Monday, 11 June 2012

Doa tengah malam

Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib,”Di hari Badar tidak ada yang berkenderaan kecuali Mikdad bin aswad dan tidak ada seorang pun yang tidak tidur kecuali Nabi s.a.w. yang bersolat dibawah pohon pokok sampai pagi.”
Ibnu Mardawaiyah dan Said bin Mansur meriwayatkan dari Ali,”Di hari peperangan Badar ketika malam hari Nabi menghidupkan malam itu dengan solat dan berdoa,”Ya Allah, jika pasukan ini (Islam) Engkau kalahkan pasti tak ada seorangpun yang akan menyembah-Mu.”

Aisyah r.a. melaporkan bahawa pernah sekali Rasulullah s.a.w. bergembira, beliau berkata: Ya Rasulullah! Berdoalah buat saya dari Allah. Rasulullah s.a.w. berdoa:
“Ya Allah! Ampunilah Aisyah segala dosa yang lalu dan akan datang, dan segala dosa yang dilakukan sunyi diri atau terbuka”. Apabila mendengar ini, daku ketawa kegembiraan yang amat sangat hingga kepalaku mencecah ke riba. Rasulullah s.a.w. pun bersabda: Adakah kamu amat gembira dengan doa daku untukmu? Daku menjawab: Mengapakah daku tidak harus bergembira dengan doamu untukku! Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Allah! Daku bermohon doa ini bagi Ummatku dalam setiap solat. (Bazzar dan Majma’uz Zawaaid)

No comments:

Post a Comment