Monday, 11 June 2012

Ta’leem

Iman adalah sesuatu yang hidup dan berdaya bergerak sedangkan kitab-kitab adalah beku atau mati dan tidak mempunyai perasaan dan nyawa dan untuk memperolehi sesuatu yang hidup daripada sesuatu yang mati adalah sesuatu yang bertentangan dengan hukum tabii. Maulana Ilyas berkata: “Setiap anggota seorang manusia itu mempunyai fungsi untuk bekerja. Mata bertugas untuk melihat maka ia mesti melakukannya. Ia tidak boleh digunakan untuk mendengar. Dengan cara yang sama, hati bertindak balas terhadap keadaan keliling dan otak mentafsirkan apa yang dirasai oleh hati. Otak atau fikiran dikuasai oleh hati dan perasaan akan terwujud di hati melalui suasana atau keadaan daripada luar dan pemberian bentuk terhadapnya dinamakan pengetahuan atau ilmu. Fikiran akan membentuk suatu arca yang sebenar, yakni memiliki pengetahuan hanya apabila jawapan hati adalah tepat dan ini tidak dapat diperolehi melalui kitab-kitab. Ia hanya dapat di hasilkan melalui amalan. Daku tidak mengatakan bahawa madrasah perlu ditutup. Madrasah adalah untuk menyempurnakan pendidikkan tetapi madrasah-madrasah tidak sesuai untuk peringkat asas.”
Setiap orang Islam mestilah memperolehi sekadar pengetahuan Islam yang asas disamping usaha di dalam kerja-kerja duniawi. Para sahabat yang mulia, kecuali segelintir kumpulan Ahli Suffah mempunyai keluarga dan pekerjaan yang perlu mereka jagai. Mereka terdiri daripada peniaga-peniaga, petani dan ahli-ahli pertukangan yang juga mempunyai kerisauan dan masalah. Tidak ada madrasah-madrasah Arab yang mengajar ketauhidan sabagaimana yang dimaklumi di zaman moden ini yang telah di wujudkan di Madinah dan kalaupun mungkin ada, mereka tidaklah menghabiskan masa sehingga 8 ke 10 tahun di dalamnya. Tetapi tiap-tiap daripada mereka tidak alpa tentang pentingnya pendidikan iman dan setiap mereka mempunyai ilmu yang seperlunya mengenai iman. Bagaimana mereka belajar? Dengan bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan duduk bersama-sama dengan mereka yang tahu dan bergaul rapat dengan orang–orang yang beriman sambil memerhatikan tindak tanduk serta menyertai mereka di dalam sesuatu perjalanan dan jihad. Bertanya daripada mereka tentang kedudukan agama yang sebenar apabila timbul sesuatu perkara.

Majlis Ta’leem dalam gerakan dakwah perlu ada:-
1. Halaqah Fadhilat Amal – Targib wa Tarhib

2. Halaqah Fiqh
Adam bin Abi Iyas meriwayatkan dari Al-Ahwas bin Hakim,”Umar bin Khattab mengirim surat kepada semua ketua pasukan Islam, yang isinya,”Ajarkan kepada mereka ilmu agama, mungkin saja sebahagian kamu mengerjakan barang yang batil padahal dia berpendapat bahawa hal itu adalah yang benar, dan meninggalkan yang hak padahal dia tahu bahawa hal itu adalah batil.”
Halaqah Fiqh wajib di ajar oleh ustaz yang berpendidikan agama. Ustaz wajib menyertai jemaah dakwah. Kemajuan pendidikan ialah berkongsi pengetahuan dengan orang yang telah memilikinya. Di dalam kata-kata Maulana Ilyas: “Ketahuilah bahawa seorang ulamak tidak akan dapat maju di dalam pembelajarannya sehinggalah dia menyampaikan apa yang telah di pelajarinya kepada mereka yang terlebih rendah taraf pengetahuannya daripadanya., khasnya ke atas mereka yang hampir mencecah sempadan Mulhid (tidak bertuhan).”

Maulana Ilyas berkata:”Rakan-rakan seusaha di dalam Tabligh hendaklah pergi kepada tiga peringkat orang dengan tiga maksud berlainan. Kepada ulamak dan orang-orang yang soleh, pemergian mereka adalah dengan bermaksud memperolehi ilmu iman dan memanfaatkan daripada majlis mereka, kepada mereka yang terlebih rendah daripada diri mereka, pemergian mereka adalah untuk mencapai kesempurnaan iman menerusi penyemaian nur dan pembelajaran agama. Dan kepada yang bakinya adalah tujuan menyerapkan berbagai-bagai kelebihan yang terdapat kepada mereka.

Maulana Ilyas berkata:”Syarat terpenting bagi pendidikan agama ialah seseorang itu hendaklah lihat ke dalam dirinya sendiri dan memahami kesilapan-kesilapan dan kekurangan terhadap amalannya. Sebaliknya jika dia menggunakan ilmu dan pemahamannya untuk memeriksa amalan-amalan orang lain dan mengira=gira kesilapan mereka maka ini adalah ujub terhadap ilmunya yang sangat-sangat berbahaya kepada alim ulamak dan orang yang mahir di dalam bidang agama.

Ustaz hendaklah mengajar agama tanpa sebarang kepentingan dunia.

3. Halaqah Kisah Para Sahabat
Abu Nuaim telah meriwayatkan dari sahabat Abdillah bin Umar r.a. berkata:”Barangsiapa yang ingin meniru sesuatu perbuatan (sunnah) maka taatilah para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. sebab mereka itu adalah sebaik-baiknya umat, paling baik hatinya, paling dalam ilmunya dan paling ringan amalannya. Mereka itu adalah suatu kaum yang telah dipilih oleh Allah untuk menjadi sahabat Nabi s.a.w. dan mereka menyiarkan agamanya (menolong), kerana itulah contohlah akhlak dan perbuatan mereka dan mereka itu adalah umat yang selalu mendapatkan petunjuk Allah, demi Allah yang memiliki Ka’bah.”
Dikeluarkan oleh Raziin dari Umar r.a. marfuu’: Berkata Rasulullah s.a.w.,”Aku tanyakan kepada Tuhanku tentang perselisihan sahabat-sahabatku sepeninggalanku, maka Allah mewahyukan kepadaku:”Hai Muhammah, sungguh sahabat-sahabatmu itu bagi saya adalah seperti bintang-bintang dilangit, ada yang lebih sinarnya dari yang lain, tetapi tetap masing-masing mempunyai sinar, maka barangsiapa yang mengambil sesuatu dari para sahabat-sahabatmu itu dalam perbezaan pendapat mereka, maka tetap Aku pandang atas petunjuk-Ku.” Dan berkata Rasulullah s.a.w.,”Sahabat-sahabatku itu adalah seperti bintang-bintang, siapa saja yang ikuti diantara mereka, bererti mendapat petunjuk.”

4. Halaqah Tajwid Al-Quran
Syihab Ibnu ‘Abbad rahmatullahi alaihi menulis:” Satu rombongan puak ‘Abad Al-Qais pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. Saya mendengar salah seorang daripada mereka menceritakan tentang perjalanan mereka. Orang itu berkata:”Apabila kami tiba kepada Rasulullah s.a.w., kaum muslimin bergembira akan kedatangan kami. Apabila kami tiba di majlis Rasulullah s.a.w., orang ramai memberi ruang kepada kami dan kami pun duduk. Rasulullah s.a.w. mengalu-alukan kedatangan kami dan berdoa untuk kami. Kemudian sambil melihat kepada kami Rasulullah s.a.w. bertanya: “Siapakah ketua kamu?. Siapakah pemimpin kamu?. Kami menunjuk ke arah Mundhir Ibnu ‘Aid. Rasulullah s.a.w. berkata;”Asakah ini Ashaj?”. Adakah lelaki yang mempunyai tanda luka itu ketua kamu?”. Kami mengiyakannya (Ashaj merupakan seorang yang mempunyai tanda luka di kepala atau mukanya). Dia mendapat kesan luka di mukanya akibat cangkukan keldai. Inilah hari pertama dia dipanggil Ashaj. Apabila teman-temannya pulang, dia menetap, mengikat haiwan tunggangan mereka dan menguruskan barang-barang mereka. Kemudian dia mengeluarkan begnya dan menukar pakaian yang digunakan semasa perjalanan itu, memakai pakaian yang bersih dan datang menemui Rasulullah s.a.w. Ketika itu, Nabi s.a.w. sedang mengerak-gerakkan dan meregangkan kakinya. Apabila Ashaj r.a. datang dekat dengannya, orang ramai memberi ruang kepadanya dan menyuruhnya duduk berdekatan. Rasulullah s.a.w. mengangkat kakinya, berdiri dan berkata:Wahai Ashaj! Mari ke sini. Beliau datang dan duduk di kanan Rasulullah s.a.w. yang mengalu-alukannya, melayannya dengan penuh kasih dan menanyakan tentang daerahnya serta turut menyebut tentang setiap tujuan di Hajar seperti Safa, Mushqar dan sebagainya. Ashaj r.a. berkata: Wahai Rasulullah! Haruskah ibu bapaku mengorbankan nyawa untukmu? Tuan tahu nama-nama Bandar kami lebih dari kami. Rasulullah s.a.w. berkata: Daku tahu kawasan kamu dan daku pernah ke sana. Kemudian Nabi s.a.w. mengalihkan perhaitnanya kepada golongan Ansar dan berkata;Wahai Ansar! Layanilah saudara-saudaramu dengan kehormatan kerana mereka adalah muslim sepertimu. Warna rambut dan kulit mereka menyerupai kamu. Mereka menyertai Islam atas kehendak mereka sendiri. Mereka tidak pernah dipaksa ataupun disebabkan harta kekayaan mereka dirampas dan mereka memeluk Islam untuk mendapatkannya kembali. Sebaliknya, sesetengah orang yang tidak menerima Islam (berperang dengan kita), telah dibunuh. (rombongan itu tinggal bersama-sama golongan Ansar). Kemudian pada waktu pagi, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: Bagaimana kamu mendapati saudara-saudara kamu melayan kamu?. Mereka menjawab: Mereka merupakan saudara-saudara yang baik. Mereka memberikan kami tempat tidur yang empuk, makanan yang lazat dan mengajar kami kitab Allah Tabaraka Wata’ala dan sunnah Rasulullah s.a.w. pada waktu pagi dan petang. Rasulullah s.a.w. amat menyukainya dan merasa sungguh senang hati. Kemudian baginda memberikan perhatian kepada setiap seorang daripada kami. Kami memberitahunya apa yang telah kami pelajari dan telah diajar. Ada yang di ajar tentang tahiyat, surah Al-fatihah, satu surah, ada yang dua surah dan sesetengahnya banyak sunnah. (Musnad Ahmad)

No comments:

Post a Comment