Tuesday, 11 March 2014

Anakku



Cikgu Raul telah mengajar anak muridnya tentang kewajiban mereka terhadap ibu bapa mereka. Salah seorang daripada muridnya berkata:”Apa yang telah dikatakan oleh cikgu sudah basi. Kami sudah tahu semuanya.”
Soal Cikgu Raul kepada murid tersebut: “Adakah kamu buat menurut apa yang kamu tahu?”
Tiba-tiba, kedengaran bunyi menangis dari seorang murid yang sedang menundukkan mukanya di atas meja sambil tangannya menutupi mukanya. Air matanya berguguran di atas meja. Membasahi buku yang terbuka dihadapannya.
 “Ibu saya jahat! Ibu saya jahat!,”luah budak itu sambil menangis.
Cikgu Raul berasa hairan lalu bertanya mengapa dia katakan sedemikian.
Budak itu menjawab:” Ibu saya jahat kerana bercerai dengan bapa saya disebabkan dia sudah ada teman lelaki. Saya mahu ibu saya bersatu semula dengan bapa saya. Saya mahu ada keluarga seperti rakan sekelas lain yang ada satu ibu dan satu ayah.”
“Bersabarlah kamu, Miquel. Sepatutnya kamu bersyukur kerana ada ibu. Ibu kamu banyak berkorban untuk kamu kerana mengandung kamu dalam keadaan begitu susah payah dan memisahkan kamu dari susuannya ketika kamu berusia 2 tahun. Maka, kamu hendaklah berterima kasih kepada ibu kamu,” pujuk Cikgu Raul untuk meredakan kesedihan Miquel. Rakan sekelas yang lain turut merasa sedih.


Juan berkata kepada ayahnya tanpa menoleh muka kerana matanya asyik mengawasi pergerakkan kereta dihadapan: “Saya menghormati Wilma tetapi saya lebih hormat kepada maruah saya sebagai seorang ayah, saya akan mempertahankan hak saya untuk mendapat hak jagaan kekal ke atas anak saya.”
Juan berkata lagi:“Kalau Wilma kalah dalam perebutan hak jagaan kekal ke atas Miquel, dia pasti merancang untuk melarikan Miquel ke Amerika Syarikat. Selepas itu, dia meminta bantuan kerajaan Amerika Syarikat untuk melindungi Miquel. Tindakkan seperti itu akan menjadi isu politik yang boleh meregangkan lagi hubungan diplomasi antara Amerika Syarikat dan Cuba. Dan juga menimbulkan lagi kemarahan saya terhadap Wilma,”
Kebiasaannya, jalan raya ini jarang berlaku kesesakan lalu lintas. Tetapi, pada hari ini, jalan raya ini di banjiri oleh ratusan kereta yang terkandas dalam kesesakan lalu lintas yang teruk.
Ayahnya berkata kepada Juan dengan tujuan untuk mengalih tumpuannya yang sedang tertekan dengan kesesakan lalu lintas:“Ayah ada terbaca dalam surat khabar hari ini. Wilma telah mengatakan kepada pihak media Amerika Syarikat bahawa kamu gagal menjadi seorang ayah yang baik kerana kamu seorang kaki botol dan penganggur sehinggakan ramai rakyat Amerika mula membenci kamu. Ayah sungguh sedih mengapa dia sanggup katakan demikian.”
Juan membantah dengan kenyataan tersebut. Katanya:“Ayah, memang benar pada masa dahulu saya penganggur dan kaki botol. Sekarang, saya sudah ada pekerjaan dan tidak lagi jadi kaki botol. Saya tahu, Wilma mahu pastikan saya bebaskan Miquel. Dan saya juga tahu bahawa mereka suka mengunakan perkataan-perkataan seperti ini. Perkataan mereka ialah kehidupan saya tidak stabil. Perkataan mereka ialah kebebasan.”
Juan memberhentikan keretanya apabila dia melihat banyak kereta berhenti. Tiba-tiba, datang sebilangan kecil orang memakai kain merah di kepala yang tertera “Sokong Demokrasi”.
Mereka sedang berteriak kepada semua rakyat Cuba di tengah jalan raya untuk menarik sokongan supaya menyokong gerakkan demokrasi mereka. Juan memerhati gelagat aktivis gerakkan demokrasi yang sedang meneriakan agenda demokrasi mereka melalui pembesar suara. Jumlah mereka semakin banyak.
Ada yang sedang memegang kain rentang “Masa untuk berubah kepada demokrasi”. Ada yang sedang memegang bendera Cuba. Manakala, ada seorang dua memakai topeng berupa wajah Fidel Castro yang dilukis macam drackula seolah-olah menunjukkan pemimpin Cuba itu merupakan seorang yang jahat kerana menghisap kesemua hak-hak rakyat Cuba.
Komen Juan: “Mereka tidak takut dengan kerajaan agaknya?”,
Ayah Juan membalas: “Mereka tidak takut dengan kerajaan kerana mereka mempunyai semangat yang kental untuk mengubah kehidupan rakyat Cuba kepada kehidupan yang lebih baik.”
Juan memerhati di luar tingkap kereta terdapat sejumlah ribuan aktivis gerakkan demokrasi telah mengerumuni keretanya. Kata Juan:“Hanya satu “Kebebasan” yang saya fikir Wilma impikan. Kebebasan itu ialah hampir serupa dengan Amerika Syarikat bebaskan rakyat Iraq dari Saddam Hussein. Ayah, hari ini rakyat Iraq masih lagi belum bebas dalam erti kata sebenar ‘Kebebasan’. Negara mereka masih dilanda peperangan setiap tahun. Ayah, tengok di luar sana. Aktivis gerakan demokrasi bertambah ramai lagi.”
Tambah Juan lagi dengan bersemangat: “Apa yang penting sekarang, kita mesti menang dalam kes perebutan hak penjagaan kekal ke atas Miquel!.”
Ada sebilangan daripada sekumpulan aktivis gerakkan demokrasi sedang menjelingnya dengan mimik muka yang tidak puas hati. Tiba-tiba, mereka telah mengetuk semua tingkap keretanya. Kemudian, mereka meneriak ke arah Juan dan ayahnya untuk keluar dari kereta.
Juan mengelengkan kepalanya ke arah aktivis gerakan demokrasi kerana dia takut ditangkap oleh polis anti-rusuhan Cuba. Kata Juan: “Buat apa kita hendak ikut kata mereka. Kita bukannya menganggu aktiviti mereka.”
Juan memperdulikan desakkan aktivis gerakkan demokrasi yang menyuruh mereka keluar dari kereta. Sebaliknya, Juan menyambung kata-katanya tadi : “Ayah, jika saya gagal dalam menuntut hak jagaan anak saya. Saya akan pastikan Miquel tetap dalam jagaan saya walau apa cara sekalipun.”
Juan berkata dengan nada berharap: “Saya bukannya berniat untuk berkelahi dengan Wilma walaupun kami berdua telah berpisah. Saya harap pada suatu hari nanti saya akan mempunyai hubungan yang normal dengannya.”
Tiba-tiba, kesemua cermin kereta Juan telah dipecahkan oleh aktivis-aktivis gerakkan demokrasi dengan mengunakan kayu pemukul besbol, batu dan besi. Juan dan ayahnya dalam keadaan ketakutan dan cemas apabila aktivis-aktivis gerakkan demokrasi berjaya membuka pintu keretanya lalu meluru masuk kedalam untuk mendapatkan mereka.
Pada keesokkan harinya, keseluruhan dada akhbar di Havana terpampang berita hangat tentang perebutan hak penjagaan anak yang telah menjadi kambing hitam oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk mengutuk Rejim Cuba kerana melahirkan masyarakat yang tidak berperikemanusiaan.
Tajuk utama.WILMA MENANG.
Havana, 20 Nov - Mahkamah Keluarga di sini diberitahu, Miquel,10, sering dilihat hanya makan roti keras pada waktu tengah hari dan malam.
Perkara tersebut dijelaskan oleh kakak Wilma, Wehilmina, 35, ketika ditanya oleh peguam Juan, Sebastian pada perbicaraan kes perebutan hak penjagaan kekal anak di antara Juan dan bekas isterinya, Wilma pada hari Selasa.
“Saya selalu berkunjung ke rumah Juan pada waktu cuti dan apa yang saya lihat anaknya itu hanya makan roti keras pada waktu tengah hari dan malam,” katanya.
Ujarnya lagi, berdasarkan pengamatannya, Juan gagal menjadi ayah yang baik kerana dia bukan sahaja gagal memenuhi keperluan asas untuk Miquel malah dia juga seorang kaki botol dan penganggur.
Ketika menjawab soalan peguam yang mewakili Wilma, Lorenzo, Wilhelmina berkata, dia tidak pernah melihat adiknya itu memukul anaknya.
“Wilma tidak pernah pukul anaknya dan panas barannya bertempat, terutamanya apabila ada orang bercakap perkara yang tidak betul berkenann dirinya,” katanya.
Hakim Beken telah memutuskan hak penjagaan kekal anak telah diberikan kepada Wilma kerana Juan gagal menyediakan keperluan asas keluarga dengan sempurna dan juga gagal menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab.


Teman lelaki Wilma berkata kepada Wilma: "Mulai saat ini, kita bebas, kita boleh bercakap apa sahaja yang kita mahu, kita boleh berjumpa sesiapa saja yang kita mahu. Kita boleh berjalan dengan langkah yang lebih panjang. kita boleh mendakap keluarga kita. Kita boleh mengucup anak-anak kita, kita boleh senyum kepada negara kita. Kita boleh bekerja untuk negara kita... sepanjang hayat kita, dan kita akan mencipta sejarah kita sendiri.".
Tambah teman lelaki Wilma lagi: “Wilma, kita patut berasa bangga kerana mendiami di sebuah negara yang kaya dan makmur. Berbeza jika kita hidup di negara Cuba. Rakyat Cuba tidak boleh memilih parti pemerintah selain Parti Komunis Cuba. Hidup mereka secara keseluruhan dikawal sepenuhnya oleh rejim Cuba. Mereka tidak dibenarkan bersuara tentang hak-hak mereka. Rejim Cuba juga telah menyekat hak-hak pekerja di Cuba seperti tidak membenarkan mereka untuk mengadakan perhimpunan, tiada kesatuan perniagaan dan tiada undang-undang melindungi hak-hak pekerja. Sehinggakan ada sebilangan pekerja dibuang kerja kerana aktif dalam gerakan demokrasi. Gaji mereka juga tidak cukup tinggi untuk menanggung kos makan-minum dan pakaian. Akhirnya ramai yang mengamalkan rasuah, tidak amanah dan korupsi.”
Wilma berkata: “Saya mempunyai impian pada suatu hari nanti bangsa ini akan bangkit.”
Tanya teman lelaki Wilma: “Maksud kamu, pada suatu hari rakyat Cuba akan bangkit mengulingkan pemerintahan komunis pimpinan Fidel Castro?.”
Jawab Wilma: “Ya, kita perlu yakin demokrasi adalah bentuk kerajaan yang lama-kelamaannya dapat memenuhi kehendak rakyat jelata yang mahukan kemuliaan, kebebasan dan persamaan hak.”
Sambung Wilma lagi: “Apa yang diperlukan oleh rakyat Cuba ialah kebebasan. Seperti kata President Bush: "Kebebasan secara semula jadinya mesti dipilih dan dipertahankan oleh rakyat jelata, dan dikekalkan dengan menguatkuasakan undang-undang dan melindungi golongan minoriti. … Amerika tidak akan memaksa negara yang tidak rela untuk menerima gaya pemerintahan kami. Sebaliknya, kami bermatlamat untuk menolong negara lain menuntut hak masing-masing, mencapai kebebasan sendiri, dan menentukan hala tuju seterusnya."
“George Bush juga pernah berkata “... menjadi polisi Amerika Syarikat untuk berusaha mendapatkan dan menyokong perkembangan pergerakan demokrasi dan institusi di setiap negara dan budaya, dengan matlamat utamanya untuk menamatkan kezaliman di dunia kita..”
Hujah Wilma itu membuatkan teman lelaki Wilma mengangguk senyum.


Kata ayah Juan ketika mereka menonton tv: “Jika kamu tidak ubah diri kamu maka kamu tiada harapan untuk mendapatkan Miquel lagi.”
Balas Juan: “Perubahan yang mana boleh saya harapkan jikalau kesemua perubahan yang telah saya buat tiada berguna lagi.”
Kata ayah Juan: “Saat terakhir datuk kamu hendak meninggal dunia akibat penyakit kanser, dia sempat berbicara kepada ayah. Katanya,”setiap hari melewati hidup, saya tidak pernah putus harapan malah saya selalu memikirkan untuk mendapatkan lebih baik daripada sekarang.”
Balas Juan lagi: “Apa dikatakan oleh datuk memang betul. Tapi, harapannya terhadap sesuatu adalah menafikan realiti semasa dia tanggung. Ini bermakna dia sempat hidup lebih lama kerana dia mempunyai harapan biarpun realiti yang dilaluinya begitu menyesakkan.”
Ayah Juan menjawab: “Kalau datuk kamu boleh melakukannya. Mengapa kamu tidak boleh?.”
Jawab Juan: “Saya kena bersabar, ayah. Jika saya menahan sedikit lagi kesabaran, saya mungkin akan berjaya.”
Pesanan ayah Juan: “Ayah harap kamu berjaya, Juan. Semua manusia di anugerahkan kegembiraan samada pada awal, tengah dan akhir hidupnya. Apabila hari ini hidup kita menderita, mungkin kita telah menikmati kegembiraan itu pada masa dahulu. Suka duka sentiasa silih berganti. Bukankah tuhan telah ciptakan dunia ini berpasangan. Malam dengan siang. Lelaki dengan perempuan. Begitu juga duka dengan gembira.”


Orang gaji Wilma pergi ke bilik Miquel sambil memegang dulang yang berisi makanan petang untuk Miquel. Orang gaji yang bermisai dan berjambang itu mengetuk pintu bilik tidur Miquel.
“Tuan, santapan petang sudah siap. Boleh saya masuk?”, kata orang gaji tersebut.
“Sila masuk,” ujar Miquel.
Orang gaji itu pun membuka pintu lalu melihat Miquel sedang bermain play station II.
“Di mana saya boleh meletakkan dulang ini, tuan,” tanya orang gaji itu apabila melihat Miquel sedang menumpu perhatian terhadap permainannya.
“Letak saja di atas meja belajar saya,” kata Miquel lalu mengalih perhatian seketika ke arah meja belajarnya dan menunjuk dengan jari telunjuk ke arah tempat tersebut seolah-olah mengarah orang gaji itu meletakkan dulang santapan petangnya di sana.
“Tuan, ada apa-apa pesanan lagi,” tanya orang gaji itu.
“Tak ada, terima kasih. Kamu boleh pergi,” kata Miquel yang asyik melayani permainan play station II.
Orang gaji itu memerhati tajam ke arah Miquel. Dia masih berdiri di situ.
“Kenapa kamu tidak pergi dari bilik saya?,” tanya Miquel kerana hairan melihat orang gajinya tidak berganjak dari bilik tidurnya.
Orang gaji itu hanya mendiamkan diri sahaja lalu membuka misai dan jambangnya.
“Hah? Ayah!,” ujar Miquel yang terkejut melihat kehadiran ayahnya yang telah menyamar menjadi orang gaji.
“Husy! Diam. Jangan bising. Ayah cuma hendak membawa kamu keluar dari sini. Ayah hendak mengajak kamu pergi ke retaurant di Miami. Ayah sudah lama tidak makan bersama kamu. Terlalu rindu rasanya,” kata Juan lalu memakai semula misai dan jambangnya untuk menyamar sebagai orang gaji Wilma.
“Miquel pun rindu sangat hendak makan bersama ayah,” balas Miquel lalu segera meninggalkan permainan play station.
“Jom, kita keluar. Tapi, kita kena keluar dari rumah ini dengan berhati-hati. Kamu keluar dari pintu hadapan manakala ayah akan keluar dari pintu belakang. Selepas itu, kamu akan pergi ke arah kereta Lancer berwarna merah. Tunggu saja di sana. Jangan pergi ke mana-mana sehingga ayah sampai nanti. Kamu faham?,” tanya Juan.
“Ya, saya faham. Adakah kereta Lancer itu kepunyaan ayah?,” tanya Miquel.
“Ya, jangan banyak soal. Lebih baik kita bergerak sekarang,” jawab Juan.
Juan dan Miquel telah keluar dari rumah Wilma tanpa sebarang masalah. Selepas itu, mereka berdua menaiki sebuah kereta Lancer warna merah dan terus pecut meninggalkan kawasan kediaman Wilma.
Belum sempat meninggalkan kawasan kediaman Wilma, kereta Juan telah ditahan oleh pengawal keselamatan Wilma.
 Juan mengendahkan arahan pengawal keselamatan Wilma untuk memberhentikan keretanya. Sebaliknya, Juan terus memecut laju dan meninggalkan kawasan kediaman Wilma.
Sebuah helikopter polis telah merakam pergerakkan kereta Juan dari udara manakala beberapa buah kereta polis telah mengekori kereta Juan dari belakang. Kejadian ini telah menjadi tantapan umum apabila di siarkan secara langsung oleh beberapa buah stesen tv di Amerika Syarikat. Beberapa orang wartawan dari beberapa stesen tv sedang melaporkan kejadian pengejaran antara kereta polis dengan kereta Juan. Kejadian ini semakin hangat disebabkab oleh kes paling hangat di seluruh dunia antara Juan dan Wilma yang merebut dalam hak tuntutan jagaan kekal ke atas Miquel yang menjadi salah satu punca pertelingkahan politik antara Amerika Syarikat dan Cuba.
Juan tidak mahu memberhentikan keretanya dan terus bergerak walaupun di arah oleh polis untuk berhenti. Kereta Juan telah banyak kali terbabas di tepi jalan yang terdapat longkang kecil. Selain itu, kereta Juan juga banyak kali melanggar beberapa buah kereta dari hadapan keretanya.
Akhirnya, pihak polis telah memblok jalannya namun dia tetap melanggar kereta polis dari hadapan. Walaubagaimanapun, Juan telah tewas di tangan polis Amerika apabila mereka berjaya memberkasnya. Juan telah digari dan di bawa kedalam kereta polis manakala anaknya menangis sambil tangannya menghulurkan ke arah bapanya seolah-olah mahu memegang tangan bapanya atau tidak mahu berpisah dengan bapanya. Juan sedih melihat anaknya meronta-ronta dari pelukkan Wilma. Anaknya berjaya melepaskan diri dari pelukkan Wilma dan terus meluru memeluk Juan. Air mata Juan mula mengalir dan polis menghalang Miquel daripada terus memeluk Juan. Juan telah masuk dalam kereta polis dan beredar dari tempat kejadian tersebut. Juan sempat melihat anaknya menangis kerana tidak mahu berpisah dengannya.



‘Oprah’ sebuah rancangan paling terkenal di dunia kerana kepetahan Oprah Winfrey yang bijak mengupas segala permasalahan wanita. Beliau telah menjemput Wilma sebagai tetamu undangannya untuk membincangkan tajuk tentang “Perbandingan kasih sayang antara ibu dan ayah.” Tajuk tersebut telah diilhamkan dari kes keluarga paling hangat iaitu kes perebutan hak jagaan anak antara Juan dan Wilma. Soal Oprah kepada Wilma: “Wilma, adakah sama sayang ibu kepada anak dengan sayang ayah kepada anak?”. Wilma mejawab.

No comments:

Post a Comment