Wednesday, 19 March 2014

Setiap amal ada kelebihan, ganjaran dan manfaatnya yang tersendiri

Setiap benda di dunia ada manfaatnya. Sebagai contoh handphone, manfaatnya ialah kita boleh hubungi orang dari jarak yang jauh. TV ada manfaatnya iaitu kita boleh mendapatkan maklumat atau hiburan. Jadi, setiap benda ada manfaatnya kepada pengguna benda tersebut. Itu adalah contoh perkara-perkara dunia yang mudah kita fahami.
Begitu juga dengan setiap amal ada ganjarannya atau manfaatnya. Sebagai contoh, apabila seseorang itu membaca surah al-Waqiah sebelum tidur maka insya Allah, Allah s.w.t. tidak akan membiarkan orang tersebut kebuluran pada keesokan harinya. Apabila seseorang membaca surah yasin pada permulaan hari maka insya Allah, Allah akan membereskan segala urusan kehidupannya. Apabila seseorang membaca surah as sajadah selepas maghrib maka insya Allah, Allah akan angkat azab seksa kubur si pembaca tersebut.
Jadi, setiap benda di dunia ada manfaatnya tersendiri begitu juga dengan setiap amal ada kelebihan, ganjanran atau manfaatnya tersendiri. Jika kita perlu untuk menghubungi rakan kita yang berada jauh dari tempat kita maka kita berusaha untuk mendapatkan apa-apa sahaja alat telekomunikasi seperti handphone, faks, telefon dan sebagainya. Jika kita inginkan hiburan atau maklumat maka kita akan berusaha untuk mendapatkan alat media seperti tv atau internet.
Begitu juga dengan setiap amal ada kelebihan, ganjaran dan manfaatnya yang tersendiri. Jika kita tidak mahu kebuluran pada esok hari maka kita amalkan membaca surah al-Waqiah sebelum kita tidur. Jika kita menghadapi kesukaran dalam urusan kerja sepanjang hari maka kita amalkan membaca surah Yassin selepas solat fardu Subuh. Jika kita takut azab seksa kubur maka kita amalkan membaca surah as Sajadah selepas maghrib.
Kesimpulannya, kita memanglah membuat sesuatu amal kerana Allah s.w.t. Disamping itu, kita membuat amal untuk mencari redha Allah s.w.t. Tapi, kita jangan lupa bahawa setiap amal ada kelebihan, ganjaran dan manfaatnya tersendiri. Jadi, saya yang hina ini lebih suka gabungkan iman dan ihtisab. Kita buat amal kerana yakin akan janji-janji Allah s.w.t. dalam amal tersebut dan pada masa yang sama juga kita sentiasa membayangkan serta berharap agar dapat ganjaran, kelebihan dan manfaat daripada Allah s.w.t. setelah kita amalkan amalan tersebut.
Insya Allah...kita azam...untuk tambahkan pengorbanan....kita kembangkan atau dakwahkan agama dengan melapangkan masa kita selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari...

No comments:

Post a Comment