“Jangan bersedih lagi, Khai. Umur manusia
singkat, tapi kemanusiaan lama,lupakanlah segala kesedihanmu itu dengan lebih giat
lagi bekerja. Bekerja untuk kemanuisaan…,” kata Pak Asan kepada Khai.
Khai menahan sebak di dada sambil air
matanya berlinangan di pipinya. Dia mengenang jasa isterinya yang sudah
meningal dunia. Isterinya banyak membantunya terlibat dalam kegiatan politik
sehingga sanggup mengeluarkan wang simpanannya untuk membolehkan Khai
bertanding dalam pilihan raya D.U.N. di Bahagian Kampung Cempedak.
Yang mengebumikan jenazah isterinya hanya
keluarga Khai dan isterinya. Penduduk kampong memulau untuk tidak hadir dalam
pengkebumian jenazah kerana berlainan politik. Apa yang lebih mengharukan,
penduduk kampong sanggup mempercayai fitnah yang dibuat oleh calon dari parti yang
mereka sokong. Fitnah itu menyebabkan Khai gagal meraih sokongan pengundi dalam
pilihan raya. Fitnah itu ialah khai telah memperkosa seorang gadis sekolah
menengah lalu membunuhnya. Tetapi, tiada seorang pun yang membuktikan fitnah
itu benar.
***********************************************************
Sekumpulan penunjuk perasaan dari kaum India
telah berhimpun di hadapan Bangunan Daya Bumi sambil membawa sepanduk “Kami
mahukan keadilan”. Demonstrasi yang didukung oleh sebuah pergerakan haram yang
dinamakan Hindraf mendesak kerajaan Malaysia tidak berlaku “Rasis” dan
“Perkauman” terhadap kaum India dalam semua perkara. Demonstrasi yang dulunya
tenang kini bertukar menjadi ganas sehingga ada segelintir daripada mereka
telah membaling objek keras ke arah anggota polis FRU yang sedang mengawal
keadaan.
Kejadian ini menjadi berita utama di stesen
t.v. tempatan. Pak Asan sedang khusyuk menonton berita hanggat itu sambil
memikirkan bangsa lain telah menjadi fobia kepada orang Melayu yang kononnya
telah mengamalkan rasis dan perkauman. Jika di renung kembali sejarah Malaysia, orang Melayu menerima secara terbuka
kepada bangsa lain menjadi rakyat Malaysia walaupun mereka datang
kemudian.
Pak Asan! Pak Asan!
Ada seseorang telah memanggil Pak Asan dari Luar.
Pak Asan terkejut. Bangkit dari kerusi
kesayangannya. Berjalan ke arah jendela lalu memerhati di luar jendela. Pak
Asan melihat Ah Long, Y.B Daud dan konco-konconya datang diperkarangan
rumahnya.
Jemputlah naik, ujar Pak Asan.
Ah Long mengarahkan konco-konconya berada
diperkarangan rumah Pak Asan manakala dia dan Y.B Daud naik ke rumah Pak Asan.
“Saya tahu kedatangan Y.B Daud dan Ah Long
untuk mengutip hutang daripada saya. Saya bukannya tidak mahu membayarnya.
Tetapi, jumlah wang yang telah saya kumpul belum lagi mencukupi untuk
membayarnya. Saya memohon jasa baik Ah Long untuk memanjangkan tempoh
pembayarannya.”
“Mana boleh. Lu cakap mahu bayar pada hari
ini. Tapi, tidak boleh bayar pada hari ini dan minta extend lagi. Bila lu mahu
minta duit, saya kasi cepat. Bila saya minta duit saya balik, lu lambat bayar.
Ini tidak boleh jadi!,” kata Ah Long.
“Saya merayu dan mohon belas ihsan daripada
Ah Long untuk tundakan tarikh pembayaran ke hari lain. Jika saya dah kumpul
cukup wang, barulah saya bayar balik,” rayu Pak Asan kepada Ah Long.
“Jika lu belum cukup wang mau bayar, saya
mahu tanah lu jadi pertukarannya,” ujar Ah Long.
“Maafkan saya, Ah Long. Saya tiada
mempunyai tanah,” balas Pak Asan.
“Hah! Lu tidak ada tanah kah?. “Ah Long
berasa hairan lalu memerhati sekeliling rumah Pak Asan yang di diami oleh
perabot tua. “Kalau begitu, saya mahu lu bagi saya rumah usang ini,” Ah Long
membuat permintaan sekali lagi.
“ Tidak boleh Ah Long. Ini rumah saya.
Satu-satunya harta pusaka turun-temurun. Saya tidak boleh gadaikan rumah usang
ini semata-mata untuk melangsaikan hutang saya,” kata Pak Asan.
“Pak Asan tidak boleh menindakkan perkara
yang telah dipersetujui oleh Pak Asan sendiri. Bukankah Pak Asan telah
mentandatangi surat perjanjian pinjaman ini ?,”
sampuk Y.B Daud sambil menunjukkan surat
perjanjian dalam bahasa Inggeris. Pak Asan mengangguk tanda setuju.
“Dalam perjanjian ini, Ah Long berhak
merampas mana-mana harta Pak Asan kerana gagal melangsaikan hutang dalam tempoh
yang telah dijanjikan,”sambung Y.B Daud lagi.
*******************************
“Begitulah, ceritanya, Khai,” kata Pak Asan yang menceritakan
rundingan panas antara dia dan Ah Long.
“Bapa nyatakan saja berapa jumlah hutang itu. Nanti, saya akan
bayar. Saya sendiri akan pergi ke rumah Si Ah Long untuk melangsaikan hutang
bapa,”kata Khai.
“Bang Asan, tolong saya ke dapur ini. Banyak kerja mahu
dibuat,”kata Mak Cik Kartini.
“Yang saya tidak berpuas hati, mengapa perjanjian itu di buat
dalam bahasa Inggeris?. Kenapa tidak dalam bahasa Malaysia,” ujar Khai yang berasa
hairan.
“Yang menyedihkan pula, bapa kamu ditipu kerana kejahilan membaca
dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, mengiakan saja terjemahan surat perjanjian daripada orang lain. Lagi
satu, jahil ilmu yang berkaitan dengan undang-undang perjanjian”kata Alif.
“Orang tua mana ada belajar bahasa Inggeris. Lagipun
kebanyakan buku undang-undang dalam bahasa Inggeris. Jadi, bapa saya sukar
untuk mempelajarinya,” sambung Khai lagi.
“Di zaman ini bahasa Inggeris sudah
menjadi bahasa universal. Kita suka atau tidak suka, Itu soal lain tetapi
sebagai bahasa universal, semua ilmu terdapat dalam bahasa Inggeris. Jadi kalau
kita guna bahasa Inggeris, akses kita kepada ilmu menjadi lebih baik.”
“Betul kata kamu, Alif. Bahasa
Inggeris adalah bahasa universal. Tetapi, bahasa Malaysia perlu diuniversalkan juga sebagai
bahasa ilmu. Jika minda kita sentiasa menganggap “segala-galanya” yang berbaur Inggeris itulah
terbaik sebenarnya minda kita yang telah “dijajah”. Sebab itulah saya lihat
orang melayu sekarang ini sudah hilang semangat kebangsaannya sebab minda
mereka telah dijajah.”
“Saya tahu kita mesti ada semangat kebangsaan
yang kuat tetapi ia mestilah realistic. Kalau kita punya semangat kebangsaan
terhad kepada kebolehan kita bercakap dalam bahasa kita tetapi dalam lain-lain
kita bodoh, itu bukanlah sayangkan bangsa sebenarnya.”
“Ya, memang kita perlu utamakan
ilmu. Yang ironinya ialah bahasa Inggeris yang bukan bahasa pengantar utama,
digunakan sebagai pengajaran ratusan dan ribuan mata pelajaran sains dan
teknologi sedangkan bahasa Malaysia sebagai bahasa “pengantar utama” hanya
mengajar “sejemput” mata pelajaran sahaja. Hancurlah bahasa Malaysia di negara ini oleh
bangsanya sendiri, sedangkan berdasarkan sejarah dunia, tamadun yang besar
menunjukkan negara itu terbangun oleh bahasanya sendiri dan bukan dengan bahasa
asing.”
“Saya rasa setakat ini sajalah kita
berdebat. Saya beri kesimpulan pendek. Kalau hendak menguasai ilmu, maka kita
perlu utamakan ilmu. Kalau kita hendak menguasai ilmu tetapi kita utamakan yang
lain, bahasa umpamanya, maka kita tidak akan dapat menguasainya.”
“Alif, aku tidak berpuas hati
dengan Ah Long. Dia datang ke kampong kita
sebagai pendatang. Dalam budaya dan tradisi Melayu, tetamu tetap dirai,
silap dan lantangnya pula terpaksa di telan dengan senyum dan bermanis muka.
Sejak turun temurun kita diasuh mendahulukan yang datang seperti kata bidalan,
orang asing singgah kekenyangan, anak di rumah mati kelaparan.”
“Sejak dulu lagi, kita layan Ah Long
dengan baik. Tapi sekarang,dia naik kepala sehingga sanggup merampas rumah
pusaka ini daripada ayah kamu. Saya dapati bapa kamu terlalu bersalah sehingga
dia gagal mempertahankan hak rumah pusakanya ini. Untung nasib kita singgah
disini. Kalau tidak… (Alif menggelengkan kepala sambil menunduk pandangan ke
bawah memikirkan apa yang akan terjadi jika mereka tidak menziarahi kedua ibu
bapa Khai lalu memandang semula ke arah Khai ). Selepas itu kamu datang
menyelamat keadaan dengan melangsaikan segala hutang bapa kamu. ”
“Aku rasa orang Melayu terlalu
apologetic. Orang Melayu terlalu berdiplomatik dengan sifat kemelayuan,
sedangkan Melayu sebenarnya kuat dan hebat, tetapi sekarang ini kita terlalu
apologetic. Sikap apologetic dan diplomatic, sikit-sikit minta maaf menyebabkan
orang naik tocang. Sikap ini kalau dilakukan terlalu kerap orang akan bosan.
Saya rasa faktor utama mengapa hak rumah pusaka ini hampir dirampas oleh Ah
Long ialah tidak ada ilmu tentang undang-undang perjanjian berkaitan pinjaman
dan sifat apologetic.”
“Sebab itulah kita harus jadi Hang
Tuah semula. Kita tidak boleh biarkan sesiapa sahaja yang memijak kepala kita.
Kita ada keris. Keris kita bukannya tujuan untuk menghunus musuh. Keris kita lambang
pertahanan maruah dan harga diri kita daripada dicabuli oleh orang lain.”
Allahuakhbar! Allahuakhbar! Khai
dan Alif mendengar seruan azan lalu mempersiapkan diri pergi ke masjid untuk
menunaikan solat margrib secara berjemaah.
“Inilah ladang perusahan saya.
Ladang nenas. Dulu, saya membuka ladang ini 20 hektar. Sekarang, 50 hektar,”kata
Khai.
“Tidak ada pekerja Melayu yang
bekerja di ladang kamu?”soal Alif apabila memerhati semua pekerja Khai adalah
rakyat Indonesia.
“Tidak ada. Orang Melayu tidak suka
kerja berat. Mereka suka bekerja dalam keadaan yang mudah, air-cond. Kalau
mereka bekerja dalam sektor peladangan, itu panas…jadi mereka tidak mahu.”jawab
Khai
“Alhamdulillah negara kita cukup
kaya, ada orang datang dari negara lain jadi kuli kita untuk buat kerja susah.
Tetapi kalau kita tidak mampu buat semua kerja, kita akan hilang kuasa kerana
terlalu bergantung kepada orang lain. Manusia yang terlalu bergantung kepada
orang lain, tidak akan dapat menguasai keadaan dirinya sendiri. Kalau dia nak
bangun, orang kena angkat. Kalau dia nak makan, orang kena suap. Kita akan jadi
lumpuh.”Kata Alif.
“Alif, saya lupa mahu beli beras
yang mahu di pesan oleh emak saya.”
“Baiklah. Kita pergi ke kedai. Di
sini ada berapa buah kedai runcit?”
“Satu sahaja yang tinggal iaitu
kedai Teck Kong. Yang lainnya seperti kedai Pak Mat, kedai Pak Tam dan kedai
Pak Lai, semuanya bangkrap. Kata mereka untung sedikit.”
“Saya rasa kerajaan perlu ambil
tindakan radikal terhadap orang Melayu tetapi soalnya kalau mereka tidak mahu
berubah, susahlah. Bila kita kata kena bersaing dengan orang cina dalam bidang
perniagaan, biasanya bila kita hendak compete kita berusaha lebih tetapi orang
Melayu ini bila kata hendak compete, mereka menyerah kalah. Ada sikap tidak apalah. Mereka tidak
berusaha. Sebaliknya orang Cina bila kita kata boleh compete, kalau kamu
menang, kamu boleh kaya, mereka kerja kuat dan berusaha lebih rajin. Orang
Melayu tidak begitu.”
“Bukankah kita sudah ada Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang telah memberi head start kepada bumiputera dan Melayu supaya
mereka mampu bersaing dengan kaum-kaum lain serta tidak terlalu bergantung
kepada kerajaan.”
“Saya dapati setelah kita
laksanakan DEB selama lebih 30 tahun, majoriti bumiputera masih lagi tidak
mampu berdiri di atas kaki sendiri. Walaupun ada yang berjaya – saya akui
mereka yang berjaya cukup berjaya – tetapi ramai yang tidak mampu. Kalau hendak
kontrak, mereka mahu kontrak kerajaan, hendak jual barang, jual barang
kerajaan. Semuanya dengan kerajaan. Kalau tidak ada kerajaan, meraka akan
jatuh.”
“Khai, mari sini. Pak Tam nak beritahu
kamu suatu rahsia.”
“Rahsia?”
No comments:
Post a Comment