Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik,”Pernah kami dalam suatu perjalanan dengan Nabi sebahagian dari kami ada yang berpuasa sedangkan sebahagian kami tidak berpuasa. Ketika ditengah perjalanan kami turun ditempat yang teduh kerana hari sangat panas sekali. Orang yang mempunyai kain banyak dapat berlindung dengan kainnya, sedangkan orang yang kainnya terbatas maka dia cukup berteduh dengan tangannya. Disaat itu, orang yang berpuasa tidak dapat bangun sedikitpun, sedangkan orang yang tidak puasa bekerja mendirikan khemah dan memberi minum pada orang dan kenderaan. Nabi bersabda,”Orang yang tidak berpuasa itu memborong pahala banyak.”
Hmar r.a., hamba Ummi Salamah r.a. melaporkan: Kami bersama Rasulullah s.a.w. di dalam satu ekspedisi: (Kami melalui satu lembah atau sebatang sungai) daku mula membantu orang ramai menyeberangi sungai atau lembah. Melihatkan ini, Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu telah menjadi Safinah (Kapal layar) pada hari ini. (Isabah)
Sahl Ibnu Saad r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: semasa di dalam perjalanan Amir berkhidmat kepada jemaah. Dia yang cemerlang di dalam perkhidmatan kepada sahabat-sahabatnya akan tidak di atasi oleh sesiapa, di atas perkiraan sesuatu amalan, kecuali kesyahidan. Ini bermakna bahawa amalan terbesar adalah syahid dan selepas itu ialah berkhdimat kepada para sahabat. (Baihaqi)
No comments:
Post a Comment