Monday 11 June 2012

Membaca al-Quran

Muaz Al Juhanni r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang membaca seribu ayat (Al-Quran) dijalan Allah; Allah s.w.t. akan mengiranya sebagai dikalangan Nabi-nabi, Sidiqiin, Syuhadaa’ dan Salihiin. (Mustadrak Hakim).

Antara kelebihan membaca al-Quran:
1. Usman r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar al-Quran dan mengajarkanya.”

2. Ibnu Masud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah akan diberikan satu ‘hasanah’ (rahmat) dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh kali ganda ganjaran pahalanya. Aku tidak berkata bahawa alif, lam, mim sebagai satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.”

3. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan:
“Walaupun demikian, hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air.” Bila seorang bertanya:”Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersinar kembali?”. Rasulullah s.a.w. bersabda,”Selalulah ingatkan mati dan membaca al-Quran.”

No comments:

Post a Comment