Apakah hidayat? Hidayat adalah nur dalam hati. Sepertimana cahaya matahari, cahaya lampu, cahaya bulan dan cahaya daripada mata atau pandangan manusia, dia akan nampak segala kebaikan dan keburukan.
Dengan cahaya atau nur dalam hati, manusia akan tahu yang mana baik dan yang mana buruk atau salah. Dengan melakukan amalan yang macamana Allah akan redha dan amalan yang macamana Allah akan murka. Dengan amalan ini akan memberi kesan kepada rezeki, kepada kehidupan.
Dengan nur hidayat, manusia akan nampak kesan setiap perbuatan manusia. Dalam a-Quran ada menyebutkan, kalau kamu mahu hidayat, kamu datang kepada 3 asas:
(i) Iman bil ghaib. Apa yang kamu nampak dengan mata seperti bumi itu besar, matahari besar, bulan besar, lautan yang begitu hebat, timbunan emas, perak, semua yang kita nampak, semua itu adalah tipu daya.
Hakikatnya ialah perkara yang kamu tidak nampak. Nabi s.a.w. telah beritahu kepada kita berulang-ulang kali. "Wahai manusia jika kamu mahu kejayaan, mahu jalan yang benar, kalau kamu mahu hidayat, tahu membezakan baik dan buruk, apa kebaikan jika kamu amanah, apa ruginya jika kamu khianat, apa manfaat jika kamu tunaikan hak. Kalau kamu ikut jalan ini kamu akan berjaya."
Semua mahkluk dalam genggaman Allah, segala-galanya Allah yang buat atau cipta. Kita perlu yakin dengan Allah walaupun kita tidak nampak Allah. Walaupun kita tidak nampak malaikat, azab kubur, nabi-nabi, rasul-rasul tetapi kita yakin itu semua adalah benar. Syurga itu benar, neraka itu benar, pahala benar, dosa benar, hari kiamat benar.
Untuk mendapatkan yakin ini kita perlu cakap lagi dan lagi tentang perkara-perkara ghaib ini, tentang kebesaran Allah, tentang sifat-sifat Allah sehingga ia meresap dalam hati kita sehingga kita betul-betul yakin dengan perkara-perkara ini melebihi daripada apa yang kita yakin dengan perkara yang kita lihat.
Selain itu, untuk mantapkan yakin, hati kita kena bersih daripada maksiat. Bila hati kita busuk, kita tak kenal yang mana baik dan buruk, kehidupan kita berlawanan dengan syariat, sentiasa mengikut nafsu, tidak dapat menerima firman Allah s.w.t. dan sabdaan Rasulullah s.a.w.
Sahabat r.a. apabila melakukan kesilapan segera memohon keampunan daripada Allah, mereka sentiasa istighfar. Jika kita ada masalah, kita perbanyakkan istighfar, Allah akan selesaikan masalah kita.
Sahabat r.a. sentiasa jaga iman dengan selalu mendakwahkan kalimah Laa ilaha ilallah dan hidup mengikuat syariat Rasulullah s.a.w. Kita perlu sebarkan kalimah ini keseluruh alam. Iman akan menjadi mantap dengan membuat kerja Rasulullah s.a.w., bergerak di jalan Allah s.w.t., pergi dari rumah ke rumah, pintu ke pintu, kampung ke kampung, bandar ke bandar, bergerak keseluruh dunia bercakap tentang iman.
Bila iman datang dalam diri, Allah akan wujudkan kasih sayang, Allah akan turunkan bantuan.
(ii) Selepas iman, perintah Allah yang utama ialah sembahyang. Bagaimana dalam sembahyang kita taat perintah Allah begitu juga di luar sembahyang, 24 jam kita taat perintah Allah.
(iii) Selepas iman dan amal ialah akhirat. Untuk kita ke syurga asasnya ialah iman dan amal. Iman dibina dan amal kehidupan cara Rasulullah s.a.w., maka kehidupan akhirat kita terbina.
Sahabat r.a. setiap yang mereka lakukan adalah untuk membina akhirat mereka. Sahabat telah amalkan keseluruhan kehidupan Rasulullah s.a.w., ibadat Nabi, fikir Nabi dan kemudian disebarkan keseluruh alam. Mereka jadikan perkara itu tanggungjawab mereka. Iman dan amal menuju ke akhirat.
Kesimpulan, setiap orang perlu bina iman, setiap orang perlu bina amal dan bawakan kedua-dua perkara ini kepada kehidupan akhirat, barulah dapat hidayat. Allah beri kita iman, kita perlu selamatkan iman dengan kita sebarkan kepada orang lain. Hidupkan masjid atau surau dengan 5 amalan masjid. Semua kita perlu bina akhirat kita dengan sebarkan kepada orang lain. Dimana-mana kita pergi kita buat dakwah.
No comments:
Post a Comment