Tiada satu benda berlaku secara kebetulan atau kehendak sendirinya melainkan dengan izin atau perintah Allah s.w.t. Inilah yang termaktud dalam kalimah Laa ilaha ilallah. Kalimah inilah kalimah kejayaan di dunia dan akhirat. Kalimah ini sudah dihafal oleh anak kita kerana mudah dihafal. Tetapi kalimah itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah disebut begitu sahaja. Kalau tidak, Abu Jahal yang mahir dalam bahasa Arab tidak dapat menerima kalimah ini. Maksud kalimah ini adalah bagaimana kita mahu mengubah keyakinan kita bahawa Allah maha pencipta, Allah maha kuasa, sihat sakit datang dari Allah, kita nampak perniagaan maka kita fikir bahawa rezeki datang dari perniagaan maka itu adalah salah sebaliknya rezeki datang dari Allah s.w.t. Semua perkara ada hubung dengan Allah s.w.t. Barang siapa yang mengucap kalimah ini hendaklah kehidupannya taat pada perintah Allah mengikut cara Rasulullah s.a.w.
Iman adalah yakin. Kita hendaklah yakin kepada Allah, para nabi, malaikat, akhirat, qada dan qadar dengan keyakinan yang sempurna seumpama kita melihat dengan mata kita sendiri. Ada seorang para sahabat r.a. berkata bahawa jika sedikit syurga disingkap dihadapannya maka tidak tertambah sedikitpun keyakinannya terhadap syurga. Para sahabat r.a. benar-benar menyakini apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. tanpa mereka melihat dengan menggunakan mata sendiri tetapi keyakinan mereka sebenar-benarnya yakin seolah-olah mereka sudak melihat dengan menggunakan mata mereka sendiri. Jadi untuk mendapatkan keyakinan pada iman maka kita hendaklah memperbanyakkan untuk menceritakan tentang kebesaran Allah, syurga, neraka, hari kiamat, janji-janji Allah s.w.t. dan sebagainya sehingga yakin kita benar-benar yakin kepada Allah s.w.t. dengan mengharapkan apa-apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Jika kita menyempurnakan perintah Allah sw.t. dengan mengharapkan janji-janji Allah s.w.t. maka kita akan mempunyai perasaan puas hati, bangga dan hebat.
Memperbanyakan cerita atau muzakarah tentang iman atau dengan erti kata lain dakwah amat penting untuk mendapatkan keyakinan tentang iman dan amal. Dan dakwah adalah tanggungjawab yang diberikan oleh Allah kepada umat ini. Dakwah adalah salah satu bahagian dalam agama yang penting dan ianya tidak dapat digantikan mana-mana bahagian agama yang lain dari segi kepentingan untuk umat Rasulullah s.a.w. Jika kita tinggalkan dakwah, manakala kita amalkan apa-apa bahagian agama lain, maka apa-apa bahagian agama lain tidak dapat digantikan dengan kepentingan bahagian dakwah dalam umat ini. Jika usaha dakwah terhenti, maka terhenti hidayat datang kepada manusia. Terhentinya orang bukan Islam memeluk agama Islam.
Dakwah itu dituntut untuk dilaksanakan kerana perintah Allah s.w.t. dan galakkan dari Rasulullah s.a.w. bahkan cara dakwah juga dituntut berdasarkan kehendak Allah mengikut cara Rasulullah s.a.w. Apabila cara dakwah mengikut kehendak Allah mengikut cara Rasulullah s.a.w., maka datangnya rahmat, nusrah dan hidayat dari Allah s.w.t.
Allah s.w.t memberi bantuan kepada kita berdasarkan dengan kadar niat kita. Jika kita niat dakwah sekadar dirumah, maka Allah membantu sekadar dirumah kita sahaja. Jika kita niat dakwah sekadar di halaqah kita, maka Allah membantu sekadar di halaqah kita sahaja. Jika kita niat dakwah seluruh umat, maka Allah membantu kita untuk seluruh umat. Jadi, kita kena luaskan niat kita kepada seluruh umat sehingga ke hari kiamat. Insya Allah..
Cara baginda Rasulullah s.a.w. membuat dakwah dengan jumpa manusia secara individu. Begitu juga para sahabat membuat dakwah dengan jumpa dengan para sahabat. Para sahabat ajak para sahabat yang lain untuk duduk dalam suasana masjid yang ada suasana iman sambil muzakarah iman supaya iman menjadi segar. Para ulama telah menyeru kepada kita untuk ajak manusia kepada masjid. Masjid bukan sekadar solat berjemaah bahkan masjid tempat untuk menyelesaikan masalah kehidupan kita melalui amalan agama.
Insya Allah, kita kena usaha atas iman kita melalui pengorbanan diri, harta dan masa kita untuk buat dakwah selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah, azam....
No comments:
Post a Comment