa, aku berikan kasut sport itu kepada budak India itu. Dia berasa
seronok. Kami berdua bermian kejar-mengejar. Tiba-tiba, seorang budak cina yang
aku temui tadi tiba di depan mata kami berdua sambil memegang layang-layangnya.
Katanya, dia mahu bermain layang-layang bersama dengan kami berdua. Kami berdua
setuju lalu kami bermain layang bersama-sama.
Apabila petang
mula senja, budak cina itu meminta diri untuk pulang. Begitu juga dengan budak
India itu. Aku pun pulang ke kem melalui lubang rahsia. Aku di marahi oleh
remaja lelaki itu kerana lewat pulang. Aku pun berikan roti itu kepada remaja
lelaki itu tetapi dia tidak mahu lalu berikan semula kepadaku. Dia sengaja
berbuat demikian untuk mengetahui samada aku seorang yang amanah ataupun tidak.
Aku pun terus makan roti itu.
Setelah kenyang,
aku hendak mencari tempat tidur. Aku lihat banyak orang tidur telentang di atas
lantai. Tiba-tiba, aku ternampak wajah ibu bapaku lalu aku meluru ke arah
mereka. Ibu bapaku terkejut melihat kehadiran aku di kem pelindungan lalu
menangis dan memoof maaf. Aku bertanya kepada mereka kenapa tinggalkan aku di
rumah ke seorangan. Kata bapaku, dia dan ibuku mahu pulang setelah menziarahi
sahabat lamanya tetapi jalan raya di Kuala Lumpur telah menjadi sesak -
dipenuhi ratusan buah kereta terperangkap akibat rusuhan. Untuk mengelak
daripada terbunuh akibat rusuhan, ibu dan bapaku lekas berlindung di balai
polis. Selepas itu, mereka di tempatkan di kem perlindungan yang dikawal ketat
oleh anggota FRU.
Untuk mengawal
keadaan yang tidak menentu, tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan
mengisytiharkan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong. Pada keesokan harinya
Majlis Gerakan Negara atau ringkasnya 'MAGERAN' ditubuhkan untuk bertindak
sebagai badan pemerintah.
Pada 16hb Mei, serentak dengan
pengisytiharan Darurat, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik
sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan pembubaran Parlimen oleh DYMM Yang di-Pertuan
Agong, MAGERAN menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan Januari, 1970
yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat berbagai kaum.
Majlis Perundingan Negara ini mengadakan dialog yang serius di kalangan
anggota-anggotanya bagi mencari jalan untuk menguatkan perpaduan negara dan
menyediakan satu asas yang kukuh dan kekal untuk kembali kepada demokrasi
berparlimen, dan mendapatkan satu panduan yang positif dan praktikal dalam
usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identiti masyarakat Malaysia yang
tulin. Daripada perbincangan kesemua wakil dari semua kaum dan golongan ini lahirlah
konsep RUKUN NEGARA sebagai manifestasi ideologi kebangsaan.
Berdasarkan kepada semangat RUKUN
NEGARA, Jawatankuasa Ekonomi Majlis Perundingan Negara telah melahirkan DASAR
EKONOMI BARU yang bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dan menghapuskan
kemiskinan, serta memelihara keselamatan negara. Dasar Ekonomi Baru inilah yang
menjadi asas dan dasar pembangunan negara dalam semua bidang.
“........jika
kita tidak berpisah, sudah pastilah akan berlaku pembunuhan yang
mengerunkan...,” jelas Tunku Abdul Rahman tentag keputusannya menyingkirkan
Singapura daripada Persekutuan Malaysia.
“Kita terpaksa
mengeluarkan Singapura dari Malaysia dan inilah saat yang sungguh bersejarah
kerana sungguhpun kita merasa sedih dan duka cita kerana satu negeri telah terpaksa
keluar, tetapi kita gembira kerana kita telah dapat menyingkirkan duri dalam
daging kita,” ucapan Tun Abdul Razak dalam UMNO 20 Tahun. Kuala Lumpur:
IbuPejabat UMNO.
“Negeri ini
diterima daripada Melayu maka patutlah diserahkan balik kepada Melayu....Oleh
itu biarlah Melayu itu sendiri menentukan siapa Malayan itu. Janganlah kita
gemarkan kemerdekaan itu, hingga dengan itu kehormatan kita terjual. Ambillah
tahu apa yang terjadi kelak atas bangsa kita. Berkenaan dengan bangsa asing
yang ada di dalam negeri ini, kita tidak akan melupakan bahagian mereka,”
ucapan Tunku Abdul Rahman: Pengorbanan dan Kemerdekaan, 2003. Kuala Lumpur:
Arkib Negara, hlm. 5-6.
No comments:
Post a Comment