Monday, 11 June 2012

BAB KORBAN HARTA UNTUK BERDAKWAH

Ibnu Asakir meriwayatkan bahawa,” Ketika Nabi hendak berangkat ke medan peperangan Tabuk beliau mengutuskan beberapa orang utusan ke pelbagai penjuru Jazirah Arabia untuk menganjurkan suku kabilah Arab yang telah masuk Islam untuk berjuang melawan tentera Romawi. Dalam kesempatan itu Nabi mengutuskan Buraida bin Hasib untuk mengajak kaumnya berperang. Abu Wahkid Al Laisy diutus pada kaumnya dan Abu Ja’ad Ad Dhamry diutuskan kepada kaum Juhainah, Nuaim bin Mas’ud diutus kepada suku Aryja’, Amru bin Idaah diutus pada kaumnya bani Kaab. Abbas bin Mardas diutus pada kaumnya Banu Salim dan lainnya.
Semuanya ditugaskan oleh Nabi untuk menganjurkan kaumnya agar ikut berperang bersama beliau. Nabi juga menganjurkan semua orang untuk membantu pembiayaan tentera yang akan berangkat ke medan perjuangan. Abu Bakar adalah orang yang pertama kali datang dengan membawa seluruh kekayaanya sebesar 4 ribu dirham. Nabi bertanya padanya,”Apakah kamu tinggalkan untuk keluargamu sebahagian dari hartamu ini?”Jawab Abu Bakar,”Aku tinggalkan buat mereka hanya Allah dan Rasul-Nya.” Umar datang dengan membawa separuh dari hartanya.
Nabi bertanya,”Apakah ada kamu tinggalkan untuk keluargamu?”
Jawab Umar,”Aku tinggalkan buat keluargaku separuh dari hartaku.” Ketika Umar mendengar apa yang dilakukan oleh Abu Bakar beliau berkata,”Setiap aku berlumba dalam kebaikan dengan Abu Bakar pasti beliau menang.” Abbas bin Abdulllah Mutalib Ubaidilah datang dengan membawa hartanya yang banyak dan Abdurahman bin Auf datang dengan membawa dua ratus ons emas. Saad bin Ubadah juga datang membawa wang yang banyak. Ashim bin Ady juga datang dengan membawa sembilan puluh peti kurma dan Usman bin Affan datang dengan membawa perbekalan sepertiga dari seluruh keperluan tentera itu. Sehingga Nabi berkata,”Setelah hari ini Usman tidak akan kena mudharat sedikitpun.” Semua orang juga ikut berkorban sampai sebahagian kaum wanita juga mengorbankan sebahagian perhiasan mereka. Sedangkan yang tidak mampu, kalau tidak mempunyai kenderaan dia harus bergantian dengan yang punya kenderaan. Kata Ummi Sinan Aslamy,”Aku lihat hamparan kain yang dihamparkan dihadapan Nabi itu penuh dengan berbagai macam kekayaan dan perhiasan semuanya digunakan untuk pembiayaan peperangan. Pada saat itu udara sangat panas sekali sehingga banyak orang yang tidak senang untuk ikut dalam peperangan kerana mereka lebih suka tinggal dikebunnya untuk panen.
Sebelum Nabi berangkat beliau menitipkan pimpinan kota Madinah kepada Muhammad bin Maslamah ataupun seorang yang bernama Siba’ bin Afrat Al Ghifary.
Sebahagian orang ada yang tidak ikut dan mereka berkeyakinan bahawa hal itu akan tertutup selamanya jika tidak ada wahyu turun.
Nabi menyuruh semua tenteranya untuk memakai selipar kerana perjalanan itu amat jauh sekali.
Abdullah bin Bay dan golongannya kaum Munafiqin tidak ikutbersama Nabi dan mereka berkata, “Muhammad mengira dia kan menang melawan tentera Romawi padahal tenteranya sangat sedikit sekali dan perbekalannya amat terbatas. Apakah dia kira bahawa berperang dengan mereka itu suatu hal yang remeh?”
Kata Abdullah bin Ubay, “Demi Allah, aku bayangkan esok tenteranya akan diikat jadi satu dengan Muhammad.”
Ketika Nabi sampai di Tsaniatul Wada’ beliau membagi panji-panji kepada pemuka kaum Muslimin.
Abu Bakar diberikan panji Muhajirin, dan Zubair juga memegang panji kaum Muhajirin. Sedangkan bendera kaum Aus dipegang oleh Usaid bin Hudhair dan kaum Khazraj panjinya dipegang oleh Abu Dujanah atau Khubab Ibnul Muzzir.
Jumlah pasukan Islam yang ikut bersama Nabi ketika itu sebanyak 30,000 orang dan pasukan berkuda sebanyak 10,000 orang. Dan setiap kabilah diperintahkan oleh Nabi untuk membawa panjinya masing-masing. (Ibnu Asakir Jilid 1 Halaman 110)

Khuraim Ibnu Fatik r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang berbelanja dijalan Allah, akan diutuskan baginya tujuh ratus kali ganda didalam buku amalannya. (Tirmizi).

Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menyumbangkan sepasangan sesuatu (sebagai contoh dua kuda, dua pakaian, dua dirham, dua hamba, dll.) di jalan Allah, ia akan dijemput oleh penjaga (malaikat) syurga untuk memasukinya. Setiap penjaga akan mempersilakannya masuk melalui pintunya: Wahai sekian, sekian! Masuklah melalui pintu ini. Pada itu, Abu Bakar r.a. berkata: Wahai Rasulullah! Maka orang tersebut tidak akan mendapat ketakutan atau kesedihan. Rasulullah s.a.w. bersabda: Daku mempunyai harapan yang penuh bahawa kamu akan menjadi salah seorang daripada mereka (yang akan dipersilakan masuk melalui setiap pintu). (Bukhari)

Thauban r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Dinar yang paling cemerlang ialah yang dibelanjakan oleh seseorang ke atas ahli keluarganya, dan dinar yang dibelanjakan ke atas kudanya di jalan Allah dan dinar yang dibelanjakan ke atas rakan seusahanya dijalan Allah. (Dinar ialah nama wang emas). (Ibnu Hibban)

Abu Said Al Khudri r.a. melaporkan: Semasa kami berada di dalam perjalanan dengan Rasulullah s.a.w., seorang datang menunggang seekor haiwan tunggangan dan mula berpusing ke kanan dan ke kiri (menyatakan keperluannya, supaya hajatnya dapat tercapai). Pada masa itu, Rasulullah s.a.w. pun bersabda: Barangsiapa yang mempunyai tunggangan yang lebih hendaklah memberikan kepada mereka yang tiada. Dan barangsiapa yang mempunyai bekalan yang lebih, melebihi keperluannya, hendaklah memberikan kepada mereka yang tiada. Periwayat berkata bahawa Rasulullah s.a.w. menyatakan berbagai jenis barang milik hingga para sahabat mula berfikir (kerana motivasi oleh Rasulullah s.a.w.) bahawa tiada seorang pun mempunyai hak bagi barangan yang lebih (tetapi mereka yang tidak mempunyai barangan itu berhak mendapatkannya). (Muslim)

No comments:

Post a Comment