Thursday, 20 March 2014

Apa yang kita lihat adalah tipu dan apa yang kita tak dapat lihat adalah benar

Apa yang kita lihat adalah tipu. Bukan setakat mata kita tertipu bahkan mulut dan telinga kita juga tertipu dengan pandangan mata yang boleh melihat imej atau sesuatu objek yang wujud di dunia ini. Contohnya ialah duit. Mata kita melihat duit. Telinga kita mendengar maklumat tentang kelebihan duit iaitu memberi kesenangan dalam hidup, boleh membeli apa saja barang dan sebagainya. Mulut kita sering membicara tentang kelebihan duit akan memberi kesenangan dalam hidup.Takde duit bererti kita hidup dalam kemiskinan. Apabila mata, telinga dan mulut sering melihat, mendengar dan membicarakan tentang kelebihan duit maka ianya akan memberi kesan kepada hati kita untuk menyakini 100% dengan penuh percaya bahawa duit jaminan kebahagiaan hidup. Hal ini kita tidak boleh menafikannya sebab perkara tersebut telah semadi atau terpasak dalam hati kita. Kita boleh menafikan kelebihan duit tapi hati kita masih terkesan 100% dengan kelebihan duit. Sebab apa? Mata, telinga dan mulut kita sudah sebati dengan kelebihan duit.
Duit adalah mahkluk Allah s.w.t. Jika duit hendak memberi manfaat kepada seseorang mesti dengan izin atau perintah daripada Allah s.w.t. Duit adalah sesuatu yang tidak ada janji daripada Allah s.w.t. dari segi kelebihan, manfaat atau kebaikannya. Duit adalah ujian kepada manusia. Apabila manusia mahukan sesuatu barang, manusia telah diuji samada segera berharap kepada Allah s.w.t. atau berharap kepada duit. Duit cuma wujud dan boleh diguna pakai semasa kita hidup didunia dan tak wujud mahupun diguna pakai semasa kita di padang mahsyar kelak.
Itu baru contoh duit sahaja. Sesuatu benda yang sering kita lihat, dengar dan berbual tentang duit. Contoh lain seperti pangkat, kekuasaan, wanita, harta, anak yang ramai, kebun yang banyak dan sebagainya adalah sama seperti hal ehwal duit yang sering kita lihat, dengar dan berbual tentang kelebihan benda tersebut.
Apa yang kita tidak lihat adalah benar. Walaupun pada zahirnya mata kita tidak dapat melihat perkara tersebut tetapi perkara tersebut memang wujud. Contohnya ialah kekuasaan Allah s.w.t. memberikan kesenangan hidup. Mata kita melihat pada zahirnya duit memberikan kesenangan hidup tetapi pada hakikat yang sebenar Allah s.w.t yang memberikan kesenangan kita dalam hidup. Telinga kita mendengar pada zahirnya duit memberikan kesenangan hidup tetapi pada hakikat yang sebenar Allah s.w.t. yang memberikan kesenangan kita dalam hidup. Mulut kita sering berbicara duit memberikan kesenangan dalam hidup tetapi pada hakikat yang sebenar Allah s.w.t. yang memberikan kesenangan kita dalam hidup. Apabila mata, telinga dan mulut kita sering menafikan apa yang kita lihat, dengar dan berbicara tentang duit tidak memberikan kesenangan dalam hidup tetapi Allah s.w.t. yang memberikan kesenangan kita dalam hidup maka insya Allah hati kita tidak akan terkesan dengan duit tetapi terkesan dengan kehebatan dan keagungan Allah s.w.t.
Insya Allah, kita azam untuk menafikan bahawa makhluk tidak ada kuasa. Kita kena banyak menceritakan tentang kebesaran Allah s.w.t. supaya kebesaran mahkluk terkeluar dalam hati kita. Insya Allah, azam setiap masa menceritakan tentang kebesaran, kehebatan dan keagungan Allah s.w.t. dan menafikan kebesaran, kehebatan dan keagungan makhluk.

No comments:

Post a Comment