Monday, 11 June 2012

Pulang dari jihad

Abdullah Ibnu Amar r.a. menceritakan: Rasulullah s.a.w. berkata: Pulang dari jihad (perjalanan) sama seperti pergi berjihad. (Abu Dawud)


Nota: Ganjarannya adalah serupa dengan orang yang Jihad (di jalan Allah), sekali lagi diberikan selepas sekembalinya pulang dari jalan Allah ke tempat tinggalnya, dengan syarat dia mempunyai niat yang sebaik sahaja kepentingan telah terlaksana yang membuatkan dia telah kembali, ataupun apabila ada panggilan keluar ke jalan Allah, dia akan pergi kerana Allah dengan segera (Mazahir Al-Haq)


Abdullah Ibnu Umar r.a. menceritakan: Rasulullah s.a.w. apabila pulang dari jihad, haji atau umrah apabila melalui tempat yang tinggi sedikit daripada tanah mendatar, baginda mengucapkan Allahu Akbar (Allah Maha Besar) sebanyak tiga kali dan selepas itu:
“Tiada yang layak di sembah melainkan Allah, Yang tiada mempunyai setara, yang berkuasa atas segala sesuatu, kepadaNyalah segala pujian diberikan dan Yang Maha Kuasa, kita kembali, bertaubat, menyembah, sujud dan memuji-muji Tuhan kita (Maha Memperkenankan). Allah telah membuktikan janjiNya, membantu hambaNya dan mengalahkan semua musuh dengan kuasaNya semata-mata.” (Abu Dawud)


Ka’ab Ibnu Malik r.a. menulis: Rasulullah s.a.w. biasanya pulang dari satu perjalanan pada waktu solat Dhuha (solat sebelum tengahari). Apabila baginda sampai, baginda akan terus ke masjid, menunaikan dua rakaat solat dan duduk di situ buat beberapa ketika. (Muslim)


Jabir Ibnu Abdullah r.a. menulis: Apabila kami pulang daripada satu perjalanan dan tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku: Pergilah ke masjid dan tunaikanlah dua rakaat solat. (Bukhari)


Jabir r.a. menulis: Rasulullah s.a.w. berkata: Waktu terbaik untuk seseorang pulang kepda keluarganya dari satu perjalanan adalah pada permulaan waktu malam (ini adalah sekiranya ahli keluarga mengetahui akan kepulangan ataupun perjalanan itu berjarak dekat). (Abu Dawud)


Jabir Ibnu Abdullah r.a. menulis: Rasulullah s.a.w. berkata: Jika seseorang daripada kamu pergi dari rumah untuk masa yang panjang (dalam perjalanan yang mengambil masa yang lama), dia tidak harus pulang ke rumah pada waktu malam (tanpa makluman). (Muslim)


Nota: Haditsh ini menyatakan adalah kurang sesuai untuk kembali ke rumah secara tiba-tiba setelah satu perjalanan yang lama kerana ahli-ahli keluarganya tidak akan bersedia secara mental untuk menyambut kepulangannya pada waktu malam. Walaubagaiamanpun, jika mereka telah dimaklumkan, maka tidak ada bahayanya untuk pulang pada waktu malam.

No comments:

Post a Comment