Abu Said Al-Khudri r.a. melaporkan Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; Jauhkanlah duduk ditepi jalan. Para sahabat r.a. bersabda; Wahai Rasulullah! Adakah perlu bagi kami untuk duduk dijalanan, oleh kerana kami mengadakan pertemuan disana dan berbual di antara satu sama lain. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; Jika kamu mesti duduk di sana, maka tunaikanlah hak ditempat sedemikian. Para sahabat r.a. bertanya; Wahai Rasulullah! Apakah hak jalanan?. Baginda menjawab; Tundukkanlah pandangan kamu, mengalihkan benda berbahaya (atau menahan diri daripada menganggu orang lain), menjawab salam, amar bil ma’ruf wa nahi anil munkar (menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran). (Buhkari)
Para sahabat r.a. bermaksud bahawa tidak mungkin bagi mereka untuk mengelakkan diri mereka dari duduk ditepi-tepi jalan, oleh kerana mereka tidak mempunyai tempat lain yang mana mereka dapat mengadakan perjumpaan. Jadi, apabila sebahaian daripada mereka berkumpul, mereka akan duduk ditepi jalan; berbincang di antara mereka akan perkara keduniaan dan agama mereka dan bertanya khabar sesama mereka. Jika seseorang jatuh sakit, mereka akan menasihatkan rawatan; jika terdapat rasa tidak puas hati di anatara mereka,maka mereka akan selesaikan disana. (Mazahirul Hak)
Menurut Abul Khairy Al-Latifi Al-Binori melalui karyanya “Fadhilat dan Adab Amalan Ziarah saudara SeIslam”, tujuan menundukkan pandangan adalah untuk memelihara diri dari tercampak ke dalam fitnah dari wanita-wanita yang lalu-lalang, dan juga disebabkan orang-orang yang selain mereka. Demikian juga untuk mengelakkan dari mengganggu mereka, juga menyelamatkan diri daripada perbuatan mengumpat ataupun mencela mereka yang lalu lalang.Menjawab salam adalah untuk memuliakan pengguna jalan tersebut.
Manakala mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran pula adalah untuk menggunakan anggota badan untuk mematuhi perkara yang disyariatkan oleh agama dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang.
No comments:
Post a Comment