Para sahabat r.a. melaporkan bahwa Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan Khalid bin Al-Walid r.a. ke Yaman untuk mengajak mereka kepada Islam. Daku termasuk di dalam kumpulan yang menyertai Khalid. Kami tinggal di sana selama enam bulan. Khalid terus mendakwahkan mereka tetapi mereka tidak menerima Islam. Maka, Rasulullah s.a.w. mengutuskan Ali Ibnu Abu Thalib r.a. dan memintanya supaya menghantarkan Khalid kembali. Dan para sahabatnya yang menyertainya yang mahu tinggal beserta kamu, bolehlah tinggal. Bara r.a. berkata: Daku adalah antara orang yang tinggal bersama Ali r.a. Apabila kami sampai ke tahap paling hampir kepada penduduk Yaman, mereka datang menghadap kami. Pertama sekali, Ali r.a. telah maju dan mengimami solat. Kemudian, beliau membariskan kami di dalam satu baris dan kemudian maju ke hadapan dan membaca kepada mereka surat Rasulullah s.a.w. Mendengarkan isi kandungan surat itu, keseluruhan kaum Hamadan menerima Islam dan Ali r.a. menulis sepucuk surat kepada Rasulullah s.a.w. tentang berita gembira itu. Tatkala membaca surat itu, Rasulullah s.a.w. (menunjukkan rasa syukur) terus bersujud. Apabila bangkit dari sujud, baginda berdoa bagi kaum Hamadan: Selamat ke atas Hamadan, selamat ke atas Hamadan. (Bukhari, Baihaqi dan Bidaayah Wa Nihayah)
No comments:
Post a Comment