Monday, 11 June 2012

Penerangan Usaha Atas Iman

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Kasim bin Muhammad,”Musanah bin Harisah berpidato dihadapan pasukan kaum muslimin,”Hai kaum muslimin, janganlah kamu khuatir untuk berperang, sesungguhnya kami telah dapat menguasai beberapa daerah Persia dengan mendapatkan berbagai macam harta rampasan, semoga kamu kelak akan dapat mengalahkan mereka juga.”

Umar berpidato,”Sesungguhnya Hijaz bukanlah tempat untuk yang banyak hartanya dan Hijaz tidak dapat mencukupi keperluan rakyatnya. Bilakah kaum Muhajirin itu akan memetik buah yang dijanjikan oleh Allah? Kerana itu berangkatlah kamu menuju tempat yang dijanjikan oleh Allah untuk diwariskan keapda kamu dalam firmannya,”Sesungguhnya Allah akan mengunggulkan Islam dari segala agama.” Ketahuilah bahawa Allah pasti akan memenangkan agamanya dan akan menolong pada hambanya yang membela agamya, manakah hamba Allah yang dijanjikan oleh Allah untuk menjadi pewaris bumi Allah itu?”

Orang yang pertama menyambut ajakan Umar itu Abu Ubaidah Ibnul Jarrah kemudian diikuti oleh Salit bin Qois dan Saad.
Setelah ada beberapa orang yang bersepakat untuk berjuang maka ada seorang yang berkata kepada Umar,”Pilihlah salah seorang dari Muhajirin dan Ansar yang pertama masuk Islam untuk menjadi pimpinan.”

Jawab Umar,”Tidak aku tidak akan memilih dari mereka, kerana sesungguhnya Allah akan memuliakan pada siapa yang dapat menyambut panggilannya untuk berjihad. Adapun jika kamu enggan untuk menyambut panggilan Allah pasti Allah tidak akan memilih kamu, kerana itu aku akan memilih pimpinan dari orang yang pertama kali menyambut panggilan berjihad.”

Kemudian Umar memanggil kepada Abu Ubaidah, Salit bin Qois dan Saad, sambil berkata kepada Salit dan Saad,”Jika kamu berdua tadinya menjawab pertama kali pasti kalian akan aku pilih jadi pemimpin namun Abu Ubaidah menyambut lebih dahulu ajakan ini sehingga aku pilih dia sebagai pemimpin pasukan.”

Setelah itu Umar berkata kepada Abu Ubaidah,”Hendaknya kamu selalu bermusyawarah dengan para sahabat Nabi dan jangan kamu memutuskan sesuatu itu sebelum kamu pertimbangkan masak-masak, kerana hal itu adalah urusan perang.
Sesungguhnya perang itu tidak cocok kecuali bagi orang yang panjang fikirannya yang akan tahu waktu yang baik.”

Bayan adalah majlis penerangan utnuk menerangkan maksud dan kepentingan usaha Tabligh. Bayan biasanya berkisar kepada enam sifat yang utama yang perlu diusahakan.
1) Keyakinan yang padu kepada kekuasaan Allah s.w.t. keyakinan yang teguh kepada sunah Rasulullah s.a.w. sebagai sumber kejayaan hakiki.
2) Memperbaiki solat supaya menjadi solat yang berkesan untuk memohon pertolongan daripada Allah s.w.t. Solat di usahakan supaya mirip kepada solat Rasulullah s.a.w.
3) Ilmu dan zikir: kedua-duanya saling kait mengait. Sebagai alat untuk mengingat kepada Allah. Jalan penghampiran kepada Allah.
4) Ikramul Muslimin: menghormati dan menjaga hak-hak orang Islam.
5) Ikhlas niat: menjaga dan berusaha supaya niat membuat sesuatu itu semata-mata kerana Allah. Sebarang penyimpangan perlulah diperbaiki semula.
6) Dakwah dan Tabligh: suatu usaha perlu dinuat untuk menerapkan kepentingan usaha dakwah dan Tabligh di kalangan umat yang menjadi teras sebagai umat terbaik.

Di akhir bayan tasykil dilakukan untuk mengeluarkan orang ramai meluangkan masa untuk keluar ke jalan Allah.
Bayan perlu diletakkan tasykil dihadapan atau bayan perlu di sertai ajak orang Islam untuk islahkan iman dan amal mereka. Menurut Maulana Ilyas, memberi syarahan atau menulis kitab tidaklah cukup bahkan akan menimbulkan mudarat tanpa meletakkan sesuatu usaha kukuh dan juga satu contoh hidup yang dapat di pegang. Menurut Maulana Ilyas, “Sehinggalah terdapat suatu contoh diletakkan dihadapan manusia, maka syarahan-syarahan ynag dibuat daripada mimbar tidak akan membangkitkan mereka untuk bertindak. Jikalau usaha tidak menuruti apa yang disyarahkan, orang tidak akan menganggap bahawa syarahan tersebut sebagai bersungguh-sungguh.” Maksudnya, setiap daripada syarahan (teori) yang telah di perjelaskan maka ia mestilah di sertai dengan amalan (praktikal) supaya orang Islam akan terkesan bahawa sesuatu amalan yang telah disyarahkan sebenarnya mudah untuk diamalkan.

Bayan diadakan bertujuan untuk mendorong orang Islam untuk mengambil bahagian dalam kerja dakwah dan tabligh. Menurut Maulana Ilyas, bayan mestilah pendek dan tepat kepada maksud. Keadaan ahli bayan mestilah sama sepertimana pernah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika memberi bayan (diriwayatkan apabila Rasululllah s.a.w. memberikan khtubah nampak daripada keadaannya bahawa beliau sedang memberi amaran bahawa musuh sedang mara dan serangan hamper meletus). Maulana Ilyas tidak menyukai bayan yang dihiasi dengan cerita-cerita atau ayat-ayat. Beliau kurang senang jika seorang mula bayan dengan gaya pidato ataupun terasa terbawa-bawa dengan kepetahannya dan memberitahunya secara pendek supaya kembali ke tajuk asal atau berhenti bayan.

Maulana Ilyas berkata:”Lunas yang terpenting di dalam usaha kita ialah tatkala memberikan ceramah umum, gaya bercakap hendaklah tegas tetapi tatkala perbualan biasa tunjukkanlah kelembutan yang paling tinggi. Seboleh-bolehnya pilihlah sesuatu perbicaraan yang umum untuk memperbaiki orang ramai supaya kesilapan atau perkara yang kurang disenangi di lihat ada pada sahabat atau rakan sejawat dapat diperbetul dengan bayan umum. Ini adalah cara Rasulullah s.a.w. walaupun baginda mahu memberi amaran kepada orang-orang yang rapat kepadanya, baginda akan bercakap secara umum, umpamanya:”Keadaan setengah orang ialah ….”JIkalau perlu untuk bercakap secara perseorangan, di samping menggunakan sikap yang lemah lembut dan kasih saying, hendaklah berjaga-jaga supaya teguran yang langsung tidak digunakan kerana cara yang sedemikikan selalunya membangkitkan sifat egonya dan mulalah dia mempertahankan dirinya dan berlakulah hujah-menghujah. Maka ketika ini biarkan sahaja dibangkitkan, tetapi berilah amaran pada masa dan suasana yang sesuai.”

1 comment: