Diriwayatkan daripada Sulaiman bin Buraidah daripada bapanya, katanya: Rasulullah s.a.w. apabila baginda memerintahkan kepada seseorang pemimpin atau amir pasukan perang, samada besar atau kecil, baginda akan berwasiat khusus kepada pemimpin itu supaya: Bertakwa kepada Allah dan berbuat baik kepada kaum muslimin (mujahid) yang bersamanya. Kemudian baginda bersabda: Keluarlah berperang dengan nama Allah dan di jalan Allah. Perangilah mereka yang tidak beriman dengan Allah. Berperangilah, namun jangan berlebih-lebihan (melampau), janganlah kamu memotong-motong tubuh manusia dan jangan kamu membunuh kanak-kanak. Sekiranya kamu menemui atau menghadapi kaum kafir atau musuh engkau dari kalangan kafir musyrik, serulah kamu terhadap mereka dengan tiga pekara: Sekiranya mereka itu menerima dan menyambut, terimalah mereka dan lindungilah mereka, iaitu:Pertama: Serukan kearah Islam atau ajaklah mereka memeluk Islam. Sekiranya mereka itu menerima Islam, terimalah mereka itu, kemudian ajaklah mereka itu berpindah ke negeri orang yang berhijrah atau berpindah dari Negara kafir ke Negara Islam. Sekiranya mereka itu enggan berpindah dari Negara kafir, nyatakanlah atau khabarkanlah kepada mereka, bahawa pada umumnya mereka itu akan jadi seperti orang-orang Badwi yang Islam, yang akan berlaku terhadap mereka apa yang berlaku terhadap kaum muslimin umumnya, dan mereka tidak ada habuan daripada harta rampasan perang dan al-Fai, melainkan mereka itu menyertai berperang bersama-sama orang-orang Islam. Kedua: Sekiranya mereka enggan memeluk Islam, mintalah daripada mereka itu jizyah, dan jika mereka menyahut dan bersetuju membayar jizyah, terimalah kamu daripadanya dan lindungilah mereka. Ketiga: Sekiranya mereka enggan memeluk Islam dan enggan membayar jizyah, hendaklah kamu minta bantuan Allah dan pertolongan Allah untuk mengalahkan mereka dan perangilah mereka.
Apabila engkau telah mengepung penghuni kubu atau benteng, lalu mereka ingin engkau jadikan mereka ahli zimmah Allah dan zimmah rasul-Nya (orang yang mendapat jamianan Allah dan Rasul-Nya), janganlah engkau jadikan mereka sebagai zimmah Allah dan zimmah nabi-Nya, tetapi jadikanlah mereka itu sebagai zimmahmu dan zimmah kawan-kawanmu(perlindungan darimu). Kerana kamu menjadikan atau mengawasi zimmahmu dan zimmah kawan-kawanmu lebih mudah daripada kamu mengawasi zimmatullah dan zimmah rasul-Nya. Jika kamu mengepung penghuni kubu atau benteng dan mereka inginkan supaya engkau menempatkan mereka itu pada hukum Allah, Jangan engkau tempatkan mereka itu pada hukum Allah, tetapi tempatkan mereka pada hukummu. Sebab engkau tidak mengetahui apakah dalam urusan itu engkau akan tepat melaksanakan hukum Allah atau sebaliknya.”ng merupakan ahli kitab. Ajaklah mereka untuk bersaksi:”Tiada tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh Allah”. Jika mereka menerima kalimah ini, beritahu mereka Allah telah mewajibkan ke atas mereka lima waktu solat siang dan malam. Jika mereka menerimanya juga, maka beritahu mereka Allah telah mewajibkan zakat bagi mereka, yang harus di ambil daripada yang kaya dan diserahkan kepada yang miskin. Jika mereka menerima ini juga, maka elakkan daripada mengambil harta mereka yang terbaik (ambillah harta mereka yang bermutu sederhana). Lindungilah dirimu dari laknat (doa) orang yang dizalimi kerana tiada penghalang di antara sumpah (doa) mereka yang di zalimi dan Allah. (Bukhari)
Abdul Rahman Bin Aidh r.a. melaporkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. menghantar satu ekspedisi, baginda akan menasihati mereka: Binalah persahabatan dengan orang ramai, wujudkan kemesraan dengan mereka dan layanilah mereka dengan baik. Janganlah menyerangi mereka hingga kamu telah mengajak mereka kepada Islam. Jika kamu Islamkan mereka, hidup di atas bumi ini di dalam rumah-rumah batu dan di bina semua Bandar-bandar dan kampung-kampung, dan bawalah mereka semua kepadaku sebagai Muslim; ini adalah lebih daku sukai daripada kamu membunuh lelaki-lelaki dan membawa wanita-wanita mereka kepadaku (menjadikan anak-anak gadis atau perempuan sebagai hamba). (Matalibul Aliyah, Isabah)
Ibnu Abbas r.a. melaporkan: Semasa mengutuskan Muaz Bin Jabal r.a. ke Yaman, Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu akan pergi kepada satu kaum yang merupakan ahli kitab. Ajaklah mereka untuk bersaksi: “Tiada tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh Allah”. Jika mereka menerima kalimah ini, beritahu mereka Allah telah mewajibkan ke atas mereka lima waktu solat siang dan malam. Jika mereka menerimanya juga, maka beritahu mereka Allah telah mewajibkan zakat bagi mereka, yang harus di ambil daripada yang kaya dan diserahkan kepada yang miskin. Jika mereka menerima ini juga, maka elaklah daripada mengambil harta mereka yang terbaik (ambillah harta mereka yang bermutu sederhana). Lindungilah dirimu dari laknat (doa) orang yang dizalimi kerana tiada penghalang di antara sumpah (doa) mereka yang dizalimi dengan Allah. (Bukhari)
Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa seorang bertanya: Wahai Rasulullah! Seorang lelaki ingin pergi berjihad di jalan Allah mahukan kebaikan duniawi. Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada ganjaran baginya. Orang ramai menganggap ini sebagai sesuatu mustahak dan meminta orang itu supaya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. sekali lagi, kerana mungkin orang itu tidak dapat menerangkan tujuannya dengan tepat. Orang ini sekali lagi pun bertanya: Wahai Rasulullah! Seorang ingin berjihad di jalan Allah inginkan beberapa kebaikan duniawi. Rasulullah s.a.w. bersabda: Dia tidak akan mendapat sebarang pahala. Orang ramai inginkan supaya ia mengulangi soalannya. Maka ia pun mengulangi soalan itu buat kali ke tiga. Rasulullah s.a.w. pun menjawab sebanyak tiga kali: Tiada pahala baginya. (Abu Daud)
Pada kurun ke-19, para ulama telah mengariskan beberapa pesanan sebelum berdakwah yang amat besesuaian dengan keadaan masa kini. Pesanan tersebut dimulai dengan 4 perkara yang perlu diperbanyakkan ketika berdakwah iaitu:-
1. Memperbanyakkan dakwah.
i. Dakwah ijtima’e. Dakwah ini wajib dihadiri oleh semua ahli jemaah Tabligh yang terlibat. Dakwah ini adalah majlis bayan seperti bayan kepentingan usaha, bayan maghrib dan bayan subuh.
ii. Dakwah umumi. Dakwah ini juga wajib dihadiri oleh ahli jemaah Tabligh yang terlibat. Dakwah ini adalah amalan ziarah yang memerlukan ramai orang untuk melaksanakannya.
iii. Dakwah khususi. Dakwah ini adalah digalakkan untuk ahli jemaah Tabligh melibatkan diri. Dakwah ini akan menziarahi orang Islam yang khusus untuk diziarahi.
iv. Dakwah usuli. Dakwah ini adalah menziarahi orang Islam yang berkeinginan untuk menyertai jemaah ini selama 3 hari, 40 hari atau 4 bulan demi memperbaiki iman dan amal sendiri.
v. Dakwah infradi. Dakwah ini dilakukan secara individu untuk belajar cerita tentang kebesaran Allah s.w.t. kepada orang lain.
2. Memperbanyakkan Ta’leem.
i. Ta’leem kitabi. Taleem kitabi adalah sebuah majils mendengar kelebihan-kelebihan amal dari kitab Fadilat Amal seperti al-Quran, solat, zikir, tabligh, kemunduran umat & penyelesaiannya dan kisah para sahabat.
ii. Halaqah tadjwaid al-Quran. Ini merupakan sebuah halaqah untuk memperbetulkan tadjwid al-Quran. Biasanya memperbetuli bacaan dalam surah al-Fatihah dan 10 surah terakhir dalamAl-Quran.
iii. Muzakarah 6 perkara. Perbincangan tentang beberapa sifat para sahabat yang dikenali sebagai 6 perkara. Antara sifat-sifat para sahabat ialah yakin akan kalimah Laa ilaha ilallah muhammadur rasulullah, solat khusyuk dan khuduk, ilmu dan zikir, ikram muslimin, ikhlas niat dan dakwah & tabligh.
iv. Muzakarah adab. Perbincangan tentang sunnah Rasulullah s.a.w. seperti adab makan & minum, adab tandas, adab masjid, adab ziarah dan sebagainya.
3. Memperbanyakkan Ibadat.
i. Solat. Ahli jemaah Tabligh hendaklah menunaikan solat berjemaah. Selain itu, ahli jemaah Tabligh hendaklah memperbanyakkan solat-solat sunat seperti solat hajat, solat taubat dan sebagainya.
ii. Al-Quran. Ahli jemaah Tabligh hendaklah sedaya upaya untuk mengkhatamkan al-Quran.
iii. Zikir. Ahli jemaah Tabligh hendaklah memperbanyakkan zikir khususnya pada waktu selepas Subuh dan selepas Asar.
4. Memperbanyakkan Khidmat.
i. Khidmat kepada amir. Ahli jemaah Tabligh hendaklah mentaati segala perintah amir selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Manakala Amir hendaklah menjaga kebajikan ahli jemaah Tabligh dan jangan terlalu banyak menyusahkan mereka jika mereka tidak mampu melaksanakan tugas yang diperintah. Hak taat kepada pemimpin.
ii. Khidmat kepada jemaah. Ahli jemaah Tabligh hendaklah selalu menolong ahli jemaah yang lain jika mereka memerlukan pertolongan. Sahl Ibnu Saad r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Semasa didalam perjalanan Amir berkhidmat kepada jemaah. Dia yang cemerlang didalam perkhidmatan kepada sahabat-sahabatnya akan tidak diatasi oleh sesiapa, diatas perkiraan sesuatu amalan, kecuali kesyahidan. Ini bermakna bahawa amalan terbesar adalah syahid dan selepas ini ialah berkhidmat kepada para sahabat. (Baihaqi). Hak memuliakan orang Islam
iii. Khidmat kepada diri sendiri. Ahli jemaah Tabligh hendaklah juga menjaga kebersihan diri sendiri seperti mandi, memakai pakaian yang bersih dan berbau wangi.
Selepas itu, 4 pekara yang perlu dikurangkan ketika berdakwah iaitu:-
1. Masa makan dan minum. Ahli jemaah Tabligh janganlah terlalu lama ketika makan dan minum seperti makan sambil berbual kosong dengan kawan-kawan. Hak masa
2. Masa rehat. Ahli jemaah Tabligh janganlah terlalu banyak berehat seperti tidur. Hak masa
3. Masa keluar masjid. Ahli jemaah Tabligh janganlah terlalu banyak keluar dari masjid seperti mengambil angin tanpa izin dari amir jemaah. Hak masa
4. Bercakap sia-sia. Ahli jemaah Tabligh janganlah terlalu banyak bercakap sia-sia seperti bergurau senda dan sebagainya. Hak lidah
Kemudian, 4 pekara yang perlu ditinggalkan ketika berdakwah iaitu:-
1. Jangan mengharap kepada makhluk. Ahli jemaah Tabligh janganlah mengharap pada mahkluk untuk mendapatkan sesuatu seperti salah seorang dari ahli jemaah ingin meminta buah rambutan daripada tuan rumah pokok rambutan. Sebaliknya ahli jemaah Tabligh hendaklah meminta kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan barang tersebut.
2. Jangan memakai barang orang lain tanpa izin. Ahli jemaah Tabligh janganlah memakai barang orang tanpa izin dari tuan punya barang kerana ia boleh menimbulkan konflik dan perpecahan seperti memakai selipar tanpa izin dari tuan punya selipar.
3. Jangan membazir. Ahli jemaah Tabligh janganlah suka membazir kerana ia adalah perbuatan syaitan seperti membazir air ketika berwuduk, memasang lampu masjid dan kipas angin yang terlalu banyak dan makanan yang berlebihan.
4. Jangan sentuh pekara khilafiah. Ahli jemaah Tabligh janganlah sentuh cabang-cabang hukum hakam Islam yang melibatkan perselisihan 4 mazhab. Selain itu, jangan sentuh politik, pangkat, harta kekayaan dan pekara-pekara yang bersangkut paut dengan keduniaan.
No comments:
Post a Comment